Setelah beberapa minit dihospital aku berasa tersangatlah bosan dan aku pun meninggalkan emakku bersedirian dihospital.
Sebenarnya bukan aku nak jaga sangat dia nih... Aku jaga dia nih pun takut² kawan aku kata dekat crush aku yang aku nih buat emak aku nih macam tak wujud langsung.
Keesokkan paginya , aku terdengar dari luar rumah orang memberi salam kedengaran macam suara perempuan.
Setelah membuka pintu dan itu rupa- rupanya iaitu emakku. Aku dengan kasar berkata “ Ooo...Balik juga ye. Ingatkan dah tak nak balik". Emakku berkata “Maira kenapa kamu benci sangat dekat mak, sayang.". “Jangan panggil aku ‘sayang' disebabkan kaulah hidup aku merana. Kalau dari dulu kau belajar bersungguh- sungguh dah lama keluarga kita nih jadi orang kaya. Ayahpun dia duduk lama- lama dekat Kuala Lumpur tuh buat apa tak tau entah² dah berbini dua ". Emakku terus menamparku lalu berkata “ Kau tak payah nak berburuk sangka dengan ayah kau eh, Maira ". Aku mengelinang air mata akibat tamparan yang hinggap dipipiku. Aku berlari masuk kedalam bilik dan menghempas pintu bilik dengan kuat bagai nak roboh rumah.
Share this novel