KETIKA Miya tersedar pagi itu, dia melihat Adrian masih tidur. Tenang sahaja wajah lelaki itu tanpa kerut-kerut angkuh yang selalu menampakkan aura dingin dan tidak tersentuh. Dari sisi, Adrian kelihatan seperti Lora tetapi dalam versi lelaki. Comel.
Tangan terhulur, mahu membelai wajah sang suami. namun mengingat yang dia bukan sesiapa melainkan isteri sementara, tangannya terhenti di udara. Perlahan ditarik semula tangannya. Tidak mahu melewati batas yang menjulang tinggi antara mereka.
Batas? Entahlah..Batas itu mungkin wujud ketika Adrian terjaga saja. Saat tidur, batas yang dibina itu seperti runtuh dengan sendirinya. Mana tidak, setiap kali bangun dari tidur, jika bukan dia memeluk Adrian, Adrian yang memeluknya. Ya, seperti sekarang ini. Lengan Adrian menjadi alas kepalanya dengan tubuh rapat tiada berjarak.
Tidak mahu Adrian terbangun dan melihat mereka dalam keadaan begini, perlahan tubuh yang mengiring memeluk Adrian dipusing. Seboleh mungkin cuba meminimumkan pergerakan supaya tidak mengejutkan Adrian dan Lora.
Namun, belum sempat belakangnya menyentuh tilam, tubuhnya ditarik sehingga dia terjatuh semula ke pelukan Adrian. Dikeraskan tubuh dengan kedua-dua tangan bertahan di depan dada. Mata terkebil-kebil memandang Adrian yang masih pejam.
Dia ni dah bangun ke belum? Ke mengigau?
Dicuba sekali lagi melepaskan tubuhnya dari pelukan Adrian, tetapi tangan yang melingkar di tubuhnya semakin mengeratkan pelukan. Mata masih pejam, bibir mengukir senyum.
Ah, geram!
Miya tahu Adrian sudah terjaga dan sengaja mahu mengenakannya.
“Lepaslah." Miya bersuara separuh berbisik, sambil menggeliatkan tubuhnya cuba melonggarkan pelukan.
“Nak pergi mana?” tanya Adrian. Buka mata dan menjeling Miya yang kini sedang berbaring di atas bahunya. Haruman dari rambut Miya membuat dia khayal seketika.
“Nak bangunlah,” balas Miya. Suaranya yang serak kerana baru bangun dari tidur itu kedengaran begitu seksi di telinga Adrian.
“Baru pukul lapan. Hari ni hari Ahad and we're on vacation. Buat apa nak bangun awal?"
“Saya tak biasa bangun lambat.” Miya beralasan. Dia tidak selesa berpelukan begitu sedangkan Lora berada sekatil dengan mereka.
“Bukan selalu,” balas Adrian. Tubuh dipusing mengadap Miya. Satu tangan terhulur menyikat rambut Miya dengan menggunakan jemarinya. Dia tidak pernah berpeluang untuk bermesraan begini selepas bangun dari tidur kerana Miya selalunya akan bangun lebih awal. Dia suka apabila Miya berada dalam pelukannya. Haruman Miya yang lembut dan mempesonakan itu tidak pernah gagal mendominasi akal warasnya.
Miya membeku, tidak tahu bagaimana untuk memberi reaksi. Akhirnya dia membiarkan Adrian memeluk dan membelai rambutnya. Sejujurnya perbuatan Adrian itu benar-benar membahagiakan. Seketika dia terbuai dalam kehangatan pelukan seorang suami dan cuba melupakan realiti bahawa Adrian akan menceraikannya. Dia mahu menikmati saat bahagia ini sebelum diceraikan.
Melihat Miya diam tidak bereaksi, Adrian menghentikan perbuatannya. Pegang dagu Miya dan memaksa Miya mengangkat muka memandangnya.
Tanpa sempat Miya berbuat apa-apa, sebuah kucupan hinggap di bibirnya. Bulat mata Miya memandang Adrian. Spontan bahu si suami ditolak. Adrian melepaskan bibirnya dan tersenyum. Langsung tidak menunjukkan reaksi marah.
“Lora’s here,” ujar Miya.
“Lora is not here,” jawab Adrian selamba.
Miya kerut dahi lantas menoleh ke belakangnya. Betul. Lora tiada di situ. Ternyata Adrian sudah memindahkan Lora ke katilnya
“Rule number two, jangan sesekali benarkan anak tidur sekatil dengan kita,” ujar Adrian.
Miya berfikir-fikir. Kenapa pula terus rule number two? Mana perginya nombor satu? Belum sempat otaknya bekerja keras untuk berfikir, dia teringat amaran Adrian di pejabatnya tempoh hari selepas dia terlibat dalam kemalangan.
‘Never thank your husband.’
“You got it?” tanya Adrian lalu tanpa amaran, tubuh dipusing menindih tubuh Miya.
Miya yang tidak menjangka tindakan Adrian itu hampir terjerit. Tetapi Adrian cepat membekap mulut Miya dengan bibirnya. Buntang mata Miya memandang Adrian sambil sedaya upaya menolak bahu suaminya itu supaya melepaskan tubuhnya. Lora tidur tidak jauh dari mereka. Apa yang lelaki ini fikirkan?
“I won’t do anything. What are you thinking?” tanya Adrian.
“Saya tak fikir apa-apa,” jawab Miya. Wajah ditoleh ke samping, tidak mahu memandang Adrian. Malu.
“Really? Habis tu kenapa takut sangat Lora tengok kita?”
“Mana ada saya takut.”
“Ye ke?” Adrian semakin galak mengusik Miya.
“Saya cuma takut kalau Lora nampak kita dalam keadaan macam ni.”
“Macam mana?” tanya Adrian.
“Macam ni...” Miya menggeliatkan tubuhnya supaya Adrian tidak lagi menindihnya. Bersungguh-sungguh dia cuba menolak tubuh Adrian, namun lelaki itu langsung tidak bergerak. Masih berada di atas tubuhnya, menatapnya atau tepatnya meneliti wajahnya penuh minat.
“Don’t move. I won’t do anything. Apa yang awak takut sangat?”
Miya berdecit geram. Ditiup muka Adrian yang begitu dekat dengan mukanya supaya lelaki itu menjauh.
Tertawa Adrian dengan tindakan Miya.
“Don’t get up,” ujarnya lalu bangkit dari tubuh Miya dan kembali berbaring di tempatnya.
Hening. Adrian terlentang menatap siling dengan satu tangan di dahi, Miya pula terkebil-kebil sambil bermain-main hujung rambutnya.
“Miya…”
Miya tidak menjawab, sebaliknya hanya mendongak sedikit memandang Adrian dan kemudian kembali memintal-mintal hujung rambutnya.
“Kenapa awak tak ada boyfriend?” tanya Adrian tiba-tiba.
“Kenapa saya kena ada boyfriend?” tanya Miya semula, tanpa menjawab soalan Adrian.
“To get married.”
Miya ketawa tanpa suara. Ya, dulu dia pernah terfikir untuk berkahwin dengan Iqmal Hakimi, melahirkan anak, dan hidup bahagia bersama. Tetapi selepas lelaki itu meninggalkannya, berkahwin bukan lagi matlamat hidupnya. Untuk apa membazirkan masa dan tenaga demi lelaki yang belum tentu boleh menjamin kebahagiaannya. Lebih baik dia menyendiri tanpa terikat dengan status pernikahan.
“Marriage is not a determinant of happiness if you marry the wrong man,” ujar Miya.
“But you’re married now.” Adrian berseloroh.
“Hmm..Daripada awal awak berterus-terang dengan saya tentang hala tuju perkahwinan ni, jadi saya tak meletakkan apa-apa harapan. We both have nothing to lose by this marriage. Awak akan dapat tengok Lora membesar depan mata awak, and I’m free from the debt of my useless father.”
Adrian memandang Miya apabila dia menyebut bapanya sebagai tidak berguna. Ah, tapi benar juga. Bapa yang berjudi dan meninggalkan hutang keliling pinggang memang sepantasnya digelar begitu.
“So, awak nak kata yang...you’re marrying the right man now?” Adrian bertanya dengan nada bergurau.
“You’re a good father to Lora, you take good care of her, you love her. Then, you’re a good person and of course the right man for any woman who marry you.”
Wajah Miya bersahaja dan suaranya mendatar ketika memperkatakan itu, tetapi Adrian dapat merasai keikhlasannya. Dipusing tubuhnya mengadap Miya dengan tangan kiri menopang kepala.
“Do you feel lucky to marry me?” tanyanya, benar-benar mahu mendengar jawapan Miya.
“Saya takkan biarkan diri saya rasa bertuah…” Miya terdiam seketika. Jika perkahwinan dia dan Adrian adalah atas dasar saling mencintai, dia rasa dia adalah wanita paling bertuah di dunia. Adrian walaupun tidak mencintainya, tetapi lelaki itu memberi segala bentuk kemewahan kepadanya. Rumah, kad kredit, kereta, dan segala-galanya. Adrian juga melindunginya. Adrian hanya tidak memberinya cinta.
“...sebab awak akan ceraikan saya nanti.”
Terdiam Adrian dengan jawapan Miya.
"Tapi...buat sementara ni, yes..." Miya toleh, menentang tatapan Adrian. "...I'm the luckiest woman on earth to be Adrian Liew's wife."
Tersenyum Adrian dengan jawapan Miya.
"Mungkin sebelum cerai, awak boleh buat satu plak atau sijil untuk saya. Penghargaan atas perkhidmatan cemerlang sebagai isteri awak dan ibu tiri Lora. Nanti senang saya nak apply jadi isteri duda jutawan lain pulak."
Adrian picing mata. "Say it again, Miya!"
"Apa yang patut saya tulis dalam resume saya? Pernah menjadi isteri duda jutawan yang mengalami ketidakstabilan hormon dan perlu penjagaan emosi yang rapi..."
"Miya Liany..."
"Mahir dalam mengendalikan emosi suami yang selalu berubah-ubah dan sukar diramal macam cuaca Malaysia."
Adrian berdesis geram. Semakin lama semakin kecil imej Miya di matanya.
"Awak makin berani ya Miya..."
"Memiliki kesabaran yang cukup tinggi untuk menghadapi karenah suami mengada-ada dan..."
Kata-kata Miya terhenti di situ apabila Adrian menarik tubuhnya ke dalam pelukan sebelum membekap mulutnya.
"Sejak bila awak jadi berani macam ni?" tanya Adrian dengan nada berbisik.
"Sejak saya kahwin dengan awak." Miya menjawab dengan nada yang sama.
"Oh..." Adrian mengangguk-angguk. "...saya boleh buat testimonial untuk awak."
"Really?"
Adrian angguk sekali.
"What will you write about me?"
"Seorang isteri yang malu-malu tapi mahu."
"Saya bukan malu tapi saya memang betul-betul tak mahu. Kalau saya mahu, saya tak malu."
"Really?"
"Hmmm..." Miya angguk sekali.
"Awak tak nampak malu sekarang. Does it mean that you want it?" soal Adrian membuat wajah Miya merona merah.
"Yes, I want it now," jawab Miya.
"How do you want it?"
"On a plate of course."
Dahi Adrian berkerut. Tidak faham.
"Steamed coconut rice with chicken rendang... served on a plate," ujar Miya sambil mengulum senyum. Bahagia dapat mengenakan Adrian yang mungkin fikirannya sudah berkelana entah ke mana-mana.
"That's what I want," bisiknya dengan nada sensual.
"Ah..." Adrian mendesah penuh dramatik sebelum dia tertawa perlahan. Terkena dia.
"But...before you get your nasi lemak served on a plate. I want my Miya served on bed first."
"Plain or with condiments?"
Adrian tertawa. Tidak sangka Miya boleh membalas gurauannya dengan santai. Tidak ada lagi wajah yang merona malu seperti sebelum ini.
"With condiments. And I like it served hot."
"Good choice because Miya...always best served hot."
"So...should I preheat you now?"
"Nope." Miya geleng sekali. "Rule nombor three, don't play fire where there's kid," sambungnya sambil menunjuk ke arah Lora di katil sebelah.
Adrian tertawa. Dia suka Miya begini. Tidak kaku dan lebih menyeronokkan.
Share this novel