bab 10

Romance Series 7467

Afya terpaksa memakai tudung sementara waktu enam bulan ini. Hanif jenis lelaki yang tak suka melihat isterinya tidak memakai tudung. Rasa seperti murahan pulak. Dalam persediaan sebelum pergi café bersama dengan fake bakal mertuanya, dia memakai baju kurung moden yang berwarna biru muda dengan corak bunga rose,tudung biru tua dan memakai makeup yang tidak ketara dengan lipbalms merah jambu. Dia mencapai tas begnya lalu menuruni anak tangga dengan pantas. Takut Hanif marah pula.
“im sorry bos sebab lambat” jawab Afya lalu membuka pintu kereta Lamborghini Hanif. Mereka berdua diam membisu tanpa mengeluarkan sepatah perkataan sejak dalam perjalanan. Afya takut akan berjumpa dengan mama mertuanya. Garang ke? Teka Afya sendiri. Berkerut dahinya. Hanif menoleh ke arahnya selepas memarkirkan keretanya di hadapan café. Dia meregangkan urat-urat yang berkerut di dahi Afya. Dia terkejut dengan tindakan Hanif. Setelah mereka berdua keluar dari perut keretanya, Hanif berjalan anak kecil untuk mendapatkan Afya di sebelah kanan. Tangan Afya digenggam kemas oleh Hanif apabila ingin dia ingin menarik kembali. “jom!” pelawa Hanif. “awak bukan ke alah dengan kotor. Tangan awak ni!” jeling Afya ke tangan mereka berdua yang kini bertaut. Hanif tidak mempedulikan Afya lalu menariknya dengan perlahan masuk ke dalam café.
“mama, lama ke sampai?” tegur Hanif apabila tiba di meja mamanya. “oh, hanif. Tak lah, mama pun baru saja sampai” jawab Datin aimy dengan senyuman yang ikhlas apabila menoleh ke arah Afya. Dia hanya mengukir senyuman di bibirnya.
“okey…” hanif menarik kerusi untuk Afya. “mama,biar Hanif memperkenalkan bakal menantu mama ni” jawab Hanif. “bakal menantu??!!!” datin Aimy terkejut dengan kata-kata anaknya itu. “ya mama, ni Afya Aidah. Kami kenal dah beberapa tahun, mungkin dalam 12 tahun kot” jawab Hanif. Afya mengerutkan dahinya lagi lalu berdiri untuk menyalam bakal mertuanya. “datin, apa khabar?” tanya Afya dengan sopan. “baik nak.. bila korang nak membuat upacara perkahwinan.” Tanya Datin Aimy sambil menyambut huluran Afya. Dia terdiam seketika lalu memberi signal kepada Hanif untuk menjawab baginya. “oh mama, kami cadang untuk membuatnya selepas mendaftar kahwin di mahkamah.” Jawab Hanif dengan menyuruh Afya duduk secepat mungkin.
“okey ke kalau begitu?” tanya Datin Aimy lalu menoleh ke arah Afya. “err…kot..” tergagap Afya menjawab pertanyaan Datin Aimy. Segera Hanif menghentikan gagapannya dengan memegang kedua-dua tangannya yang digenggam di bawah meja. “ma, ini keputusan Hanif yang muktamad.” Jawab Hanif lalu memanggil pelayan untuk memesan makanan.
“give me two pieces of cakes strawberry and mango, plus two fullcream coffee. And give me one.. wait a minute.” Jawab Hanif menyuruh pelayan tersebut menunggu sementara ingin bertanyakan apa kesukaan mamanya. Dia menoleh ke arah mamanya. “ma, nak pesan apa?” tanya Hanif. “Nescafe dan salad buah okey tak Datin?” tanya Afya pula. “wah, pandai Fya faham isi hati Datin ni” puji Datin Aimy dengan senyuman ikhlas. “tak lah, Fya tahu yang Datin menjaga penampilan dengan baik maka pemakanan pun nak jaga.” Teka Afya. “betul! Mama Fya pun begitu ke?” tanya Datin Aimy untuk mengenal pasti. Afya mengangguk sahaja lalu dia menyuruh pelayan tersebut pergi menyediakan makanan. Hanif hanya melihat telatah bakal isterinya yang tampak murni dan suci apabila memakai pakaian melayu berserta tudung. Dia terpegun. 1 saat. 2 saat. 3 saat. “hanif! Aunty tanya awak ni” Afya menggoyangkan bahunya apabila melihat Hanif termenung jauh di hadapannya. “huh? Eh?” dia terus menoleh ke arah Datin Aimy. “takpa lah Fya, suami awak ni memang terpegun dengan kecantikan Fya. Hahaha!” kata Datin Aimy dengan mengusik Afya dan Hanif. Fuh! Mama ni memang tahu sangat. Bisik hati Hanif. “yakah? Saya cantik ke?” tanya Afya dengan bertentangan mata dengan Hanif. Dia menelan air liur disebabkan ini kali pertama bertentangan dengan Hanif. Dia nampak tampan. Sangat! Jerit Afya dalam hati.
“of course sayang abang ni cantik!” jawab Hanif lalu menjentik dahinya dengan jari. “sakit lah!” marah Afya dengan menggosok dahinya perlahan. Datin Aimy yang melihat aksi-aksi romantik mereka terasa cemburu ada pada dirinya. Suasana menjadi sunyi sepi dan tegang kembali. Selepas menghabiskan makanan yang diminta, Hanif menghantar mamanya pulang dahulu ke rumah manakala dia telah memanggil teksi untuk Afya. Disebabkan Afya hendak ke temu duga maka dia meminta Hanif agar menghantar Datin Aimy pulang ke rumah dahulu tanpa risau terhadapnya. Awal pagi itu sebelum berjumpa dengan mama Hanif, dia telah menerima satu whatsapp dari Syarikat Diamond Ring Sdn. Bhd. Tawarannya adalah bahagian marketing dan sales girl. Dia ingin cuba untuk masuk ke dalam syarikat tersebut lalu dia meminta kebenaran daripada Hanif agar memberinya peluang bekerja di luar. Muka Hanif berubah sejurus Afya berkata ingin bekerja di syarikat tersebut. Hanif ingin dia tak pergi temu duga, tetapi sejurus datin Aimy memanggil Hanif, dia terus mencabut lari dengan pantas sambil melambaikan tangannya. Hanif mengeluh risau tentang Afya.
Sampai sahaja di pintu besar syarikat tersebut, dia masuk ke dalam. “may I help you miss?” tanya seorang pekerja tersebut apabila ternampak Afya meninjau-ninjau syarikat mereka. “oh, hey. Im Afya Aidah. I come here because your boss invites me to be a marketing. Oh no. im here for the jobs” jawabnya. “well, I think you are the special one?” teka pekerja tersebut. “what do you mean?”
“I mean, our boss doesn’t like to make a deal with woman.”jawabnya. “I see” afya tak tahu nak jawab apa,dia duduk menanti ketibaan gilirannya untuk dipanggil. Menanti selama setengah jam, akhirnya namanya disebut.
“Afya Aidah!” panggil setiausaha tersebut. “here.” Jawab Afya. “its your turn” afya terus mengemaskan dirinya sebelum menapak ke dalam bilik tersebut.
Pintu bilik tersebut diketuk sebanyak tiga kali. Afya menunduk bagi hormat kepada mereka yang ada di depan. Satu prinsip hidupnya adalah menghormati orang jikalau ingin dihormati.
“miss Afya Aidah right? Please introduce yourself again” jawab jejaka tersebut. Sempat Afya mengerling nama tagnya yang dipin pada baju kerjanya. Afizul aizat…. “oh? My name is Afya Aidah binti Abdul Rafi. I have been working on marketing from a college of Tunku Abdul Rahman in degree. I know mr need a professional person with more skills and experience, maybe I don’t had enough an experience but I know well about Marketing for 3 years half a month I studied and worked at Syarikat..errr..” Afya lupa nama syarikat Hanif. ‘alamak! Kenapa saya boleh lupa nama syarikat dia ni!’ dia gigit bibirnya, dia cemas. “Syarikat?..” tanya Afizul. “errr….” Ragu-ragu Afya nak jawab.
“okey. Times over. Next.” Panggil Afizul. Afya mengeluh dengan muka yang kecewa teramat. Stupid!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience