Series
2034
"Hoi,kau bawak beg aku"kata Adam."Ye,ye.Kejap"jawab Hani.Huh,tak guna punya laki.Macamni ye kau balas dendam dekat aku.Marah Hani dalam hati.
Flashback*
"Ok.Memandangkan Hani masih baru dekat sekolah ni,cikgu nak lantik seorang murid jadi senior Hani.Ada sape-sape nak jadi volunteer"tanya Cikgu Zamri kepada murid-murid dalam kelas itu.
"Saya,cikgu."kata Adam."Tapi Adam,awak kan ramai peminat.Boleh ke awak handle"tanya cikgu."Dont worry cikgu.Saya akan menjaga junior saya ini dengan sepenuh hati"Kata Adam sambil senyum sinis kepada Hani.Kau tahulah apa nasib kau lepas ni,bisik adam dalam Hati.
Flashback end*
"Kau buat apa termenung lagi kat situ"tanya Adam."Opss.Maaf,maaf"kata Hani."Ok.Memandangkan aku ni senior kau dalam kelas,kau kena ikut peraturan aku"kata Adam.
"Peraturan dia,kau kena ikut ke mana sahaja aku pergi dan ikut arahan aku."kata Adam."Tapi kalau kau nak pergi tandas dan tempat yang aku tak boleh pergi camne"tanya Hani."Yang tu tak payah la pergi"kata Adam."ok"jawab Hani.
"Dah,kau pergi ambik buku tulis atas meja tu"arah Adam."Ok"jawab Hani.Hani mengambil buku dan menyerahkan buku itu kepada Adam.
Aikk.Kenapa dia ni tak duduk lagi,bisik Adam dalam hati."Hei,kenapa kau tak duduk hah.Halang pandangan aku je"ngomel Adam."Dah kau tak suruh aku duduk"jawab Hani.Adam yang mahu gelak itu segera tutup mulutnya takut Hani perasan.Bodoh jugak kau ni,bisik Adam.
*****
Seusai tamat kelas Matematik,Hani terus bergerak ke kantin kerana tidak tahan lapar.Tiba-tiba.."Hai ,awak.Nama saya Ain.Apa nama awak?"tanya pelajar perempuan yang lemah lembut itu.
"Nama saya Hani.Selamat berkenalan"kata Hani sambil menyambut tangan Ain sebagai tanda persahabatan.Nasib baik bukan semua orang tu perangai macam Si Adam tu,ngomel Hani dalam hati.
"Ain,memandangkan kita dah berkawan,boleh tak saya nak tanya sikit?"tanya Hani."Tanyalah.Tanya banyak pun takpe"jawab Ain."ADAM tu siapa?"tanya Hani.Ain tiba-tiba tersedak dengan soalan Hani itu.Dia segera mendapatkan air supaya makanannya yang dimakan tidak akan tercekik.Kalau tercekik naya dia.
"Takkan la awak tak tahu.Adam tu sebenarnya seorang yang sangatlah popular.Semua pelajar perempuan dekat sekolah ini impikan boyfriend macamdia tahu tak"kata Ain.Tapi bukan aku.Aku tengok dia pun tak lalu.Ade ke aku nak boyfriend macam tu.Bisik Hani dalam hati.
"Ooo"kata Hani.Tiba-tiba Hani mendapat satu idea yang baik bagi membolehkan dia membalas dendam.Tunggu jelah kau Adam.Hehehehe.Ngomel Hani dalam hati.
Share this novel