MAB 1: PEREMPUAN GILA*

Romance Completed 902469

Zahran bersandar pada Mercedes-AMG GLE 63 S Coupe miliknya dengan tangan berlipat ke dada, memerhati ke arah pagar utama Tadika tempat Lily dan Lana bersekolah. Sejam lepas, Zahrin bergegas ke hospital selepas mendapat panggilan daripada Irdina memberitahu Liyyan terjatuh di rumah. Dahinya terkoyak dan perlu dijahit. Anak saudaranya yang lelaki itu memang lasak sungguh. Lututnya sekali tengok sudah macam peta dunia. Banyak sungguh parut kesan terjatuh.

Zahrin memang tidak membiarkan pemandu menjemput Lily dan Lana. Selalunya Irdina yang akan menjemput dua beradik itu pulang dari sekolah. Oleh kerana Liyyan masih berada di wad kecemasan, Zahrin meminta bantuannya menjemput si kembar. Dia tentu saja bersetuju kerana sudah lama dia tidak bergaduh dengan Lily. Terasa sendu hidupnya. Dengan Lana, dia tidak boleh bergaduh kerana si sulung itu tidak begitu melayan usikannya. Lebih sabar dan pendiam berbanding Lily.

Lima minit menunggu, dia melihat guru-guru mula mengiringi kanak-kanak keluar dari bangunan setinggi tiga tingkat itu. Zahran menegakkan tubuh apabila melihat kelibat Lily dan Lana dipimpin oleh seorang guru wanita.
Menjerit si kembar itu apabila melihatnya.

“Funcle!!” Iya, funcle. Fun uncle. Gelaran Lily untuknya dan turut digunakan oleh Lana dan Liyyan.

Si kembar itu berlari menerpa ke arahnya. Zahran membongkok, menyambut dua beradik itu ke dalam pelukannya.

“Miss me?” tanya Zahran.

“Nope.” Lily. Begitulah. Sebijik perangai mommynya. Menjengkelkan.

“Yes, I miss you so much.” Nah, Lana selalu memberikan jawapan yang menyenangkan. Lana adalah contoh anak yang boleh dibesarkan mengikut manual. Sedangkan Lily, ikut moodnya.

“Kalau tak rindu, kenapa excited tengok uncle?”

"Reflex action. Dari jauh you look like my daddy, then I excited. But bila sampai, oh it's not daddy. It's you. I feel disappointed."

Zahran tertawa. Dalam hati berdoa semoga tidak berat jodoh anak saudaranya ini dek mulut celopar itu. “Awh, I miss you Lily.”

“Yeah, miss you too.”

“Come.” Zahran membuka pintu tempat duduk belakang. Diangkat tubuh Lana dan Lily ke tempat duduk lalu memasangkan tali pinggang keledar.

“Where’s mommy?” tanya Lana.

“Liyyan jatuh, dahi dia koyak, so sekarang mommy and daddy dekat hospital.”

“Again?” Lily menggeleng.

"Nakal betul," timpal Lana.

"Amboi, macamlah awak tak nakal," sampuk Zahran.

"Kami orang baik. Tak pernah nakal," ujar Lily.

“Liyyan pun baik cuma dia lasak sikit."

"Lasak tu apa?"

Zahran terdiam sejenak, cuba memikirkan penjelasan mudah untuk menjelaskan kepada Lily dan Lana.

"Lasak is something like...erm....doing something challenging. Macam suka lompat-lompat, panjat-panjat..."

"Ooo..." Si kembar itu mengangguk-angguk.

"So, where are we heading to? Nak terus balik atau nak pergi jalan-jalan dulu?” tanya Zahran. Brek tangan diturunkan sebelum keretanya laju meluncur meninggalkan perkarangan sekolah Lily dan Lana.

“Ais krim?” Lily memberi cadangan.

“Yeah…Yeah…Ice cream.” Lana bersetuju dengan adiknya itu.

“Okay."

ZAHRAN membawa dua anak saudaranya itu ke sebuah pusat membeli belah tidak jauh dari kondonya. Beriringan dengan Lily di sebelah kiri dan Lana di sebelah kanan, kehadiran mereka menarik perhatian banyak orang di pusat membeli-belah setinggi enam tingkat itu. Entah mereka tertarik dengan Lana dan Lily yang comel dengan seragam sekolah ala Korea atau tertarik dengan Zahran yang kelihatan seperti bapa tunggal penyayang bersama sepasang anak kembar.

“Uncle, Lily nak pergi toilet,” ujar Lily.

“I’ll go with her,” kata Lana, menawarkan diri. Tidak mungkin dia meminta Zahran menemani Lily ke tandas. Dia sentiasa ingat pesanan mommy supaya tidak membenarkan lelaki menemani ke tandas, walaupun daddy.

“Okey.”

Zahran mencari papan tanda tandas lalu membawa dua anak saudaranya itu ke arah yang ditunjukkan.

“Uncle tunggu kat sini. Kalau ada orang jahat kat dalam, jerit kuat-kuat,” kata Zahran dan dibalas dengan anggukan sahaja oleh Lana dan Lily. Tandas tingkat atas agak sunyi kerana hanya terdapat kedai-kedai telefon dan komputer yang tidak banyak pengunjung.

Sambil menunggu dua beradik itu, Zahran menggeser telefonnya, menghantar mesej kepada Zahrin, memberitahu dia membawa Lily dan Lana makan ais krim sebelum menghantar mereka pulang. Ketika dia masih menaip mesej, dia mendengar kekecohan dari arah luar lorong tempat dia menunggu Lily dan Lana. Bunyi derap langkah seperti orang berlari.

“Sana!” terdengar jeritan seorang lelaki.

Zahran malas peduli. Toh, tidak ada kena mengena dengannya. Namun, tiba-tiba tubuhnya dirangkul, ditolak ke dinding lalu tidak semena-mena bibirnya disentuh satu benda kenyal yang tidak pernah dirasai selama hayatnya. Membuntang matanya, namun belum sempat dia berbuat apa-apa, sosok yang merangkulnya itu memutar tubuh mereka, menjadikan tubuh Zahran yang asalnya bersandar pada dinding, kini dalam posisi mengadap dinding pula. Derap langkah yang mungkin milik lebih dari seorang lelaki kedengaran semakin dekat. Zahran cuba menolak tubuh yang merangkulnya, namun semakin kuat dia menolak, semakin kuat rangkulannya. Bibirnya juga dihimpit sehingga dia hampir kehabisan oksigen.

“S**t. Macam dah tak ada tempat lain.” Lelaki itu menyumpah lalu mengarah rakannya merempuh masuk ke dalam tandas wanita.

Lily dan Lana yang baru keluar dari tandas turut terkejut kerana tiba-tiba melihat sosok dua lelaki menyerbu masuk ke dalam tandas perempuan. Malah paling mengejutkan, melihat bapa saudara mereka berpeluk dengan seorang wanita. Bukan hanya berpeluk, malah bercium mulut.

“Hei, this is for ladies!” jerit Lily kepada lelaki-lelaki itu sambil bercekak pinggang dengan mata mencerlung. Lana pula mencuit-cuit adiknya itu supaya jangan mencari masalah dengan lelaki yang tidak dikenali. Apatah lagi fizikal lelaki itu yang tinggi, besar dan menakutkan. Daddy dan Funcle mereka juga tidak sebesar itu.

Dua orang lelaki yang sedang menolak pintu tandas satu persatu itu menoleh. Bukannya takut, mereka malah tersenyum memandang Lily.

“So adorable this baby,” ujar salah seorang lelaki yang berjambang dan berkepala botak.

“I’m not baby. I’m six years old and I’m already a child.”

Lelaki-lelaki itu tertawa. “Yeah, whatever.”

“Miss Chan is not here. Let’s get out.”

Hilang sahaja kelibat lelaki-lelaki sasa itu, Zahran merasakan rangkulan pada tubuhnya melonggar. Cepat-cepat dia menolak tubuh perempuan itu dengan wajah yang merona merah. Bukan malu, tetapi marah.

Perempuan itu pula dengan wajah tanpa dosa mengeluarkan tisu dari tasnya, lalu mengelap mulutnya, seolah-olah mahu menghilangkan bekas ciuman tadi. Tindakan yang lagi-lagi membuat Zahran berang. Dia yang mencium, dia pula berlagak seolah-olah jijik.

“Thank you for saving me,” ujar perempuan itu. Dibuka semula tasnya, mengeluarkan beberapa helai not kelabu lalu dimasukkan ke dalam saku kemeja Zahran.

“That’s for the kiss. Not a good kisser, but I like it,” katanya lagi sebelum berlalu.

Zahran menganga tidak percaya. Berang, bengang, biol sehingga tidak ada kata-kata yang terluah dari bibirnya. Terlalu banyak yang ingin dia maki, namun mengingat dua makhluk kecil yang sedang memerhati, ditahan mulutnya daripada menyebut kata-kata kesat. Tidak pasal-pasal nanti dia dibaling kasut oleh Zahrin kerana mengajar anak-anaknya menyebut perkataan bukan-bukan. Si kembar itu bukan boleh percaya sangat. Nak-nak si Lily. Mulut tempayan!

Zahran memandang duit yang disumbat dalam poket kemejanya oleh perempuan itu tadi. Ditarik keluar duit itu dan diramasnya. Nyaris dia membuangnya ke dalam tong sampah sebelum akal warasnya menegah.

‘Tak baik buang duit. Berdosa.’

Disimpan semula duit itu di dalam saku seluar. Akan dia simpan dan pulangkan semula kepada perempuan itu jika ada kesempatan. Tiba saat itu nanti, dia akan maki semahu-mahunya dan mencampak duit itu ke muka perempuan yang sudah kurang ajar mencuri ciuman pertamanya.

“Uncle. Who is she?” tanya Lily.

“Orang gila.” Zahran melangkah ke tandas lelaki. Lily dan Lana mengekori seperti anak itik yang membuntuti ibunya..

“Orang gila?”

“Yup.”

Lily dan Lana terkebil-kebil memerhatikan bapa saudara mereka itu mencuci mulut, berkumur dan membasuh muka berkali-kali.

“Kenapa dia gila?” tanya Lily dengan perasaan ingin tahu. Setahunya, orang gila pakaiannya koyak rabak, comot, selekeh dan kotor. Berbeza sungguh dengan orang gila yang mencium pakciknya tadi.

“Orang gila je yang cium orang lain tanpa izin." Zahran menarik berpuluh-puluh helai tisu mengelap muka , leher, dan kepala. Kalau boleh semua tempat yang disentuh oleh perempuan itu mahu disentalnya. Dia paling benci dengan perempuan yang murah seperti itu. Seperti tidak bermaruah, mencium lelaki yang dia tidak tahu siapa. Bagaimana kalau dia suami orang, tunang orang, atau teman lelaki orang, tidakkah itu akan mengundang pergaduhan? Mujurlah dia bujang! Tetapi tidak bermaksud dia suka diperlakukan seperti itu. Walaupun belum berkahwin pada usia yang sudah melewati 30 tahun, tetapi dia bukan sejenis lelaki yang lapar sentuhan.

Lily dan Lana mengangguk, seolah-olah faham. Dua beradik itu memerhatikan saja bapa saudara mereka menarik satu demi satu tisu mengesat bibirnya sehingga kemerahan.

Hampir sepuluh minit Zahran menghabiskan masa membersihkan muka dan bibirnya sebelum melangkah keluar. Ikutkan hati, dia mahu balik saja dan membasuh tubuhnya dengan air tanah, namun memikirkan Lily dan Lana yang teruja mahu makan ais krim, dia membawa juga dua beradik itu menikmati ais krim.

“Jangan bagitahu mommy and daddy pasal tadi,” kata Zahran.

Lana mengangguk, namun sebaliknya dengan Lily.

“Then, can you let me create my own ice cream?”
Zahran memutar bola matanya. Dasar scammer!

“Sure.” Daripada rahsianya pecah, lebih baik dia iyakan saja.

“Selalu mommy bagi makan berapa scoop?” tanyanya lagi.

Lily angkat dua jarinya.

“Hari ni uncle bagi empat scoop.”

Mata Lily bersinar teruja. “Really?”

“Yup.”

“Okay, I want four scoops of chocolate ice cream with waffle, and chocolate sauce topping.”

“That’s it?” tanya Zahran.

“Yes…Oh…Ermm…please add salted caramel crunchy pearls topping.”

“Okay. Lana? Wanna create your own ice cream?”

“Nope. I want fruit and granola. Strawberry flavour.”

“Okay.”

DARI jauh, dua pasang mata memerhati gelagat Zahran bersama Lily dan Lana.

“God, dia suami orang ke? Anak-anak dia nampak I kiss daddy dia. Habislah Amber…Macam mana kalau anak-anak dia bagitau isteri dia and lepas tu dia gaduh, lepas tu cerai…Oh God! What have I done.” Arianna berpaut pada penghadang kaca koridor lalu bertinggung dengan kepala berserabut. Tadi dia terlalu ego untuk meminta maaf. Lalu diberinya wang yang entah berapa ratus ringgit kepada lelaki itu.

“Kau tahu anak-anak dia nampak, yang kau pergi cium dia jugak kenapa?” tanya Amber, PA Arianna. Sedikit tegang suaranya kerana geram dengan Arianna yang selalu membuat orang sekelilingnya sakit kepala.

“Aku tak tahu tu anak-anak dia." Suara Arianna melemah. Benar-benar dia menempah bala hari ini kerana mencium suami orang.

"Lagipun aku nak kejar…Qaiser tadi…” Berat suara Arianna menyebut nama itu. Ya, dia nampak kelibat lelaki itu ketika dia sudah masuk ke dalam kereta daddynya setelah selesai pertemuan dengan client di salah sebuah restoran di dalam pusat membeli belah ini. Tanpa mempedulikan kereta yang sudah mula bergerak, dia membuka pintu lalu meluru keluar. Itulah sebab dia dikejar oleh pemandu dan pembantu peribadi daddynya. Kerana tidak puas hati kehilangan jejak Qaiser, Arianna mahu bersembunyi di dalam tandas, namun dia membatalkan niatnya kerana dia sudah hafal benar dengan gerak geri orang-orang daddynya. Tandas perempuan pun mereka akan geledah, asalkan mereka dapat apa yang dicari. Nasib menyebelahinya kerana melihat seorang lelaki sendirian di situ dan begitulah semuanya terjadi. Mujurlah dua pengikut setia daddynya itu tidak mengecamnya kerana tubuhnya benar-benar tertutup oleh tubuh lelaki itu.

“Arianna…” Amber turut bertinggung di sebelah Arianna. Ditangkup pipi boss merangkap sahabatnya itu, lalu dipaksa memandang wajahnya. “…he’s dead. Five years ago. Apa yang kau nampak tadi tu cuma khayalan kau je. Lupakan Qaiser. Jangan terus kenang orang yang dah tak ada. Kau kan ada Aaron. He truly, deeply, madly in love with you. Tolong jangan sebut nama Qaiser lagi. Kau tengok, dah dekat sejam kita pusing dalam ni, tapi tak nampak pun Qaiser. Yang dapat, penat. Dan takut. Lepas tu bala sebab cium suami orang.”

Arianna tarik nafas dan menghembusnya perlahan. Benar, Qaiser sudah mati. Sudah lima tahun peristiwa itu berlalu, tetapi bayangan wajah lelaki itu masih jelas di ruangan mata. Ini bukan kali pertama dia melihat kelibat Qaiser. Sudah acap kali.

Apa dia sedang berdelusi atau lelaki itu benar-benar belum mati?

Arianna pejam mata dan menggeleng perlahan, cuba menafikan kemungkinan itu. Dia tidak mahu terus berharap pada seseorang yang sudah tiada.

“Ya…” Daripada menggeleng, kali ini dia mengangguk pula. “…dia dah mati. Tapi…”

“No Ari. There’s no but. Mati itu pasti. Dah sampai ajal dia. Kita semua pun akan mati. Let’s not talk about this anymore. Kalau daddy kau tahu, habislah kita,” potong Amber sebelum sempat Arianna menyudahkan kata-katanya.

“Yeah…you’re right. Tapi lelaki tadi tu macam mana?” Arianna kembali memfokuskan pandangannya ke arah Zahran dan Li-La. Mereka masih di sana. Rancak berbual entah apa. Sesekali lelaki itu tertawa dengan celoteh anak-anaknya.

Ah, entah kenapa Arianna jadi terpesona melihat lelaki itu melayan dua gadis kecil yang bersamanya. Wajah mereka bertiga mirip sekali. Benar-benar anak daddy.

Arianna menepuk-nepuk pipinya, menyedarkan dirinya supaya jangan terlanjur jatuh cinta dengan suami orang.

“Eh tapi rasanya dia bukan suami orang.” Yakin Arianna berkata.

“Mana kau tahu?”

“Because he's not good at kissing at all. He didn’t even respond. In fact he refused me. Dia tolak-tolak aku tau.”

Turun naik anak mata Amber memandang Arianna dari atas ke bawah.

“Memanglah dia tak respond sebab kau entah siapa-siapa. Cuba kalau kau girlfriend dia, or wife dia, pandailah dia respond. Hishhh….Bodoh tu sikit tak simpan untuk orang kampung. Semua kau kaut. Dahlah, cepat balik sebelum daddy kau kerah satu batallion datang cari anak dia yang bebal ni!”

Arianna berdecit sambil mengekori langkah Amber menuju tempat letak kereta. “Bukan semua lelaki suka kena cium ke? Kalau bukan isteri dia, lagi dia suka.”

“Kau ingat semua lelaki macam tu?”

“Tapi kalau dia suami orang, tak ada masalah kot. Sekejap je aku cium dia. Mungkin seminit lebih je. Besides, I think that’s not a kiss. I just put my lips to his. Kiss is a touch or caress with the lips as a sign of love, sexual desire, or greeting. There’s no sign of love between us, not to mention a sexual desire..euwww…” Arianna buat muka loya memikirkan perkara itu. “…or maybe greeting..yeah it’s just like greeting. Like, hi, I’m Arianna, what’s your name?”

“Stop rationalizing your silly behavior to lessen the guilt,” balas Amber sebal. "Dan ini Malaysia ya Miss Chan. Tak ada orang greeting guna cium mulut kecuali orang gila."

“So, what should I do Amb?”

“Kau ada minta maaf dengan dia tadi?”

“Tak. Tapi aku bagi dia duit.”

“Jeez…what?!!!!”

“Spontan. Aku tak tahu apa nak buat. Dia pun pandang aku macam nak telan. Aku gelabah tau.”

Amber menganga tidak percaya. Pada masa yang sama tidak tahu nasihat apa harus diberi.

“Ha…Macam tu lah cara dia pandang aku tadi.”

“Memang patut pun. Sekarang ni kau berdoa je supaya kau tak jumpa dia lagi.”

IRDINA sedang menghidangkan sarapan di atas meja apabila tiba-tiba pinggangnya dirangkul dan satu kucupan hinggap di pipinya.

“Morning.”

Toleh sekilas, senyum manis dia hadiahkan untuk Zahrin.

“Morning.”

“I miss you,” ujar Zahrin lalu mengucup bibir isterinya itu. Sudah dua malam Irdina tidur di bilik Liyyan kerana anak lelaki mereka itu sering merengek selepas dahinya terpaksa dijahit kerana luka yang dalam akibat terjatuh.

“Ermm…Miss you too.” Irdina membalas kucupan Zahrin pada bibirnya. Namun sesaat kemudian, dia melepaskan ciuman mereka.

“Lily Lana mana?”

“Masih kat atas. Tadi baru siap mandi.”

Dan ciuman panas itu bersambung semula.

“Daddy!!”

Jeritan yang maha kuat itu membuat ciuman mereka terlepas. Irdina menoleh ke arah sumber suara dengan tangan masih bergelayut pada leher Zahrin.

“Did you ask mommy’s permission before you kissed her?” tanya Lily.

Sejenak, Zahrin dan Irdina berpandangan. Ah, ini kali pertama mereka terkantoi bercium di depan anak-anak. Terasa seperti anak remaja tertangkap bercomolot di depan mak ayah pula. Apatah lagi melihat Lily dan Lana bercekak pinggang, memandang mereka dengan tatapan penuh intimidasi.

“Why do I have to ask permission to kiss my wife?” tanya Zahrin.

“So you kissed mommy without her permission?” soal Lily.

“Kenapa daddy yang kena mintak permission daripada mommy? Kenapa bukan mommy yang kena mintak permission daripada daddy?” Zahrin cuba memindahkan persoalan itu kepada Irdina kerana jujurnya dia tidak tahu harus memberi jawapan apa kepada Lily.

“Because I saw you kiss mommy first.”

“W…Well…I…”

“Lily…Lana…” Irdina cuba bersuara memberi penjelasan, namun jeritan Lily mematikan hasratnya.

"Daddy, you’re crazy!" jerit Lily.

Terkesiap Zahrin dan Irdina apabila dijerit begitu oleh Lily. Sejenak mereka berpandangan dengan mata terkebil-kebil. Zahrin pula melongo apabila dimaki anaknya sendiri. Apa ini kifarah Tuhan? Siapa mengajar Lily bercakap seperti itu?

"Lily, who taught you that?" tanya Zahrin. Dia dan Irdina tidak pernah menyebut perkataan gila atau 'crazy' di depan anak-anak.

"Uncle Zahran," jawab Lana.

Lily mengangguk, mengiyakan jawapan Lana.

Zahrin ketap bibir. Tidak sampai separuh hari si kembar ditinggalkan bersama Zahran, sudah diajar benda yang bukan-bukan.

"Uncle Zahran kata mommy dengan daddy crazy?”

"Nope. He said, only crazy people kiss on the lips without permission from the other party." Jujur Lily memberitahu.

"Yeah. Macam Uncle Zahran. Dia kena cium dengan orang gila." Lupa sudah Lily dan Lana akan janji mereka untuk tidak memberitahu perkara itu kepada daddy dan mommy.

“Tapi orang gila tu cantik.”

“Lepas cium, dia bagi uncle duit.”

Bergilir-gilir Lily dan Lana bercerita tentang bapa saudara mereka itu.

Zahrin dan Irdina berbalas tatapan. Orang gila cium Zahran? Cantik? Beri duit selepas menciumnya? Ah, terlalu banyak persoalan sekarang. Apa Zahran terlalu kesuntukan wang sehingga perlu memberi khidmat ciuman kepada wanita kesunyian? Atau, adakah Zahran sudah mempunyai teman wanita? Jika ya, mengapa pula dia memanggilnya orang gila?

Persoalan yang sama bermain dalam benak Zahrin dan Irdina.

Siapa orang gila malang yang telah mencium Zahran?

Share this novel

Nur Zafirah
2022-10-10 14:19:30 

ye

Mariana Ana
2022-09-20 06:12:50 

sis..tlong update next episod..x sbar ni

Siti Aishah
2022-09-04 08:08:48 

can you fast to update next episode


NovelPlus Premium

The best ads free experience