BAB 2

Romance Completed 8212

“Hye Sofia, I’m Marrisa, future wife Rizal. Can we meet later around 11 am at Old Town Cafe, Bangsar? I got something to discuss with you. See you there!!”

Alangkah terkejutnya aku membaca pesanan ringkas yang dikirimkan oleh seorang wanita yang bakal berkahwin dengan suamiku. Aku berbelah bahagi sama ada mahu berjumpa dengannya atau tidak. Namun aku merasakan ada sesuatu yang serius untuk dibincangkan.

“Assalammualaikaum Marrisa, I will meet you later. See you there ok.” Balas aku terhadap pesanan ringkas yang diterima tadi.

Tanpa melengahkan masa, aku terus mempersiapkan diri untuk pergi bertemu dengannya. Dalam pada masa yang sama, aku masih menunggu kepulangan Rizal. Tetapi malangnya aku langsung tidak melihat kelibatnya. Aku terus menghantar pesanan buat si suami untuk meminta izin keluar dari rumah bagi bertemu dengan Marissa, wanita yang bakal dikahwininya.

Aku juga cuba menghubunginya tetapi masih tidak berjaya seolah-olah dia sengaja menutup telefon bimbitnya dan mendiamkan diri dari aku. Aku terus keluar dari rumah dan menuju ke kereta Perodua Myvi hasil pemberian suamiku sempena ulang tahun perkahwinan kami yang pertama dahulu.

Di dalam menelusuri kesesakan kota, aku terus mencari Old Town Cafe, Bangsar seperti yang dinyatakan oleh Marissa sebentar tadi. Setelah hampir setengah jam aku mencari akhirnya tiba juga aku di situ. Aku terus meletakkan Perodua Myviku di tempat letak kereta bersebelahan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT), Bangsar.

Aku terus menuju ke kafe tersebut dan terlihat seorang wanita berusia 30-an, berambut ikal mayang dan bergaya duduk di satu sudut di dalam kafe berkenaan. Aku yakin itu adalah Marrisa dan dialah wanita yang berjaya mencuri hati suamiku dan merancang untuk berkahwin dengannya.

“Assalammualaikum..awak Marissa?” tanya aku pada wanita berkenaan.

“Yes I am..opps waalaikumussalam. Please have a seat.” Ternyata tekaan aku tadi tepat.

Aku terus duduk bertentangan dengannya dan memandang tepat ke arah wajahnya. Hati ini merasa geram yang teramat sangat tetapi aku tetap bersabar dan menunggu apa yang akan dibincangkan. Tiba-tiba dengan riak wajah yang agak berlagak, dia mula bersuara.

“So, have you signed the form?”, tanya Marissa kepadaku.

“Nope.” Ujarku sambil menggelengkan kepala.

“Ohh dear, just sign it. Please don’t delay our marriage. I love your husband so much and we’re getting married soon. Just sign the form and pass it to him. That’s it!” Ujar Marrisa dengan nada yang amat menyakitkan hati. Hati ini sakit rasanya seperti ditoreh-toreh dengan pisau tatkala mendengar kata-kata seorang perampas suami orang ini.

“Saya sangat cintakan suami saya dan saya takkan benarkan orang lain cuba merampas kebahagiaan kami. Faham!”

Aku terus lantang bersuara kerana aku tidak tahan dengan sikapnya yang cuba memusnahkan kebahagiaan kami. Kemarahanku mula membuak-buak tapi dapat dikawal olehku dek kerna aku tidak suka mencari gaduh dengan sesiapa lagipun imej wanita bertudung sepertiku tidak manis untuk berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience