Bab 2-'Perempuan Hati Batu'

Young Adult Series 2986

Dengan tiba-tiba...Angin mendadak kencang dan membuatkan feri yang dinaiki para penumpang hampir nak terumbang-ambing.

Tolonglah,janganlah tiba-tiba ada taufan?!Tiba-tiba tsunami?Ada ombak besar telan kitorang?Tak nak!!!!

Petugas yang bertugas mengarahkan para penumpang yang berada di luar untuk masuk ke dalam supaya lebih selamat.Satu persatu masuk ke dalam.

Tapi sebab sesak sangat,ada yang hampir jatuh,tapi tak jatuh.

Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.Guntur menggema satu lautan.Macam nak gempa bumi je,tapi tak.

Mestilah semua risau!Kalau disambar petir macam mana?!!

Tiba-tiba feri macam dah nak terbalik dah.Lajunya detak jantung Wailyn.Tiba-tiba dia teringat dekat papa dia.Dia risau,dia sedar mungkin selama ni dia selalu melawan cakap papa dia,tapi jauh di sudut hatinya,dia sangat menyayangi ayahnya.

Papa...Maafkan Wailyn.Mungkin Tuhan dah nak ambil nyawa Wailyn?Ampunkan segala dosa Wailyn!!

Sementara Donne berusaha melindungi Chealsy dengan memeluknya.Tapi dia tak peluk erat sangat,dia masih tahu jaga batas dengan orang yang belum dia halalkan sepenuhnya.

Tiba-tiba seorang kanak-kanak yang kelihatan baru berusia 8 tahun jatuh.

"Lia!!!!!!"Teriak ibunya yang segera mendekati penghujung feri dan nak selamatkan anaknya.Tapi tak mungkin dan dah terlambat.Anak dia dah tenggelam.

Feri makin bergoyang dengan lajunya.Dan menyebabkan beberapa penumpang nahas terjatuh dan memang tiada siapa yang dapat menyelamatkan.

Ramai yang berteriak dan menangis.Para petugas kawalan yang lain cuba menenangkan para penumpang dan mencuba meminta bantuan dari pihak penyelamat.

Tapi,mungkin pihak penyelamat pun tak dapat nak tolong.Pemandu feri berusaha secepatnya supaya cepat dan selamat sampai ke destinasi mereka.

Wailyn yang kini sangat takut sambil memeluk begnya dan memakaikan beg nya di leher.Walaupun sangat takut,tapi Wailyn berusaha terlihat baik-baik saja.

Ombak semakin kuat dan akhirnya beberapa penumpang yang lainnya termasuk Wailyn dan Donne terjatuh.

~~~

Tangisan sang ibu memilukan hati si anak sulung dan menantunya.Begitu juga dengan cucunya.

"Sabar,mommy.Bakri yakin pihak penyelamat pasti akan jumpa Donne."Pujuk Bakri Aidon iaitu abang kepada Donne.

Mommynya bernama Dina,seorang balu yang kematian suaminya beberapa tahun yang lalu.

"Macam mana nak sabar?Kamu tak risau ke?Kalau Donne tak terselamat macam mana?!"

"Sabarlah,mommy.Janganlah cakap macam tu,tak baik.Kita kena doakan supaya Donne selamat.Okay?"

Dina..Kita sopan sikit.Aunty Dina tetap tak nak dengar cakap Bakri dan terus menangis.

Tak lama lepas tu,datang Nur Mayrah Anizza,isteri kepada Bakri membawakan secawan teh panas untuk aunty Dina.

"Mommy,minum ni.Kita doakan semoga Donne selamat,ye?"

Aunty Dina pun tengok Mayrah dengan tatapan sayu dan menerima cawan dengan hati-hati.

"Terima kasihlah.Sebab Bakri dengan Mayrah temankan mommy kat sini."

Tiba-tiba anak tunggal Bakri datang"Eh...Bayrah pun temankan neneklah.."Comelnya.Ni satu-satunya cucu yang aunty Dina ada,Nur Bayrah Aidonizza.

Aunty Dina dah tak sabar nak Donne kahwin dengan Chealsy tu.First time Donne bawa Chealsy datang rumah tu,aunty Dina terus suka.

Tu lah.Aunty Dina pun dah tetapkan tarikh perkahwinan mereka.

~~~

4:03 p.m

Perlahan-lahan,sepasang mata terbuka dan cuba memerhati sekeliling.

Pantai?!!!Aku kat mana ni?Kenapa aku terbaring kat sini?Jap?Bukan tadi ada ribut ke?..Aku selamat?Ha?Yes!!!Tapi aku terdampar kat mana pulak ni?

Wailyn pun perlahan berdiri dan berjalan sambil berteriak"Hello?Hello?Ada orang tak?Saya kat mana?Hello?"

Wailyn pun melihat ada begnya tak jauh dari sana.

Beg aku?Sampai sini juga?Handbag aku tak tahu kat mana.Tapi beg isi pakaian-pakaian aku yang kalis air tu ada kat sini!Syukurlah!!

Wailyn pun segera berlari dan mengambil begnya.Tak jauh dari situ lagi,dia ternampak seorang lelaki yang terbaring pengsan.

Wailyn pun segera mendekati dan melihat siapakah itu.

Lelaki tadi?Kenapa pula mesti dengan dia?!Ish..Apa aku nak buat pulak ni..Bangunkan mahmat ni?!

Dia pun meredamkan tangannya dan memercik air ke muka Donne"Hey..Hey..Wake up!..Hello?"

Tak lama lepas tu Donne sedar dan bila dia nampak je persekitaran dia,dia cepat-cepat duduk.

"Aku kat mana ni?"Donne bertanya pada Wailyn.

Tapi Wailyn membuang muka lalu berdiri.

Eh,eh!!Sombong sangatlah!

Wailyn taklah nampak sombong sangat. Wailyn bukan nampak macam manusia tak berperasaan,tapi dia nampak malas je nak layan.

Bukan 'cuek'.Cuma sekarang kalau kau tengok-tengok dia yang tengah melipat tangan kat atas badan,nampak comel.Nampak macam budak merajuk.

Donne pun berdiri dan tengok sekeliling"Nampaknya,aku terdampar kat sini.Kau pun terdampar kat sini?"

Wailyn tengok Donne lepas tu menaikkan sebelah kening dan turunkan tanda 'ye'.

Donne pun membalas menaikkan kening sambil tampilkan muka masam"Ow..Malangnya aku terjebak kat pulau ni dengan perempuan hati batu.Harap-haraplah aku tak kena makan dengan dia nanti."Donne mengatakan itu sambil membuang muka.

"What?!You call me 'perempuan hati batu'?!!"Tapi kali ni Donne pula yang buat-buat tak dengar.

"Hey!Dengar ke?"

"Memang patutnya mak ayah kau bagi kau nama tu dari lahir lagi kan?Sepadan sangat.."Hahahah...Geli sangat hati Donne kenakan Wailyn.

"Ih!!Nama I bukan tu!!Nama I Wailyn!So tak payah nak tukar-tukar nama orang!"

"Apa?Wailyn?Cantik nama..Saya Donne."Kata Donne sambil menghulurkan tangan.

Wailyn tengok je"I tak tanya pun lah.."Katanya sambil jual mahal..Haha.

Dia pun berpaling dan berjalan meninggalkan Donne.

"Hey..Awak!Awak!!"Panggil Donne.Tapi Wailyn tak layan pun.

"Tunggulah saya!"Kata Donne sambil berjalan di samping Wailyn.

Hei orang ni.Orang nak cakap pun tak pandai nak berhenti berjalan dulu ke?

Donne pun berhenti berjalan"Okay..Suka hati awak.Saya cari pulang sendiri.

Donne pun berpaling dan nak tinggalkan Wailyn.Dia tahu mesti Wailyn takut punya.

"E..E..Hey,wait!"

Tu kan?Kau panggil aku juga?

Donne pun pusing lagi"Yes?Ada yang panggil saya ke tadi?"

Wailyn terlihat masih malu"E..Hssh.."

"Apa?"Donne sengaja nak kenakan Wailyn.

"S..J.."Wailyn tak tahu nak kata apa.

"Kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu.."

"Tunggu saya!"

Donne pun tersenyum dan akhirnya ketawa terbahak-bahak"Kau nak apa?Cakaplah cepat..Haissh.."

"Saya takut."Malu Wailyn bila nak katakan tu.Makin tambahlah kuat Donne ketawa.

"Mak..Dengarlah dulu!!Maksud saya,jangan tinggalkan saya..Ee.."

"Tu lah kalau nak temberang sangat.Ceh!"Kena kan kau?

"Tak naklah aku dengan kau..Dah lah sombong.."

"Awak!!..Hrr!!"Sengaja lah mahmat ni!

"Bye!!"Donne pun tinggalkan Wailyn.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience