Bab 5

Family Completed 3041

Keesokan harinya,

Sha, Azfar, Tuan Amzar dan Puan Alia telah siap(dah mandi, solat Subuh, sarapan), tetapi Azim masih dibuai mimpi....

Puan Alia dan Tuan Amzar meminta Sha menjaga Azim dan juga Azfar.Puan Alia sempat berbisik pada anak bongsunya.

"Ucu call mama klu along buat hal tau"

"Ok mama ^__^"

"^__^ Love anak mama ni..."

Puan Alia dan Tuan Amzar pun berangkat pergi.Sha terus masakkan makanan untuk adiknya, Azim yang masih nyenyak di katil...

**************************************

"Ucu...kejutkan angah.."

"Ok..tapi kena upah la..."

"Dah lama along sediakan... dah ..cepatla.."

"hihihihihihihi"

"Angahhhh!!!!!!!"

"Apa bengong..!!!Tak nampak orang tido ke!!!!"

Azfar terus berlari kebawah sambil menangis.Telefon dicapai olehnya untuk menelefon Puan Alia.

"Mama......."

"Nape nangis ? Kakak buat eh...takpe..mama balik sekarang"

" ma"

Talian dimatikan oleh Puan Alia walaupun Azfar belum habis berbicara.Sha dari dapur ke ruang tamu untuk berehat kerana Sha baru selesai mengemas dapur.Kelihatan adiknya, Azfar menangis.Sha terus melontarkan beberapa soalan untuk mengetahui masalah Azfar.Belum sempat Azfar menjawab soalan kakaknya, Puan Alia menerjah masuk dan terus menarik Sha masuk ke dalam bilik air berdekatan dan menutup pintu serta disebatnya Sha menggunakan paip air bilik air itu.Sementara itu, Tuan Amzar menanyakan Azfar soalan yang sama ditanyakan kakaknya.Sehabis Azfar menjawab soalan itu, Tuan Amzar terus mengetuk pintu bilik air itu dan menyuruh Puan Alia berhenti.Puan Alia tetap memukul Sha dan tidak peduli akan suruhan suaminya.

Tiba-tiba Azim turun ke ruang tamu dan terus membuka siaran televisyen lalu duduk menonton.Tuan Amzar berang.Dipukulnya Azim menggunakan tali pinggang yang dipakainya.Mendengar jeritan Azim, Puan Alia keluar dari bilik air dan melindungi Azim dari dipukul.Sha menangis teresak-esak kerana sebatan bisa ibunya yang memberikan tanda merah pada tubuh badannya.

"Apa abang buat ni!!"

"Saya pula...Awak tu buat ape?!!!"

"Ni salah Sha bukannya Azim"

"Kalau nak tau perkara sebenar, tanya Azfar"
Puan Alia terus memandang Azfar dan menyuruh Azfar ceritakan segala-galanya.Walaupun Azfar masih ceritakan kisah terawal, Sha meluru masuk biliknya dan terus menguncikan diri dalam biliknya..Dia menangis dan menyapukan ubat sendiri pada luka di badannya.Azfar menghabiskan ceritanya.Setelah habis, Puan Alia terus ke bilik Sha.Dia memujuk Sha tapi tidak dihiraukan Sha.Tuan Amzar memujuk Puan Alia dan menyuruh Puan Alia untuk berikan ruang untuk Sha.Puan Alia menangis dan rasa sangat bersalah....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience