Rate

Bab 1

Romance Series 4000

Tok!Tok!Tok!
Ketukan di pintu biliknya menyebabkan Ainur Afrina terjaga daripada tidurnya. Dia menarik selimut hingga menutupi wajahnya.

Sayang! Bangun! Dah pukul berapa nih? Dah lewat dah. Anak dara apa nih bangun lewat-lewat nih. Mama tak pernah ajar pun anak mama macam nih. Matahari dah terbit atas kepala pon tak bangun bangun lagi." Laung Puan Shima kepada anak bongsunya dari luar pintu.

"Ish, ma nih tak sporting langsung lah orang nak tidur pon tak boleh." Gumam Ainur di dalam hati. Namun jauh di sudut hatinya untuk membantah arahan mamanya. Ainur duduk bersila di atas katil dalam keadaan mamai sambil mengerling ke arah jam. Ainur mengeluh.

"Ainur bagun belum tu," panggil Puan Shima dalam keadaan separuh menjerit.

Panggilan itu menyebabkan Ainur tersedar daripada dunia khayalannya.

"Dah ma, Kejap lagi Ainur turun. Ainur nak mandi dulu", ujar Ainur sambil berlalu ke bilik air.

????????????

"Wah sedapnya bau. Ma masak apa pagi nih?" soal Ainur sambil menuruni anak tangga.

"Ma masak nasi lemak ja." Jawab Puan Shima sambil menyedok nasi kedalam pinggan.

"Kamu tuh Ainur sepatutnya bangun awal tolong ma masak kat dapur bukannya buat taik mata! Macam mana lah nak kahwin kalau tak pandai masak." sampuk Encik Zahid yang dari tadi hanya mendiamkan diri.

"Ma tengok nih papa!pagi pagi dah membebel macam orang tua!" Balas Ainur yang tidak puas hati dengan tenguran sinis daripada papanya.

"Alah abang nih apa dok kacau dia. Nanti dia belajar lah." Puan Shima cuba menyebelahi anaknya sambil memberi renungan yang tajam kepada suaminya. Ya! Memang Puan Shima tidak suka untuk membincangkan apa apa perihal kahwin di hadapan anak tunggalnya disebabkan suatu peristiwa yang telah berlaku.

Awak nih manjakan sangat anak awak" tutur Encik Zahid dalam keadaan tidak puas hati.

Puan Shima sentiasa memanjakan anak-anaknya dan menyayangi anaknya bagai menatang minyak yang penuh. Maklum saja dia kan suri rumah sepunuh masa.

"Ma, Abang Amir mana ma? Dari tadi tak nampak pon" tanya Ainur kepada mamanya sambil menyuapkan nasi lemak ke dalam mulut untuk mengisi perutnya yang kosong.

"Abang kamu pagi pagi dah pergi kafe, katanya kekurangan pekerja." Ya! Amir telah mengusahakan sebuah kafe di tengah tengah bandar Kuala Lumpur.

"Kamu tak nak ke kerja dengan abang kamu tu? Lagi pon sementara kamu nak dapat kerja yang lebih sesuai,bukan orang lain pon! abang kamu juga," Celah Encik Zahid.

"Tak nak lah pa lagi pon Ainur tak berminat lah nak meniaga nih," tutur Ainur sambil memuncungkan mulutnya

"Kalau tak nak kerja dengan abang Amir kerja dengan pa, tak payah susah susah nak pergi interview, lagi pon dekat tempat pa rasanya ada kerja kosong bersesuaian dengan bidang kamu,sekarang nih bukan senang nak cari kerja" Encik Zahid cuba menawarkan kerja agar dapat meringankan beban anaknya.

Ainur Afrina merupakan pelajar kelulusan Uitm Shah Alam dalam bidang kejuruteraan .Dia di antara belajar yang pandai kerana pernah mendapat anugerah dekan!

"Tak nak lah pa, tak best lah kerja sebumbung dengan keluarga, orang ingat orang nak cari pengalaman baru." ujar Ainur dalam keadaan berhati hati agar tutur katanya tidak mengoreskan hati papanya.

"Suka hati kamu lah, malas papa nak layan! Esok nih kalau kamu tak dapat kerja jangan dok membebel kat papa pula." ujar Encik Zahid dalam keadaan sinis.

Ainur hanya merenung papanya dalam keadaan tidak puas hati. Apa boleh buat saknie makin menjawab makin sakit pula hatinya.

"Sayang abang pergi kerja dulu." laung Encik Zahid kepada isterinya yang sibuk membasuh pinggan di sinki.

Puan Shima mengelap tangannya yang basah dengan kain buruk lalu menyalami tangan suami tercintanya lalu diikuti dengan Ainur.

Begitulah rutin harian keluarga Encik Zahid setiap pagi. Mereka akan bersarapan pagi bersama sama sama. Cuma yang bezanya, hari ini abangnya tidak dapat meluangkan masa bersama kerana sibuk menguruskan kafenya.

Encik Zahid merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Dia menguruskan sebuah syarikat yang kini telah maju dan dikenali ramai dek kerana berkat usahanya.

??????????

Setelah papanya pergi ke pejabat Ainur ke ruang tamu untuk menonton televesyen manakala mamanya sedang sibok menyedikan ramuan untuk memasak. Puan Shima memang tidak pernah berniat untuk mengambil pembantu rumah walaupun telah dipaksa oleh suaminya. Dia lebih suka jika suami dan anaknya makan makanan daripada air tangannya itu. Baginya berkat air tangan seorang isteri dan ibu mampu membentuk keluarga bahagia.

Kini hanya jasadnya sahaja yang berada di ruang tamu. Fikirannya entah sudah hilang ke mana.

29 september 2017

"Sayang sedap kan makanan dekat sini? Kalau abang tau dah lama abang bawa sayang ke sini" ujar Amirul Affendi kepada Ainur Afrina

"Eleh abang tu bukan ada masa dengan Ainur!Hari tu pon ajak pergi shopping bukan nak ikut." balas Ainur dalam keadaan merajuk.

"Ala abang bukan saja pon tak nak ikut sayang. Abang kena lah kerja keras nak lamar puteri abang sorang nih"

"Ish abang nih." Ainur menampar manja tangan milik Amirul kerana mukanya telah merah membahang apabila Amirul menyebuat soal lamaran itu. Ainur meneruskan langkah tangannya dengan menyuap baki ais krim yang hampir cair.

"Ish sayang abang nih makan ais krim pon comot." ujar Amirul sambil mengeluarkan sapu tangan daripada poketnya lalu mengelap bibir mungil milik Ainur.

"Sapu tangan itu telah bertukar tangan apabila Ainur mengambilnya daripada tangan Amirul dek rasa malu apabila dipandang oleh orang sekeliling."

"Abang sapu tangan nih sayang basuh dulu baru bagi kat abang eh?"

Amirul hanya memberi senyuman kepada kekasih hatinya sehingga menampakkan barisan gigi putih miliknya.

Ainur menikmati senyuman itu. Dia tidak pernah jemu untuk menatap senyuman itu malah mampu mencairkan hatinya. Bukan hatinya sahaja! tetapi hati milik semua gadis yang melihatnya!

"Abang?"panggil Ainur dalam nada sayu

"Ya penghuni hati abang."

"Abang janji dengan Ainur? Takkan tinggalkan Ainur walau apa pon yang berlaku? Abang Janji abang kena ada di sisi Ainur hingga akhir nafas sayang?" Entah mengapa tiba tiba sahaja Ainur menyoal sebegitu rupa kepada Amirul. Dia berasakan Amirul seperti hendak pergi jauh meninggalkannya.

"Kenapa nih sayang? Abang janji takkan tinggalkan sayang. Tetapi kita tak tau kan sampai bila kita boleh hidup? Mungkin saknie , esok atau sebaliknya". Ujar Amirul dalam keadaan sayu.

Kini mereka telah berada di parking kereta. Amirul mengahatar Ainur sehingga ke kereta honda civic milik Ainur, sebelum pulang ke pejabat. Kini Ainur menghantar pemergian Amirul dengan renungan yang sayu.

Ainur terkenangkan pesanan Amirul yang mampu membuatkan dia menjatuhkan air mata. Entah mengapa secara tiba tiba Amirul memberi pesanan sedemikian

"Sayang jangan nakal nakal tau! Jadi anak yang baik. Hormat mama, hormat papa. Kalau Abang dah tak dak nanti, cari pengganti yang lebih baik daripada abang tau?"

Belum sempat Amirul menghabiskan hujahnya Ainur telah mecubit lenggan milik Amirul. "Ish abang nih dok merapu apa dah pergi balik pejabat saknie lambat kena potong gaji baru tau!"

"Amirul cuba menghalang perbuatan ganas Ainur sambil berkata "Ish pemaisuri hati abang nih ada mix dengan ketam ka?"

Ainur yang baru saja hendak memandu pulang ke rumah mematikan niatnya apabila telefon samsung miliknya berdering. Ainur sudah tersenyum apabila nama Abang Amirul yang tertera di skrin telefon.

"Hello" sapa satu suara di hujung talian

"Siapa nih" soal Ainur sambil mengerutkan dahinya kerana itu bukan suara milik Amirul!

"Amirul kena langgar dengan kereta." Jawab satu suara di hujung talian dalam keadaan tercunggap cunggap.

??????????

Ainur tersedar dari lamunan apabila cairan hangat telah membasahi pipi gebu miliknya. Ainur cuba menahan emosinya agar terkawal namun gagal. Dia menutup televesyen lalu naik ke tingkat atas untuk ke biliknya.

??????????

Sorry kalau banyak typo

Yeah akhirnya habis sudah bab1. Maaflah kalau terkurang maklumlah baru first time buat.
?keep reading and vote?
Ig:nurulnazihah07

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience