Rate

Bab 1

Romance Completed 3670

Lia merenung sepi sesusuk tubuh yang amat dikenalinya. Dia yakin hubungan ini akan terjalin hingga akhir hayat. Janjinya. Air kolam di depannya yang mengalir tenang menjadi tenungannya. 'Betulke apa yang aku rasa ni? 'Hatinya bermonolog seketika terkenang akan rasa yang dia rasa sekarang. Bukk! Terkena percikan air pula wajah yang termenung itu tadi. "Kenapa pula termenung tu. Malaikat lalu ke? "Habis melayang tenungan Lia yang seketika itu tadi..Entah kemana? Ke laut kot. "Ish, Jiq ni. Tak habis-habis nak kacau orang. "
In bukan setakat kacau je.. Main-main nak kerjakan orang pakai air. Dahlah sejuk. Hazieq, Hazieq. "Ala, salahke kacau kawan sendiri. Siapa lagi yang nak dikacau kalau bukan Lia. Lia kan sporting. Ala senyum sikit. Tengok tu dah kedut dah kening.Hah, nanti cepat tua. "Tak habis lagi syarahan Hazieq ni. Lia dah terjuih bibir dah. "Dahlah, jom balik. Dah petang ni. Tak baik balik lewat petang senja macam ni, nanti hantu..."Lia terus berlari menimggalkan Hazieq yang terkangkang di depannya tadi. Sengaja Lia buat macam tu, biar Hazieq rasakan seperti mana hatinya sakit dilemparkan dengan ejekan Hazieq yang Gila tu. .Lintang pukang Hazieq melarikan diri dari taman tersebut menuju ke arah basikal mereka berdua tadi.

"Kau main tinggal-tinggal eh!Tunggu kau! "Bagi amaran nampak.
"Hah, kita main sikit pun awak bagi amaran. Belum lagi awak, main sembur. Tengok ni, kan dah basah. Mak aku tanya nak jawab apa?! "Lia menunjukkan muka yang mencabar. Tak lekang tangan mengipas baju pink nya yang basah.
Teruk ni nanti.
"Awak jawablah kita main air. Bukannya mak awak tak tahu yang kita ni kawan, bukan mak awak je satu kampung ni tahu. Kan? "Memang bab macam ni Hazieq takkan kalah.
Lia terus mengheret basikalnya begitu juga Hazieq. Betul juga apa yang Hazieq cakap. Satu dunia pun tahu.. Hik.. Hik..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience