Rate

chapt 1

Romance Series 14259

"riana. bangun sayang." puan mala mengejut anak bongsunya yang liat nak bangun pagi.

riana bangun lalu membuka matanya. dikerling jam diatas disebelah meja. pukul 6 pagi.

"hm morning ma." riana mencium pipi mamanya lalu bangun menuju ke bilik air.

puan mala sekadar menggeleng melihat telatah anaknya.

selesai mandi, riana bersiap ala kadar lalu turun ke bawah. mama dan papanya sedang menunggunya di ruang makan.

"morning princess. " ujar dato zain sambil menutup surat khabar dan diletakkan di tepi.

"ya morning papa." riana duduk berhadapan orang tuanya.

"riana. papa ade benda sedikit nak bincang dengan kamu." ujar dato zain serius.

"apa dia papa ?" riana memandang papanya serius.

"papa dan mama akan pergi ke indonesia untuk projek hotel papa disana. riana akan tinggal bersama share partner syarikat papa. adam akan menjaga riana di sini. papa tak pergi lama." dato zain mengambil pinggan di tangan isterinya.

"oh. papa pergi berapa lama ? " riana mengambil cawan ditepinya lalu disua ke bibirnya.

"lebih kurang dalam masa 4 bulan. projek dekat sana baru je berjalan. so papa dengan mama kena duduk dekat sana lama sikit. " dato zain menyua nasi goreng ke dalam mulutnya.

"riana tak kisah kan ?" puan mala tersenyum.

"yaa riana tak kisah. asalkan papa dan mama selamat and ade orang jaga riana kat sini. at least takde lah riana sorang-sorang kat sini." riana tersenyum memandang mamanya.

***
selesai bersarapan , riana mengambil beg dan bukunya lalu turun ke bawah. dia mahu pergi ke sekolah.

"riana dah siap ?" puan mala menegur anak tunggalnya.

"ye ma. riana dah siap. kenapa mama ?" riana memakai kasut sekolahnya.

"hati-hati ye sayang. belajar elok-elok." puan mala menasihat anaknya.

riana sekadar tersenyum dan mengangguk.

riana masuk ke dalam kereta. pak mad selaku driver terus memecut menuju ke sekolah elit milik riana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience