Rate

Bab1

Romance Series 2979

Nama panjang aku Nur Fariha Ashalia bt Farid tapi kawan2 aku panggil aku dengan panggilan asha. Singkatan daripada ashalia. Aku seorang pelajar tingkatan 5 di sekolah agama puteri. Aku mempunyai enam sahabat baik yang sebelum ini tidak pernah aku terfikir.

Nak aku kenalkan ka? Ok yang paling rapat namanya Nurul Eiyliya Syerena bt Kamil (liya), Nurain sofiya bt syaiful (ain), khairin suhaila bt Ramli (airin), Siti Aisyah bt Ismail (ecah), Nurul Intan Najwa bt Harun (wawa), Rabiatul Addawiyah bt Sulaiman (adda) so ni lah kawan susah aku masa aku kat sini haa!!

Nama pun sekolah agama puteri ofcourse semua girls kan. Tudung labuh baju longgar kain labuh gitu hahaha! Kitaorang kenal sejak form 1 masa tu muka masyallah blur ja semua hahaha.. Tapi sekarang allahu cun melecun guys. Gugur iman pak imam hahaha! Gurau² hehe.

Di sekolah jangan disangka air yang jernih tak ada buaya.. Ada ja guys belangkas ada cipan ada cipanzi pon ada menyampah aku.. Dah la berlagak diva. Ingat sekolah nenek kau ka hah!! Sabo².. Aku nak cerita sikit ni haa bukan gosip ehhh dalam sekolah agama nihh ada satu kumpulan yang dibenci oleh seluruh ahli sekolah agama puteri nih iaitu kumpulan maya!

Maya adeline itulah nama yang paling bernanah telinga bila dengar. Dan yang lain pulak namanya zulaikha(ikha) dan aziezah(azie) diaorang berdua ni dah macam kuli maya dah.. Apa yang maya suruh pasti diikuti mereka, tak pernah bantah pulak tuh dah la buat benda jahat puii! Mereka selalu membuli pelajar junior dan pelajar baru tidak kesahlah form berapa pon.. Biasalah dah jadi senior kan tu sesuka hati dia ja.

Macam² di suruh buat.. Basuh baju mereka lah, lipat kain, sidai kain buat itu buat ini. Yang paling kejam apabila mereka didenda kerana membuat salah pasti disuruhnya pelajar lain yang mencuci tandas. Padahal itu hukuman mereka! Kejam betul!!

Dah la tu lantak lah malas nak fikir.. Ok berbalik pada cerita kami bertujuh yaa.. Aku berasal dari keluarga yang sederhana boleh dikatakan kawan² ku juga begitu lah semuanya bukannya anak dato² tan sri² hanya berkerja kerajaan sahaja.. Kitaorang sebenarnya tinggal di kampung.. Bersebelahan sahaja kampung kami cuma kampung aku dengan liya ja yang sama.

Cuti panjang kami akan habiskannya dengan mengaji al quran, menghadiri majlis agama dan ilmu, solat dimasjid, itu apabila di sebelah malam. Disebelah siang pula kami akan memulakan aktiviti pada pukul 6 pagi untuk berjogging sambil menolong Adda menjual kuih.. Kami akan menjerit "kuih! Kuih! Kuih! " pasti akan ada yang mahu membelinya.

Kaedah ini memudahkan penduduk untuk bersarapan pagi dan tidak perlu membazir masa untuk mencari makanan diluar. Kuih itu disediakan oleh ibunya sendiri ada banyak kuih sedap² pulak itu! Ada kuih karipap, keria, cucur badak, lepat pisang, tepung bungkus, dan seri muka. Setiap kali kuih habis dijual kami pasti akan gembira. Ibu Adda akan memberi kami kuih yang lebih jika kuih yang dijual tidak habis.

Walaupun kami banyak menghabiskan tenaga menjerit tetapi kami ikhlas membantu anak yatim itu. Ibunya pasti akan memberi kuih kerana kami tidak mahu ibunya memberi duit kerana menolong mereka.

Selesai menjaja kuih kami akan balik kerumah masing² untuk membuat keja rumah. Tepat pukul 3 petang kami akan berkumpul di pondok tepi sawah dimana tempat kami untuk study, lepak, berbual² dan berkelah. Selepas semua tiba kami akan pergi ke dusun Pak Abu untuk menolongnya mengutip buah²an di situ..

Pada mulanya Pak Abu keberatan juga untuk memberi kami kerja. Tetapi selepas kami memberitahu tentang persetujuan ibu bapa barulah Pak Abu memberi kami kerja. Yalah form5 dah habis bererti spm pun dah habis jadi inilah masanya untuk bekerja. Boleh juga menampung kami belajar nanti.

Banyak juga buah yang ditanam kerana dusun Pak Abu besar. Ada buah jambu air, jambu batu, langsat, rambutan, manggis, mangga, ciku, mata kucing, durian yang mempunyai banyak jenis cod, dan lain². Pak Abu juga mempunyai tanah untuk menanam kelapa sawit dan kelapa tetapi kerja ini diberi kepada lelaki di kampung itu.

Tanah untuk menanam sayur pula di jaga oleh orang perempuan.. Pak Abu merupakan ketua kampung.. Melalui tanahnya yang berektar itulah penduduk kampung mencari rezeki mereka. Nampak tak beria ia aku cerita hahaha!

Hari ni seperti biasa rutin kami jogging sambil menjaja kuih.. Kami akan berkumpul di pondok. Kami memulakan perjalanan.. "Kuih, kuih kuih cucur badak ada seri muka ada karipap ada" jerit liya. Bersungguh² budak nih haha mesti dah sarapan dua bungkus nasi lemak.

" Mak Temah nak beli kuih? Hari ni umi ada buat kuih lompang dengan apam. Harga tetap sama 3 seringgit" terang Adda pada Mak Temah apabila kami berjalan melalui rumahnya. " boleh juga! Bagi Mak Temah kuih apam tiga biji lompang tiga biji dan karipap tiga biji yaa Adda". "Baiklah Mak Temah" kata Adda. Kami menolong Adda memasukkan kuih yang dibeli oleh Mak Temah tadi.

"3 ringgit Mak Temah" pinta Adda " nah" " kami pulang dulu yaa Mak Temah terima kasih daun keladi nanti beli lagi hehe gurau² assalamualaikum" aku berjenaka sejenak hahaha ayat entah apa². Kami meneruskan perjalanan sehingga bertembung dengan makcik bawang plus kipoci hahaha mulut tak ada insyurans itulah Mak Cik Senah mak kepada si Maya cipanzi hahaha mak anak sama.. Jumpa lelaki gedik.. Yelah maknya dah lama menjanda.. Ehh terkutuk pulak sorry ye Mak Cik Senah.

" Mak Cik Senah nak beli kuih? " tanya wawa kepadanya. " ermm tak apalah wawa Mak Cik tak makan kuih² macam tuh" dengan berlagaknya dia bercakap. Panas jugak hati kami berenam tetapi tidak pula pada Adda kerana dia sudah biasa. Baginya itu semua rezeki.. Dan dia juga berfikiran positif bahawa tidak semua akan suka pada diri kita. Kami juga berfikiran begitu tetapi kata²nya begitu lancar sungguh mengguris hati bagi insan yang lemah!

"Baiklah Mak Cik kami minta diri dulu assalamualaikum" ucap ecah setelah sekian lama mendiam kan diri. Bukan apa kami cuma tidak mahu berlaku pergaduhan mulut disitu tambahan pula dengan orang yang berumur tak pasal² dah jadi budak biadap. Huh hampeh btul!

Kuih telah habis dijual pada hari ini kerana habis di borong oleh orang yang baru pindah kesini. Kami beranggapan mereka itu kesini adalah untuk bercuti maybe lepasan spm. Kerana mereka menginap di homestay kepunyaan ayah Airin iaitu Pak Cik Ramli.

Kacak² belaka hehe aip² jangan gatal sangat haihhh kang makan penumbuk dengan abang aku free jekk.. Semasa pulang kerumah aku melihat abang terlompat sambil tersenyum depan ibu tidak pula aku tahu kenapa.. Tetapi jika gayanya begitu pasti salah satu permintaannya ditunaikan itu yang jadi macam tok menakan ko hijo! Hahaha.

Muhammad Fazril Amsyar bt Farid, abangku tercinta ee hahaha dah la garang tapi manja jugak hehe. Beza kami cuma setahun dan kami hanya dua beradik... Abang aku ni minat sangat pada si Adda katanya Adda baik, lemah lembut bukan macam aku kasar pastu tak pandai jaga hati lelaki.. Eeuu memang tak la aku nak jaga buat semak je... Aku memang tak pernah couple hahaha kuno bukan!

Rupa2nya lelaki tadi merupakan rakan secollege abang patut ahh handsome hahhah abang pon apa kurangnya gayanya begitu menarik perhatian.. Adda juga menaruh rasa cinta tetapi apabila memikirkan keadaannya dengan ibunya lagi untuk memikirkan masa depan adiknya yang masih kecil² itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience