Rate

Bab 1 : Benci Tahap Gaban

Romance Series 3409

Gaban pun tahu benci.

Kenapa lah pagi ni hujan pulak. Malas gila nak pergi kelas. Harini semua subjek sangat membosankan!

Selimut ditarik menutupi separuh muka.
"Ad!!!!! pukul 6:30 pagi dah ni.." bingit telinga Ad dibuatnya. Pantas Adena melompat mencapai tuala.

"Kau asal pepagi ni macam bayam penyet je?" Tanya Jaja sambil kaki laju melangkah ke pintu pagar.

"Diam lah kau. Pegang payung tu elok-elok sikit. Habis basah baju aku ni." Berkerut dahi Ad dek mood pagi yang kacau bilau.

"Eh. Arah orang pulak. Dia tak bawak payung lepastu nak badmood! pehal?!" Jeling Jaja sambil dihujungnya mengukir senyuman.

Kringgggggg!!

Nampak nya hanya tinggal Ad di dalam kelas. Berat benar kaki nya untuk melangkah ke kantin. Sudah diajak berpuluh kali oleh Jaja, Dian dan Nana. Namun tetap dengan prinsip 'berat kaki gajah'.

Perut Ad sudah memutarkan lagu 'Luluh' by Khai Bahar. Memang luluh dibuat nya. Di selak lengan baju menunjukkan jam pukul 2. Sudah habis waktu rehat. Kalau pergi pun dah sah-sah makanan semua habis dibaham budak-budak ni.

Kelihatan Cikgu Maya di muka pintu. Rasa batu menghempap bahu. Kepala berat menghadap meja. "Adoiiii.. kau dah kenapa sey?!" suara berbisik Ad dituju kepada Jaja. Disiku nya Ad.
"Kau agak-agak lah wey. Cikgu kat depan kot. Lagi dua jam kelas habis lah" Bebel Jaja.

Ad membetulkan posisi badan sambil matanya menangkap bayang tubuh seseorang di belakang Cikgu Maya.

"Harini saya ingin perkenalkan seorang pelajar baru. Beliau baru sahaja berpindah ke sini atas sebab faktor pekerjaan ayah beliau. Jadi saya berharap kamu semua dapat memberi sokongan kepada beliau sehingga kamu semua menghadapi SPM."

Ad ber monolog. "Dah pehal kami kena bagi sokongan nya. Pepandai ar berdikari. Kau ingat kau raja?!"

"Assalamualaikum semua. Saya Adam Bin Amzah. Sekolah terakhir saya di SBP Parit Raja."

"Oh.. budak SBP.. sama level la. No wonder masuk kelas ni. Tapi jangan harap kau akan bahagia. Kau masuk pun kira dah cuci tangan dan kaki" Monolog Ad lagi. Entah kenapa mood nya belum baik. Padahal sebulan lepas ada je budak baru masuk. Tapi taklah dia berasa sinis seperti hari ini. Ah. Lupakan!

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience