Rate

TEMPAT TERAKHIR

Short Story Completed 32230

Angin pantai di waktu petang meniup lembut tubuhku, seperti belaianya yang amat aku rindui kini. Dialah satu-satunya lelaki yang mampu menyemai benih cinta dan mengajar aku erti bahagia yang selama ini aku cari. Tapi tiba-tiba sahaja….

———————————————————————

“Abah, nanti Indah rindu la kat abah”.

“Ala Indah, abah pergi bukan lama pun. Abah pergi sebulan je la Indah”.

“Tapi nanti Indah dah tak ada sapa-sapa lagi untuk bermanja”, aku menyuarakan rasa hati aku ini pada abah. Aku tahu, abah pergi untuk menunaikan salah satu rukun islam. Aku tak sepatutnya berasa sedih tapi gembira kerana akhirnya niat abah untuk menunaikan haji menjadi kenyataan.

Sejak mama meninggal 12 tahun lalu, aku semakin rapat dengan abah. Abahlah satu-satunya orang yang memahami aku. Aku dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Maklumlah, selepas 4 tahun mereka berkahwin, barulah mama mengandungkan aku dan akulah satu-satunya anak mereka.

“Maksu kan ada, Indah”, tiba-tiba Maksu Hana, adik angkat abah muncul.
Maksu Hana sekeluarga terhutang budi dengan abah kerana abahlah satu-satunya orang yang sanggup menerima mereka setelah mereka dibuang keluarga selepas Maksu Hana lari dari rumah dengan Paksu Jamal kerana Paksu Jamal hanya orang biasa manakala Maksu Hana dari keturunan kerabat.

Tapi kini semua ahli keluarga Maksu Hana hanya mampu berdiam diri apabila selepas 10 tahun, mereka dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T. kerana perniagaan yang diusahakan Paksu Jamal berjaya dan berkembang pesat serta dikurniakan 3 orang anak yang terdiri daripada seorang lelaki dan 2 orang perempuan. Anak-anak Paksu Jamal dan Maksu Hana sudah pun mencecah usia 25 tahun, 19 tahun dan 16 tahun. Paksu Jamal pun sekarang dapat anugerah Dato dah 4 tahun dah.

“Eleh. Manja la budak tembam ni. Umur dah tua bangka. Ko tu dah nak masuk 21 tahun dah cik adik oi. Jangan la jadi macam budak-budak lagi”.

Mamat ni la yang aku anti dari dulu sampai sekarang. Nama ja baru balik dari study kat luar negara, tapi perangai macam budak terencat kat kampong aku ni la jugak. Kenapa la dia balik juga kat kampong ni. Maksu sorang cukup la yang balik. Menyampah aku tengok muka dia ni. Tak habis-habis nak cari pasal dengan aku.

“Ko tak puas hati apa kat aku ke? Ada aku mengacau kau ke..?. Tak habis-habis nak sakat aku. Pergi la kacau Kak Min ke”, aku terus berlalu dari situ kerana malas nak bertekak dengan dia lagi.

Kak Min merupakan kakak tiri aku. Abah berkahwin dengan Mak Nab 7 tahun lepas. Tapi Mak Nab tidak menyenangi aku kerana abah selalu manjakan aku. Kak min pula anak Mak Nab dengan bekas suaminya yang bercerai kerana bekas suaminya itu selalu berjudi. Kak Min 3 tahun lebih tua dari aku.

———————————————————————

Selesai kenduri doa selamat yang diadakan untuk abahku malam itu, aku terus menawarkan diri untuk mencuci periuk belanga yang digunakan untuk memasak petang tadi di perigi belakang rumah aku. Alang-alang boleh la aku mandi sekali sebab badanku pun dah melekit ni disebabkan bertungkus lumus petang tadi hingga ke malam. Kes naya kalau sapa dok mengendap aku. Berkembam je beb.
Sedang aku sibuk dok mencuci, tiba-tiba seekor katak yang terbang dari mana tah hinggap di atas kepala aku yang sedang sedap mencangkung tu.

“Argh!!”,

Oleh sebab terkejut, aku pun dah melompat macam katak jugak la. Asyik aku tengah melompat-lompat tu, kaki aku pulak terpijak sabun buku. Kenapa la malang nasib aku hari ni. Aku dapat rasakan badanku yang agak berat ini bakal tertiarap atas simen tapi sangkaanku meleset.

“Aik! Lembut semacam jew simen ni. Aku ni mimpi ke?”.

“Memang la lembut. Ko landing atas aku mangkuk!”

Dek kerana terkejut punya pasal, aku pun cepat-cepat la nak bangun dari tubuhnya. Belum sempat aku bangun, kain batik yang aku pakai la pulak terbuka ikatannya. Tak pasal betul mamat tu dapat tayangan percuma. Muka aku time tu memang dah nak terbakar la gamaknya. Mesti dah tukar kaler merah dah. Malu beb!

“Aha! Dah nampak!.”

“Apa? Ko nampak apa?”

Dengan selamba je dia berlalu dari situ seperti orang tak bersalah. Siap nyanyi lagu? dah nampak la pulak dia. Memang nak kena ganyang dengan aku la dia ni. Siap la ko Tengku Imran Iqbal.

———————————————————————-

“Jaga diri elok-elok ye sepanjang abah tak ada ni faham? Dengar cakap Mak Nab kau tu… Jangan selalu melawan cakap dia je… Abah nak anak abah ni jadi seorang yang berguna, kuat dan tabah. Jangan la selalu menangis macam ni.Kalau abah dah tak ada macam mana la agaknya?”.

“Aba! Jjangan la cakap macam tu.. Indah sayang abah taw..”, aku memeluk erat abahku. Berat hatiku untuk melepaskan dia pergi. Aku amat sayangkan abahku. Macam sesuatu akan berlaku padanya. Abah.

———————————————————————

“Indah.. Maksu dah nak balik Kolumpo ni. Jaga diri elok-elok ya. Telefon Maksu kalau ada apa-apa..”, celah Maksu Hana dengan berat hati untuk meninggalkan aku kerana inilah kali pertama abah tiada di sisi.

“Baiilah, tahulah orang jaga diri nanti…”.balasku. Segera aku salami Maksu Hana dan tangannya kucium tanda hormat padanya.

“Abang Im bawak kereta elok-elok taw..”, kedengaran suara gedik Kak Min berpesan kepada Tengku Imran Iqbal. Siap panggil abang lagi tu.. Menyampah aku dengar.. Tapi bukan jelous la.. Cuma menyampah.

Padan la korang berdua kalau jadi laki bini. Sorang gedik, seorang playboy. Taw la ko tu hensem Imran oi. Hidung mancung, kulit putih kemerahan, badan tough, tinggi lagi tu. Tapi nasib la kalau ko dapat bini macam kakak tiri aku tu. Dah la kurus kering macam lidi. Habis la harta ko dia kikis. Macam aku tak tahu perangai dia. Asyik ingat duit ja dalam kepala otak dia.

Sedang aku asyik memerhatikan dia, aku perasan dia turut memerhatikanku. Mata kami turut bertaut, bukan sesaat, bukan dua saat, bukan tiga.. lama renungannya kepadaku. Seperti ada sesuatu menjalar di hatiku bila terpandangkan renungan sayunya itu.

Aku tak boleh terpedaya. Dia tu playboy. Aku kena ingat tu. Pernah sekali aku terserempak dia tengah mengayat kakak tiri aku yang tolol tu sebelum ni. Jangan terpedaya Indah. Aku terus berlalu ke dalam rumah tanpa sempat menghantar pulang Maksu Hana.

———————————————————————-

Dua minggu selepas itu, aku dikejutkan dengan berita kematian abahku di Makkah oleh Maksu Hana. Maksu Hana datang bersama semua ahli keluarganya pada pagi yang tenang. Tapi membawa berita yang boleh mengugat ketenangan hati ini. Mereka menerima berita itu dari kedutaan Malaysia di sana. Mayat abah akan dihantar pulang petang itu dengan pesawat khas. Aku dapat lihat Mak Nab dan Kak Min sedang menangis teresak-esak.'

Aku? Apa yang akan terjadi padaku?

———————————————————————

“Indah tak apa-apa?”, tanya Maksu Hana yang begitu perihatin terhadap diriku sejak mayat abah di bawa pulang sebentar tadi.

Mesti semua orang berasa hairan. Sejak diberitahu tentang kematian abah, air mataku setitik pun tak mengalir keluar. Lagipun aku dah janji dengan abah yang aku tak akan nangis. Abah nak aku jadi sorang yang kuat. Puas aku cuba untuk menangis tapi oleh kerana aku sayangkan abah. Aku tak mahu abah melihat aku seorang yang lemah.

'Abah, Indah sayang abah. Indah dengar cakap abah. Abah tak benarkan Indah nangis. Indah tak nangis bah. Kenapa abah tinggalkan Indah sorang-sorang bah. Sapa nak jaga Indah lepas ni bah. Indah rindu abah'. Tapi cuma jiwaku yang menangis. Semua beranggapan aku anak yang zalim kerana tidak mempunyai perasaan. Biarlah apa orang nak kata. Aku tak peduli lagi semua tu.
Kali ini pun aku dapat melihat anak mata dia memerhatikan aku. Mesti dia beranggapan aku seorang yang kejam. Biarlah, Biarlah hari ini berlalu dengan cepat.

———————————————————————-

Seminggu selepas itu Maksu Hana membawa aku ke sebuah taman di pinggir pekan. Katanya ada sesuatu yang dia nak beritahu aku. Amanat abah katanya. Pagi-pagi lagi dia beria-ia mengajak aku. Siap bawak anak terunanya sekali. Untuk jadi driver.

“Indah, Maksu dengan abah Indah ada berbincang sebelum abah Indah pergi ke tanah suci tu lagi pasal ni”, penuh dengan debaran aku rasakan melalui apa yang Maksu Hana katakan.

“Apa dia Maksu?”, aku cuba menenangkan fikiran aku. Aku lihat Maksu juga mengarahkan Imram beredar meninggalkan kami berdua untuk berbicara.

“Ni pasal abah Indah nak Indah berkahwin dengan Im sekiranya berlaku apa-apa padanya, itu pesanan arwah nak.. Maksu harap Indah tak menolak. Sekurang-kurangnya ada orang boleh tengokkan Indah selepas ni..”. Terkedu aku mendengarkan berita dari Maksu Hana itu.

“Apa pendapat Maksu.. Nak ke Im kat Indah ni Maksu?”.

“Kalau Maksu tentulah nak. Indah, Maksu dah anggap macam anak Maksu sendiri taw.. Lagipun Indah cantik apa.. Kulit putih, mata bulat, bibir bak delima merekah. Maksu tengok Indah ni comel apa..”.

“Tapi Indah gemuk la Maksu..” tuturku.

“Indah, kita kena bersyukur dengan apa yang kita miliki. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya. Lagipun Maksu tengok Indah ni bukan gemuk pun, Cuma tembam sikit je…”.

“Terpulanglah kat Maksu. Indah ikut je. Indah tahu Maksu nak yang terbaik untuk Indah. Tapi Indah harap nanti perkahwinan Indah ni dirahsiakan dari pengetahuan semua kecuali Maksu sekeluarga ..”, aku meletakkan syarat bagi sebuah perkahwinan ini.

“Baiklah Indah. Maksu cuma nak persetujuan dari Indah je..”. tutur Maksu Hana lembut sambil tersenyum..

———————————————————————-

“Aku nikahkan dikau, Tengku Imran Iqbal Bin Dato Jamal dengan mas kahwin sebanyak RM100 tunai”, kedengaran suara tok kadi menikahkan kami.

“Aku terima nikahnya, Nur Indah Batrisya Binti Mustafa dengan mas kahwin sebanyak RM100 tunai” kedengaran Imran dengan lancar menerima lafaz. Maknanya aku dah jadi isterinya la ni. Ngeri lak bila difikirkan balik pasal malam pertama ni.. Tolong aku… Mana ada orang nak tolong la… Terima ja la..
Selepas majlis akad nikah aku dan Imran dijalankan di masjid yang terletak agak jauh dari kampung aku itu, Maksu Hana mempelawa aku selaku menantunya itu pulang bersamanya ke Kuala Lumpur. Katanya boleh mereka dan Imran tengok-tengokkan aku. Aku pun bersetuju je la.. Tak baik menderhaka. Aku dah ada suami, ada mak mertua. Kena la jaga perasaan diorang.

Perjalanan pulang ni hanya ada aku, Maksu Hana atau mama, Imran suamiku, adik Imram merangkap adik iparku iaitu Tengku Zulaika dan Tengku Zahlia. Tinggal la kami berlima. Paksu Jamal atau lebih tepat papa aku dah pulang lebih awal kerana ada urusan perniagaan.

———————————————————————-

Malam itu aku diarahkan tidur di bilik Imran. Takkan nak menolak. Dia dah jadi suami aku. Terpaksa la terima ja.

Seram sejuk aku bila difikirkan. Tapi kalau aku mengandung, macam mana dengan pelajaran aku kat UiTM tu. Ada lagi 2 sem je lagi tu. Takkan nak berhenti macam tu je kot. Aku pun ada cita-cita. Walaupun harta suami aku banyak pun, buat dia cerai aku ni, nak cekau mana lak duit nanti.

Asyik aku dok berangan sorang-sorang tu, aku Nampak dia masuk ke dalam bilik kami. Siap senyum-senyum lagi lak dia ni. Memang nak kena tol. Gatal.

“Apa senyum-senyum ha. Tak pernah nampak orang ke?”.

“Amboi cik adik.. garang nampak.. Dengan suami sendiri mana boleh marah-marah. Dosa taw”, pandai la dia nak mengajar aku. Aku tahu la.. Nak buat macam mana dah geram. Tapi aku diamkan je la diri aku ni. Isteri mithali la katakan. Hehe.

“Jom tidur”.

“Ha! Tidur..? kat mana!?”. Boleh lak aku tanya soalan bodoh ni kat dia… Mengelabah aku dibuatnya.

Ada ke patut. Dia ketawa terbahak-bahak kat aku. Kenakan aku la tu. Tak pe, buat jahat dibalas jahat taw.

Aku tunggu apa lagi, aku bangun dari katil dan menuju kearahnya. Nak kasi pengajaran sikit kat mamat ni. Siap la kau kerana berani memainkan Nur Indah Batrisya.

“Hei! Apa ko nak ha..?” terketar-ketar suara Imran kedegaran di telingaku.

Tahu pun takut. Kali ni giliran aku pulak ketawa terbahak-bahak. Padan muka ko. Takut pun dengan renungan mata bulat aku ni. Aku acah je. Buat macam berani la konon kat dia tu. Padahal aku pun kecut perut gak. Dia tu lelaki.. Tak ke naya kalau!

“Ha! Mana kau nak lari..?”.

Bila masa pulak dia dapat tangkap aku ni..? Aku dapat lihat wajahnya semakin dekat dengan wajahku. Dia nak buat apa ni..? Tolong!. Mungkin malam itu adalah malam peghabisan buatku. Aku akan kehilangan harta yang selama ini ku jaga. Aku bukan perawan lagi! Aku pejam mataku serapat-rapatnya.. Menanti apa yang bakal berlaku seterusnya. Aku tak berdaya menolak kerana dia adalah suamiku!

———————————————————————-

Peristiwa malam tadi tak seperti aku jangkakan. Memang geram aku masa tu.. Hanya Allah sahaja yang tahu..”Ko tengah terbayang apa tu..? Ko ingat aku nak cium ko ke..? Otak kuning la ko ni.. Aku nak buang habuk kat rambut ko je..” siap dia boleh senyum kat aku lagi semalam. Memang aku geram betul la dengan jejaka bernama Tengku Imran Iqbal.

Aku lihat dia sedang menuruni anak tangga sambil tersenyum sinis kepadaku. Mesti kes malam semalam. Perli aku la tu.

Maksu Hana a.k.a mama aku ni lak tak habis- habis memerli anaknya itu.

“Lewat bangun pagi ni Imran..? Tak cukup tidur ke semalam..?” tanya mamanya.

“Tak ada la mama, Imran tidur lewat sebab nak menghabiskan kerja pejabat yang bertimbun kat bilik bacaan tu je”. Kata Imran
Patut la semalam lepas dia kenakan aku, dia terus keluar dari bilik kami. Aku bangun je tadi dia tengah tidur atas sofa kat pejuru bilik. Tah bila masa dia masuk pun aku tak sedar. Biasala, tidur mati.

———————————————————————-

Hari ni dah masuk 3 bulan aku menjadi isterinya. Aku seperti lali dengan segala tugasnya yang selalu sibuk memanjang. Keluarnya awal pagi, pulangnya pulak lewat malam. Jadi kami tak ada masa untuk berbual dan bersama. Lagipun kesibukkan aku dengan kuliah dan assignment membuatkan pergaulan kami terbatas. Tapi nasib baik la aku memang belajar di UiTM Shah Alam, jadi tidak la jauh sangat dengan kediaman mereka. Cuma 30 minit sahaja perjalanan biasa la, driver yang hantar aku. Boleh la cakap macam tu. Tapi terpaksa la keluar awal supaya tak terlepas kelas.

Nak dijadikan cerita, hari ni Pak Mat driver x dapat hantar la pulak sebab isteri dia sakit. Nak buat macam mana, kena la tahan teksi ke apa. Baru setapak aku melangkah keluar dari pintu pagar rumah

“Meh abang tolong hantarkan”.

Lupa lak nak bagitahu yang dia suruh aku panggil dia abang sejak 2 bulan lalu. Katanya aku ni isterinya. Kena la panggil abang. Lagi pun umur ku dengan dia beza 5 tahun. Aku pun terpaksala menggelarnya abang.

“Tak pe la, Indah naik teksi je la. Lagipun nanti abang terlambat lak ke tempat kerja” balasku.

Jenuh aku kalau dia lambat pergi kerja walaupun dia kerja dengan papa. Tapi dia sentiasa mengikut waktu dan tidak pernah menyalahgunakan kuasa. Suami sapa..?

“Abang ada meeting dengan client kat Shah Alam. Satu jalan je pun. Mari la naik dengan abang. Takkan segan kot”, katanya.
Aku segan.. Tak ada maknanya..

“Yelah, Indah naik” balasku.

———————————————————————-

Sepanjang perjalanan, kami cuma mendiamkan diri. Malas aku menggangu konsentrasinya. Baru sahaja jari aku ni nak menekan punat radio, aku dapat rasakan ada tangan lain yang terlebih dahulu sampai ke punat radio itu. Seperti ada aura hangat mengalir ke dalam badanku. Jantung aku berdenyut lebih pantas dari biasa. Macam tak normal je. Cepat-cepat aku tarik tangan aku semula.

Aku akui, dia lelaki yang baik. Tak pernah sekali pun dia mengambil kesempatan terhadap diriku. Seperti tahu je yang aku ni tak bersedia untuk semua itu. Seperti memberi ruang untuk diriku bebas seperti remaja lain seusia denganku yang berusaha mengejar cita-cita.

———————————————————————-

“Indah habis kelas pukul berapa...?” Imran bertanya perihatin.

“Pukul 3 petang baru habis. Kenapa bang..?” soalku.

“Nanti tunggu kat sini. Abang datang ambil”. Balasnya.

Aku cuma mengganguk tanda memahami arahannya. Sejak beberapa bulan aku jadi isterinya, aku dapat lihat banyak perubahan dalam dirinya. Kalau dulu perangainya yang suka menyakat aku, buli, dan mengata aku tu dah macam asam garam baginya. Kes katak terbang tu pun kerja dia. Aku dapat tahu pun lepas dia terlepas cakap kat aku lepas malam tu. Tapi sekarang ni dia jauh lebih baik dari dulu. Tak ada dah nak sakat aku ke, buli ke. Puji lagi ada la.. aku bahagia sekarang dengan dia.

———————————————————————-

“Tahniah Indah sebab berjaya graduate dengan cemerlang”, sapa Mila, teman rapat aku sepanjang belajar kat UiTM ni.

“Kau pun apa kurangnya. Keputusan kau pun elok juga kan..?”. pujiku ikhlas.

” Tapi tak la seelok kau. Apa-apa pun aku bangga dengan kau Indah”, balas Mila.

“Indah, Makcik bangga dengan Indah nak, walaupun abah Indah tak sempat lihat Indah berjaya mengenggam segulung diploma sekarang ni, tapi Makcik yakin yang abah Indah tentu bangga dengan Indah. Maafkan Makcik, Indah kerana selama ni Makcik banyak berkasar dengan kamu”, kata-kata yang keluar dari Makcik Nab begitu menyentuh perasaanku. Aku sememangnya sudah lama memaafkannya. Telah lama aku menunggu saat ini.

“Makcik. Dah lama Indah maafkan Makcik. Makcik, Indah dah anggap macam mak Indah sendiri”.

“Kak Min pun nak minta maaf kat Indah sebab selama ni Kak Min banyak sakitkan hati Indah. Kak Min harap Indah dapat maafkan Kak Min.” tutur Kak Min.
Aku dapat lihat air mata mereka mengalir tanda gembira kerana selepas ini kami akan menjadi satu keluaga yang bahagia. Kami berpelukan buat pertama kali biarpun sudah 7 tahun Makcik Nab dan Kak Min bergelar ibu seta kakak tiriku.
Sungguh. Aku benar-benar sudah memaafkan setiap kesalahan mereka. Biar apapun, mereka tetap sebahagian daripada aku.

Pada hari bersejarah ini, semua hadir bagi berkongsi kegembiraan ini bersama aku. Mama, papa, adik Ika dan adik Lia, Mak Nab dan Kak Min.
Tapi dia. . .

Ya.. Dia ada urusan yang perlu diselesaikan di negara jiran. Aku amat berharap dia turut sama bagi meraikan kejayaan aku. Tapi..

———————————————————————-

“Beep..beep..”, telefon bimbit Sony Ericson W705ku yang dihadiahkan olehnya kerana memperoleh anugerah dekan semester lepas berbunyi menandakan ada mesej masuk.

“Abang akan balik esok pukul 2 petang. Tunggu abang kat rumah. Bagitahu kat mama dan papa supaya jangan jemput abang kat airport. Akan balik sendiri nanti.’’

Apa..? dia akan balik esok. Tak sabar aku nak jumpa dia. Aku rindu sangat-sangat kat dia. Aku akan luahkan perasaanku kat dia. Aku nak buat surprise la kat dia. abang tunggu la esok. Indah datang bang..

———————————————————————-

“Mana dia ni..? Dah lewat sejam ni. Takkan tak sampai-sampai lagi..?” aku begitu gelisah menunggu kepulangannya. Selepas seminggu dia berangkat ke sana, hati aku jadi begitu celaru dan rindu padanya.

Dari jauh aku dapat lihat dia sedang melangkah sambil membawa bagasinya. Aku begitu gembira melihatnya. Baru beberapa tapak aku menuju kearahnya, seorang perempuan datang dari arah belakang dan memaut lengannya. Aku dapat lihat kemesraan mereka berdua. Kali pertama aku lihat Imran begitu gembira selepas melihat kahadiran perempuan itu.

Patutlah dia tak kisah kalau aku tak sudi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri sepenuhnya. Aku memang tak guna kerana tak dapat melihat semua itu. Aku ingatkan segala perubahan sikapnya terhadap aku disebabkan kerana dia mula cintakan aku, sayangkan aku. Rupanya aku yang silap menilai.

Air mata yang tidak lagi mengalir selepas kematian abah setahun lalu mengalir hari ini disebabkan hati aku tercalar dengan perbuatannya. Kenapa??? Kenapa air mataku tidak mahu berhenti. Bodohkah aku kerana menyintai lelaki sepertinya.

“Indah. Apa Indah buat kat sini?” sapanya selepas terlihatkan aku yang begitu hampir dengannya.

Wajahnya kurenung sayu. Begitu juga perempuan yang berada disebelahnya. Panik dia melihat aku berapa di airport bersama perempuan lain disebelahnya. Aku dapat lihat perempuan yang disebelahnya juga kelihatan terkejut lantas meleraikan pegangan tangannya dari lengan Imran. Aku berpura-pura tenang menghadapi dugaan itu.

“Tahniah..”, aku tidak tahu mengapa aku harus ucapkan tahniah kepadanya. Adakah kerana dia telah berjaya membuatkan aku jatuh cinta padanya atau kerana dia berjaya memperolehi perempuan lain selain aku.

Aku terus berlari meninggalkan mereka berdua. Aku terdengar sayup-sayup dia memanggil nama aku. Tapi aku takkan menoleh ke belakang lagi. Aku harus kuat.

———————————————————————-

Buat kali pertamanya aku pulang ke Malaysia selepas 2 tahun aku tinggalkan negara yang aku cintai ini. Imran tentu sudah ceraikan aku dan berkahwin dengan perempuan yang bersamanya di airport dulu. Aku tak peduli semua tu. Aku balik ni pun sebab aku nak menjenguk Mak Nab dengan Kak Min kat kampung. Mama.. mesti Imran masih ada kat rumah tu. Aku tak mahu lagi lihat wajahnya.
Selepas kejadian tu, aku terus pulang ke rumahnya untuk mengambil semua dokumen penting serta pakaian aku. Erti kata lain aku larikan diri dari rumah. Kecoh juga la keadaan masa tu sebab mama tak mahu lepaskan aku pergi. Tapi aku nekad, aku tinggalkan juga rumah tu dan meminta bantuan dari kawan-kawan aku. Merekalah yang menawarkan tempat kerja di Singapura. Tak sia-sia aku apply, dapat jugak.

Tapi kesian kat mama. Mesti mama sedih sangat. Imran. Entah la.. Mungkin gembira kerana aku dah tiada dalam kamus hidupnya. Tah-tah dia terima aku dulu pun sebab mama dia. Malas aku nak fikir lagi pasal dia..

———————————————————————-

“Assalamualaikum”, Aku memberi salam kepada tuan rumah.

“Waalaikumsalam. Sapa yang datang ni..?” kedengaran suara dari dalam menyahut. “Ya Allah. Indah ke ni.. Makcik rindu sangat kat Indah. Mana Indah pergi selama 2 tahun ni sampai kurus macam ni. Kenapa langsung tak hubungi Makcik. Makcik risau tau. Kenapa Indah sanggup tinggalkan Makcik..?”.

“Makcik, maafkan Indah, Makcik. Indah terpaksa pergi. Indah ..” belum sempat aku habiskan kata-kataku, Makcik terlebih dahulu bersuara.

“Makcik dah tahu semuanya Indah. Sejak 2 tahun lalu lagi Makcik tahu tentang ni. Tapi kenapa Indah larikan diri tanpa memberitahu khabar berita kepada kami. Makcik dan Kak Min kamu sudah lama mencari Indah.”.

“Indah takut makcik. Indah takut Indah tak dapat lupakan dia. Indah takut Indah termakan dengan pujuk rayunya yang palsu itu.” Balasku

“Apa yang Indah cakap ni..? Imran tu begitu cintakan Indah, Indah tahu tak..?” sedikit meninggi suara Makcik.

“Makcik tak tahu apa yang Indah nampak. Indah nampak dia dengan perempuan lain Makcik. Siap perempuan tu pegang-pegang tangan dia lagi. Apa makna semua tu Makcik” bentakku.

“Indah tak tahu. Indah memang tak tahu. Imran begitu cintakan Indah selama ni. Perempuan yang Indah jumpa tu sebenarnya kakak kandung Imran yang diculik ketika dia masih bayi lagi oleh saudara mara sebelah mama Imran. Bukan Indah tak tahu yang saudara mara mamanya tidak menyukai perkahwinan Pak Jamal dan Maksu Hana, jadi mereka menculik anak Pak Jamal dan Maksu Hana dan memberinya kepada orang yang tak dikenali. Sudah 27 tahun mereka mencari anak sulung mereka tu. Tujuan Imran ke Brunei dulu pun sebenarnya nak menjejaki kakaknya itu. Dia tidak memberitahu sesiapa kerana ingin membuat kejutan. Dia betul-betul tak sangka Indah akan salah faham”. Panjang lebar penerangan Makcik kepadaku mengenai cerita yang aku tidak tahu selama ini. Terasa air hangat mengalir di pipiku seakan tidak mahu berhenti.

“Betul kata Mak tu, Indah. Imran sangat cintakan Indah. Indah pergi la jumpa dia sekarang. Kak Min sedih tengok keadaan dia sekarang”, sampuk Kak Min dari belakang.

“Apa dah jadi padanya Makcik, bagitahu Indah Makcik” cemas aku mendengarkan pengkhabaran dari Kak Min itu.

“Dia kemalangan selepas Indah tinggalkan dia kat airport 2 tahun lalu. Dia dilanggar kereta lepas nak kejar Indah. Dia sekarang lumpuh separuh badan Indah. Kaki dia dah tak boleh bergerak. Dia macam orang yang hilang semangat untuk hidup.” Sambung Makcik

“Masyaallah. Indah berdosa dengan suami Indah sendiri Makcik. Indah dah menyebabkan dia jadi macam tu. Indah berdosa Makcik” raunganku makin kuat.

“Sabar la Indah. Apa yang terjadi sudah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Kita sebagai makhlukNYA kena menerima dugaan ini” nasihat Makcik sedikit sebanyak memberi kesan kepadaku.

“Makcik. Indah nak pergi melihat dia Makcik. Indah nak minta maaf padanya Makcik”. Usulku.

“Pergilah nak. Dah lama dia maafkan Indah. Tentu dia teringin nak jumpa Indah sekarang.”

———————————————————————-

Kereta Honda Jazz yang kubeli setelah setahun bekerja hasil titik peluhku itu ku pankir di luar pagar rumah banglo 3 tingkat milik papa dan mama supaya mereka tidak menyedari kehadiranku itu. Sampai sahaja ke muka pintu aku segera mengetuk dan memberi salam. Cemas aku memikirkan penerimaan mereka nanti terhadapku setelah apa yang aku lakukan kepada keluarga meraka.

Kelihatan seseorang memulas tombol pintu rumah itu. Perasaanku ketika itu hanya tuhan sahaja yang tahu. Pintu dibuka.

“Waalaikumusalam. Nak cari sapa..? Adik ni kawan Ika ye, atau nak jumpa sapa-sapa dalam rumah ni..?” soal seorang lelaki dalam lingkungan 30an kepadaku.

“Sapa yang datang tu Abang!? Kedengaran suara perempuan dari dalam rumah.

“Entah la. Kawan Ika kot?” beritahunya kepada perempuan tadi.

Tiba-tiba terpancul wajah perempuan tu di depan pintu. Seperti aku pernah melihat perempuan ini. Ya.. perempuan yang bersama dengan Imran 2 tahun lalu. perempuan yang aku salah sangka selama ini.

“Adik ni Indah kan..? Indah kan..?” soalnya bersungguh-sungguh kepada ku sambil menunding jari telunjuknya kepadaku.

Aku cuma mengangguk tanya mengiayakan kebenarannya. Ada raut lega di wajahnya tanda berpuas hati dengan anggukanku.

“Alhamdullilah.. Akhirnya Indah balik juga. Sebenarnya akak ni kakak kandung Imran. Nama kakak Tengku Zahirah. Kenalkan ini suami akak, Fauzi”. Terangnya padaku.

Kelihatan dia memanggil mama dan papa yang kebetulan melalui kawasan itu. Aku dapat lihat mama dan papa mengalirkan air mata apabila terpandangkan aku. Mama lantas segera memeluk aku dengan erat. Aku terasa bersalah kerana membiarkan mama selama 2 tahun ini. Maafkan Indah mama…

———————————————————————-

Dalam bilik yang aku tinggalkan selama 2 tahun itu, aku dapat lihat tiada sebarang perubahan kerana, ini semua atas permintaan Imran. Segala-galanya masih sama. Langsir, sofa tempat dia selalu melelapkan diri setiap malam, permaidani yang terhampar di tengah ruang bilik itu. Semuanya masih sama.
Aku lihat dia sedang tidur di atas katil, tempat tidurku sebelum ini. Aku katakan pada mama supaya jangan mengejutkannya. Mama pun terus beredar dari situ seakan memberi ruang kepada aku. Aku tidak mahu menggangu tidurnya. Di satu sudut, aku dapat lihat ada sebuah kerusi roda di situ. Mungkin digunakan untuk membawanya berjalan-jalan atau untuk ke kamar mandi.

Tumpuan ku beralih pula pada sebuah buku yang kukira buku catatannya miliknya yang terletak di atas meja bersebelahan katil. Ku bawa buku catatan itu ke balkoni. Ku selak setiap helaian muka surat dalam buku itu. Terdapat gambarku dari setiap posisi yang tidak pernah aku ketahui bila ianya diambil. Tiba di muka surat berikutnya!

Indah!

Namamu seindah dirimu, senyumanmu, gelak tawamu, matamu, hidungmu, bibirmu dan segala-galanya tentang mu, sayang. Mungkin selama ni abang selalu menyakiti dirimu. Tapi semua itu abang lakukan untuk menarik perhatianmu.
Dulu semasa kita masih lagi kecil, abang selalu mengajak mama dan papa pulang ke kampung supaya berpeluang bertemu denganmu. Walaupun papa dan mama kata jarak antara Kuala Lumpur dengan Terengganu tu jauh, tapi abang tetap berkeras nak ke rumah sayang supaya dapat menemui sayang.

Masa abang dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti Harvard dulu, abang berat hati sangat nak tinggalkan sayang. Abang nyaris-nyaris menolak tawaran tu tapi mengingatkan pesanan mama supaya abang belajar bersungguh-sungguh agar sayang bangga dengan kejayaan yang abang perolehi. Abang gembira sangat bila dapat jumpa sayang setelah 5 tahun di tempat orang. Abang begitu gembira masa kali pertama abang jumpa Indah kat kampung masa abah Indah nak ke tanah suci selepas bertahun tak berjumpa sayang.

Abang ingat lagi kejadian malam tu. Katak tu bukan untuk menakutkan sayang. Sumpah abang tak sengaja. Abang tahu sayang takut katak jadi abang nak buang katak tu jauh-jauh. Alih-alih katak tu melompat ke atas kepala sayang. Abang nampak sayang nak jatuh jadi abang segera meluru kearah sayang. Abang tak berniat nak ambil kesempatan. Sumpah! Abang cuma nak bergurau dengan sayang. Abang betul-betul tak nampak apa-apa malam tu. Semua tu cuma untuk menaikkan darah sayang. Abang suka bila sayang marahkan abang lepas kejadian malam tu. Muka sayang makin comel bila dilihat. Abang rindu semua tu. Bila sayang nak pulang.

Kali pertama mama bagitahu abang untuk jodohkan abang dengan sayang, abang gembira sangat. Rasa macam impian abang akan jadi kenyataan. Abang terus setuju dengan cadangan mama. Tapi.. Abang takut.. Abang takut sayang tak boleh menerima abang. Tapi tak apa. Abang akan buatkan sayang mula cintakan abang. Abang akan berusaha bahagiakan sayang.. Abang janji..

Masa hari Pak Mat tak dapat hantar sayang ke UiTM dulu pun abang tipu yang abang nak jumpa client kat Shah Alam. Tapi abang dah minta excuss kat papa untuk ambil cuti hari tu. Abang tunggu sayang dari pukul 9 pagi tu sampai sayang habis kelas kerana abang tak sabar nak jumpa dengan sayang. Gilakan abang ni.. Memang gila.. Gilakan sayang..

Abang sanggup tunggu sehingga sayang sanggup terima abang dengan sepenuh hati.. Abang akan akan tunggu sayang untuk mengejar cita-cita sayang. Abang akan tunggu cinta sayang untuk abang.

Sayang, Kenapa sayang tinggalkan abang tanpa sempat abang terangkan hal sebenar. Abang minta maaf kerana lukakan hati sayang. Hari tu abang gembira sangat sebab selama setahun abang berusaha menjejaki kakak kandung abang yang selama ini terpisah dengan kami kerana sifat dendam orang. Abang teringin nak kenalkan sayang kepadanya tapi abang nampak lihat air mata sayang mengalir. Bersedihkah sayang ketika itu.. Abang rasa bersalah sangat dengan sayang kerana membiarkan air mata sayang mengalir kerana abang. Abang gagal bahagiakan sayang.. Maafkan abang.. Abang tak sengaja menyakiti hatimu. Dimana sayang berada sekarang? Pulanglah sayang.. Abang rindukan sayang.

Sayang,

Aku menutup buku catatan yang ditulisnya selama ni. Perlahan-lahan air mataku mengalir membasahi pipiku. Semakin menebal perasaan bersalahku padanya. Aku merapati katil tempat pembaringannya. Aku pandang wajah suamiku yang selama ni banyak berkorban demi aku. Tanpa diduga, air mataku menitis mengenai wajahnya. Kelihatan kelopak matanya bergerak-gerak seperti tidak puas hati kerana tidurnya terganggu. Matanya terbuka tiba-tiba..

“Indah. Betul ke ni Indah atau abang cuma bermimpi”, soalnya kepadaku sambil menggosok matanya berulang kali.

“Indah dah pulang bang, Indah pulang untuk menyatakan yang Indah cintakan abang,”

———————————————————————-

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun berlari kearahku sambil membawa aiskrim di kedua-dua belah tangannya. Sampai sahaja kepadaku, dia menghulurkan salah satu aiskrimnya kepadaku.

“Ibu, ayah cuyuh bagitahu ibu yang ayah caaayang kat ibu”, dengan bersusah-payahnya kanak-kanak itu memberitahu padaku kerana pertuturannya belum begitu lancar. Aku hanya tersenyum mendengar anakku yang diberi nama Tengku Shahrizal Shahir Bin Tengku Imran Iqbal memberitahuku.

Dari jauh kelihatan suamiku berjalan kearah kami sambil membawa belon. Barangkali untuk anakku yang memang suka menyuruh suamiku membeli belon yang pelbagai rupa. Kulihat suamiku membawa belon berbentuk hati. Sampai sahaja kearahku, dia segera melutut dan menyerahkan belon berbentuk hati itu kepadaku.

“Untuk sayang dan baby kat dalam tu”, sambil memuncungkan mulutnya mengarah kearah perutku yang membuncit kerana mengandungkan anak kedua kami yang hampir mencecah 7 bulan.

“Jom masuk dalam chalet dulu la. Sejuk la kat luar ni sayang. Nanti perut masuk angin.” Ajaknya.

Enam bulan dia berusaha untuk berjalan semula dengan menjalani sesi terapi. Dorongan dan semangat daripadaku jugalah banyak membantu dia bangkit semula. Aku bersyukur suamiku tidak berputus asa menjalani rawatan. Katanya demiku..

Ya Allah..

Aku bersyukur kepadamu kerana membiarkan aku berpeluang untuk hidup bersama lelaki seperti suamiku ini. Aku berterima kasih padamu kerana aku berpeluang merasai kasih sayangnya disamping anak-anak yang kau anugerahkan padaku. Semoga kebahagiaan ini berkekala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience