Rate

Romance Series 2060

Part 1.
Lama aku menatap gambar perkahwinan dalam bingkai gambar itu. Satu-satunya gambar yang tertinggal. “I love you.. I want you.” Bisiknya lembut ditelingaku. Dia menyarungkan cincin di jari manisku. Kemudian aku menyarungkan cincin di jarinya pula. Kami tersenyum bahagia. Lelaki itu muncul lagi dalam ingatanku. Aku tersedar dari lamunan apabila titisan air mataku membasahi pipi. Lalu aku capai bantal di sebelahku... “Aargghhh!!!” Aku menjerit sepuas hati biar tenang jiwaku jika itu caranya untuk ku menenangkan jiwa yang bergelora saat itu. “Kenapa? Kenapa?!!” Jeritku dalam tangisan berharap ada orang akan menjawabnya.

Pagi itu aku tidak berselera untuk menjamah sarapan yang Mom sediakan. Aku tidak mahu keluargaku menyeshaki sesuatu kalau mereka melihat wajahku. “Bye Mom! Bye Dad!” Kataku kepada mereka cuba berbuat seperti biasa. Aku memandu perlahan ke office milik keluargaku dimana aku lah yang memimpin syarikat itu setelah Dad memutuskan untuk bersara dan menyerahkan tanggungjawabnya kepadaku. Aku mengenakan blazer bepasangan dgn seluar panjang berwarna pink lembut pagi itu berserta baju putih di dalam. Sungguh feminin gayanya walaupun tiada siapa tahu betapa hati ini terluka kerana kesilapan masa lalu.

Di bilik office, sedang aku teliti menyemak dokumen yang perlu di tanda tangan tiba-tiba telefon bimbitku berdering. “Hello...” Kataku sebaik mengangkat telefon. “Kata nak lunch!” Kedengaran suara nyaring Kim dari telefon. Aku terus melihat jam tanganku. Pukul 1 tengah hari. Aku terlupa janji makan tengah hari bersama Kim sahabatku pada hari itu. “I’m on my way!” Aku bangun lalu mencapai beg tangan dan meninggalkan office. Sambil menikmati makanan Kim bersuara. “Kaira, are you okay?” Tiba-tiba dia bertanya sebegitu seolah-olah tahu apa yang ada di hatiku ketika itu. Mungkin dia perasan sesuatu? Well dia kan sahabatku sudah pasti dia dapat tahu sekiranya aku sedih ataupun sebaliknya. “Yeah, I’m okay...” Jawabku bersahaja tanpa melihat ke arah Kim yang sedang memandangku. “No, you don’t look okay. You nangis eh?!” Tambah Kim lagi. Ya, Kim dapat tahu dari mataku yang sembab dek kerana menangis sepanjang malam. Aku memandang Kim. Hanya Kim yang mengerti.

Sabtu itu aku dan Kim pergi ke pantai. Itulah aktiviti kegemaran kami berdua sejak dulu. Berenang dan menikmati suasana ombak yg mampu menenangkan perasaan. “How’s Kyle? Do you like him?” Kim bertanya sedang kami berdua membasahkan tekak setelah lama berenang di lautan biru,snorkelling. “What? You kidding me? I’m not okay!” Jawabku sambil meneguk minuman. “Why not? I think he’s handsome & he likes you.” Kata Kim lagi. “No Kim, He’s just a friend of us!” Jawabku lagi membuang pandang ke arah laut. “Sampai bila you nak macam ni?!” Soal Kim, dia bosan. “Kenapa pulak? You already know the answer!” Balasku lagi. Kim diam. Kyle seorang jejaka tampan yang cuba mendekatiku di universiti sehingga sekarang tapi aku tidak pernah menganggapnya lebih dari seorang kawan walaupun dia begitu baik kepadaku.

Part 2.
Malam itu aku berjalan sendirian di kota London menikmati suasana malam yang hiruk-piruk itu. Tiba-tiba seseorang terlanggar bahuku. Aku terkejut. Lelaki itu berkaca mata hitam dengan topi dikepalanya. Tanpa sempat aku melihat sepenuhnya wajah lelaki itu dia terus pergi meninggalkan kata “sorry” untukku. Aku hanya memerhati dia melangkah pergi. Aku memerhati lelaki itu berlalu pergi. Seperti aku pernah mendengar suara itu suatu masa dahulu.

Perjanjian kontrak dengan sebuah syarikat untuk projek bernilai 300 US dollar itu benar-benar merunsingkan kepalaku saat ini. Ini pertama kali aku berdepan denagn projek bernilai 300 US dollar seperti itu. “Rileks my girl. I know you can handle it. I trust you. If it yours it will be yours. But if it don’t just take it as your experience in buisness.” Kata-kata dad masih terngiang-ngiang ditelingaku. Knock knock pintu office diketuk. My assistant Jane masuk bersama sejambak bunga di tangannya. Aku pelik. Siapa pula tiba-tiba hantar bunga. “Ma’am, here your flowers..” Katanya mesra sambil mengulurkan sejambak bunga rose putih kepadaku. “Thanks Jane.” Aku menyambutnya dan meniliti bunga itu kalau ada nota terselit. “Good day for beautiful lady.” Aku membaca nota ringkas itu. Pelik. Tiada nama si pengirim. Mungkinkah Kyle? Atau...

10 malam. Sebaik keluar dari kereta.. “Mummyyyy...!” Aku ketawa girang melihat Ava berlari ke arahku lalu memelukku. Ava anak perempuanku yang baru berusia 5 tahun itu. “Hei baby u didn’t sleep yet?” Soalku mengucup dahinya untuk beberapa kali. “Mummy, I can’t sleep, I’m scare!” Jawab Ava manja dan mengada-ngada. Biasalah budak-budak. “Okay honey you can sleep with mummy tonite..” Tambahku lagi bermesra dengan anak kesayanganku. “Yayyy.. I love u mummy!” Kata Ava lalu berlari masuk ke dalam rumah diikutiku dari belakang. Bukannya dia takut tetapi sengaja mahu tidur denganku. Ava lah kekuatan ku meneruskan kehidupan setelah apa yang berlaku dulu. Ava yang tertinggal untuk ku tanpa seorang lelaki bergelar bapa. Kandunganku yang baru mencecah 5 bulan ketika itu ditinggalkan begitu saja oleh Ivan. Ivan suamiku.

Ya, Ivan. Dia lah bapa kepada Ava anakku. Teringat kembali malam itu kami sekawan berparti di pantai utk meraikan hari tamatnya graduasi di universiti. Semua orang sungguh gembira terutamanya aku. Akhirnya aku berjaya menggenggam Master dalam bidang perniagaan dimana sekarang aku telah mengantikan tempat Dad. Itu juga merupakan impian keluargaku untukku. Ivan, ya ketika itu di univerisiti dia merupakan kekasihku. Kami saling mencintai. Pada malam itu semua orang sungguh gembira sehingga kami minum sehingga mabuk. Hanya beberapa orang perempuan sahaja yang masih menari-m menikmati lagu di radio dan juga aku. Kim mungkin sudah pergi bersama kekasihnya. Manakala Ivan sudah rebah di atas pasir. Dengan kudrat yang ada aku mengangkat Ivan untuk masuk ke dalam kereta dan menghantarnya pulang ke rumah. Sampai sahaja dirumahnya aku membawa Ivan ke dalam biliknya. Ketika itu Ivan tinggal berseorangan di London kerana asalnya dia dari New Zealand. Sebaik sampai di bilik kamarnya Ivan tersedar dari mabuk. “Ivan, you drink too much.” Kataku padanya. Dia memandangku masih dalam keadaan entah sedar entah tidak, atau dia masih di dunia khayalannya. “You need to sleep. I see u tommorow!” Kataku lalu melangkah pergi yang pada ketika itu Ivan sedang duduk di birai katil memandangku. Sebaik aku melangkah tiba-tiba Ivan menarik tanganku sehingga aku terduduk di pangkuannya. “Baby stay with me.” Ucap Ivan mendekatiku lalu mencium aku. Aku terkejut dan menolak ciuman Ivan. “No Ivan, l’ll see you tommorow all right.” Ucapku menolak lembut bahu Ivan. “I love you. I want you.” Kata Ivan lagi. Ternyata dia masih dalam dunia khayalannya kerana minum terlalu banyak. Tiba-tiba Ivan memelukku erat dan mencumbu ku. Aku terkejut dan cuba melepaskan diri tetapi semakin aku cuba melepaskan diri semakin itu Ivan tidak mahu melepaskan aku. “Ivan, what you doing?!! Let me go!!” Kataku sambil cuba melepaskan diri. Perlahan Ivan melepaskan aku. “I want you...” Bisiknya lembut lalu merangkul pinggangku dekat dengannya. Entah kenapa hatiku begitu berdebar. Kami berpandangan dan tanpa aku sedar aku membalas kucupannya. Kami lemas bersama asmara cinta. Pada malam itu terjadilah sesuatu antara aku dan Ivan. Kami terlanjur bersama...

Aku mengandung dua bulan ketika majlis perkahwinan aku dan Ivan. Perkahwinan aku dan Ivan sekadar majlis kecil-kecilan sahaja kerana ketika itu Dad tidak sanggup menerima keterlanjuran itu. Begitu juga keluarga Ivan di New Zealand. Perkara itu dirahsiakan dari pengetahuan mereka. Sehingga kini setelah berusia 5 tahun Ava tidak pernah mengenali siapa bapanya. Dan dalam usia sekarang dia belum juga pernah bertanya siapa bapanya kerana aku tidak pernah menceritakan siapa bapanya. Biarlah Ava dewasa untuk mengenali siapa bapanya dan biar aku membesarkan anakku tanpa seorang bapa. Mungkinkah sekarang Ivan sudah mendirikan rumah tangga dan berbahagia. Siapalah aku untuk menganggunya lagi? “Mummy....!” Aku tersedar dari lamunan apabila Ava memanggilku. “Heii Ava.. don’t run.” Jeritku manja kepada Ava. Ava anak yang lincah dan pintar. Mom dan Dad lah yang menjaga Ava sekiranya aku bekerja jadi Ava sangat manja dengan mereka berdua. Cucu kesayangan katakan.

Part 3.
Aku akan ke out station selama beberapa minggu untuk projek bernilai 300 US dollar itu. Kerjasama antara syarikat di Amerika Syarikat memerlukan aku untuk berbincang tentang beberapa pelan yg perlu dilaksanakan. “Instead of you can release your problem.” Kata Kim dalam talian apabila aku menelefonnya pagi tengah hari itu setelah tamat meeting. “Problem? What problem? There’s no problem.” Jawabku lagi. “Well, baguslah. So how was your day? Any gentlement to bring back here?!” Ujar Kim lagi. Sekadar bergurau. Aku ketawa geli hati diikuti Kim. “Well I’ll bring one for you so Mike will kill you!” Sambungku lalu ketawa. Mike ialah tunang kepada Kim. “Okay then, I have to go I’ll see you later!” Kataku lalu memutuskan talian bersama Kim.

Setelah beberapa hari sibuk dengan meeting di kota Amerika Syarikat, malam itu aku keluar bersiar di kota itu. Aku melihat suasana di AS itu, cantik dan sambil itu mata aku tertumpu kepada pasangan yang sedang berbual mesra tidak jauh dari tempatku berdiri. Cepat-cepat aku berpaling apabila peristiwa lalu muncul lagi dalam fikiranku. 5 tahun berlalu tetapi aku masih tidak dapat melupakan peristiwa itu kerana jauh di sudut hati aku masih menanti kepulangan Ivan, suamiku yang telah pergi tak kembali, sehingga kini. “Hi..!” Seseorang menyapaku. Aku menoleh. Seorang lelaki bermata biru berdiri tersenyum di depanku. Aku membalas senyumannya. “Hi Nate!” Jawabku. Nate ialah rakan kerjasama untuk projek bernilai 300 US dollar itu. “I saw you so I think you need friend to talk to.” Dia tersengeh. Aku cuma mengangkat bahu. “Nice view here. Its my 4th time I‘ve been here!” Kataku bersahaja berbual dgn Nate. Lelaki tidak kurang handsomenya itu. “Really? Well you can stay more longer if you want to.” Balasnya memandangku. Aku senyum dalam kesejukkan malam. “I miss my kid already!” Kataku lalu ketawa kecil.. “Wait! Do you married?” Soal Nate terkejut mendengar kataku. “Well, tak kesampaian. Just forget it!” Kataku tidak mahu memanjangkan cerita dgn lelaki yang baru aku kenal itu. Nate hanya terdiam agak lama sehingga rasa tiada perlunya untuk aku terus berada disitu. “So I guess we better take a sleep. Many more to discuss tommorow.” Kataku memandangkan Nate yang hanya berdiam dari tadi. “Yeah, see you tommorow. Good night Kaira!” Ucap Nate lalu aku pergi, kembali ke hotel.

Hari berikut dan berikutnya aku sering saja terjumpa Nate di kota Amerika itu. Dan sejak malam itu juga kami semakin mesra pula. Aku selesa berkawan dengannya. Mungkin aku perlukan seorang kawan ketika itu. Malam itu Nate mengajak aku ke sebuah bar. Aku tidak menolaknya. “Hei you look beautiful!” Puji Nate apabila aku tiba di luar bar dan dia sedang menungguku. “Thanks.” Jawabku manja. Di dalam bar Nate memulakan perbualan. “I think I’m in love!” Kata Nate berbisik kepadaku. “Really? Who’s that lucky girl?” Balasku gembira. “You...” Bersahaja Nate berkata tetapi penuh makna di matanya. “What? You must be kidding me!” Kataku, beranggapan bahawa Nate sekadar bergurau. Aku tergelak kecil. “Kaira, I like u. I love you.” Sambungnya lagi lalu memegang tanganku di atas meja bar itu. Aku terkejut. “I have to go! I’m sorry.” Aku menarik tanganku lalu terus meninggalkan Nate. Faham-faham sahajalah kalau orang tidak sudi. “Kaira! Kaira wait!” Panggil Nate lalu berlari mengejarku. Di luar bar Nate menarik tanganku dari terus pergi. Aku menoleh “I can’t Nate.” Kataku mengharapkan pengertian dari Nate ketika itu. Perlahan Nate melepaskan tanganku dan aku segera pergi bersama perasaan bersalah terhadapnya. Aku menolak cintanya hanya kerana aku masih menunggu seseorang yang tidak pasti. Lagipun aku tidak pernah menaruh hati padanya. Aku masih isteri orang. “I’m sorry Nate” Bisikku berlari meninggalkan Nate sendirian. Dia hanya melihat aku pergi.

Dua minggu berlalu aku akan balik ke London. Lega rasanya apabila projek beribu dollar itu selesai dan berjalan dengan lancarnya. ‘Gembira lah Dad nanti.’ Bisik hatiku. Di lapangan terbang AS aku masih berdiri menunggu masa untuk berlepas. Merenung jauh ke langit disebalik dinding kaca. Teringat Ava anakku, ‘I miss you Ava.’’ Aku tersenyum teringat telatahnya apatah lagi apabila dia tahu aku akan membelikan toys untuknya. Bahuku disentuh, aku menoleh.. “Nate...” Ucapku perlahan. Dia tersenyum manis. “Going back home?” Katanya sekadar berbasi-basi. Aku tersenyum berharap Nate tidak membenciku kerana peristiwa malam itu. Sejak malam itu Nate tidak lagi menyapaku sehinggalah pagi itu di lapangan terbang. Aku memandang Nate lalu berkata. “I’m sorry about that night..” Dia tersenyum. ‘Kenapalah lelaki ini asyik tersenyum sedangkan aku sudah mengecewakannya.’ Bisik hatiku. Aku benar-benar rasa bersalah. “No, just forget about it. Maybe it too soon and we just know each other. And maybe you need some time to think about it maybe?!” Nate ketawa kecil. Aku memandang Nate lagi. “We better be friend. I like you as a friend.” Kataku. Dia terdiam. Mungkin dihatinya tiada harapankah dia dihatiku. Aku hilang meninggalkan Nate di celah manusia yang turut pergi ke destinasi masing-masing.

Malam itu di bilik ku, aku berehat setelah penerbangan yang panjang siang tadi. “Keep in touch Kaira. I’m gonna miss you.” Teringat kata Nate semasa aku berpisah dengannya di lapangan terbang AS siang tadi. Pintu terbuka, kelihatan Ava bersama neneknya dimuka pintu. Aku tersenyum sambil mereka berdua masuk ke kamarku. “Hei my baby I though you was asleep..” Lalu dipelukku anak itu. Mom hanya tersenyum memandang. “Can I sleep with you mummy?” Soal Ava manja. Aku memandang Ava sambil membuat muka. “Okayy but you have to promise not to pee on my bed.” Kataku lalu ketawa memandang mom. “Okay mummy.!” Balas Ava lalu melompat-lompat di atas katil. Suka!

Keesokkan harinya aku mengambil cuti meluangkan masa bersama Ava. Aku membawa Ava ke shopping mall menonton wayang. Tidak ketinggalan Kim. Selesai menonton wayang kami bertiga mengisi perut di restauran. Sambil itu aku berborak dengan Kim sementara Ava makan ais krim kegemarannya. “We gonna married soon!” Kata Kim itu membuatku terbatuk. Aku agak terkejut mendengar pengakuannya. Dia ketawa.. “Seriously? Finally, congratulations Kim! I’m so happy for you..” Kataku gembira untuk sahabatku yang akan menamatkan zaman bujangnya setelah 2 tahun bertunang dengan Mike. Kim buat muka gediknya, aku sudah masak dengan perangai manjanya itu. “Tapi,...” Kim berkata dan menunding jari ke arahku. Aku tertanya-tanya kenapa. “I want you to be my bridesmaid!” Ujarnya lagi. “Always the bridesmaid and never the bride!” Jawabku selamba dan kami berdua ketawa bersama. “Yayyy!!!” Tiba-tiba pula Ava bersorak gembira mendengar perbualan kami berdua. Terlerai lagi ketawa kami bertiga. Aku gembira untuk Kim. Sahabat dari zaman sekolah. “But it will be in New Zealand!” Kata Kim itu mematikan senyumanku. New Zealand, negara kelahiran Ivan. Mungkin dia di sana sekarang. Aku memandang Kim...

Part 4.
New Zealand.
Aku dan Ava check in di hotel ditempah khas oleh Kim dan bakal suaminya untuk kami berdua. Ava kelihatan sangat gembira dan aku pula gemuruh was-was kalau terjumpa Ivan. Ya aku masih menunggunya. Teringat kembali ketika itu aku ke sini, New Zealand mencari Ivan. Ketika itu kandunganku 7 bulan dan aku nekad mencari Ivan ke negara ini berharap dia akan muncul dan bertanggungjawab atas diriku. Aku meneliti alamat di atas kertas yang Ivan pernah tinggalkan untuk ku. Sampai sahaja di hadapan rumah Ivan, aku mengetuk pintu. Seorang perempuan muda muncul dihadapanku. Hatiku berdebar. Sipakah dia? “Ermm hi! sorry.. I’m looking for Ivan. This is his house right?!” Soalku kepada perempuan berambut blonde itu. Perempuan itu merenungku, sedikit pelik. Mungkin melihat perutku yang besar itu. Aku senyum padanya. “Oh no. They are moving out to new house somewhere in here!” Jawabnya ramah. “Do you know where they going?” Tanyaku lagi. “No.. I’m sorry!” Jawabnya. Aku hampa. “Ivan, where are you?...” Bisik ku sambil mengusap perutku yang memboyot itu. Tanpa berfikir panjang aku terus menuju ke sebuah pusat internet untuk mencari senarai nama keluarga Ivan di New Zealand itu. Bingo! ‘Here I come!’ Aku tersenyum melihat alamat rumah Ivan tertera di skrin komputer. Aku segera mencari rumah itu. Agak jauh dari rumah lama Ivan. Aku berdebar. Aku ketuk pintu rumah agam itu. Besar dan nampak sangat cantik dari luar. Muncul seorang lelaki separuh umur. “Yes miss?” Tanyanya pelik memandangku dari atas ke bawah. “Hi ! I’m looking for Ivan. He’s here?” Ujarku sambil mataku mencari kelibat Ivan dalam rumah itu. “Ivan? Oh he’s not here. He moving out with his wife.” Dang! Aku hampir rebah mendengar penjelasan lelaki itu. Lelaki itu cepat-cepat memegang bahuku dari terjatuh. Muncul pula seorang wanita, mungkin isterinya, ibu kepada Ivan. Mereka membawaku masuk ke dalam rumah itu. Besar, mewah, cantik, bersih.Menitis air mataku melihat potret gambar Ivan tergantung di dinding. “You tipu!” Bisik hatiku, benci, marah, sedih, kecewa. Setelah aku menenangkan diri meneguk segelas air mereka berdua menyoalku. “How old is your pregnancy?!” Tanya wanita itu lembut dan ramah. Aku tersenyum dan menjawab. “Its 7 months old aunty. Do you Ivan’s parents?” Soalku pula. “Yes, we are. Last night he was here but he said he stay for a while at his wife’s house. I wish you could come earlier” Bapa Ivan pula menjawab. Aku cuma terdiam, menahan hati luka. “I’m sorry for asking but who are you?” Soal wanita itu lagi. Aku memandang mereka, teringat Mom dan Dad di London. Menitis air mataku dan cepat-cepat aku seka. ”He is my friends. I just need some help from him but its all right. I have to go.” Kataku tidak mahu berterus terang lalu bangun dari kerusi ingin meninggalkan rumah itu. Aku pergi membawa diri. Menangis kecewa.

Ivan benar-benar mengecewakan aku. Aku berjalan entah kemana waktu itu. Kakiku mula membengkak kerana berat perutku 7 bulan itu. Aku teruskan jua perjalananku. Entah kemana. Teringat kembali waktu itu ketika Ivan berjanji kepadaku. “Baby, I have to go back to New Zealand. But I promise I will be back for you, for our kid and for us. It won’t be long. My dad just past away this morning. But I promise..okay. This is my kid & i will take care of her and you.” Ivan mengucup dahiku. “Wait for me and take care of yourself.. I love you !” Kata Ivan lagi. Aku menangis, keberatan untuk melepaskan Ivan pergi. “You lied Ivan. You are liar!” Jeritku. Pulk!! Aku terjatuh ke bumi. Gelap...

Aku terbangun dari tidur. “Where am I?!” Aku panic dan tiba-tiba aku meracau. Seorang lelaki yang kebetulan ada disitu cepat-cepat menenangkan aku. “Kaira, calm down yourself. calm down. You are save here.” Kata pemuda itu. Kyle! Ya Klye! ‘Apa dia buat disini? Adakah dia mengekoriku?’ Fikir hatiku ketika itu. “Kyle...” Luahku. Kyle tersenyum dan mengangguk kan kepalanya memberitahu bahawa dia ada bersamaku, memberi semangat untukku. Aku menangis lagi, teresak-esak. Sebak melihat Kyle, terasa aku selamat melihatnya ada disisiku ketika itu. “He lie to me...” Kataku lalu menangis lagi. Kyle memelukku cuba menenangkan aku. “We going back to London tommorow.” Ucap Kyle. Aku melepaskan pelukkan. “No, I want to see him! I have to talk to Ivan!” Kataku separuh menjerit. Entah kenapa tindakan aku begitu, entah sedar atau tidak. Jiwaku celaru, bagaikan orang kurang waras! Hanya kerana lelaki penipu bernama Ivan. Isteri mana yang sanggup melihat suaminya kahwin lagi. Walaupun kini aku membencinya tapi jauh dihati aku masih inginkannya walau aku tahu dia sudah beristeri seperti kata bapanya. “Please Kaira, he is married. He will never come back for you!” Look at you! Don’t you think about your baby?!” Kata-kata Kyle itu membuat hatiku semakin sakit. Aku hanya mampu menangis di bahu Klye. Pagi itu aku dan Kyle kembali ke London.

“Mummy..!!!!” Panggilan Ava mengejutkan ku, cepat-cepat aku menyeka air mata di pipiku. “Yes Ava what is it?” Soalku. Aku pelik melihat entah dari mana datangnya 3 kuntum rose putih di tangannya. “Hei where did you got this? Who give it to you??” Tanyaku pada Ava sambil mengambil bunga itu dari tangannya. “Uncle out there, he just go and closed the door. He said give it to mummy and then he go. He’s using mask in his face!” Ava memberi penjelasan sambil melompat-lompat di atas katil. Aku merenung bunga itu.. pelik. ‘Ini kali kedua org hantar bunga. Di London pun bunga kat sini pun bunga.!’ Bisik hatiku.

Malam itu di restoran, Kim dan suaminya akan bersanding. Malam itu aku menjadi pengapit Kim bersama adik kepada suami Kim. Malam itu juga aku mengenakan dress putih cantik tidak kurang juga Kim, begitu cantik dan seksi malam ini. “Hei my beautiful bride! Look at you!!” Kataku memuji kecantikkan Kim malam itu. Dia tersenyum lebar menampakkan giginya yang putih bersih. Ramai tetamu malam itu menjamu makanan yang ada. Semuanya kelihatan gembira terutamanya Kim dan suaminya. “Finally you married Kim!” Kataku berbisik sendiri gembira melihat Kim dancing bersama suaminya dari kejauhan. Manakala Ava gembira bermain dengan kawan barunya entah anak siapa. Sesekali aku mencari kelibat Ava. Ramai juga kenalan waktu di universiti ketika itu. Tidak ketinggalan juga Kyle! “You here??!” Kataku berseloroh kepada Kyle. “Here I am...” Jawab kyle sambil buat gaya lucu. Kami berdua ketawa. “I meet Ava just now and I saw you here.” Kata Kyle lagi. Selain Kim, Kyle juga selalu ada untukku saat aku dalam kesusahan dulu. Kyle bagaikan bapa kepada Ava apabila dia sering melawatku di hospital sebelum dan selepas Ava dilahirkan. Dia begitu mengambil berat tentangku sehingga kini juga. Dia selalu menemani aku menjaga Ava dan selalu menawarkan dirinya menjaga Ava apabila aku kerja. Dia begitu baik sehingga aku rasa bersalah kerana kebaikkannya itu tidak terbalas olehku. “Lets dance.” Pelawa Kyle. Aku membulatkan mata kepada Kyle. “No...” Jawabku. “Please...” Katanya lagi. Terpaksa juga aku menyambut huluran tanganya. Aku dan Kyle dancing mengikut rentak lagu romantik malam itu. Kyle merenung mataku membuatku sedikit gelisah. Alangkah indahnya kalau dia adalah Ivan. Ivan suamiku dan suami orang juga. Masihkah layak aku digelar isteri kepadanya setelah 5 tahun berlalu. Cepat-cepat aku buang perasaan itu.

Part 5.
Di office pagi itu seperti biasa aku menjalankan tanggungjawab sebagai boss dan menunjukkan sikap yang positif kepada pekerjaku. Reputasi syarikat amat bergantung kepada ketuanya. Pintu diketuk. Masuk Jane, assistant ku bersama sejambak bunga di tangannya. Bunga lagi. “Here your flowers again!” Kata Jane mesra pagi itu. “Can you please check who give this Jane?” Pintaku sebagai boss meminta pertolongan daripada Jane. “Yes miss, my pleasure!” Katanya lalu meninggalkan bilik office. “Morning beautiful sunshine..” Terselit sekeping nota disitu. Aku membiarkan persoalan itu difikiranku. Pintu bilik diketuk dan sekali lagi Jane masuk. “Yes Jane?” Tanyaku. “Ma’am, this is about our company income this month. There’s about hundred dollar in our account and we don’t know where is it come from. Ianya lebih daripada apa yang kita usahakan on this month.” Kata Jane panjang lebar. Aku pelik. “How could it be...” Kataku betanya kepada diri sendiri. “Are you sure about this? Bring the money here. I meant duit yang lebih tu. I’ll settle it down later.” Ujarku memberi arahan kepada Jane dan dia pergi meninggalkan aku selepas itu. Pelik juga dari mana datangnya wang itu.
Di rumah malam itu kami sekeluaga makan bersama. Setelah selesai makan kami sekeluarga menghabiskan masa menonton televisen bersama. Tetapi Dad sibuk melayan karenah cucunya manakala aku dan Mom berborak kosong di ruang tamu. Hal di office hari itu saja aku tidak ceritakan kepada Dad dan Mom. Biar aku yang menguruskannya. Tiba-tiba telefonku berbunyi. Kyle... Aku menjawab panggilannya di beranda luar rumah. “Hei.. miss me huh?!” Kataku sebaik saja menjawab panggilan dari Kyle, sekadar bergurau mesra. “Thats why I’m calling you.” Jawab Klye sambil ketawa kecil. “I see.. well, you must be couldn’t forget how good I’m dancing that night, right?” Aku ketawa kecil masih mengusik Klye. “Yeah why not! You’re a good dancer sama macam di universiti dulu. Annnddd you look so beautiful in white.” Ujar Kyle beriya-iya. “I wish ada org lamar I..” Kataku mengusik Kyle lagi lalu ketawa kecil. “I akan lamar you..” Jawab Kyle bermaksud sesuatu dalam gurauan. “Hahaha! Thats funny!” Jawabku. Dia ketawa.

Beberapa hari selepas itu, Klye semakin kerap menghubungiku dan pada petang ini dia mengajak ku dinner pula. Aku ikutkan saja perlawaan Kyle itu sebagai kawan yang ingin belanja makan. Di restoran mewah itu kami berdua makan sambil berborak. “So, bila you nak kawin?” Pertanyaan Kyle itu membuatku tercekik. Cepat-cepat aku menyedut straw minuman di hadapanku. “Kyle... what a question!” Jawabku berpura-puta marah. “Well, I’m serious. You’ve been single for long time!” Aku tahu ada benar apa yang Kyle katakan tapi apakan daya hati ini masih belum terusik oleh mana-mana lelaki dan aku masih isteri Ivan. “I’m not interest in any relationship right now. Ava is more than enough. Otherwise I am married.” Jawabku bersahaja sambil ketawa kecil memandang Kyle. Sedikit berubah wajahnya yang ceria tadi. Klye cuma diam. “So how about you? Pandai cakap I tapi you pun not yet married?!” Soalku balik cuba menghidupkan suasana hambar ketika itu. Kyle tersenyum, meletakkan garfu & sudunya di pinggan. Dia mengeluh panjang. “Acually l’m in love with this women. For many time since university but its look like no way for me to get her. She’s never give an attention when I try to show what I feels towards her.” Luah Kyle kepadaku. “Did you tell her?” Soalku lagi. “Tell? She never love me, even like me!” Jawab Kyle penuh kekecewaan di wajahnya. “You never try. You should tell her. You never know if she likes you or not. Its okay to be hurt but at least you try.. right?!” Aku pula memandai-mandai memberi nasihat berani mati kepada Kyle. Kyle merenungku lama. Malu aku dibuatnya lalu aku meneruskan lagi makan makanan yang tertinggal di pingganku.Seketika kami diam. Kyle menghantarku balik malam itu. Di depan rumahku, selepas parking di hadapan gate rumahku, aku memandang Kyle. “You okay?” Kataku memberi senyuman manis kepadanya. “Yeah, I’m okay. I think you’re right. Maybe I should tell her!” Kata Kyle tersenyum lebar. “Thats it! Best of luck man!” Kataku mengusik lagi. “Okay I got to go. By the way, thanks for dinner.” Sambungku lagi setelah ketawa kami reda. “Okay then! See you, good night!” Ucap Kyle. “Good night...” Balasku lalu keluar dari kereta menuju ke dalam rumah.

Di office, aku memanggil setiausaha kewangan syarikat ke bilik ku. Aku ingin bertanya sendiri dari mana datangnya duit yang banyak dalam bank seperti dikatakan Jane tempoh hari. “Have a sit Mr.Money.” Ucapku pagi itu sempat bergurau dengan Matt setiausaha kewangan di syarikat ku. Dia duduk di hadapanku bertentangan dgn kerusi tempatku sekarang. “So, Matt as you know, where did the money come from?!” Soalku tanpa membuang masa. Matt kelihatan gelisah walaupun dia cuba sembunyikan perasaannya. “I.. I don’t know ma’am.” Jawabnya gugup. “Macam mana you boleh tak tahu? I trust you as my employer. So please tell me whats is going on.! Kalau orang lain tahu tentang ni it could effect our buisness, my buisness!!” Kataku tegas tetapi tetap tenang di kerusiku. “Or else I call police to settle this with you because right now this is your responsiblity and only you know whats is going on here!!” Sambungku lagi memandang tepat ke arah Matt. “Okay, ma’am. I’ll tell you but I really not know who is the guy yang bagi duit tu di bank last time and, and he told me to keep it secret especially from you.” Matt memberi keterangan. Aku mengerutkan dahi. Pelik juga. Siapa pula yang senang-senang memberi wang begitu sahaja dengan nilai yang banyak tanpa sebab munasabah. “He’s using long Tshirt with hud in his head, black sunglasses and I couldn’t see his face clearly.” Ujar Matt lagi. Aku terdiam. Buntu. Siapakah dia? “I got an idea!” Kataku pada Matt. Matt diam.

Part 6.
Sedang aku berjalan bersama Kim di shopping complex tiba-tiba dengan sengaja bahuku dilanggar oleh seseorang, seorang lelaki berkaca mata hitam dan betopi tidak menampakkan wajahnya. Aku sedikit marah lalu cuba memanggilnya tetapi lelaki itu terus berlalu pergi meninggalkan aku dan Kim. “Hei! Hei you! Are you blind?” Jeritku agak marah ke arahnya entah dia dengar atau tidak. Tidaklah sakit bahuku tetapi seluas-luas jalan kenapa nak langgar aku?! Lelaki itu terus pergi tanpa menoleh lagi. Sepantas itu juga aku teringat lelaki yang diceritakn Matt minggu lalu. Dengan pantas aku menarik tangan Kim dan cuba mencari lelaki itu tetapi hampa. ‘Cepatnya dia pergi.’ Bisik hatiku. “What happened?” Tanya Kim seolah baru sedar dari tidur yang panjang. Selepas itu aku menceritakan semuanya pada Kim.

Malam itu Ava menyambut hari lahirnya yang ke-6 tahun. Aku dan keluarga mengadakan jamuan ringkas sempena hari lahir anak kesayanganku itu. Tanpa aku sedar Ava semakin membesar dan akan bersekolah tak lama lagi. Aku hanya menjemput kawan terdekat, pekerja di pejabat dan jiran-jiran sahaja. Ava sangat gembira malam itu. Para tetamu menyanyikan lagu happy birthday kepada Ava dan selepas itu para tetamu menikmati jamuan yang disediakan. Kim pula sibuk melayan karenah Ava, maklumlah dia mengandung 3 bulan sekarang. Kyle juga turut hadir. Kyle mendekatiku. Aku tersenyum padanya. “Hi! Kyle..” Kataku lalu menghulurkan sepotong kek di dalam pinggan kepadanya. Kyle menyambutnya bersahaja. “Thanks..” Katanya lalu mengigit separuh dari kek itu ke dalam mulut. Aku menunjukkan ke arah cebisan kek pada mulut Kyle. “What?” Soal Kyle sambil tangannya cuba mencari apa yang aku maksudkan. Tetapi masih kotor juga mulutnya. Sebagai seorang ibu naluri keprihatinan yang ada padaku lalu aku membersihkan mulutnya menggunakan tisu. Spontaneous! Kyle memandangku dengan renungan penuh makna dimatanya dan aku segera melarikan lirikkan mataku. “Mummy...” Panggilan Ava memecah kejanggalan antara kami berdua saat itu. Dari jauh aku melihat Kim sedang tersenyum memandangku. Aku tahu maksudnya itu! “Got you!”

Tetamu sudahpun balik. Ava sudahpun tertidur dalam dakapan aku. Namun aku tetap menemani tetamu balik hingga ke luar rumah. Kim dan suaminya sudah pun pergi tinggal Kyle saja lagi. “Thanks for tonight!” Ucap Kyle sambil mengosok rambut Ava yang sedang tidur dalam pelukkan ku. “My pleasure! I’m sorry sebab tak dapat borak lama tadi. Too many guest!” Kataku pula pada Kyle. “Its okay I understand. Oh ya, do you remember about the girl I told to you?” Kyle mengingatkan aku kembali kepada perempuan yang diceritakannya kepada aku dulu. “Yeah, why? Did you tell her?” Jawabku excited ingin tahu. “I am telling her now. I love you Kaira.” Aku ketawa mendengar kata Kyle itu, berfikir bahawa dia hanya bergurau. “You’re the girl that I mentioned. Its been so long Kaira. I really love you..” Ujar Kyle lagi. Aku kelu, tidak menyangka selama ini Kyle menaruh hati terhadapku. Tetapi entah kenapa aku mengukir senyuman kepada Kyle. Adakah aku sudah jatuh cinta? Rengekkan Ava menamatkan perbualan kami berdua malam itu. Kereta Kyle berlalu pergi meninggalkan aku dengan satu perasaan yang tak pasti.

Sejak hari itu aku dan Kyle selalu bersama bagaikan pasangan sedang bercinta. Aku sendiri tidak pasti apakah perasaan ku terhadapnya? Adakah itu cinta atau hanya perasaan selesa berada di sisinya? Hari itu aku berjumpa Kim berbicara soal hati dan perasaan. “I don’t know Kim. I’m scare to be in love again.” Kataku padanya. “Sampai bila you nak macam ni? He will take care of you and Ava. You know how much he love you...” Ujar Kim. Kata-kata itu mengingatkan aku kembali pada janji yang pernah Ivan ucapkan bahawa dia akan menjagaku. “Do you still thinking of him? Dia sudah beristeri Kaira. Live your life. Kenapa nak ingat oranv yang tak ingat you? He’s happy with his life and you? Is it worth it?!” Ujar Kim lagi. Kim sudah muak dengan perangaiku setelah berapa kali dia menasihatiku untuk meneruskan hidup menerima Kyle sebagai penganti Ivan. Ya aku tahu, Kim sangat mengambil berat tentangku dan dia menyayangiku seperti keluarganya sendiri. “I know Kim! But how? I tak pasti either it is love or not. I like him but I’m not sure about my feeling. I takut if this is not love and it gonna hurt him! And I’m still Ivan’s wife.” Balasku memandang tepat ke arah Kim. Kim memandangku, mengiyakan kebenaran kataku itu. “Kaira, okay look I faham but think about it. Do you think you still his wife after all this year he left you just like that? This is your life, you make your own choice. I just want you to be happy. Past is past, live your life. Maybe Ava need a father. And you, you need someone tho!” Kim tidak putus memberi semangat kepadaku. Aku cuma diam dan Kim memelukku. Aku pejamkan mata. Keliru.

Sebulan kemudian, aku declare menjadi kekasih Kyle. Aku menerima cintanya walaupun ianya masih samar-samar dalam hatiku. Hanya aku yg tahu... Kyle gembira aku menerimanya. Lama aku tidak mendengar keindahan kata cinta dari seorang lelaki. Dan apabila Kyle mengungkapkan kata cintanya kepadaku, ingatanku kembali lagi pada kenangan lalu, kenangan manis aku dan Ivan. ‘I’m sorry Kyle.’ Bisik hatiku.

Tengah hari itu aku menjemput Ava di sekolah. Ava kini bersekolah di tadika. Comelnya dia. “Hei my big girl. How school?” Kataku apabila menghampiri Ava lalu mendukungnya. “Ouchh you so heavy now huh! You are big girl already..” Ujarku padanya lagi. “Yeah l’m big girl like mummy..” Tuturnya lancar. Aku ketawa kecil mendengar jawapannya lalu memecut kereta balik ke rumah. Dari cermin hadapan aku ternampak seseorang berkaca mata hitam dan bertopi. Lelaki itu lagi. ‘Siapakah dia?’ Bisik hatiku, gelisah. “I love you...I want you!” Peristiwa malam itu kembali dalam ingatanku. Kehangatan pelukkan dan cumbuan Ivan masih segar dalam ingatanku. Kami berdua lemas dalam lautan cinta malam itu. “Ivan, I love you...”

Part 7.
Pagi itu aku mengikut Matt ke bank. Aku ingin melihat dan menangkap sendiri lelaki yang menyumbang wang ke akaun syarikat milik ku. Aku perlu tahu siapa dan kenapa dia berbuat begitu. Seperti yang Matt katakan lelaki itu akan mengenakan topi dan kaca mata hitam. Aku berselindung disebalik orang ramai dalam bank itu, resah menunggu kemunculannya. Sebaik lelaki itu menghampiri Matt dia terus menyerahkan sampul surat kepadanya dan dengan pantas aku terus merentap tangan lelaki bertopi itu, aku genggam kuat tangannya. Lelaki itu terkejut lalu memandangku. Tetapi apakan daya kudratku sebagai wanita tidak mampu menandingi kekuatan lelaki itu. Dia berlari pergi meninggalkan aku dan Matt bersama sampul surat yang terjatuh di atas lantai. Lelaki itu kenapa seperti aku kenal dia. Matt memandangku.

Di pejabat, telefonku berbunyi. Tertera nama Dad di skrin. “Hello Dad!” Sapaku. “Kaira, I couldn’t found Ava at school. She’s not here!” Suara Dad cemas. Aku juga cemas dibuatnya. “What? How could it be? Do you ask her teacher if they know where she go?!” Soalku lagi agak panic. “I do. They told me seorang lelaki datang ambil Ava atas arahan you.” Aku benar2 panic mendengar penjelasan Dad sedangkan aku tidak pernah memberi arahan seperti itu. “Okay Dad. You go back home I’ll find her!” Kataku lalu memutuskan talian, segera melangkah keluar dari pejabat. Telefon berdering lagi. Dad. “Yes dad?” Aku semakin cemas apabila Dad menelefon semula. “Ava at home. Your mom just call me!” Penjelasan Dad membuatku sedikit lega. ”I see you at home!” Kataku lalu pergi.
Sampai saja di rumah aku terus mencari Ava. “Mummy..!” Jerit Ava gembira melihatku. Ketika itu Ava sedang mandi di swimming pool ditemani Mom. Kerisauanku hilang tapi persoalannya siapakah lelaki itu? Selepas itu aku mengambil cuti setengah hari. Nak kerja pun tak focus tak guna juga. Selepas membersihkan diri aku mendekati Ava yang sedang bermain dengan toys nya. “Ava, mummy want to talk to you” Kataku pada Ava lalu memangkunya duduk di ribaku. Ava pula masih dengan mainannya. “Tell me who pick you up at school today?” Tanyaku. Ava bangun dari duduk lalu memandangku girang. “He said his name is uncle. He is a good guy. He give me ice creams and bring me to playground! I like that uncle and I saw him but I can’t remember where.” Cerita Ava kepadaku. Aku mengerutkan dahi. “No Ava you cannot do that. You cannot just go with someone you don’t know. He might be a bad guy.” Kataku cuba menasihati Ava. “No mummy he is good! That uncle always accompany me before grandpa or you pick me at school.” Jawab Ava lalu berlari bersama permainannya. “Hei Ava I’m not finish yet!” Jeritku padanya. ‘Uncle? Siapa uncle?!’ Bisik hatiku.

Hujung minggu itu Kyle mengajakku dan Ava bermalam di sebuah resort sambil picnic di pantai. Begitu juga Kim dan suaminya. “Ava, look at aunty Kim, she’s having a baby inside!” Kataku pada Ava sambil meramas-ramas perut Kim yang semakin membesar itu. Ava senyum begitu juga Kim. Manakala Kyle dan Mike suami Kim sibuk mengangkut barang dari kereta. “Yayy.. I want it mummy. Can I aunty Kim?” Kata Ava memandangku lalu memandang Kim. “Off course honey, this is your brother too!” Jawab Kim kepadanya. Ava melonjak kegembiraan. Selepas itu kami mandi di pantai. Aku melihat saja Kim dan suaminya melayan karenah Ava bermain pasir. Aku berjalan memerhati keindahan lautan luas di hadapanku. Sedang asyik memerhati lautan itu tiba-tiba tubuhku digendong. Aku menjerit, terkejut. Kyle ketawa melihat telatahku. “Kyle...!” Kataku menjerit manja. Kyle berlari-lari membawa ku disekitar pantai itu. Kami ketawa bersama. Gembira. Malam itu Kyle mengajakku duduk di taman berhampiran pantai. Katanya ada sesuatu yang penting dia nak sampaikan. Di situ Kyle sudahpun menungguku. “Hi love!” Kata Kyle sebaik aku sampai lalu memegang jariku. Aku membiarkan saja, tersenyum manis. “Sorry I’m late. Ava just asleep.” Kataku lalu duduk disebelah Kyle di bangku taman itu. Kyle memperbetulkan kedudukannya menghadapku. “I have something to tell you” Ucap Kyle. Aku menutup telingaku. Mengusik Kyle pura-pura tidak mahu mendengar apa yang ingin diperkatakannya. “Kaira, l’m serious.” Ujar Kyle lagi. “Okay okay what is it?” Kataku kembali serious. Kyle mengambil sesuatu dari poketnya, sebentuk cincin dan... “Will you marry me?!” Ungkapan itu membuatku kelu. Aku terkejut. Aku memandang Kyle, lama... “Are you okay?” Sapaan Kyle membuatku tersedar ke dunia kami berdua semula. “Sorry.. but don’t you think its too soon?!” Kataku tersekat-sekat. Takut melukakan hati Kyle. “Well, I know but I just want to be with you” Kyle memandangku lalu mengucup jari jemariku. Wajah Ivan muncul di depanku. “I love u baby.. I want you!” Ivan mengucup pipiku. “Kaira! Heii...” Kyle, kyle di depanku bukan Ivan. Aku memejamkan mataku seketika dan menarik nafas sedalam-dalamnya. Membuka mata dan memandang Kyle. “Kyle you know who I am. I’ve been married before this.” Luahku pada Kyle. Sedihnya hati teringat akan Ivan suamiku. Adakah ini pengakhiran hubungan aku dengannya jika aku menerima Kyle dalam hidupku. “I know. But I terima you seadanya. I really love you!” Ujar Kyle lagi, bersungguh-sungguh berharap aku menerima cintanya. “I think kita bertunang dulu.” Hanya itu mampu aku jawab saat itu. Aku sendiri tidak sedar apa yang aku lakukan ini. Dan sememangnya aku belum bersedia untuk mengikat tali perkahwinan dengan Kyle buat masa terdekat ini. Kyle terdiam mendengar jawapanku. Seketika dia memandangku. “Okay! Kita akan bertunang.” Ucapnya. Lega aku mendengar kata Kyle itu. Untung dia tidak memaksaku. Aku tersenyum pada Kyle lalu melentokkan kepalaku di bahunya. Kelegaan! Tidak mahu bertatapan mata dgn Kyle lagi. Kesian dia.

Part 8.
Sebulan kemudian, hari ini hari pertunangan aku dan Kyle. Di bilik hotel aku gelisah ditemani oleh Kim di dalam hotel. “Why?” Soal Kim melihat aku gelisah tak tentu arah ketika itu. Dia memegang tanganku. “Did I do the right things right now?” Soalku padanya. Kim tersenyum. “Yes Kaira you did. This is your chance to start a new life and be happy. He loved you. He will make you happy. Don’t you remember how much he care about you. Masa Ivan pergi dulu Kyle yang selalu ada untuk you masa itu, until Ava born and he never leave you.” Ucap Kim kepadaku. “So now, you rileks and terima seadanya Kyle sebagai jodoh you.” Tambah Kim lagi cuba menenangkan aku. “But Kim...!” Sebelum sempat aku meneruskan kata, Kim terus bersuara. “No more but! Don’t say you still love him!” Ucap Kim lagi bagaikan memberi warning pula. Aku tercuit melihat wajahnya yg semakin membulat itu. “Is it a warning??” Soalku lagi. “Yes it is!” Katanya lalu kami berdua ketawa bersama. Hanya Tuhan yang tahu perasaanku ketika itu. “Mummy everyone is waiting for you.!” Tiba2 Ava muncul di depan pintu. “Ok baby thank you!” Jawabku tersenyum lebar memandang anak ku itu. Satu-satunya zuriatku. Aku dan Kim turun ke tingkat bawah hotel, kelihatan tetamu sudah memenuhi ruang hotel. Dari kejauhan kelihatan Kyle segak bergaya dgn suit hitam di badannya. “I love u.. I want u.” Ungkapan itu tiba-tiba muncul lagi. Cepat-cepat aku buangkan rasa itu. Aku memandang Kyle, menghadiahkan senyuman dari jauh. Dia membalas senyumanku, kacak. Hati tercuit nakal. Kyle menyarungkan cincin pertunangan di jari manisku dan dibalas olehku pula dengan menyarungkan cincin di jarinya. Selepas itu Kyle mencium dahiku menandakan bahawa kami sudah bertunang. Wajah Ivan menerpa lagi. Tanpa aku sedar aku berpaling muka. Kyle terkejut dengan tindakanku tetapi dia tetap tersenyum memandangku. Mungkin di hatinya menyangka aku malu. ‘I’m sorry Kyle.’ Bisik hatiku.

Sejak dari hari itu Ava sudah mula memanggil Kyle dengan panggilan daddy. Ava memang sudah biasa dengan Kyle dan tiada masalah buatnya jika Kyle itu menjadi bapanya. Cuma masalahnya ibunya ini. Pagi itu sebaik saja aku melangkah masuk ke dalam pejabat, aku ternampak sejambak bunga rose merah di atas meja kerjaku. Segera aku menekan intercom dan menyuruh Jane masuk ke pejabatku. Jane masuk. “Ya puan?” Kata Jane sebaik masuk. “Siapa hantar bunga awal pagi ni?” Kataku memandang Jane lagak seorang boss. “I don’t know ma’am. Masa I kemas bilik tadi the flowers already on the table!” Ujar Jane satu-persatu. “Don’t tell me that ada orang masuk to my room!” Tambahku lagi. Belum sempat Jane bersuara aku memberi arahan. “Security to my room. Now!” Jane tergesa-gesa keluar dari bilikku. Aku menghela nafas panjang. Pagi-pagi emosi terganggu dengan kiriman bunga yang entah berapa kali itu. “Siapa masuk office mula-mula tadi?!” Soalku kepada dua org security di depanku itu. “As usuall pekerja disinilah.” Jawab salah seorang daripada mereka. “Yes I know that! This is not supermarket to let chickens in here!” Aku bersuara agak kuat kepada mereka berdua. Benar-benar ‘darah tinggi’ mendengar penjelasan itu tadi. “I’m sorry ma’am, tadi a guy comes with the flowers told that dia budak penghantar bunga. So I benarkan dia masuk.” Seorang lagi memberi penjelasan. “He’s using a cap & sunglasses. I couldn’t see his face.” Sambungnya lagi. Aku terus terdiam seketika. “Next time don’t ever let anyone seperti itu masuk office. Faham? You may go!” Kataku memberi arahan dan dua orang security itu pergi. ‘So tak lain tak bukan he is the guy at the bank, the guy that took Ava from school & guy di shopping mall tu!’ Aku bermonolog sendiri. “Who are you?!” Kataku bercakap dengan diri sendiri.

Aku keluar lunch tengah hari itu dengan Kyle. Tempatnya tidak jauh dari pejabat ku. Sedang aku berjalan menuju ke restaurant, aku ternampak lelaki bertopi itu. Aku cepat-cepat bersembunyi di tiang kedai tersebut. Lelaki itu sedang ralit meneliti barang di dalam kedai itu. “Show me your face!” Kataku mengharap lelaki itu berpaling supaya aku boleh cam mukanya. Telefon berbunyi. “Kaira where are you? I’m waiting..” Kyle menelefon. Mungkin dia sudah menunggu di restoran. “Okay I’m on my way. 5 minutes!” Jawabku lalu memutuskan talian. Sebaik aku menoleh ke dalam kedai itu semula, lelaki itu hilang. “Damn!” Bisikku kecil. Semasa sedang makan bersama Kyle aku tidak berselera menjamah makanan di depanku. Sedikit saja aku jamah makanan itu. “Are you okay?” Tanya Kyle sambil menikmati makanannya. “I’m okay, just a bit tired.” Kataku memberi alasan. Aku tipu lagi. Aku tidak mahu Kyle tahu tentang lelaki itu.

Malam berikutnya kami sekeluarga, Dad, Mom, Ava dan aku dinner di luar. Kyle out station selama 3 minggu di New York. Ava merengek-rengek katanya nak makan ais krim malam itu. Dah anak aku turutkan saja permintaan Ava. Selesai makan kami berempat bersiar-siar di waterfront. Menikmati suasana malam. Sudah lama rasanya tidak bersiar-siar bersama. Mom and Dad berjalan jauh tinggal di belakang, saja aku biarkan mereka berdua bersendirian menikmati kedinginan malam itu. Manakala aku dan Ava menikmati makanan yang dijual di tepi jalan sepanjang waterfront itu. “Mummy look! Firework!!” Jerit Ava menunding ke arah firework di atas langit itu. “Wow so beautiful!” Kataku tersenyum girang. Ava sudahpun melompat-lompat kegembiraan melihat bunga api di langit. Spontaneous, aku menoleh. Bagaikan ternampak hantu aku tergamam. Mataku tertumpu ke arah objek tidak bergerak itu, tidak berkelip. Mulutku ternganga. “Ivan!” Ucapku. Air mata menitis ke bumi. Ivan turut memandang ke arahku dan Ava dari kejauhan. Aku cepat-cepat menarik tangan Ava beredar dari situ, melangkah laju tanpa menoleh lagi.

Malam itu aku tidak dapat melelapkan mata. Wajah Ivan di waterfront tadi seringkali berada di mata dan fikiranku. Aku bangun duduk melutut memeluk patung di atas katil. Menundukkan muka dan aku menangis. Aku mengambil sebingkai gambar perkahwinan dulu di bawah bantal. “Why now Ivan? Why now?!” Kataku bertanya sendiri. Wajahnya masih tetap sama, masih kacak seperti dulu. Aku rindu wajah itu. “I love you.. I want you!” Ivan mengucupku. Aku lemas lagi dalam dakapannya... Oh suamiku! Kring Kring Kring!! Bunyi alarm mengejutkan aku dari tidur pagi itu. Telefon berbunyi. Kim... “He’s a boy!” Kata-kata Kim pagi itu mengejutkan aku. Aku teruja mendengarnya. Kim sudah selamat melahirkan baby lelaki. “I see you at home!” Kata Kim sesudah itu. Dia discharge pagi itu. Aku membawa Ava bersama ke rumah Kim tengah hari itu. Aku tidak lupa membawa buah tangan buat Kim dan suaminya. “They you go my baby boy.” Kataku sambil mengendong anak Kim. Aku teruja melihat dia. “His name is Carl!” Ucap suami Kim yang berada di situ ketika itu. “Just adorable like his name!” Tambahku mencium pipinya yang mulus itu. Teringat masa Ava lahir dulu. “Mummy can we bring he home?!” Tiba-tiba Ava besuara setelah lama diam mungkin terkejut melihat Carl yang kecil itu, kecil daripadanya. Aku, Kim dan suaminya ketawa mendengar permintaan Ava itu. “Mummy will give you a brother after she’s married with daddy Kyle!” Ujar Kim kepada Ava sambil menjelingku. Aku terdiam, memandang Kim. Kim pelik begitu juga dengan Mike, suaminya. “I saw him!” Kataku separuh berbisik tetapi mampu didengari. Kim dan suaminya diam, saling berpandangan.

Part 9.
Kyle ingin mencium bibirku. Aku mengelak. “No Kyle.. not now!” Ucapku kepadanya. “Its okay I’m sorry..” Ujar Kyle selepas itu. Aku tidak bersedia lagi utk bersama Kyle. Aku harap Kyle faham. Jiwa dan ragaku hanya untuk suamiku. Di pejabat pagi itu aku teringat kisah semalam semasa aku keluar bersama Kyle. Aku menolak ciumannya. Muncul pula wajah Ivan, silih berganti. ‘Hanya Ivan orang pertama dan terakhir akan menciumku.’ Bisik hatiku walaupun tiada harapan untuk ku bersama Ivan kerana dia milik orang manakala Kyle, dia tunangku. Aku keliru untuk apa aku salah menerima Kyle sedangkan hatiku masih milik Ivan?! Aku masih isterinya. Hati ini tidak pernah mencintai Kyle.

Tengah hari itu aku menjemput Ava di sekolahnya. Aku panic seketika apabila Ava tidak kelihatan di depan sekolah. Peristiwa Ava dijemput lelaki tak dikenali dulu mencemaskan aku. Sebaik aku mencari kelibat Ava kelihatan Ava sedang duduk di sebuah bangku di taman bersama seorang lelaki. Ya lelaki itu, Ivan. Sekarang aku tahu dialah yg mengambil Ava di sekolah dulu. Kini aku sedar bahawa Ivan lah yang menyumbang duit kepada syarikatku, dialah juga yg memberi bunga kepadaku, dialah di shoping mall dan dia lah lelaki di kedai beberapa hari lalu. ‘You fikir dengan bagi duit I boleh maafkan you?!’ Getus hatiku marah. Perasaan berdebar semakin kuat apabila aku semakin mendekati Ivan dan Ava. Aku melihat Ava sedang leka makan ais krim. Mesti Ivan yang memberinya. “Ava lets go!” Kataku apabila menghampiri mereka. Aku tidak ingin memandang wajah Ivan. Aku benci. Benci?? Aku tak pasti. “Mummyyy this is uncle that I told you!” Ava pula tidak menghiraukan kata-kata ku malah cuba memperkenalkan lelaki itu pula. Aku tidak menghiraukan kata-kata Ava. “Ava mummy said lets go!” Suaraku mula betukar tinggi seakan-akan memarahi Ava. “Ava!” Sekali lagi lebih kuat suaraku memanggilnya. Ava mula menangis dan menyorok di belakang Ivan. Begitulah Ava apabila dimarahi pasti akan menyorok. Ketika itu perasaan ku bercampur baur. Antara sayang dan ego. Ego kerana memarahi Ava yang tidak bersalah. Malangnya dia mangsa keadaan tepat pada situasi ketika itu. Ivan lalu memujuk Ava yang sedang menangis. “Ava stop crying okay. Ava go back home with mummy..” Suara itu, sudah sekian lama aku tidak mendengarnya. Arghh rindu datang lagi! Ivan mengucup ubun-ubun Ava. “See you later uncle!” Ucap Ava mencium pipi Ivan lalu berlari menuju ke arah kereta. Hancur hatiku melihatnya. Aku menahan air mata. Kalaulah dari dulu pasti kami bahagia sekarang. Dan kalaulah Ava tahu lelaki itu bapanya... Aku berpaling ingin meninggalkan Ivan. “Kaira...” Dia memanggil namaku, sayu. Air mataku gugur namun aku terus melangkah tanpa menghiraukan dia.

3 kuntum bunga berada atas meja. Pasti Ivan kataku. “Forgive me.” dan dibawahnya tertulis nama Ivan. Memang sah dia selama ini menghantar bunga kepadaku. Perasaan marah mula menguasai aku. Aku menutup mata, menyandarkan kepala pada kerusi. ‘Kenapa aku marah sedangkan selama ini aku menunggu kehadirannya. Dia sudah kembali. Apa lagi mahuku? ‘Sedarlah Kaira, dia suami orang dan you tunangan orang.’

Petang itu Kyle memintaku menjemputnya di airport setelah 3 minggu berada di New York atas urusan kerja. Sebelum balik ke rumah kami berdua singgah makan di sebuah restoran. “Kaira lets married!” Ayat yang keluar dari mulut Kyle itu memeranjatkan ku. “Why so rushing?” Soalku kembali, membersihkan sisa makanan di bibirku. Menahan rasa. “Why? Dah lama kita bertunang. Why not if we marry now?!” Kyle pula menyoal kembali. Aku memandang Kyle. “I mean you just back from New York. Lots of project need to settle down and now you talk about wedding? You tak letih?!” Jawabku. Aku tahu ada betulnya kata Kyle untuk kahwin tetapi masalahnya aku. Aku belum bersedia. “Lagipun I ada projek besar sekarang ni. I need to focus..” Tambahku lagi cuba memberi alasan tetapi memang benar syarikatku sedang mengendalikan satu projek besar beberapa bulan ini. “Minggu hadapan I akan out station.” Terangku pada Kyle. Dia mengeluh, akur dan kecewa lagi.

Setelah pertemuan dengan Ivan di sekolah Ava, dia selalu cuba mendekatiku. Aku pula melarikan diri. Sekarang pula hampir setiap hari sejambak bunga di atas meja pejabat. Dan Ivan semakin kerap menemani Ava di sekolah sebelum aku menjemputnya. Namun sepatah kata pun aku tidak pernah menegurnya. Bagi aku dia penipu dan aku tak akan memaafkannya. Suami apakah itu? Tetapi kenapa aku masih tidak boleh melupakan dia? Kenapa aku tidak mampu berhenti mencintainya? Bukankah dia lelaki yang lupa akan janji dan lelaki yang tidak bertanggungjawab. “What do you want Ivan?!” Aku termenung sendiri di balkoni bilik tidurku. Mendonggak ke langit mencari jawapan. Entah jam berapa aku melelapkan mata malam itu. Sebulan itu aku betul-betul sibuk dengan beberapa projek. Apatah lagi Jane sudah 2 minggu tidak masuk office kerana ada urusan keluarga dan dia terpaksa balik ke negara asalnya. Ava aku serahkan sepenuhnya kepada Mom and Dad buat masa ini. Kim pula sibuk dengan baby barunya. Aku tiada masa buat mereka untuk beberapa minggu berlalu. Kyle pula tetap ada untukku, semakin kerap berbicara soal kahwin. Aku jadi rimas. Ivan, semakin kerap munculkan diri menagih perhatianku.

Malam itu aku dan anak-anak majikanku mengadakan parti kecil-kecilan meraikan projek yang telah lama kami kendalikan akhirnya telah siap dengan jayanya. Untung rugi kira tepi yang penting semua orang berjaya menyiapkan projek itu. Aku bangga punya anak majikan yang rajin seperti mereka. Semuanya dari tunjuk ajar Dad juga. Aku tersenyum bangga. Selepas majlis kecil-kecilan itu Kyle mengajakku ke bar. Dia menjemputku. Aku ikutkan saja perlawaan Kyle itu walaupun jauh di hati aku ingin saja tidur. Di dalam bar Kyle mencari meja dan kami duduk di kerusi yang disediakan. Kyle memesan minuman. Setelah melabuhkan punggung di kerusi Kyle merenung aku, lama. “Something in my face, maybe?” Kataku berpura mencari sesuatu di mukaku, mengusik Kyle apabila dari tadi dia asyik merenung aku tanpa sepatah kata. Kyle ketawa kecil. “You look beautiful...” Ucapnya bersahaja. Aku mencebik bibir. “Dah tak ada idea nak cakap apa la tu kan?!” Kataku mengerling Kyle. Dia ketawa lagi. “Thats funny” Tambahnya lagi dalam tawa. Aku turut ketawa. “Well, lets dance!” Ujar Kyle lalu terus menarik tanganku ke tengah bar untuk menari bersamanya. Aku tidak menolak. “Why not?” Ucapku. Lagipun boleh hilang masalah! Aku dan Kyle menari dan ketawa bersama. Gembira. Seketika itu aku melupakan semua masalahku. Dari kejauhan Ivan sedang memerhati. Hatinya terguris melihat Kaira begitu. Selepas agak lama berada dalam bar itu, aku dan Kyle membuat keputusan untuk balik. Jam sudah menunjukkan pukul 12 pagi. Dalam perjalanan menghantarku ke rumah tiba-tiba Kyle memberhentikan kereta. Dia keluar dari kereta. Aku pelik tetapi aku ikutkan juga Kyle sambil jarinya disimpan kemas dalam poket seluar. Dia memandang luas ke hadapan kota London itu. Aku menghampiri Kyle. “Why we here?” Soalku kepadanya. Dia masih memandang kosong ke hadapan. Lama dia berdiam diri.. Aku cuma memandangnya. “So how now?!” Akhirnya dia bersuara setelah lama terdiam. Dari bar tadi aku perasan Kyle banyak diam tidak seperti selalunya dia nampak ceria. Dia memandang aku dan aku memandangnya. “How what?” Soalku kembali. Tidak mengerti maksud Kyle itu. “About our wedding!” Dia terus straight to the point. ‘Adakah hal ini yang menganggu fikirannya dari tadi?’ Bisik hatiku. “You said after all your projek complete you nak kahwin!” Tambahnya lagi masih tidak berganjak dari tempatnya berdiri. Aku memandang Kyle. “I didn’t say that!” Jawabku singkat. Kyle mempersoalkan lagi soal kahwin. Aku mula tidak selesa dengan semua itu saat ini. Dia menghembus nafas, berjalan sedikit ke hadapan. “Mula-mula I propose you dulu you kata masih terlalu awal. And the second time you said you have many project to settle and now you tolak lagi permintaan I. Why? Whats wrong Kaira?!” Dia memaling muka memandangku di belakangnya. “Can we go back now? I’m tired.” Kataku mahu berdalih. “No! We need to talk!” Kyle menahan tanganku dari masuk ke dalam kereta. Aku membatalkan niatku. Aku tak boleh berdolak dalik lagi. “I’m waiting for you for so many times. I’m happy went you terima I dalam hidup you sehingga kita bertunang. Just one more step so we can live together! Kenapa susah sangat?” Luah Kyle ketika itu sambil memegang kedua-dua bahuku. Aku terdiam tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Aku terperangkap. Kyle melangkah semula ke hadapan, membelakangiku. “I do everything for you. I always be by your side. Masa Ivan tinggalkan you. Masa you pergi ke New Zealand I ikut you tanpa pengetahuan you, masa you pregnant, masa you besarkan Ava, masa you sedih, masa you need someone I always be here for you.. Don’t you see how much I care? Don’t you see how much I love you?!” Aku memejamkan mataku mengiyakan semuanya. “Thats not the reason for me to marry you Kyle!” Tanpa aku sedar aku mengucapkan kata-kata yang melukakan hati Kyle saat itu. Kyle berpaling padaku. “So now you telling me you not gonna marry me?? You terima I sebelum ni untuk apa?! Sebab Ivan ke?!!” Terkejut aku apabila nama itu pula menjadi penyebabnya sekarang. Aku memandang Kyle. Air mataku gugur jua di pipi. Aku mahu pergi dari situ meninggalkan Kyle. Kyle menghalangku, menarik lenganku. “Stop it Kyle!” Jeritku. “No! Tell me do you still love him?!” Kyle masih tetap dengan pendiriannya, inginkan jawapan. “You know he was married. He’s happy with his life and you, look at you?! You have everything but your heart is empty! Tak ada perasaan!! Inginkan suami orang! You have no life!” Pang!! Satu tamparan hinggap di pipi Kyle. Dia terkejut dan aku terus pergi meninggalkannya. Aku menangis. Adakah benar kata-katanya itu?

Pagi itu Kyle meminta maaf atas kata-katanya kepadaku semalam. “Its okay. You might be right. I must live my life and maybe I should marry you for what you have done to me. But I need some space. I need time. I’ll give you the answer after I came back.” Jawabku apabila Kyle menelefonku awal pagi itu. “Where you want to go?” Soalnya lagi. Aku memutuskan talian tanpa menjawab pertanyaannya itu. Aku mahu keluar dari kota London buat masa ini. Aku mahu bersendirian. Dia akur...

Part 10.
Maldives.
Aku membawa diri ke Maldives. Cuti, menenangkan hati dan fikiran. Jauh daripada orang, jauh dari masalah kerja, jauh dari masalah hati dan perasaan. Masih tidak dapat aku lupakan kata-kata Kyle malam itu. Kenapa begitu perit untuk aku terima kata-katanya. ‘Benarkah jiwaku kosong? Benarkah aku tiada perasaan, tak ada life? Dan mahukan suami org? Bukankah dia suamiku? Salahkan aku inginkan suamiku sendiri? Perempuan itu yang salah merebut suamiku.’ Mungkin benar kata Kyle. Aku meraup muka dengan kedua-dua tanganku. Terluka lagi. Rinduku kepada Ava datang menerpa di jiwa. “Ava...” Bisikku perlahan.

Pagi itu aku menghabiskan masa bersiar-siar di kota Maldives. Mencari ketenangan, mengubat luka di jiwa. Luka yang aku cipta untuk diriku sendiri sedangkan aku punya pilihan. Dan sebaik aku balik nanti aku sudah bersedia bersama satu jawapan yang akan mengubah hidupku sama ada untuk meneruskan perkahwinan aku dan Kyle ataupun tidak. Biarlah selamanya aku mencintai suami orang. Apa salahnya aku mencintai suamiku sendiri. Aku perlukan masa untuk semua ini, untuk hidupku juga. Aku mengeluh panjang. Aku menoleh ke kiri, ke kanan. Seolah-olah diri sedang diperhatikan. Telefonku berbunyi. Kim.. “Hei Kim!” Sapaku mesra. “Hei.. so far away huh!.” Usik Kim. Aku tersenyum, pahit. “Well, please don’t miss me.” Usikku pula. “I’m not, but Kyle did!” Kata-kata Kim itu membuatku diam seketika. Kim tidak tahu apa yang terjadi antara kami berdua pada malam itu. Sengaja aku merahsiakan daripadanya. Biarlah Kim berbahagia bersama Mike. “You okay?” Soal Kim apabila aku hanya berdiam diri. Aku tersedar dari lamunan. “Yeah sure! I’m okay.! Hei mummy what about Carl?” Kataku cuba mengubah topik lalu bertanya tentang Carl, anak Kim. “Good! He’s 5 months old already. He’s growing up so fast. Its feel like s just yesterday he was born.” Ujar Kim kepadaku. Riang. Kedengaran sungguh bahagia setelah lahirnya Carl, penyeri hidup Kim dan Mike. “Oohh so sweet. I feels you Kim. It been so long we haven’t met!” Kataku lagi. Kim ketawa kecil. “Yeah maybe after you going back here! Hey you know who here last week?!” Pernyataan Kim membuatku tertanya-tanya. “Who?” Soalku. “Your husband...” Jawabnya pendek. Aku terdiam...

“I love you.. I want you!” Seseorang berbisik di telingaku. Aku menoleh. Dia tersenyum penuh makna. Matanya bersinar merenung ku. Dakapannya semakin erat, dia mengucupku. Aku terdiam... sepi bersama malam. Aku membuka mata. Peristiwa itu mengusik kembali. “Ivan...” seruku sayu. Kyle. Wajah Kyle bersilih ganti di mataku. “Kyle, I’m sorry..” Luahku perlahan. ‘You’re too good to me. You deserve someone better than me.’ Hatiku berbisik sendiri. Tetapi rasa bersalah bersarang dalam hati apabila terkenangkan Kyle. Aku merenung cincin pertunangan kami di jari manisku. ‘Dia akan terluka jika aku memutuskan hubungan ini. Kyle pasti kecewa. Kyle baik, ya dia seorang lelaki yang baik. Dia tidak pernah meninggalkan aku. Dia selalu ada untukku, dan dia tunangku. Kejamkah aku jika aku memutuskan semuanya hanya kerana lelaki itu, lelaki yang memungkiri janjinya untuk bersamaku. Lelaki yang meninggalkan aku saat aku sarat mengandungkan anaknya dan paling menyedihkan dia memilih perempuan lain dalam hidupnya.’ Hatiku bermonolog sendiri. Mencari jawapan kepada satu keputusan dalam hidup. ‘Walau dia kini beristeri kenapa aku masih menunggunya? Bodohnya aku! Benar kata Kyle, aku memang bodoh inginkan sesuatu milik orang!’ Bisik hatiku lagi. Air mataku tumpah lagi, dan lagi. Sukarnya pilihanku. Malam itu aku terlena beteman air mata.

Pagi itu aku bersiar-siar lagi di kota itu. Negara yang terkenal sebagai pusat tarikan pelancongan. Aku berjalan seorang diri memerhati keindahan alam. Sesekali aku menangkap beberapa keping gambar mengunakan camera nikon yang tergantung di leherku. Untuk kenangan bila balik ke London nanti. “Kaira?!” Seseorang memanggil namaku dan aku menoleh. Terkejut aku melihat Nate dihadapanku bersama seorang perempuan. Aku lalu tersenyum girang melihat mereka berdua. “Hi! what a small world!” Ucapku lalu menghulurkan tangan berpelukkan mesra dengan mereka berdua. Mereka ketawa gembira mendengar kataku. “Hey, let me introduce you. This is Maggie. And this is Kaira!” Nate memperkenalkan kami bedua. “My wife!” Sambung Nate lalu memandang isterinya. “Oh wow you married huh! Congrats both of you. So I guess this is honeymoon trip right?!” Kataku pula beramah dengan Nate dan isterinya. “Yeah very beautiful place to go.” Balas Maggie, isteri Nate. “So why you here?” Soal Nate pula. “Holiday?!” Jawabku singkat. Kami bertiga ketawa sesama sendiri. Selepas itu kami bertiga berpisah membawa tujuan tersendiri. Aku tersenyum sendiri teringat peristiwa aku dan Nate di Amerika Syarikat dahulu.

Seharian suntuk aku menghabiskan masa bersiar-siar di Maldives. Pelbagai tempat aku pergi. Hari pun sudah beransur gelap. Terasa lenguh pula kakiku. Aku mengambil keputusan untuk duduk berehat di bangku yang disediakan di kawasan itu. “Hi..” Aku kenal suara itu. Aku menoleh. Ivan. Aku terkejut, kelu lidah sambil mataku tidak berkelip merenungnya, lama. Begitu juga dia. Dia menatapku lama. Bertentangan mata seketika. Rasa itu datang lagi dan cepat-cepat aku berlari meninggalkan dia. Di bilik hotel aku menangis lagi, menangis tanpa sebab yang pasti. Menangis kesal? Marah? Sayang? Tapi yang pasti aku rindu wajah itu. Wajah yang pernah mendekatiku dulu. Dan wajah itu juga wajah penipu! Aku jadi benci lelaki itu saat ini. ‘Kenapa dia di sini? Adakah dia mengekoriku?’ Oh Ivan.

2 minggu di kota Maldives aku masih belum punya jawapan kepada perkahwinan aku dan Kyle. Dan aku masih perlukan masa disini. Biarpun aku merindui Ava, anakku. Pukul 12 aku check out dari hotel di tengah kota Maldives itu. Aku inginkan ketenangan di pantai. Berenang. Berenang mampu menghilangkan masalah ku. Selesai check in di sebuah resort aku bermain di pantai, meluncur papan. Aktiviti kegemaranku dan Kim dulu. Jauh ke dasar laut tanpa menghiraukan bahaya di dalam air. Seronok rasanya walaupun bersendirian di sini. Tenang rasa hati melihat lautan luas itu. Malam itu pula aku menghabiskan masa bersiar di persisiran pantai sambil melihat beberapa aktiviti para pengujung berparti sana sini dan event yang selalu diadakan untuk menarik minat pengujung yang ada. Meriah. Terhibur rasa hati. Sedang aku berjalan sambil berpeluk tubuh di persisiran pantai tiba-tiba Ivan muncul didepanku. Bukan lagi bisikan hati tetapi benar-benar dia. Aku kaget. Mahu pergi tetapi entah kenapa kaki ku bagaikan terbelit untuk melangkah pergi. Tidak mampu berganjak, hanya berdiri kaku memandang Ivan didepanku. Debaran di hati tiada siapa yang tahu. Ivan mendekatiku. Spontaneous Ivan memelukku, erat. Aku benar-benar tekejut. “I’m sorry.. I’m really sorry.” Ucapnya sayu dalam pelukkan. Aku terpaku. Aku menolak tubuhnya, kasar. Dia tersungkur ke belakang dan aku terus berlari meninggalkan dia. Aku tidak mahu mendengar apa-apa daripadanya.

“Mummy.. please come back home!” Rengekkan Ava dalam talian membuatku diselubungi rasa bersalah yang teramat. “No honey.. I can’t go back now.” Ava hanya mangsa keadaan kerana seorang ibu yang mementingkan diri sepertiku. “I promise l’ll be with you soon.” Kataku lagi menenangkan Ava yang menangis itu. “And mummy will bring many toys for you okay?.” Tambahku lagi cuba memujuk Ava. “Promise?” Jawab Ava sedikit girang. “Everything for my girl!” Jawabku pula. ‘Mummy pun rindu Ava.’ Bisik hatiku. “Forgive me Ava.” Ucapku. Aku belum bersedia menghadapi apa yang akan berlaku di sana nanti. Mungkin di sini lah hari-hari terakhir aku menikmati zaman ‘bujangku’ sebelum aku menerima Kyle sebagai suamiku.

Dua hari aku berkurung di bilik hotel. Aku tidak mahu terjumpa Ivan lagi. Tetapi hari ini aku keluar berjemur di pantai berharap Ivan sudah pergi. Mujurlah hari ini tidak ramai orang. Adalah sedikit privacy. Sedang asyik bersantai dan berjemur menikmati cuaca pada hari itu, Ivan muncul lagi. Sekali lagi aku terkejut dan segera mahu pergi tetapi Ivan pantas menarik lenganku. Aku menarik semula lenganku dari pegangan Ivan, kasar lalu melangkah pergi. Namun Ivan masih mengejar dan menahanku sekali lagi. Dia sekali menarik tanganku. Aku berhenti, berpaling kepadanya. “We need to talk!” Tuturnya lembut. “Talk about what? You want to tell me that you happy for what you’ve done to me?!” Jeritku, marah. Aku mengorak langkah. “Kaira, wait!” Panggil Ivan lagi. Aku tidak menghiraukan dia. Benci. Di bilik hotel aku duduk di birai katil. “Why Ivan?! Why?! Why now?!” Aku menangis, menjerit bertanya kepada diri sendiri. Air mata mengalir deras. Aku terlena bersama air mata.

Telefon berbunyi. Kyle... aku membiarkan sahaja panggilan itu tidak berjawab. Petang itu aku menghabiskan masa duduk di kedai makan, di luar kedai yang lebih open air. Makan sendirian sambil mata memandang keindahan ciptaan Tuhan. Angin sepoi-sepoi ketika itu terasa sangat menenangkan. Aku mengunyah perlahan makananku sesekali timbul juga rasa risau takut Ivan mencariku lagi. Lama aku duduk disitu, berfikir lagi. ‘Haruskah aku meneruskan perkahwinan aku dengan Kyle?!’ Hatiku berbicara. ‘Jika aku teruskan perkahwinan itu bahagiakah aku? Adakah aku mencintainya? Tapi jika aku putuskan pertunangan itu, Kyle pasti terluka. Setelah apa yang dia lakukan untuk ku, dia sanggup menungguku selama ini. Dia setia bersamaku. Ahhh Kyle... Kenapa dia juga mangsa dalam keadaan ini.’ Hatiku bermonolog lagi. Aku menghembus nafas mencari kelegaan. ‘Ivan... kenapa sekarang you muncul? 5 tahun you pergi dan sekarang kenapa tiba-tiba muncul pula. Apa mahumu? Tak mungkin dia menagih cinta lama sedangkan dia sudah berumahtangga. Atau cuma aku yang berfikiran seperti itu sedangkan dia kembali hanya sekadar ingin memohon maaf.’

Aku meninggalkan tempat makan itu. Mengambil angin di tepi pantai. Hari sudah beransur gelap. Aku melihat sekumpulan remaja begitu gembira berparti di pantai diterangi unggun api. Aku hanya memerhati. Salah seorang lelaki mendekati. “Hei you come join us..” Sapanya ramah. Aku berfikir seketika. “Ermm is it?” Soalku pula memastikan perlawaan lelaki itu. “Yeah sure!” Balasnya lagi. “Okay why not?..” Kataku lalu mengikut lelaki itu ke arah sekumpulan kawannya sedang parti. “Hey guys look who here? Meet up our new friends!” Ucap lelaki itu apabila kami berdua mendekati kawannya yang lain. Semua mata memandang ke arahku. Mereka menyapaku seorang demi seorang. Mesra. Aku jadi selesa. Lelaki tadi mempersilaku duduk di sebatang kayu panjang disebelahnya. Aku duduk lalu dia memperkenalkan dirinya sebagai Max. Dan aku turut memperkenalkan diriku padanya. “I saw you last week and two days ago and here you again.” Terangnya cuba berborak. Aku tersenyum selepas selesai meneguk minuman tin yang diberinya sebentar tadi. “Really? Yeah I’ve been here about two weeks. I’m having a good days here. Such a nice place.” Ucapku bersahaja. “Yeap you’re right. Are you alone here?” Soalnya lagi. “Well, alone is better!” Jawabku lalu ketawa kecil diikuti Max. Semua sekumpulan remaja itu menari mengikut rentak lagu, begitu juga Max. Nampak sungguh gembira tanpa masalah. “Hey lets dance with us!” Pelawa Max mendekatiku lalu m menarik tanganku. “No.. no..no!” Ucapku cuba menolak perlawaan Max tetapi Max lebih kuat dan sapalah aku untuk melawan kekuatannya. Maka menarilah aku bersama mereka walaupun aku baru sahaja kenal mereka. Dari kejauhan Ivan memerhati. Seketika masalah ku hilang.

Aku berdiri di balkoni bilik hotel. Saja aku memilih bilik oceanview. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Tenang. Aku mengeliat merenggangkan otot badan. Tiba-tiba telefon berbunyi. Teragak-agak untuk ku menjawab panggilan dari Kyle itu. Tetapi aku capai jua telefon di atas katil. “Hey.!” Sapanya lembut. “Hi!” Balasku singkat. Marah lagi ke aku dengan dia? Aku tak pasti tapi yang pasti aku tidak mahu diganggu terutamanya Kyle. Dia lah satu-satunya masalahku sekarang. “Its been so long. Where you been?! Ucapnya lagi. Kyle tidak tahu yang aku pergi ke Maldives. Saja aku merahsiakannya kerana aku tidak mahu dia mencariku selepas apa yang berlaku malam itu. Hati masih terluka walaupun mungkin kata-katanya malam itu ada benarnya. “I told you. I need time. Please understand.” Jawabku memejam mata terasa kepalaku berdenyut pula, sakit tiba-tiba. “Sampai bila?! How about Ava. She miss you. She need you here. I know you marah dengan what I said but you can’t be like this. I’m sorry okay?! Sampai bila nak menyorok, nak lari? Boleh hilang ke masalah macam tu?” Tuturnya lembut tidak mahu menguris hatiku. “I need an answer.” Tambahnya lagi. “I know but I need more time. Please understand me Kyle.” Ujarku seakan-akan merayu. “I have to go!” Kataku lalu memutuskan talian. Tidak mahu berbincang lagi. ‘Kyle, I’m sorry.’ Kata hatiku. Aku memicit-micit kepalaku, berbaring dan tertidur.

Malam berikutnya aku mahukan keseronokkan. Aku mahu melupakan semua masalahku ketika itu. Kyle tidak habis-habis memaksaku balik ke London dan memberi jawapan kepadanya. Sudah beberapa kali dia menelefonku semenjak dari hari itu. Aku rimas. Malam itu aku bersama Max pergi ke bar, lelaki yang tidak kurang hebatnya itu. Malam itu aku minum semahunya dan menari sepuas-puasnya bersama manusia-manusia yang sedang asyik melayan dunia ciptaan mereka sendiri. Terasa seperti dunia aku yang punya malam itu. Aku berseronok sepuasnya. Keliru, kecewa, tertekan dan semuanya bercampur baur dalam hati ketika itu aku buangkan dari hati. Aku tidak mahu memikirkannya lagi. Tekakku loya lalu cepat-cepat aku berlari ke tandas dan muntah. Muntah bersama air arak. Pening, kepalaku pening. Lama aku berdiri di hadapan cermin. Memandang diri sendiri. “Arrgghhh.!!!” Jeritku meraung. Mujur tiada siapa disitu. Aku menangis. “What did I do?!! I hate this! I have everyone!” Jeritku sambil menampar muka sendiri. Lama aku disitu, menangis kesal dengan apa yang berlaku kepada diriku. Selepas itu aku kembali semula ke dalam bar. Max memesan minuman untuk kami berdua lagi. Aku minum dan minum lagi. Aku ketawa girang lagaknya seperti perempuan kelab malam. Dari kejauhan aku terlihat Ivan sedang duduk memerhati. Adakah sudah lama dia di situ.? Perasaan malu mula menebal dalam diri. Malu direnung begitu oleh Ivan. Aku bangkit mahu keluar dari situ. Aku terjelepok ke lantai, tidak mampu berjalan sendiri lagi. Max segera mengambilku. “I’m okay Max!” Kataku cuba melepaskan pegangan Max. Mataku pejam celik, menahan pening kepalaku. “Hey man! I’ll take her home!” Ujar seseorang. Itu suara Ivan. Max mengundur diri. Ivan mengangkat tubuhku dari lantai itu. “Don’t touch me!” Kataku menepis tangan Ivan. Aku melangkah keluar dari bar itu dengan tenaga yang masih ada. Ivan menuruti langkahku. Di luar bar, terhuyung hayang aku berjalan. Berjalan entah kemana tiba-tiba berada di tebingan pantai tidak jauh dari hotel tempatku. Ketika itu aku dalam keadaan sedar dan tidak sedar. Ivan masih mengekoriku, memastikan keselamatanku. Mungkin?. Aku terjelepok lagi di atas pasir itu. Cepat-cepat Ivan menghampiri. Aku memandangnya kemudian ketawa seperti orang kurang siuman pula. “Hey you! I know you. You’re a liar!” Kataku lalu ketawa. Sesekali aku memegang kepalaku. Pening. “I wait for you but you never come. You told me you’ll be back. Take care of me and our daughter, but you won’t. I find you but you won’t there. You leave me. You such a liar!” Luahku antara sedar dan tidak. Ivan didepanku hanya memandang, melayan aku seperti anak kecil sedang merengek, menangis. Angin malam itu menambahkan lagi pening di kepala. “You are liar. Liar!! Bad boy!” Ucapku berkali-kali dan tiba-tiba semuanya gelap. Aku terbaring disitu.

Pagi itu aku terbangun dari tidur, kepalaku berdenyut-denyut. “Sakitnya.” Bisikku. “Where am I?” Tanyaku pada diri sendiri sambil duduk, memegang kepalaku yg sakit. Serupa bilik hotel aku tetapi itu bukan hotel bilik aku. Aku menoleh ke meja lampu tidur. Sekuntum bunga rose putih dan sekeping nota. Aku melihatnya. ‘Morning bad girl.” Aku terkejut. “Ivan!” Aku bingkas bangun ingin balik ke bilik hotel aku sebelum Ivan sampai. Pintu dibuka dari luar. Aku kaget. Ivan masuk lalu menutup pintu. Hanya kami berdua di dalam bilik itu. Perasaan berdebar mula menyelubungi di dada tetapi aku berlagak tenang tidak mahu Ivan tahu. Ivan memandangku lalu menghulurkan bungkusan makanan. “Eat.” Katanya seolah-olah memberi arahan. “I’m going back to London!” Kataku tanpa mengambil bungkusan makanan itu dan segera mahu keluar dari situ. Evan merentap erat tanganku. Aku terkejut tidak jadi melangkah. “No! You not going anywhere until we talk!” Ucapnya perlahan tetapi tegas. Aku cuba melepaskan cengkaman jari Ivan tetapi tidak berjaya. “You hurt me..” Kataku apabila cengkaman jarinya semakin kuat. Ivan melepaskan genggaman. Sekali lagi aku cuba pergi dari situ. Berlari ke arah pintu tetapi Ivan lebih cepat dan menarik tubuhku. Dia menolak aku ke dinding. Jantungku semakin berdebar kencang. Dia betul-betul dekat denganku. Peristiwa malam itu kembali lagi. Aku memejam mata. Dia mengucup bibirku. Hangat seperti dulu. Aku membuka mata lalu aku tolak tubuhnya dan berlari keluar dari bilik itu. “You must be kidding me Ivan!” Ucapku apabila aku melihat bilik hotelku di depan itu saja, bertentangan dengan bilik hotel Ivan. Selama ini dia memang mengekori aku. Aku mencapai telefon. Menelefon Kyle. “I’m gonna marry you after I come back to London!” Kataku padanya spontan. Dia ketawa kegembiraan. “I’ll wait for you baby. Please come back soon.” Ujarnya girang. Perasaan benci terhadap Ivan membuatkan aku mengambil keputusan drastik sebegitu. Dalam bathtub aku menangis semahunya.

Petang itu, aku mahu balik semula ke London. Tidak mahu lagi berada dekat dgn Ivan. Perasaan marah dan benci bersarang dalam hati. Aku keluar dari bilik hotel bersama luggage pakaianku. Dalam masa yg sama Ivan muncul di depan pintu biliknya. Kami berpandangan seketika. ‘You memang sengaja kan!’ Getus hatiku geram. Aku tidak menghiraukan dia tetapi tanpa diduga dia menolak aku masuk semula ke dalam hotel bilik ku. Aku terkejut, sedikit menjerit. Kaget! Ivan menutup pintu. “What are you doing?!” Jeritku padanya kuat. Marah. “You can’t go.” Jawabnya selamba. Aku sangat marah ketika itu dan bagaikan terkena rasuk aku menjerit sekuat hati. Mengamuk bagai orang gila. Bantal yang berada di atas tilam itu aku baling ke arah Ivan. Dan apa sahaja yang dekat ketika itu aku baling sahaja. “This! This is your money! I don’t need your money!” Jeritku lalu melemparkan sepucuk sampul surat berisi wang didalamnya. “Do you think dengan wang you itu I boleh maafkan you and forget everything you did??!” Tuturku lagi bersama api kemarahan yang sekian lama terbuku di hati. “You lie to me. You choose to be with her! Your wife and me? I am nothing to you!” Ujarku lagi dengan air mata yang tidak henti mengalir dari tadi! “Go Ivan! Go get out from here!” Kataku lagi lalu menolak Ivan ke arah pintu. Ivan tidak berganjak, masih berdiri disitu. Setitik air mata jatuh dipipinya. Akhirnya aku terduduk menangis semahunya di atas lantai itu, dibawah kaki Ivan. Ivan mendekati aku. Cuba menenangkan aku tetapi aku tolak dia sehingga Ivan terduduk sama sepertiku ketika itu. Tetapi sekali lagi Ivan mendekati dan dia mengusap air mata di pipiku. “Why Ivan? Why?” Kataku sambil memandam dadanya berkali-kali lalu Ivan memautku dalam pelukkannya. Aku pasrah. Membalas kembali pelukkan yang telah lama aku rindukan selama ini. Lama kami berpelukkan. “Im sorry..” Bisiknya sayu.

Aku menempah sebuah bot kecil. Aku ingin bersiar-siar di tengah lautan itu. Sendiri. Tindakan berbahaya itu tidak aku hiraukan lagi. Di tengah-tengah lautan itu aku mematikan enjin dan melabuhkan sauh. Duduk memeluk lutut. Memerhati disekelilingku. Sunyi, hanya kedengaran ombak air memukul tepian bot. Tenangnya. Kedengaran bunyi enjin semakin dekat dan semakin kuat bunyinya. Kacau! Getus hatiku lalu aku menoleh ke arah datangnya bunyi itu. Aku terkejut. Ivan dan jetski! “Again?!” Ucapku pada diri sendiri. Dia memang tak akan give up. “What are you doing here? Are you crazy?!” Marahnya padaku apabila dia mendekati bot aku. “Bad girl!” Sambungnya lagi. Aku menjeling, jengkel. “Are you following me?!” Soalku padanya. Tidak juga marah dan tidak juga suka. “No. I’m just a superhero!” Dia cuba berlawak. “Yeah? Bad superhero!” Ujarku. Ego! Dia naik ke dalam bot yang aku sewa itu. Kemudian mengikat jetski pada bot. “Hi!” Ucapnya memandang aku lalu duduk bertentangan denganku. “Bad boy!” Kataku pula. Dia ketawa. Aku benci tapi suka. Gedik kan?! “Lets go there!” Luah Ivan sambil menunding ke arah pulau kecil di lautan itu. Jauh dari orang. “Why?! I’m not going there with you. I want to go back.” Ucapku. Dia tidak menghiraukan kata-kataku lalu menghidupkan enjin. “No! You can do that!” Ujarku lalu berdiri cuba menghalang Ivan dari menghidupkan enjin bot. “What? No!” Halang Ivan pula. Aku merengus. “This is my boat!” Jelingku padanya. “This boat is mine now!” Ujarnya pula lalu terus menghidupkan enjin menuju ke pulau yang dimaksudkannya. “Fine!” Kataku merajuk.

Di pulau itu Ivan terjun dari bot dan aku masih duduk dalam bot. Merajuk dengannya. ‘Why I’m here? Why him?!’ Bisik hati kecilku. Suasana sepi. Kami sama-sama membisu. ‘This is stupid!’ Bisik hatiku lagi. Tiba-tiba perasaan benci padanya datang lagi. Rasa mahu menangis juga ada. Aku bingkas bangun. “I’m going back to the resort!” Kataku dalam nada marah. “Nope!” Jawab Ivan sambil menunjukkan kunci bot di jarinya lalu menyimpannya di dalam poket seluar pendeknya. “Give me the key or I swim!” Kataku lagi cuba mengugut. “Wow! Swim with shark!” Sahutnya bersahaja. ‘Eee geram!’ Getus hatiku. Aku benci. Berpeluk tubuh dan berjalan menuju sebatang pohon rimbun di situ. Duduk di sebatang dahan yang sudah tumbang di atas pasir. Aku menjeling Ivan. Geram! Ivan menghampiriku. Aku berpaling muka. “We need to talk.” Ucapnya lalu duduk di sebelahku. Aku biarkan dia. “I’ll tell you everythings.” Katanya lagi. “I know everything!” Jawabku bersahaja tanpa memandang ke arahnya. “No. You don’t. They don’t want us to gets together. They lie to me. They lie to you. To us.” Aku segera menoleh ke arahnya. Inginkan penjelasan. Dia memandangku sayu. Air mukanya berubah suram.

Part 11.
***5 tahun lalu***

Hari itu Ivan menerima panggilan dari keluarganya di New Zealand.Ketika itu Ivan dalam perjalanan bertemu denganku. Telefon bimbitnya berbunyi. “Hi mom!” Ucap Ivan mesra. “Ivan your dad! Your dad was gone. He’s died!” Serta merta kereta dihentikan. Ibunya cemas. Ivan terkejut, tidak percaya apa yang baru dia dengar itu. “I’ll be home soon!” Jawab Ivan. Menangis, sedih. Selepas itu Ivan menemuiku seperti yang dijanjikan. Aku melihat Ivan. Dia menghampiriku. Wajahnya layu. “Hei... whats wrong baby?” Soalku lalu mengenggam jari jemarinya. Dia memandangku lalu memaut aku ke dalam pelukkanya. Aku pelik. Selepas itu Ivan merenungku lama. Antara cinta dan keluarga. “Baby, I have to go back to New Zealand. But I promise I will be back for you, for our kid and for us. It won’t be long.. my dad just past away this morning. But I promise..okay. Trust me baby. This is my child & I will take care of both of you.” Ucap Ivan mengucup dahiku. “Wait for me and take care of yourself..I love you! I love u so much!” Dia memelukku lagi. Lebih erat. Aku kelu tidak terkata. “I’ll be back soon! I promise you..” Tambah Ivan apabila melihatku hanya berdiam diri. Air mataku gugur. Walaupun begitu berat utk melepaskan Ivan pergi tapi aku perlu biarkan dia pergi. Aku menyapu air mataku dan cuba senyum. Kami berpandangan. Ivan mengenggam erat jari jemariku. “Its all right baby.. You can go. I will wait for you.” Ucapku. Air mata gugur lagi. Entah kenapa hati dapat merasakan sesuatu. Sesuatu yang tidak baik bakal berlaku. Sekian kalinya kami berpelukkan lagi. Lama. Masing-masing berat hati untuk berpisah. “I love you.. I want you!” Bisik Ivan lembut di telingaku. “I love you too!” Balasku memperkemas pelukkan.

New Zealand, Ivan bertengkar dengan keluarganya. “You lie to me mom! dad! How could you do this!!” Teriak Ivan, berang. Sebaik sampai di rumah malam itu Ivan terkejut melihat bapanya sihat-sihat saja. “What is going on?” Tanyanya mahukan kepastian. Mereka berpandangan. “I don’t want you to marry her. You’re too young to have a family. You have no job, no money, everything! You suppose to be study but what you did?! I want you to stay! And don’t you dare to going back to her.!” Tikas bapanya. Dia marah, sambil menunding jari ke arah Ivan. Itu satu peringatan keras. “Dad! Do you know what are you talking about? She is pregnant and that is my child! She’s my wife. I love her dad!” Ivan membantah keras kata bapanya yang tidak masuk akal itu. “I said no and it means no!” Ucap bapanya lagi. Ivan marah lalu cuba lari keluar dari rumah tetapi dua orang bodyguard bapanya lebih pantas bertindak menahan Ivan. Bapa Ivan ialah antara orang berpengaruh di New Zealand itu. Ivan meronta-ronta minta dilepaskan. “Dad! Please! What you doing?! Mom please help me!” Jerit Ivan meminta simpati dari orang tuanya. “She need me mom! Dad!!!” Jeritnya lagi. Tetapi apakan daya. Ivan dikurung di dalam kamarnya. Dia mengamuk di dalam bilik. Dia ditipu keluarganya sendiri.

Sebulan sebelum balik ke New Zealand. Malam itu Ivan menelefon bapanya. Dia ingin memberitahu tentang perkahwinannya dengan Kaira yang dicintai dan tentang kandungan isterinya itu. “Mom! I‘m married!” Ucap Ivan girang kepada ibunya. “She’s pregnant mom and I’m sorry I didn’t tell you about it.!” Tambah Ivan lagi. Ibunya terkejut tetapi dia tidak menghalang anaknya itu. “Is it? I’m so happy to hear that. You’ll be a father. Bring she here and we can celebrate your wedding here too! Your dad must be happy.” Jawab ibunya teruja. Mendengar jawapan ibunya itu Ivan menganggap bahawa keluarganya menerima perkahwinan dia dan isterinya. Ivan gembira. Tidak sabar untuk menyampaikan berita itu kepada Kaira. Ivan menemui Kaira, menyampaikan berita gembira itu kepada kekasih hati yang dicintai. “They want you! They’re so happy when I told them about us. They happy to know you’re pregnant.” Ucap Ivan kepada isterinya. Teruja. Mereka berdua sungguh gembira mendapat restu dari keluarga Ivan. Mereka berpelukkan. Manakala di New Zealand, rumah Ivan. Bapa Ivan berang! Dia berang satu-satu anak lelaki yang dipercayai untuk menyambung legasi perniagaannya membuat pilihan untuk berkahwin dalam usia muda. Bapa Ivan memarahi isterinya kerana senang-senang saja dia menerima perkahwinan anaknya itu. Baginya Kaira hanya akan mengganggu perniagaannya. Baginya Kaira tidak setaraf dengan Ivan mahupun dirinya. Mak Ivan menangis. Dia tidak menyangka suaminya melarang hubungan anaknya itu. Dia memujuk suaminya untuk membiarkan saja mereka berkahwin dan membesarkan anak mereka bersama. Tetapi bapa Ivan berkeras juga. Akhirnya dia memilih jalan yang kejam untuk memisahkan Ivan dan Kaira. Dia memaksa mak Ivan berlakon mengatakan bahawa dia meninggal dunia. Itu sahaja baginya cara yang paling baik ketika itu supaya Ivan kembali kepada mereka. Mak Ivan terpaksa bersekongkol dengan suaminya hanya kerana dia seorang suami. Suami dan bapa yang kejam untuk kepentingannya sendiri.

Dari dalam rumah Ivan melihat Kaira pergi meninggalkan rumahnya. Ketika itu Ivan ada di dalam rumah itu. Dia dikurung dan dikawal rapi oleh bodyguard bapanya. Sudah 2 bulan dia dikurung kerana bapanya tidak mahu Ivan lari dari rumah dan kembali pada Kaira. Rumah itu seolah-olah seperti penjara baginya. Dia menangis. Dia memanggil nama isterinya itu tetapi bodyguard itu menekup mulutnya. Dia meronta minta dilepaskan. Tetapi apakan daya, dia hanya mampu melihat susuk tubuh Kaira hilang membawa diri. Manakala dua orang tua yang mengaku mereka keluarga Ivan hanyalah tipu semata-mata. Mereka hanyalah pembantu rumah yang diarah untuk berlakon menjadi orang tua Ivan. Itu semua hanya lakonan dan rancangan bapa Ivan semata-mata. Kejamnya dia!

Sejak itu Ivan bagai lembu dicucuk hidung mengikut saja kehendak bapanya walaupun pada mulanya Ivan membantah, melawan dan tidak mahu menguruskan perniagaan bapanya seperti yang diinginkan bapanya. Tetapi kerana kepentingannya sendiri bapanya sanggup buat apa sahaja asalkan Ivan mengikut arahannya. Walaupun darah dagingnya sendiri. Ivan terpaksa, tanpa kerelaan hati akhirnya dia akur. Tiada jalan lagi baginya. Sudah berapa kali Ivan cuba melarikan diri tetapi gagal. Kawalan terhadapnya begitu ketat oleh bapanya. Sehingga begitu sekali bapanya melarang hubungan dia dengan Kaira. Ivan menangis, meraung memanggil nama isterinya.

Tiga tahun berlalu, pada suatu hari di pejabat, bapa Ivan menyuruh Ivan masuk ke biliknya. Ivan duduk bertentangan dengan bapanya. “I want you to marry her!” Ucapan bapanya itu mengejutkannya. “No! I’ll never marry anyone else! I am married and I have a daughter!” Bantah Ivan keras. Dia agak marah dengan keputusan drastik bapanya. Bapanya menyuruh Ivan mengahwini anak salah seorang rakan perniagaannya. “Ini arahan!” Tegas bapanya lalu meninggalkan Ivan terpinga-pinga. Ivan termenung dalam biliknya. Teringat isteri tersayang. “I miss you Kaira.” Bisiknya perlahan. Dia tahu Kaira sudah melahirkan anaknya dan kini anaknya berusia 3 tahun dan pasti Kaira menamakan anaknya Ava. Ava nama yang mereka berdua pilih bersama. “Ava Ivan.” Ucap Ivan pada Kaira ketika itu. “I like that name.!” Kata Kaira sambil mengusap perutnya. Mereka berdua tersenyum bahagia, tidak sabar menunggu kelahiran bayi mereka. Ivan menghembus nafas panjang. “I’m sorry Kaira. I’m really sorry. I have no choice!” Luah Ivan lagi. Air matanya menitis. Ivan binggung dengan rancangan bapanya. Dia terpaksa.

Sebulan kemudian Ivan sah menjadi suami kepada Clara. Ivan pasrah dengan perkahwinan itu tetapi dia tidak pernah suka perkahwinan yang diaturkan bapanya dan dia tidak pernah suka isterinya Clara. Cuma Clara saja yang terhegeh-hegeh. Dan Ivan sekali pun tidak pernah tidur bersama Clara apatah lagi menyentuh gadis manis itu. Isterinya cuma satu iaitu Kaira. “Are you happy now!” Sindir Ivan kepada bapanya. Bapanya merenung tajam kepada Ivan, marah. Mak Ivan pula hanya mampu melihat anaknya yang malang itu. Dia sendiri tidak berdaya melarang perbuatan suaminya itu. Di dalam bilik tidur Clara sudah menunggu suaminya. Tetapi Ivan tidak muncul-muncul di depan pintu. Dia kecewa.

Setahun berlalu kehidupan mewah yang Ivan miliki tidak mampu membahagiakan dia. Dalam hati dan fikirannya hanya ada dua insan teristimewa, isteri dan anaknya. Petang itu Ivan bersama rakan sekerjanya dinner di sebuah restoran sambil berbincang tentang perniagaan mereka. Sedang leka berbual sambil makan, Ivan ternampak kelibat seorang gadis sedang berkepit mesra bersama seorang lelaki. Dia kenal perempuan itu. Clara, isteri yang tidak pernah dianggap isteri selama setahun ini. Dan Clara bukanlah isteri yang taat kerana tidak pernah menjaga kebajikan rumahtangga mereka apatah lagi kebajikkan suaminya. Ivan pula tidak pernah peduli malah dia suka bila Clara tiada dengannya. Perempuan itu mengada-ngada dan membuatnya rimas. Itu bukan kali pertama Ivan melihat Clara bersama lelaki lain. Sudah sering kali, bertukar ganti lelaki dengannya. Biasalah orang cantik namun Ivan sedikitpun tidak pernah terusik dengan kecantikkan Clara itu. Ivan hanya memandang dari jauh berharap Clara melihatnya disitu. Dan seperti yang diharapkan Clara tiba-tiba menoleh ke arahnya. “Gotcha!!” Bibir Ivan terkumat kamit memberi isyarat kepada Clara. Kamu ketahuan! Clara tidak keruan lalu segera berlalu dari situ.

Bunyi siren ambulan mengejutkan semua pekerja di pejabat pagi itu. Ivan terkejut melihat keadaan bapanya begitu. Bapanya rebah di lantai, tidak bergerak lagi. Cepat-cepat Ivan menelefon ambulan. Di hospital bapa Ivan disahkan meninggalkan dunia kerana serangan jantung. Ivan terpaku. Tidak percaya. Selepas itu bapanya dibawa ke gereja untuk upacara sembahyang. Ivan memberi penghormatan terakhir buat bapanya. Dia merenung wajah bapanya di dalam keranda kaca itu. Air matanya menitis. “I’m sorry dad I can’t be a good son for you.” Ucap Ivan sayau menahan tangis. Dia memaafkan segala perbuatan bapanya itu terhadap dirinya selama ini. Disebelahnya, ibu Ivan turut menangis meratapi suami tersayang telah pergi meninggalkannya. Ivan memeluk maknya. Mereka telah kehilangan orang yang disayangi. Bapanya disemadikan.

Setahun selepas kematian bapanya kini Ivan mengambil alih perniagaan bapanya. Ivan lebih memilih untuk hidup sederhana. Dia dan ibunya berpindah ke rumah baharu. Ivan mahu meninggalkan kisah silamnya terkurung di dalam rumah agam itu. Rumah yang tidak memberi kebahagiaan buat dirinya selama bertahun-tahun. Rumah yang dimana dia sering bertengkar dengan bapanya dulu. Dia mahu membuang segala kenangan pahit manis di dalam rumah itu. Dia mahu kebahagiaan dan bukan kemewahan. Di dalam hatinya sudah tersimpan impian untuk membina sebuah keluarga bersama isteri dan anaknya Ava. Dia berjanji pada dirinya akan membawa mereka ke rumah itu. Dan ketika itulah Ivan kembali ke London. Menunaikan janjinya kepada isteri tercinta walaupun dia tahu apa yang bakal menantinya apabila bersua dengan Kaira nanti. Kekasih hati yang dirindu selama bertahun-tahun lama tanpa berita.

*******

Part 12.
Maldives.
Air mata ku mengalir laju bagaikan hujan saat itu. Betapa sayu hatiku ketika mendengar cerita Ivan di pulau itu di mana hanya ada mereka berdua. Aku memejamkan mata, menangis teresak-esak. Air mata Ivan gugur jua lalu dipeluknya kekasih hatinya itu. Aku membalas pelukkan itu. Lama kami berpelukkan sehingga tangisanku mulai reda. Aku memandang Ivan. “All this time I was wrong about you.” Kataku padanya sayu. “I’m sorry...” Ujarku lagi. Ivan mengenggam jariku. “No. Its wasn’t your false! I’ll do the same things if I was you.” Ujar Ivan lagi. Air mataku menitis lagi. Ivan mengusapnya lembut. “I never forget you. You always be my wife. I miss you so much.” Bisik Ivan perlahan. Dia mendekatiku, merangkul punggungku ke atas ribanya. Aku memejamkan mata. Kami terdiam, lama. Terpancar sinaran cinta di mata mereka. Ternyata selama ini cinta mereka tidak pernah pudar. “I love you...” Lafaznya. “I love you too.” Ucapku pula. Dia mengucup dahiku, tersenyum indah. “I’m not gonna leave you anymore. I always here for you no matter what. I promise.” Luahnya lagi. Aku membelai indah wajah yang aku rindu itu. Ketika itu terasa dunia milik kami berdua. Kami bahagia seketika. Suamiku kini berada di depan mata. Dia sudah kembali padaku. Seketika itu aku lupa bahawa aku akan berkahwin. Jahatnya aku!

2 bulan aku di Maldives. Aku dan Ivan kembali ke kota London. Di dalam kapal terbang aku bingung. Bingung tentang perkahwinan aku dan Kyle. Bingung bagaimana cara untukku memberitahu soal itu kepada Ivan. Dia pasti kecewa. Aku mengigit bibir. ‘What did I do? How should I tell Ivan about this? And how about Kyle? I promised to marry him. Takkan aku nak tipu dia dan batalkan perkahwinan itu.’ Hatiku bermonolog sendiri. Aku menoleh di sebelahku. Ivan, dia sudah tertidur. Aku merenung wajahnya. Ternyata apa yang Ivan lalui selama ini lebih pahit dari apa yang aku lalui. Dan kini dia kembali menunaikan janjinya untuk bersama ku dan Ava. Air mataku menitis lagi. Tiba-tiba Ivan membuka matanya melihat aku disebelahnya. Aku cepat-cepat menyapu air mataku. Ivan tahu aku menangis lalu digenggamnya jari-jemariku. Dikucupnya penuh kasih. “I love you baby...” Bisiknya padaku. Air mata gugur lagi. Aku melentokkan kepalaku pada bahunya. Aku sangat mencintainya. Ivan mengucup lagi ubunku. Sebak dengan layanan kasih sayang itu. Kasih sayang seperti waktu dulu. Oh suamiku.

Ava sedang menunggu di muka pintu. Dia pasti rindu begitu juga aku. Ava meluru ke arahku. Aku mendukungnya, menciumnya semahuku. “I miss you baby girl.” Ucapku padanya. Gembira melihat wajah anak kesayangan. Ava juga tidak mahu melepaskan pelukkan. Rindunya dia. ‘Kesian Ava 2 bulan tidak berjumpa mummy ‘jahat’ ini.’ Bisik hatiku sendiri. “Mummy, daddy Kyle said he gonna marry you!” Ava bersuara. Aku terkejut. Pasti Kyle sudah terlebih dahulu menyampaikan berita perkahwinan kami kepada keluargaku. Aku terdiam tetapi tetap mengukir senyuman kepada Ava. Aku menurunkan Ava di atas lantai. Mom dan dad memandangku. Diam. Mungkin mereka tahu sesuatu yang tidak kena padaku. Malam itu aku tidak dapat melelapkan mata. Ava sudah lena disisi. Aku kucup keningnya. Wajahnya sering tak tumpah seperti bapanya, Ivan. ‘Ivan I miss you...’ Bisik hatiku.

Pagi itu aku kembali ke pejabat. Kehadiranku disambut mesra oleh anak majikanku. “Did you all miss me? Right?!” Tanyaku pada mereka sekadar mengusik di pagi yang indah itu. Mereka ketawa. “Very long vacations huh?!” Usik salah seorang pekerja disitu. Aku ketawa kecil diikuti gelak ketawa mereka lagi. Di bilik pejabat, aku melihat tiga kuntum bunga rose merah di atas meja. Aku tersenyum. ‘Must be Ivan.’ Bisik hatiku lalu aku capai cebisan nota terselit pada bunga itu. ‘I love you!’ Dihujungnya tertulis nama Kyle. Senyumanku hilang. Aku buntu. Telefon bimbitku berbunyi. “Hi beautiful! How are you?!” Kyle dalam talian, bersuara riang. Aku menghela nafas dan perlahan-lahan aku lepaskannya. “Hey! Im good. You?” Jawabku cuba menyembunyikan perasaan. Berlagak bersahaja, tidak mahu Kyle terluka. ‘Bukan salah dia. Dia cuma mangsa kepentinganku!’ “Well l’m good. I miss you. Lets meet up!” Ujarnya lagi. Aku tiada pilihan.

Malam itu aku dinner bersama Kyle di sebuah restoran. Katanya ingin berbincang tentang perkahwinan kami. Aku tidak berdaya berdalih lagi kerana aku sudah berjanji! Di restoran Kyle menarik kerusi untukku. Aku duduk. Bergaya romantik dia malam itu. “Thanks.” Ucapku. Kyle senyum lalu duduk di kerusinya bertentangan denganku. Kami memesan makanan. “I think this is the right time!” Kyle memulakan perbualan. “What do you think?” Tanyanya. Aku memaniskan muka. “Well. I... I ikut your plan je!” Hanya kata yang ada di fikiranku saat ini. Tak tahu jawapan apa perlu ku beri padanya. Mukanya yang penuh harapan itu membuatku rasa bersalah. Aku jadi kesian padanya. Kyle gembira. Dia tidak sedar bahawa ketika itu aku hanya berpura-pura mencintainya. “Okay! How about next month?! We prepair everthing on this month and ends of month we make it out.!” Luahnya teruja. Pasti sudah lama dia merancang semuanya. Dan aku mengangguk kepala berlagak gembira dengan semua yang diucapkannya. Untuk menidakkan kata-katanya hanya akan menimbulkan masalah.

Hujung minggu itu aku hanya duduk di rumah meluangkan masa bersama keluarga. Aku duduk di kerusi di halaman rumah memerhati Ava sedang seronok mandi di kolam. Fikiranku entah kemana. “I told you and see what he did? He left you!” Teringat kata Dad suatu ketika dulu. Dia memarahiku kerana terlanjur bersama Ivan dan sekelip mata Ivan pergi meninggalkan aku. Tetapi kini dia kembali dan semoga selamanya kembali padaku. Mom dan dad menghampiri. Mom membawa minuman di tangannya lalu diletakkan di atas meja di hadapanku. Mereka berdua lalu duduk menemaniku. Aku memberi senyuman. “You okay honey?” Soal mom lalu memegang bahuku. Aku menoleh ke arah mom dan kemudian dad. Kami bertiga saling berpandangan. Spontaneous aku memeluk mom. Dad hanya memerhati. “Tell me..” Ujar mom lagi sambil membelai rambutku. Aku melepaskan pelukkan, memperbetul kedudukan. “He’s here!” Ucapku kepada dad dan mom. “Who?” Tanya mom. Mereka berdua saling berpandangan dan aku menceritakan segalanya kepada mereka. Mom bersimpati dan dad kebingungan. “Ask him for dinner tonight!” Ucap dad. Aku senyum gembira. Mereka sudi menerima Ivan dalam rumah itu lagi.

Malam itu Ivan datang ke rumah untuk makan malam bersama. Kami berdua masih belum tinggal sebumbung atas sebab tertentu. Aku menyambut kedatangannya di depan pintu. “Hey baby..! You look beautiful.” Ucap Ivan lalu mengucup bibirku. Aku senyum. Dia menghulurkan sejambak bunga. Aku mengambil bunga itu lalu menciumnya. Kemudian Ivan masuk ke dalam rumah. Ava muncul. “Hei Ava do you know who is that?!” Kataku pada Ava manja. Ava memandang ke arah Ivan dan dia membuka mulut seluasnya sambil matanya dibulatkan. Lucu telatahnya. Kononnya terkejut melihat Ivan didepannya. Aku dan Ivan ketawa melihat telatah Ava. Ava berlari ke arah Ivan dan memeluk lelaki dihadapannya itu. Ivan bapanya. Aku menoleh ke arah mom dan dad yang ketika itu berada tidak jauh dari situ. Mom mengusap air matanya manakala dad hanya tersenyum terharu. Ivan memeluk mom dan kemudian dad. “I’m sorry...” Ucap Ivan kepada mereka berdua. Mom dan dad hanya menggelengkan kepala tanda tiapa apa yang perlu dimaafkan. Ava merengek-meregek minta didukung Ivan. “Ava don’t do that.” Kataku menegurnya. “Its okay baby.” Ucap Ivan padaku lalu mendukung Ava yang agak berisi itu. Mulalah manjanya. Selesai makan dan berborak panjang, Ivan minta kebenaran untuk pulang. Ava juga sudah tertidur di sofa. Ivan mengucup mesra kepala Ava yang sudah tidak sedarkan diri itu. Kemudian memeluk mom dan dad. Aku menemani Ivan, menhantarnya ke halaman rumah tempat keretanya parking. “Thanks for dinner!” Ucap Ivan lalu bersandar di badan keretanya. Aku hanya berdiri di depannya sambil berpeluk tubuh. Terasa sejuk malam itu. “You should thank mom and dad. They’re so happy to see you, especially Ava.” Tuturku bersahaja. Ivan tersenyum manis. “Oh ya! I think you forget to tell me something!” Ujarku memandang Ivan manja. “Is it? What is that?” Jawab Ivan pula, dia berfikir seketika. “What you think?” Tanyaku lagi sengaja mahu mengusik Ivan. “Tell me what is it?” Kata Ivan lagi. “Okay.. How about Clara? Your wife?!” Soalku straight to the point. Ivan ketawa kecil. “Ouchh sounds jealousy!” Katanya pula. Sengaja. Aku membulatkan mata. Pura-pura marah. Manja. Ivan ketawa lagi. “Come here!” Ujar Ivan menarik tanganku lalu merangkul pinggangku dalam dakapannya,aku tersandar di tubuhnya. Nafasku mula sesak di dada. Kami berpandangan. Ivan mengucup bibirku. Aku terdiam, memejamkan mata. Kami berbalas kucupan. Seketika, hanya nafas ombak cinta yang kedengaran. Tanpa sedar kucupannya mula meleret ke leher jinjangku. “Ivan...” Bisikku perlahan. Aku menolak lembut bahu Ivan. Ivan memandangku bersama sinar cinta dimatanya. “I love you baby. I want you!” Bisiknya, romantik sekali. Aku hanya tersenyum. “Its midnight!” Ucapku memberi isyarat bahawa Ivan perlu pergi. Ivan mengangguk, melepaskan pelukan. “Okay. I’ll see you..” Ucapnya lalu membuka pintu kereta. “Wait! You not answering my question.” Ujarku memegang lengan Ivan. Ivan berpaling semula. “Only you, my wife...” Ucapnya separuh berbisik tetapi mampu didengarku. Aku tersenyum manis. Ivan pergi. Di kejauhan Kyle menyaksikan segala-galanya. Dia menghentak setereng keretanya. Marah? Kecewa? Hanya dia yang tahu.

Part 13.
Beberapa hari berlalu tiba-tiba Kyle membuat keputusan untuk mempercepat tarikh perkahwinan kami. “What? why?” Soalku padanya di pejabat pagi itu. Kyle ke pejabat aku pagi itu. Aku pelik dengan sikap Kyle hari itu. Mungkin mood nya tidak baik hari ini. Dia sedikit lain dari biasanya. Rambutnya tidak terurus seperti selalunya. “Sebab I akan out station sebulan.” Jawabnya tersekat-sekat. “We can extend after you come back.” Ujarku pula cuba mencari alasan. “No!” Tiba-tiba Kyle marah, suaranya yang kuat mengejutkan aku. Aku terpaku. Kyle memicit kepalanya ketika itu. Entah kenapa. “Okay.. l’m sorry okay. I don’t meant to do that. Just a little problem in office.” Ujarnya entah ya atau sekadar alasan. Aku cuba menenangkan diri. “Look, Kyle. We didn’t prepair anything yet. Many things to do kalau nak kahwin.” Tambahku lagi. Aku keliru. Kyle tiba-tiba terdesak begitu. “We start tommorow!” Ucap Kyle bersahaja. Adakah itu satu paksaan? Aku tidak mampu bersuara lagi. Aku takut Kyle akan bertindak seperti tadi. Kyle pergi. Aku terduduk bingung di kerusi.

Tengah hari itu aku makan tengah hari bersama Ivan. Fikiranku terganggu. Aku banyak termenung selepas berjumpa Kyle pagi tadi. ‘Jangan-jangan Kyle sudah tahu tentang Ivan?’ Soal hatiku bermonolog sendiri. “Baby.. hey! “ Genggaman tangan Ivan mengejutkan aku. Aku berpaling memandang Ivan didepanku. “Are you okay?” Soal Ivan mengerutkan dahinya memandangku. Menunjukkan kebimbangannya terhadapku. Aku tersenyum, hambar. “I’m okay.!” Jawabku merahsiakan sesuatu. Aku tipu Kyle. Aku tipu Ivan. ‘Idiot!’ Getusku dalam hati memarahi diri sendiri. “Nope. You are not okay!” Ujar Ivan lagi. “Tell me what is it.” Tambah Ivan lagi. “Office problem!” Jawabku selamba. Aku tipu lagi. Ivan memandangku, tidak percaya.

Beberapa hari itu aku sibuk menguruskan perkahwinan aku dan Kyle. Walaupun dalam hati berkeberatan untuk meneruskan perkahwinan itu. Tetapi bak kata pepatah ‘Terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata padah jawabnya.’ Itulah situasi aku sekarang. Aku sudah mengecewakan dua orang lelaki yang menyayangi ku. Aku memang hina. Perempuan apakah aku ini?! ‘Aku perlu berterus terang!’ Bisik hatiku. Hari itu aku mencuba beberapa helai baju pengantin. Kim menemaniku. Aku tidak tahu mana satu yang cantik, aku tidak focus. Fikiranku melayang. Apa yang cantik kata Kim itulah pilihanku nanti. Selepas itu aku menceritakan semuanya kepada Kim dan dia bersimpati terhadapku. “You should tell them the truth before its too late!” Masih teringat nasihat Kim itu kepadaku.

Aku berjumpa Kyle siang itu. Aku tekad untuk menceritakan semuanya pada Kyle dan berharap dia menerima keputusanku untuk membatalkan perkahwinan kami. “Hi!” Ucap Kyle lalu mendekatiku. Mencium pipiku mesra. “I have something to tell you.” Ujarku memandang wajah lelaki dihadapanku itu. Tiba-tiba perasaanku dilanda perasaan bersalah yang teramat. Tidak sampai hati untuk menceritakan semuanya sebaik menatap wajah polos itu. Tetapi aku gagahkan jua kerana aku tidak mahu Kyle kecewa satu hari nanti jika perkahwinan itu diteruskan kerana cintaku bukan miliknya. Semuanya demi kebaikan Kyle dan aku juga. Untuk kebahagiaan dan masa depan kami. Tak akan ada bahagia dalam sebuah perkahwinan tanpa ada cinta dan kejujuran. Kyle berdiri disebelahku menunggu apa yang ingin aku katakan padanya. “What is it?” Soal Kyle padaku. “I can’t do it.” Ucapku memberanikan diri bertentang mata dengan Kyle. Dia tidak terkejut malah tersenyum sinis lalu melontar pandangan ke depan. Aku pula terkejut melihat reaksinya. Jantung berdegup kencang. “Kyle...” Aku menyeru namanya meminta dia bersuara. “I know everything!” Jawabnya lalu memandangku. Wajahnya sayu. Terpancar kekecewaan di wajahnya yang kacak itu. Matanya sayu. “Im sorry Kyle.. Im really sorry.” Ucapku padanya. Air mataku menitis. “I tak kisah kalau you nak marah or hate me.” Tambahku lagi merenung wajah Kyle. Kyle mengusap air mataku dan menggelengkan kepalanya tanda dirinya tidak marah ataupun benci kepadaku. Aku pantas memeluk Kyle. Air mata semakin laju mengalir di pipi. Kyle hanya mampu terdiam. Aku tahu dia kecewa. Dari kejauhan Ivan menyaksikan semuanya. Aku terkejut melihat Ivan berdiri tidak jauh dari situ. “Ivan...” Aku menyeru namanya. Kyle melepaskan pelukan dan turut memandang ke arah Ivan yang sudah berlalu pergi. “Ivan!!” Jeritku mahu mengejarnya. Tanganku ditarik. Kyle mengenggam tanganku. Aku tidak berdaya.Kiri dan kanan.Apakah itu tandanya Kyle masih mahu meneruskan perkahwinan itu? Batinku menjerit.

Malam itu berkali-kali aku menelefon Ivan tetapi tidak berjaya. Ivan tidak mahu menjawab panggilanku. “Pick up the phone Ivan, please.” Kataku mundar mandir di dalam kamar. Panggilan masih tidak berjawab. “Mummy!” Ava muncul di pintu. Ava mendekatiku. “Mummy I want to meet uncle Ivan. Can you bring him here?” Aku hiba mendengar permintaan Ava itu. Aku tersenyum, mencium dahinya. “Off course honey.” Jawabku. Ava tersenyum girang. Pagi itu aku tidak ke office. Aku menyuruh Jane membatalkan mesyuarat pada hari itu. Jane akur. Aku mesti berjumpa Ivan, menerangkan semuanya. Aku pergi ke kondominium milik Ivan. Aku menekan loceng pintu. Tidak berjawab. “Ivan! Ivan open the door. We need to talk!” Jeritku dari luar walaupun aku tidak pasti sama ada Ivan di dalam ataupun sebaliknya. Aku menelefonnya lagi. Tidak berjawab. Aku buntu. “Where are you?” Aku meninggalkan kondominium itu, mencari Ivan di kota London. Aku meninjau-ninjau di sekeliling kedai di setiap lorong. Hampa. Kelibat Ivan tiada. “Ivan, please baby. Show up yourself!” Luahku lagi. Seharian itu aku mencari Ivan tetapi hampa. Entah dimana dia. ‘Don’t tell me you going back to New Zealand.’ Bisik hatiku. Peristiwa dulu menghantui. Aku takut jika Ivan pergi meninggalkan aku lagi. Meninggalkan aku selamanya. ‘Don’t leave me Ivan.’

Tiga hari berturut-turut aku mencari Ivan tetapi hampa. Pencarianku gagal. Di dalam bilik pejabat, aku menangis. Teringat lagi janji Ivan di pulau Maldives. ‘I’m not gonna leave you anymore. I’m always here for you no matter what. I promise.’ Air mataku mengalir deras. Petang itu aku balik ke rumah selepas habis bekerja. “Hi mom. Hi dad!” Sapaku. Ketika itu mereka berdua sedang menonton televisen. Mereka senyum padaku, kemudian bepandangan antara satu sama lain. Mereka kelihatan gelisah. “Whats wrong mom?!” Tanyaku melihat kelakuan aneh itu. “Its Ava. She’s not here until this afternoon.” Jawab mom teragak-agak. “What? Where she’s going?” Tanyaku lagi tiba-tiba meninggikan suara. Aku benar-benar buntu ketika itu dengan masalah Ivan dan sekarang Ava. “Kyle...” Sebaik mendengar nama itu aku tahu Kyle sengaja berbuat begitu. Apa motifnya? Cepat-cepat aku menelefon Kyle. “Kyle where did you took my daughter?” Soalku sedikit marah. Kyle tersengih dalam talian. Aku menahan rasa. “She fine, until now!” Jawab Kyle bersahaja namun dari suaranya itu aku tahu dia berniat tidak baik. “What do you means? Please bring her back.” Jantungku berdegup kencang. “Hei don’t worry about us. She said she need a daddy! Daddy Kyle.” Ujar Kyle lagi dengan nada sinis. Air mataku menitis. Aku menekup mulutku, menahan tangis. “Kyle please.” Rayuku. “Heyy cool down baby. We are on our way back home.” Balas Kyle lagi. Di rumah aku mundar mandir menunggu kedatangan Kyle dan Ava. Mom dan dad semakin gelisah sedari tadi. Kereta Kyle berhenti dihadapan rumah. Aku keluar dan mendapatkan Ava yang sedang berlari kegembiraan ke arahku. Aku menarik nafas lega. Kyle mendekati dan aku menyuruh Ava masuk ke dalam rumah. “See, I told you. She’s fine.” Ujar Kyle sebaik saja mendekatiku. “Kyle what are you try to do? Please don’t do this again.” Aku memberi warning. Kyle tersenyum sinis. “Well I just wanna spend my time with my daughter. Is it matter?” Aku terkejut mendengar kata-kata Kyle. “Kyle I told you. We are not gonna marry.” Kataku lagi. Kyle tersenyum lalu pergi meninggalkan aku dengan seribu persoalan. Aku buntu. ‘Semuanya salah aku!’ Di dalam rumah aku memarahi Ava. Bodohnya aku. Emosi tidak stabil. Ava turut menjadi mangsa.

“Mummy, daddy Kyle said l’m gonna be his daughter and he said both of you gonna marry soon.” Di dalam office aku teringat kembali kata Ava ketika aku memarahinya semalam. Air mataku mengalir lagi. “Arghhh!” Jeritku. Aku mencapai beg tangan lalu keluar dari office. Membawa diri entah ke mana. Akhirnya aku berhenti di hadapan kondominium Ivan. Berharap Ivan akan ada di dalam rumahnya. Aku memulas tombol pintu. Pintu terbuka. Gelap.. Aku masuk ke dalam kondo itu, berhati-hati lagaknya seperti pencuri. Teringat kembali peristiwa malam itu, 6 tahun lepas. Di dalam kondo inilah aku dan Ivan bermadu kasih sehingga lahirnya Ava. Keadaan kondo itu tidak terurus dan berselerak. “Ivan?” Panggilku. “Ivan, you here?” Panggilku lagi. Lampu bilik menyala. Aku terkejut. Ivan sedang berdiri tidak jauh dari tempatku bediri ketika itu. Ivan kelihatan tidak terurus. Wajahnya kusut masai. “Ivan!” Ucapku lalu menerpa ke arahnya, ingin memeluk dia. Tetapi Ivan mengelak. “Ivan.. we need to talk.” Ucapku lagi. Ivan melarikan lirikkan mata. Tidak mahu memandangku. “Ivan...” Aku memegang tangannya. Dia mengelak lagi. “Get out.” Ucapnya. Air mataku menitis. “Ivan please listen to me.” Aku masih tidak berganjak dari situ. “Get out!” Ulangnya lagi, kali ini lebih keras nadanya tetapi masih terkawal. Aku akur. Pintu ditutup. “I’m sorry Ivan.” Kataku dari luar biliknya. Air mataku menitis lagi.

Pagi itu aku ada meeting bersama berberapa orang client. Sepanjang mesyuarat itu aku tidak dapat memberikan perhatian sepenuhnya. Mujur ada Jane. Dia penyelamat ketika itu. Aku mendengar beberapa usulan dan cadangan tentang beberapa projek tetapi untuk menilitinya aku tidak berminat. Selesai mesyuarat yang panjang Jane masuk ke bilik pejabat ku. “Maam, are you okay? I suggest you should take some lift. For now everything is under control.” Ujar Jane, mungkin dia tahu aku dalam masalah. “No Jane. I’m okay.. Don’t worry about me. Just a little tired. By the way, thanks Jane.” Ucapku memandang Jane. “Oh ya. Semalam Encik Kyle datang mencari Puan.” Tambah Jane lagi. “Okay Jane. You can go.” Jawabku tidak mahu tahu apa lagi mahunya Kyle. Jane keluar. Aku tertekan dengan sikap Kyle yang tiba-tiba berubah sebegitu ditambah lagi Ivan yang sering mengelak dari berjumpa denganku.

Petang itu aku kembali lagi ke kondominium Ivan. Aku mesti memujuknya. “Ivan open the door.” Rayuku dari luar. Tiada respon. “Baby, please.. Its not like what you think.” Ujarku lagi berharap Ivan sudi mendengar penjelasanku. Masih tiada jawapan. Aku menunggu di luar pintu. Lama aku disitu sambil merayu agar Ivan membuka pintu. “I’ll wait here until you open the door.” Kataku lagi. Di luar kondominium itu, aku duduk di sebuah bangku di halaman kondo. Pukul 10 malam. Aku masih tidak berganjak berharap Ivan akan melihat ku di bawah kondonya. Tidak semena-mena hujan turun dengan lebatnya. Aku memejamkan mata. “Ivan please..” Rayuku disitu. Aku masih disitu berpeluk tubuh, kesejukkan. 20 minit kemudian tiba-tiba Ivan mengampiriku bersama sepucuk payung di tangannya, memayungiku dari terkena titisan hujan lagi. Aku menoleh. “Ivan...” Rayuku. Ivan mencapai tanganku lalu membawa aku ke kondo-nya. Di dalam kamar tidurnya tanpa sepatah kata Ivan mengambil tuala lalu mengusap rambutku yang sudah basah dek kerana hujan yang masih lebat di luar. Ivan mengelak untuk bertentangan mata denganku. Perlahan-lahan aku memegang tuala dikepalaku ketika Ivan sedang mengusap rambutku. Ivan berpaling. Dia menghulurkan sehelai T-shirt kepadaku. Dia lalu keluar dari kamar membiarkan aku membersihkan diri. Selesai membersihkan diri aku menyarungkan t-shirt yang Ivan berikan. ‘Besar.’ Bisik hatiku di hadapan cermin. T-shirt itu besar melebihi punggung. Nasib juga sebab aku hanya ada seluar pendek ketika itu. Tiba-tiba Ivan masuk bersama makanan di tangannya. Ivan meletakkan pinggan itu di atas meja tanpa sepatah kala lalu ingin keluar. Aku pantas menghalangnya. “Ivan wait.!” Ivan tetap juga mahu pergi. “I pilih dia masa tu sebab you!! I just want to forget you!” Jeritku. Geram dengan Ivan. Ivan terhenti. “I have no choice! He did everyhing to me. The day in New Zealand until Ava growing up. He never leave me. Dia bagi I support when I feel likes I’m giving up. And you where are you?!” Sambungku lagi. Terasa dengan sikap Ivan ketika itu. Air mataku mengalir. Beberapa kali aku menyekanya daripada terus mengalir. Ivan berpaling kepadaku. “But that doesn’t mean you have to choose him. You lie to me!” Jerit Ivan pula mempertahankan diri. “I know but what can I do?! They said you’re married and I just want to live my life!” Sambungku, menangis. “But you are married! I am your husband!” Jerit Ivan lagi. Aku tersengih. “Husband? What husband? Six years Ivan, six years!!” Luahku lagi. Ivan menundukkan kepala, kesal kerana pergi dahulu. “And we suppose to marry this month.” Tambahku lagi. Ivan mengangkat muka. Terkejut, merenung aku dengan seribu persoalan. Dahinya dikerutkan. “But I can’t. I batalkan perkahwinan itu because I love you. I never stop loving you!” Sambungku lagi memandang Ivan yang ketika itu mengusap sendiri rambutnya. Dia buntu, kecewa, keliru dan semuanya. “Why you never told me?!” Soalnya lagi masih meninggikan suara. Dia kecewa denganku. Aku mendekati Ivan, ketika itu dia berdiri di sebelah kanan bucu katil manakala aku di kiri. Aku cuba memeluknya, cuba menenangkan dia tetapi Ivan mengelak. Dia masih melarikan renungan mata. “I’m scare. I’m scare you gonna leave me, again and never coming back.” Ucapku sayu bersama air mata yang tidak henti mengalir sedari tadi. Ivan menoleh, setitis air mata hinggap di pipinya. “I’m sorry, I’m really sorry.” Kataku lagi, berpaling melangkah dari situ, aku mahu pergi jika Ivan masih tidak mahu mengerti hatiku. Tiba-tiba Ivan menarik bahuku lalu memelukku. “I’m sorry...” bisiknya. Aku memejamkan mata, lega. Aku membalas pelukkannya, erat. “I’m sorry too. It was my false.” Bisikku perlahan dalam pelukkan itu. Ivan memegang bahuku, melepaskan pelukkan. Dia merenung mataku. Aku menunduk muka. “Bad girl!” Katanya dengan senyuman di bibir. Aku mengangkat muka dan menguntum satu senyuman indah. Ivan mengusap sisa air mata dipipiku. Dia merenung mataku, lama. Aku malu lalu menundukkan semula kepalaku. Ivan memegang daguku supaya bertentang mata dengannya. Dia mengucup bibirku, ghairah. Aku memejamkan mata berbalas kucupan. Ivan menolak tubuhku sehingga ke katil. Membaringkan aku di atas tilam empuk miliknya. Dia menindih tubuhku, merenung lagi ke mataku. “I love you.. I want you, you’re mine.” Bisiknya syahdu. Aku memejamkan mata menyerahkan jiwa dan ragaku semula kepada dia, suamiku. Ivan mencumbuku lagi dan lagi. Dan kesekian kalinya kami bermadu kasih di situ, melerai rindu dan kasih bersama cinta yang tidak pernah luntur. Hanya kedengaran nafas dan rintihan manja pada malam yang sunyi itu. Kaira merindui belaian manja dari lelaki bergelar suami. Manakala Kyle mengamuk di dalam keretanya.

Part 14.
Pada hujung minggu itu aku dan Ivan bercadang membawa Ava bercuti di sebuah pulau di sekitar London. Aku dan Ivan ingin memberitahu bahawa Ivan adalah bapa kepada dirinya. Aku, Ivan dan Ava berseronok dia pantai itu. Ivan mendukung Ava masuk ke dalam air. Ava gembira, ketawa riang. Kami bahagia. Dari tingkat hotel, Kyle menahan rasa marah dalam hati. Dia mengikut Kaila ke situ. Kyle marah dengan tindakan Kaila terhadapnya. “You promised to marry me Kaila. You’re mine!!” Getusnya. Dia mengenggam jari-jemari. Aku dan Ivan memanggil Ava mendekati kami berdua yang sedang duduk di atas pasir itu. Ava datang lalu duduk di hadapan aku dan Ivan, bermain pasir. “Ava I’ve something to tell you.” Ujarku pada Ava. Ava menoleh kepadaku seketika, kemudian meneruskan permainannya. “How if uncle Ivan is your daddy?!” Tanyaku lagi. Ava mengangakan mulutnya dan membulatkan matanya itu. Kononnya terkejut. Aku dan Ivan ketawa melihat tingkahnya. “I love uncle Ivan because he is handsome! He always bought me ice cream to my school!” Jawab Ava mengada-ngada. Ivan senyum mengusap kepala anaknya itu. “He is your daddy Ava, uncle Ivan is your father.” Ucapku, tiba-tiba rasa sayu dihati. Ivan memandangku, dia mengusap belakangku. Ava menoleh ke arah Ivan. “Really?” Tanya Ava kepada Ivan. Ivan menganggukan kepala lalu menarik tangan Ava duduk di ribanya. “Yes honey, I’m your father.” Ujar Ivan. “I know. I saw your wedding photo with mummy in her bed.! Luah Ava lagi. Aku dan Ivan berpandangan. Ivan merenungku penuh makna. “But where are you going all this time?” Tanyanya lagi, cerdik berkata-kata. Aku disebelah mendengar perbualan dua beranak itu. “I’m going to work. Far away from you and mummy.” Ujar Ivan lagi. Hanya itu jawapan yang sesuai ketika itu. Untuk menerangkan semuanya mungkin Ava tidak akan mengerti. Biarlah itu rahsia antara aku dan Ivan. Kenangan pahit yang tidak harus diingat lagi. Ivan memandangku. Aku tersenyum. “Why you don’t bring me together?” Tanyanya lagi. Baginya itu sekadar pertanyaan yang dia sendiri tidak faham akan jawapannya. “Because you are so small on that time!” Jawab Ivan melayan saja karenah Ava. “But how about daddy Kyle? Is he my daddy too?” Aku dan Ivan berpandangan. Air muka Ivan sedikit berubah. “Ava, come here!” Kataku lalu menyuruh Ava duduk di ribaku pula. “Daddy Kyle is not your daddy. You called him daddy just like you called uncle Ivan. But now you call uncle Ivan daddy. Okay? He is your real daddy not daddy Kyle. Uncle Ivan who brings you to this world.” Ucapku berharap Ava akan memahami maksudku. “But why uncle Ivan didn’t stay with us?” Tanyanya lagi. Banyaknya soalan dia. “He will honey. And started from now you can call him daddy okay?.” Jawabku lagi dan memandang Ivan, memegang tangannya. Ivan senyum. “Yayyy daddy!! I want to sleep with daddy tonight! Can I mummy?” Jerit Ava lalu mencium pipi bapanya, Ivan. Ava melompat-lompat kegembiraan. Kami bertiga sama-sama ketawa bahagia. “Yes you can honey...” Jawabku melentokkan kepala di bahu Ivan. Bahagia milik mereka.

Malam itu kami bertiga tidur bersama. Ava sudah tertidur di atas katil. Letih agaknya seharian menghabiskan masa bermain di pantai siang tadi. Begitu juga Ivan. Aku merenung wajah mereka berdua. Hiba. Aku bangun dari katil dan berdiri di balkoni hotel itu. Memeluk tubuh merenung permandangan luas dihadapan bersama pukulan angin sepoi-sepoi malam itu. Fikiranku melayang kepada Kyle. ‘Kyle I’m sorry for what I did. I don’t means to hurt you.’ Bisik hati kecilku. Air mataku mengalir. Sedih teringat akan Kyle, lelaki polos itu. ‘I tidak mampu membalas budi you selama ini Kyle. I tidak mampu membalas kebaikkan you dengan cintaku.’ Hatiku berbicara. Tiba-tiba tubuhku dipeluk dari belakang. Ivan. Aku cepat-cepat menyeka air mata. “Hei baby! What you doing?” Kata Ivan kepadaku lalu berdiri di hadapanku. Aku cuba senyum. “I can’t sleep.” Ujarku bersahaja menyembunyikan sesuatu. Ivan mengucup dahiku. “Tell me...” Bisiknya. Dia tahu aku ada masalah. Dia tahu aku berbohong. “I’m scared.” Ucapku lalu membuang pandang ke depan. “Why?” Soalnya ingin tahu. “Its Kyle...” Jawabku. Ivan menghembus nafas panjang lalu memegang kedua bahuku bertentang mata dengannya. “I’m here for you.” Luahnya di telingaku. Aku merenung ke dalam matanya yang redup itu. Sungguh mengusik hati. Aku mendekati Ivan, membelai mesra wajahnya lalu aku kucup bibirnya itu. Dia merangkul pinggangku erat sambil membalas kucupanku. Hangat. Kemudian Ivan mengendong isterinya masuk semula ke dalam rumah.

Keesokkan harinya kami bertiga balik semula ke kota London. Di rumah Ava begitu teruja menceritakan pengalamnnya di pulau kepada nenek dan datuknya. Mereka layankan saja kerenah manja Ava itu. “Mummy where’s daddy?” Tiba-tiba Ava merengek menangis bertanyakan bapanya. Mungkin rindu. Mungkin pertalian darah antara mereka membuatkan Ava sudah mula merindui bapanya. Mungkin tidak mahu kehilangan bapanya lagi. “Daddy have to do some work honey. Daddy will be back home soon.” Jawabku menenangkan Ava yang sudah menangis minta didukung. Aku mendukungnya. Ava masih menangis dan aku memujuknya sehingga dia tertidur dalam dakapanku.

Telefon berdering. Tertera nama Kyle. Aku teragak-agak untuk menjawab panggilan itu. Jika aku biarkan mungkin Kyle akan bertindak lebih dari apa yang aku fikirkan. Lebih-lebih lagi jika dia cuba ‘menggangu’ Ava. “Hi Kyle!” Sapaku sebaik menjawab panggilannya. Aku memaniskan bicara. “Hi! How are you?” Tanyanya berbasi-basi. “I’m good. You?” Balasku pula. “Lets meed up!” Ujarnya. Aku kelu seketika sama ada menolak atau menerima perlawaannya. “I’ll pick you up tonight!” Ujarnya. Talian dimatikan. Aku terpaksa. Aku bingung. Malam itu aku sudah bersiap-siap menunggu Kyle datang menjemputku. Hatiku gelisah. Aku merahsiakan pertemuan malam itu daripada pengetahuan Ivan. Dia pasti marah kalau dapat tahu. Lagipun niatku cuma mahu Kyle gembira. Mungkin ini saja caranya aku membalas kebaikkan Kyle terhadapku selama ini. “You look beautiful tonight.” Ucap Kyle sebaik kami berdua masuk ke dalam kereta. Aku menarik nafas. “Thanks.” Balasku bersahaja menyembunyikan perasaan gugup malam itu. Entah kenapa Kyle seperti orang asing dimataku ketika itu. Di dalam bar Kyle memesan minuman untuk kami berdua. Aku hanya mendiamkan diri memerhati gelagat manusia dalam bar itu. “How about our wedding?” Pertanyaan Kyle yang tiba-tiba itu mengejutkan aku. Segera aku menoleh ke arahnya. Kyle pula hanya bersahaja meneguk minumannya. “Kyle, we talked about this!” Jawabku. “The wedding must go on.” Tambahnya lagi selamba sahaja. Aku geram melihat gelagatnya itu. Seolah-olah sengaja membuat aku seperti itu. “No Kyle! I can’t. I... I don’t love you. My husband is here.” Ujarku tergagap-gagap takut jika Kyle terasa hati dan marah kepadaku. Dan ya, kata-kataku tadi menaikkan amarahnya. “But you said you want to marry me! You lie to me!” Jeritnya padaku, agak kuat. Mujurlah muzik dalam bar itu kuat dan hanya mereka yang dekat saja mendengar jeritan suara Kyle. “I know this is my false and I’m sorry. This marriage not gonna work because I don’t love you. How gonna we live like that? Without love?” Jelasku padanya berharap Kyle akan faham maksudku. “Yes we can Kaira! We can do it Kaira. We gonna make it work if you try to learn to love me.” Ucap Kyle lagi. Kali ini suaranya direndahkan. Meminta simpati dariku. Wajahnya kelihatan sugul. Sekali lagi aku terperangkap dengan perasaan kasihan terhadapnya. “I’m really sorry Kyle but I can’t.” Ucapku padanya. Hanya itu yang mampu aku katakan. Aku tidak mahu melukakan lagi hatinya. “I have to go.” Kataku lalu keluar dari situ. “Kaira wait!!” Jerit Kyle lalu mengejarku. Di luar bar Kyle menarik lenganku, kasar. Dia mengenggam erat tanganku. Aku kesakitan. “Kyle let me go. Please!” Rayuku padanya. “I’m not letting you go!” Jeritnya. Beberapa orang di luar bar hanya menyaksikan saja babak itu. Babak biasa antara lelaki dan perempuan. Bagi mereka itu pertengkaran semula jadi antara pasangan kekasih. Tak perlu masuk campur! Aku mula takut. Air mata sudah bergenang di kelopak mata dan akhirnya gugur jua. “Let me go. You hurt me!” Ujarku lagi meronta-ronta minta dilepaskan. Kyle masih mencengkam erat tanganku. “Hey man! Thats not a good way to treat woman.” Ivan muncul entah dari mana. Aku terkejut melihat Ivan. Kyle tersenyum sinis. “Here you go! Our hero!” Ujarnya sinis memandang Ivan. Mukanya merah. “Let her go.” Ucap Ivan kepada Kyle. Ivan melihatku teresak-esak disitu. Ketakutan. “Nope! I’m not gonna let her go. She’s mine.” Tutur Kyle bersahaja seperti mahu menaikkan amarah Ivan. Ivan tercabar. ”She‘s my wife! and she don’t love you.” Ujar Ivan pula sudah mula berang dengan Kyle. Dush! Satu tumbukan hinggap di pipi Ivan. Tanpa berlengah lagi Ivan membalas tumbukan Kyle itu. Kyle rebah, darah merah mengalir di hidungnya. Aku kaget! “Ivan stop it!” Jeritku. Ivan berhenti. Kemudian Ivan menarik tanganku meninggalkan tempat itu. “Ivan it won’t finish yet!” Jerit Kyle sambil memerhati aku dan Ivan pergi. Dia mengaduh kesakitan. Matanya merah menahan marah.

Di dalam kereta Ivan memarahiku. “What are you trying to do? What are u doing there with him? How if he do something more than that huh?! What are you thinking Kaira?!!” Ivan menahan marah. Dia memberhentikan kereta. Merenung aku dengan marah. “I just want to make him happy! I don’t want he feels like I buang dia macam tu je dari hidup I. He need me!” Jawabku pula memberi penjelasan. “Is it? Is it the way he need you? Huh? I see!” Balas Ivan lagi masih mempertahankan hujahnya. “You tak faham!” Ujarku lagi. “Tak faham apa? Don’t you see what he did to you just know? How if he culik you?” Ivan masih dengan kenyataannya. Aku mengerutkan dahi. “No! He not gonna do that. He loved me!” Balasku lagi. Kami berdua bertikam lidah pula kerana Kyle. “Is it what you think? He loved you and you don’t love him. Itu boleh membahayakan you! How if he nak balas dendam for what you did sebab batalkan perkahwinan tu!?” Ujar Ivan lagi. Aku terdiam memikirkan kata Ivan itu. Ada betulnya juga. Manalah tahu kalau Kyle ada niat jahat terhadapku apatah lagi aku sudah membatalkan perkahwinan kami. Aku menghela nafas. “Fine!” Kataku lalu mendiamkam diri. Ivan menghidupkan enjin kereta dan menghantarku pulang. Di depan rumahku Ivan memberhentikan kereta. Dia memandang kosong ke hadapan. “Are you mad?!” Soalku padanya perlahan. Ivan diam. “I’m sorry.. please.” Kataku lagi manja-manja dengan Ivan. Ivan menoleh ke arahku. Menjeling manja. “Bad girl.” Ucapnya menguntum senyum di bibir. Dia merenungku lalu mencapai jari jemariku, menggengamnya erat. “Promise me don’t do that again.” Ucapnya perlahan mengharap aku faham kegusaran dihatinya. Aku cuma menganggukkan kepala. “Is it hurt?” Kataku baru perasan ada sedikit lebam di tepi bibir Ivan. Ivan meraba mulutnya. “Nope. Superhero never get hurt!” Ujarnya masih mahu bergurau. Aku ketawa kecil. Kemudian merenung wajah Ivan. Kesian dia gara-gara aku dia mendapat tumbukan percuma dari Kyle. “I’m sorry..” Ucapku sayu. Menyesal pula keluar bersama Kyle. Tidak menyangka dia bertindak kasar begitu. “Its okay baby..” ucapnya. Aku mendekati wajahnya lalu mengucup mesra bibirnya itu. Menghilangkan rasa sakit dibibirnya. “Awww!” Ivan mengaduh kesakitan, mungkin bibirnya sakit. “Opss sorry, sorry baby..” Kataku mengelabah. Ivan tiba-tiba ketawa melihat telatahku. “Grrr bad boy!” Jelingku padanya. Ivan ni suka bergurau. “Okay listen to me.” Ujar Ivan selepas itu. Aku memandang Ivan. Dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Mengeluarkan sebentuk cincin bertatah mutiara. Aku terpaku. Tidak menyangka apa yang aku lihat itu. “Will you marry me?" Tanyanya padaku. “Again!” Ujarku memandang wajahnya itu. Dia menganggukkan kepala. “I love you baby! I want you!” Bisik Ivan lalu memelukku. Kami bahagia. Kami akan berkahwin sekali lagi dan selamanya.

Part 15.
Tibalah hari yang dinantikan aku dan Ivan. “This is gonna be very meaningful wedding ever.!” Jerit Ivan lalu memaut tubuhku dalam dakapannya. Dia begitu teruja dengan perkahwinan itu. Dia ingin memberitahu dunia bahawa dia sudah menemukan isterinya semula. Dia ingin orang tahu bahawa dia akan berkahwin semula. Dia ingin menebus kembali janji-janjinya terhadap Kaira isterinya. Dia ingin menebus kesalahannya selama ini dan dia berjanji tidak akan meninggalkan isterinya lagi. Dia mengucap syukur. Perkahwinan itu akan diadakan di sebuah pulau ala-ala perkahwinan Hawaii. Mereka berdua memilih beach theme untuk perkahwinan mereka itu. Biarlah pulau itu menjadi saksi cinta mereka.

Ivan segak berdiri menunggu ketibaan pengantin perempuan di atas pentas indah itu. Bunga-bunga rose putih menghiasi disekelilingnya. Tetamu sudah mula memenuhi kerusi yang disediakan disitu. Termasuklah ibu Ivan, Mom dan Dad turut serta Kim dan suaminya juga si kecil Carl. Ava? Dia menjadi flower girl mummynya. Ava teruja. Perasaan Ivan gemuruh, tidak sabar menunggu isteri tercinta muncul di depan. Dan sebaik Kaira melangkah keluar Ivan terkedu melihat kecantikkan isterinya itu. Bergaun putih sehingga ke tanah. Rambutnya diikat rapi dan beberapa helai terurai cantik di dahinya. Aku menguntum senyuman manis ke arah Ivan dan tetamu-tetamu yang hadir. Ivan menitiskan air mata terharu dan gembira ketika itu. Tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Orang ramai bersorak gembira melihat Kaira berjalan di permaidani menuju ke arah Ivan yang sedang menunggu bersama Paderi di belakang yang akan mengahwinkan mereka. Ava di depan Kaira menjadi flower girl kelihatan sungguh comel bersama gaun putih dan bunga dikepalanya. Kaira menghampiri Ivan, Ivan menghulurkan tangan kepadanya lalu disambut mesra oleh Kaira. Mereka berdua berdiri bertentangan mata di pentas itu. Menunggu Paderi memulakan upacara majlis. Terbit sinar kebahagiaan dimata mereka.

“Ivan and Kaira.
Together both of you will always be together through good or bad time, through poorness or richness.
These are the hands that will work together as you build your future and make your dreams come true.
These are the hands that will comfort you in illness and trials and share the joy and happiness of life together.
These are the hands that will passionately love you and cherish you all through the years.
May you always hold each other and give strength to each other to hold on during the storms and stresess of life.”

Ivan dan Kaira serentak melafazkan kalimah itu di hadapan Paderi yang menjadi saksi perkahwinan mereka bersama semua tetamu yang hadir ketika itu. Kemudian Ivan menyarungkan sebentuk cincin di jari manis Kaira, kemudian Kaira pula menyarungkan cincin di jari manis Ivan. Mereka bertatapan mesra, mengalirkan air mata kegembiraan.

Now I declare you, Ivan and Kaira as husband and wife. Ivan, you may now kiss your bride.

Ucap Paderi itu. Kini sah sudah Ivan dan Kaira bergelar suami isteri untuk kedua kalinya. Tetamu yang hadir bersorak gembira sambil bertepuk tangan untuk mereka. “Kiss the bride!” “Kiss the bride!” “Kiss the bride!” Jerit mereka gembira. Ivan memandangku. Sinaran cinta memenuhi ruang matanya. “I love you!” Ucap Ivan lalu mencium bibir Kaira dengan penuh kasih. Mereka gembira tidak terkata. Semoga perkahwinan kali ini akan membawa kebahagiaan dan tiada lagi perpisahan. Ava berlari menuju ke arah Ivan dan Kaira. Ivan mendukungnya. Ivan dan Kaira memberi kucupan penuh kasih kepada anak mereka itu. Kini lengkaplah keluarga mereka. Bahagia milik mereka.

Part 15.
Malam itu aku dan Ivan balik ke kondominium miliknya. Ivan memberhentikan kereta. “Baby wait here.” Ujar Ivan kepadaku. “Where are you going?” Soalku padanya. “Just wait for me!” Tutur Ivan lalu mengenyit mata kepadaku. Dia keluar dari kereta menuju ke sebuah kedai. Selepas itu aku melihat semula gambar perkahwinan kami pagi itu di dalam telefon. Aku tersenyum bahagia. Tiba-tiba satu dentuman kuat memecah kesunyian di lorong itu. Aku terkejut. Menoleh ke luar cermin kereta, mencari dari mana datangnya bunyi kereta. Sebuah kereta melintas laju meninggalkan tempat itu. Aku pelik. Tidak jauh dari situ aku melihat sekujur tubuh terbaring kaku. Tubuhku tiba-tiba menggeletar, seram sejuk, nafasku laju. Aku kenal tubuh yang terbaring kaku itu. “Ivan!!!” Jeritku lalu berlari ke arah Ivan yang sedar terbaring kaku atas jalan raya. Wajahnya dipenuhi darah merah bersama sejambak bunga tidak jauh dari situ. Rupanya Ivan keluar hanya untuk membeli bunga buatku. “Ivan! Ivan!! Wake up Ivan!” Jeritku memanggil suamiku, menangis meratapi Ivan yang sudah tidak sedarkan diri di pangkuanku. Orang ramai mengerumuni menyaksikan kejadian malam itu. “Anyone call ambulance please!” Jeritku kepada sesiapa juga yang berada di situ. Aku meraung memanggil nama Ivan. Tiada jawapan. Aku rebah ke bumi. Gelap.

Aku memerhati disekeliling. Hospital! Seperti baru sedar dari lena yang panjang aku teringat Ivan yang terbujur kaki di jalan raya. “Ivan!” Ucapku. Cepat-cepat aku bangkit dari katil dan berlari menuju ke luar bilik mencari Ivan. “Macam mana keadaan dia? Dia sudah sedar ke? Dia baik-baik sahaja kan?” Aku menyoal nurse di depan kaunter. Aku seperti lipas kudung ketika itu. Ketika itu aku hanya mahu berjumpa dengan suamiku. “Cik sabar ya. Cik cari siapa?” Ujar jururawat di kaunter itu. “Apalah you ni! I’m looking for my husband. Someone langgar dia tadi!” Tengkingku pada jururawat itu. Aku sudah tidak keruan ketika itu, menggelabah. Semuanya ada dalam fikiran saat itu. Seorang doktor muncul dari bilik. Aku segera mendekati doktor itu. “Doctor where’s my husband. I want to see him.” Kataku pada doktor itu. “Mrs. Ivan?!” Soalnya. Aku mengangguk. “Yes. Yes I am. How’s my husband?” Tanyaku lagi. “Okay, you please calm down. Your husband is in good condition, for now. Kami sudah scan tubuhnya. There’s some darah beku on his head and its need to operate as soon as possible. Kalau tak it might... you know what I means.” Terang doktor itu kepadaku. Tubuhku kaku, hanya air mata tidak henti mengalir sedari tadi. “Doctor please, whatever is it please do everything, anything to save my husband. Don’t worry about the payment. I’ll pay it no matter how much its cost as long my husband is safe!” Ujarku kepada doktor muda itu. “Do it now doc!” Arahku seolah-olah aku mengarah Jane di pejabat tetapi malangnya itu bukan pejabat yang sesuka hati mengikut arahanku. “Don’t worry Madam but for now operation rooms is full. We need to wait for fews hours.” Terang doktor itu lagi. Aku terduduk di kerusi, tidak tahu apa lagi harus aku lakukan. “But for now your husband masih stabil. Saya sudah bagi ubat tahan sakit kepadanya. Puan sabar ya!” Ujar doktor itu lagi lalu meninggalkan aku disitu. “Doctor wait!” Panggilku. “Can I see my husband?” Pintaku. “I know how you feels,but right now he really need to rest before the operation. I hope you understand.” Jawab doktor itu lalu pergi. Aku pasrah. ‘Apalah nasib ku ini?’

Seminggu berlalu Ivan masih tidak sedarkan diri. Sepatutnya aku berbahagia sekarang. Tetapi seminggu sudah berkahwin seminggu juga sudah berumah di hospital. “Ivan wake up please. I need you Ivan.” Bisikku kepada Ivan yang sedang baring kaku itu. Semoga dia mendengar rintihanku dan bangun seperti semula. Aku genggam erat jari-jemarinya. “You promised you not gonna leave me anymore.” Bisikku lagi. Air mata mula berkelopak di mata. Aku mencium wajahnya itu. “I have a story for you. You want to hear it? There’s a couple who love each other with all their heart. They have been separate for so long time but one day the prince comes and bring his queen together. They have a princess, very cute little one. And you know, the princess loved her daddy so much and right now she’s waiting for her daddy to come back home and bring her a lots of toys. She wants to tell her daddy how much she loved him. The next day her daddy cames and after that they life happily ever after. And no one can separate them ever again.” Kataku berbisik lembut di telinga Ivan. Air mata terus-terusan menitis tiada henti. Rasa di hati tiada siapa yang tahu. Suami tercinta sedang terbaring kaku tidak sedarkan diri. “I love you Ivan. I’ll wait for you.” Aku berbicara dengannya seolah-olah Ivan sedang mendengarkan aku. Aku belai lembut wajahnya itu memandang segenap inci wajahnya. Kepalanya dibalut kain putih selepas pembedahan di kepalanya. Mukanya kelihatan sedikit bengkak dan beberapa kesan calar di lengan dan kakinya. Mujurlah tidak melibatkan kecederaan parah pada anggota badan yang lain. Ingin saja rasanya aku goncang tubuhnya itu supaya dia sedar semula. Hati isteri manakah yang tidak terguris melihat suaminya seperti itu.

Siasatan masih diteruskan untuk mencari siapa yang melanggar Ivan tempoh hari. Polis mengesahkan kemalangan itu sebagai kes langgar lari. “Puan, pihak kami sudah menangkap pelakunya.” Ujar polis itu kepadaku. “We have known that the suspect is Mr.Kyle!” Terang polis itu kepadaku. Aku benar-benar terkejut mendengar penjelasan polis itu. ‘How could you do this Kyle.’ Bisik hatiku. Bercampur-baur perasaan ku ketika mengetahui bahawa Kyle punca kemalangan itu. “Do you know him?” Tanya polis itu lagi. Aku sekadar menganggukkan kepala. Lidahku kelu. Tidak pernah terlintas di fikiranku Kyle sanggup melakukan semua itu. Tetapi segalanya kerana aku! Akulah punca sebenar masalah ini. Jika aku tidak berbohong dan memberi harapan palsu kepada Kyle sudah pasti kemalangan itu tidak terjadi. Aku tidak menyalahkan Kyle atas apa yang berlaku. Dia cuma insan malang kerana memilih jalan yang salah kerana cinta yang tidak kesampaian. Sepatutnya aku yang terbaring di katil itu, bukan Ivan suamiku. “Kyle I forgive you and I’m really sorry. Thank you for everything. You meant a lot to me.” Ucapku. Air mataku mengalir mengenangkan lelaki malang itu. Aku menyayanginya, menyayanginya sebagai seorang sahabat yang sangat baik. Cuma nasib tidak menyebelahinya.

Aku menemani Ivan di dalam hospital. Aku merenung lagi wajah kesayanganku itu sesekali aku cium wajah dan jari-jemarinya. Membisikkan kata cinta berharap dia akan sedar. Aku rindu padanya. Rindu yang teramat.

??“Take my hand take my whole life too,
For I can’t help falling in love with you.
Like a river flows surely to the sea,
Darling for it goes some things are meant to be.
Take my hand take my whole life too,
For I can’t help falling in love with you,
For I can’t help falling in love with you.”??

Aku menangis teresak-esak di tepi katil Ivan. Menyanyikan rangkap lagi itu bersama tangisan sayu seorang isteri yang sering ‘ditinggal’ oleh suaminya. Jari-jemari Ivan bergerak, perlahan-lahan dia membuka kelopak matanya yang berair itu mungkin turut menangis bersamaku. Aku tersenyum hiba melihat wajahnya itu. Dia juga turut senyum kepadaku. Aku peluk tubuhnya itu. “Thank you Ivan. Thank you!” Ucapku padanya kerana dia tidak meninggalkan aku sendirian lagi. Suamiku tercinta sudah sedar semula. Aku bersyukur.

***

Kaira, Ivan dan Ava berhijrah ke New Zealand. Di sini mereka sekeluarga memulakan hidup baru sebagai sebuah keluarga bahagia. Tiada lagi derita, tiada lagi air mata, tiada lagi perpisahan dan yang tinggal hanyalah bahagia hingga ke syurga. Mereka bertentangan mata menikmati indahnya kebahagiaan yang tercipta buat mereka setelah bertahun lamanya terpisah. Kini mereka bersatu menyemai kembali cinta yang terpisah dulu. “Nothing gonna stop my love for you. I love you for the rest of my life.” Bisik Ivan di telinga Kaira. “I give you all of my life and my soul for rest of my life. You’re the one I wanted and nothing gonna change my love for you. I love you!” Bisik Kaira pula, merenung indah ke dalam mata Ivan. “I love you. I want you! You’re mine.” Mereka bertentangan mata, Ivan mendekati Kaira, meluahkan hasrat yang tidak akan jemu membelai isterinya dengan penuh kasih. Mereka memejamkan mata, lemas dalam lautan api cinta mereka berdua. ‘Bahagia milik kita.’

TAMAT.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience