Rate

Bab 1

Zombie Series 330

Ain dan tiga org rakannya iaitu Rin, Fajrina dan Iffah duduk bersama di perpustakaan sekolah pada waktu rehat. Perpustakaan menjadi tempat kegemaran mereka berempat kerana terdapat penghawa dingin dan selesa untuk dijadikan tempat berkumpul.

“Korang ada tengok berita semalam? Negara belah Utara kena wabak virus zombie..." ujar Fajrina sambil minum air botol yg berisi air kosong itu.

“ Ada. Seram doh..." ujar Iffah sambil menggoncangkan bahu Rin dgn kuat.

“ Ishh, budak ni. Kita pulak jadi mangsa. Haaa...Aku pun ada tengok berita tu. Harapnya wabak tuk belum sampai ke negara kita lah." ujar Rin. Dia memicit pipi Iffah tanda geram dgn perbuatan yg dilakukan oleh gadis itu tadi.

Ain hanya mendiamkan dirinya.Gadis itu memandang luar tingkap. Matanya tertumpu pada pengawal sekolah yg berjalan terhincut hincut masuk ke kawasan sekolah.

“ Korang bertiga mari sini." arah Ain kepada Rin, Fajrina dan Iffah. Dia menunjuk ke arah pengawal sekolah mereka itu.Dahi Rin dan Fajrina mula berkerut tanda faham akan apa yg ditunjukkan oleh Ain.

“ Kenapa dgn pak cik guard sekolah kita tu?" tanya Iffah lalu memandang Ain, Rin dan Fajrina.

“ Awak rasa kenapa, Fah?" tanya Rin pula. Dia membalikkan soalan itu kepada Iffah semula.

“ Dia sakit?” jawab Iffah.

“ Ahaaa... Kalau dia sakit dia takkan jalankan tugas dia. Mungkin dia duduk kat rumah sekarang ni.Cuba perhati betul betul. Ada apa dekat baju uniform pakcik guard tu?" tanya Rin lagi dalam memberikan hint kepada rakannya itu.Lama Iffah memerhati sehinggalah pengawal sekolah itu hilang dri padangannya.

“ Aackk, baju dia ada darah." jawab Iffah lagi.

“ Yes, betul. Jadi, berkemungkinan 90% kitorang fikir tu bukan sebarang org lagi. Tu adalah petanda buruk." Jelas Rin. Iffah mengangguk tanda faham.

“ Aikk, kalau kita dh tahu benda ni kenapa tak lapor dekat pihak sekolah? " tanya Iffah sedikit gelabah. Hatinya mula tidak tenang apabila melihat tiga org gadis dihadapannya mula kelihatan serius.Tiba tiba pengumuman sekolah dilakukan.

“ Perhatian kepada semua warga sekolah. Anda tidak dibenarkan untuk keluar dari kelas tanpa arahan guru dan pihak atasan. Terdapat kejadian yg tidak diingini telah berlaku di sekolah kita. Sehubungan dgn itu, pelajar tidak dibenarkan.. Siapa?.. Ahh!! Jangan dekat!! Jangan!! Arghhh!!!"

Suara jeritan bergema di seluruh sekolah itu. Sebaik sahaja pemilik suara itu hilang, semua pelajar dan guru mula menjerit ketakutan dan lari bertempiaran menyelamatkan diri mereka tanpa menghiraukan keadaan orang sekeliling.

“ Tch, nampak gayanya dah mula... " ujar Ain lalu bngun dari tempat duduknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience