Rate

BAB 1

Romance Series 4276

"Nur Dhia Shazrean!!!"

" Apa yang kamu dah buat dengan anak jiran sebelah tu nak oi. Kan mama dah pesan jangan buat perangai pelik tu ...."

Panjang bebelan Puan Izah apabila mengetahui perbuatan anak tunggalnya itu. Dia sedar perangai anaknya itu persis dirinya sewaktu kecil. Hanya mampu menarik nafas panjang setelah jiran sebelah rumah yang bernama kak bee menunjukkan muka anaknya yang penuh dengan make-up walhal anak kak bee itu lelaki

'Alahai anak mama ni. Yang diturutkan perangai tak elok pulak tu' bisik hati Puan Izah

"Ma, bukan salah Rean lah.. Tu Ayinn yang nak bukan Rean yang paksa hmmm..." sambil buat muka simpati

"Tapi tetap tak boleh buat lagi tau sayang mama sorang ni"

"Okey Ma, Rean tak buat lagi. Promise!"

Tiba-tiba kedengaran bunyi kereta ...

"Tu Papa dah balik kerja, sayang"

Bergegas Rean berlari ke pintu utama untuk mendapatkan papa..

"Papa... Papa... Papa..." Rean memanggil papanya dengan perasaan tidak sabar

Bunyi enjin kereta dimatikan. "Iye sayang. Kenapa suka sangat ni? Anak papa ni dah makan?" Bukan main peluk ayahnya waktu itu. Puan Izah sekadar memerhati

"Rean dah makan tadi, Pa..."

"Habis tu, yang panggil papa banyak kali kenapa?"

"Biasalah dia tu abang, nak mengadu saya marah dia tadi lah tu.." ujar Puan Izah sambil mengambil beg kerja suaminya.

"Tak baik ma cakap Rean gitu. Tak.. Rean nak cakap Rean dah conteng muka Ayinn dengan make-up. Dia dah jadi artis pa..." bersungguh Rean bercerita dengan papa dan mama

"Ma, esok abang cuti. Kita bawa Rean pergi jalan-jalan.. Nak tak?" bisik Encik Syafiq

"Boleh jugak bang. Lama dah kita tak luang masa sama-sama"

Rean sekadar memerhati kerana tidak memahami apa yang diperkatakan oleh ibu bapanya.

KEESOKKAN HARI....

Hati Rean terasa seperti ingin melompat kerana papa dan mama mahu membawanya ke sebuah tempat yang istimewa.

"Pa, Ma, kita nak pergi mana ni?"

"Tunggulah sekejap.. sekejap je sayang" Encik Syafiq berkata kepada anak tunggalnya

Tidak berapa lama kemudian, sampailah ke tempat yang dituju. Ianya sebuah pantai bertempat di Port Dickson.

"Maa! Paa! Bestnyaa. Rean nak mandi laut boleh tak? Please.. Please.." rayu anak kecil ini

"Okey, you can. Tapi dengan syarat. Rean kena tiup lilin kek dulu"

"Yeayyy thanks ma pa. Tapi kenapa nak tiup lilin kek? birthday Rean kan bulan 8, ini baru bulan 7?" petah kanak-kanak yang usianya baru 9 tahun berkata-kata.

"Papa saja nak sambut awal birthday anak papa sorang ni. Tak boleh ke sayang?"

"Betul kata papa tu. Kami sayang sangat Rean walaupun Rean degil, tak suka dengar cakap mama.." sambil mencuit hidung puteri tunggalnya.

"Paa, tengok mama tu. suka marah Rean.." dalam nada merajuk

"Dah dah.. kata nak mandi laut tadi kan..." memujuk puteri tunggalnya itu bukan susah. cuma perlu bermain dengan kata-kata. Puan Izah hanya memerhati perangai kedua-dua insan kesayangan berlari menuju ke pantai

SETELAH beberapa jam bermandi-manda, Encik syafiq memandu pulang. Puan Izah dan Rean sudah tertidur sejak dia memasuki tol Port Dickson menuju rumah.

Kedengaran deejay radio menyampaikan berita mengenai keadaan trafic di atas highway. 'sila berhati-hati semasa memandu. Keselamatan pengguna diutamakan'

Dan tiba-tiba kereta yang dipandu Encik Syafiq dirempuh... BOMMMMM!!!

-------------------------------------¥¥¥¥¥------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience