Series
1913
"mak!"Nana berlari ke dapur .ibunya tiada disitu .dia kemudian berlari ke atas ,bilik ibunya.
"mak!"jeritnya lagi.ibunya tetap tiada di situ."mana mak pergi?"nana mula bersungut.
"mak!"laung nana lagi.kali ini dia ke beranda atas rumahnya ."mak ada di sini rupanya .puas saya panggil tadi,tapi mak tidak menyahut pun"muncung nana mulai panjang.
"sengaja mak tidak mahu menyahut .kamu tahu bukan,mak paling pantang anak dara terpekik terlolong macam tadi! mengapa dengan kamu?macam langit sudah mahu runtuh!"tanya puan Rahmah Begum tanpa menoleh ke arah anaknya .tangannya sibuk membetulkan baju yang ada di penyidai pakaian .
"alahai!" nana menghentak kakinya ke lantai
"eh,sudah-sudah .jangan hentak kaki kamu di lantai .kamu itu bukannya ringan .kalau runtuh lantai ni, mak dan kamu juga yang jatuh ke ki bawah" puan Rahmah Begum memandang tepat wajah anaknya.
nana tidak memperdulikan kata-kata ibunya,sebaliknya dia merangkul bahu ibunya dengan manja . "cuba mak lihat ini".nana menghulur kertas yang ada di tanganya.
puan Rahmah Begum mencapai kertas itu .kaca mata yang tergantung di dadanya diangkut ke mata .Direnung lama kertas itu.
Share this novel