Rate

1

Romance Series 4387

Segelas susu diambil Ara , dan diteguknya pantas . Dia seperti tidak percaya dengan apa yang baru sahaja diberitahunya . Airel Zafrel , kekasih hatinya akan melangsungkan perkahwinannya dengan kawan baiknya sendiri , Raysha Ieka . Dia tidak sangka kawan baiknya sendiri bagaikan gunting dalam lipatan , mengambil tunangnya dalam diam .

Ara menarik nafas panjang dan melihat pada jam yang tepat pukul 12 . Dia mengambil kunci keretanya , Audi RS4 . Keretanya meluncur laju meninggalkan perkarangan sebuah villa milik ibu dan ayahnya .

Sebaik sahaja sampai di Syarikat Zeus , tempat dia bekerja sebagai pembantu peribadi kepada pengerusi , dia terus melaksanakan tanggungjawabnya dengan menyiapkan laporan . Kemudian , pengerusi Syarikat Zeus , Dato' Harraz Mikhael terus menyentaknya dari terus mengelamun . Ara terkejut lalu terjatuh dari kerusi yang dia duduk . Dia merasakan seperti ada sesuatu yang sakit . Ya kakinya tergeliat . Harraz tanpa teragak-agak terus meminta maaf dan menyentuh kaki Ara . Ara menjerit kesakitan . Harraz terus menawarkan cadangan agar dia mendukung Ara ke kereta Rolls Royce miliknya untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan . Ara menolak cadangan itu dan terus bangun sambil terjengket-jengket . Mereka terus bergerak ke hospital . Sepanjang perjalanan mereka , Harraz tidak henti-henti meminta maaf kepada Ara atas perlakuan buruknya .

Setiba di hospital , sudah ada seorang doktor dan pembantunya yang menunggu ketibaan mereka . Doktor itu merawat kaki Ara dengan penuh lemah-lembut agar dia tidak merasakan kesakitan . Doktor berpesan agar Ara tidak melakukan kerja berat dan hanya memperbanyakkan rehat bagi kakinya . Kemudian , Ara terus ditolak di atas kerusi roda untuk ke kereta Harraz . Harraz menghantarnya pulang dengan selamat . Harraz masuk dan menyapa keluarga Ara dengan penuh hormat . Dia mengakui kesalahannya yang telah menyebabkan kaki Ara tergeliat . Ibubapa Ara terkejut dengan pengakuan yang dia berikan . Mereka mengajak Harraz untuk makan malam bersama mereka sebelum pulang . Sebaik selesai makan malam , Harraz meminta diri untuk pulang . Bapa Ara berterima kasih kepadanya kerana telah menghantar Ara pulang dengan selamat . Ibubapa Ara senang dengan sikap jujurnya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience