Rate

BAB 2

Other Series 1273

Sudah seminggu Nina menjalani kehidupannya sebagai seorang wanita berkerjaya seperti sediakala. Namun, coklat dalam balang yang diberikan Adi menerusi Aiman masih belom disentuh. Nina masih ragu akan pemberian Adi tersebut. Manalah Nina tahu, kalau kalau coklat itu diisikan dengan mantera santau, tidak pun ada racun ke - pemikiran Nina sepanjang seminggu itu bila lalu depan balang coklat itu.

Nina tidaklah sekejam mana pun sebagai manusia, dia tetap menyimpan coklat itu di dalam peti sejuk khas dalam biliknya sendiri - peti sejuk mini. Setiap balik kerja dia akan membuka peti sejuk dan membawa balang coklat tersebut ke meja belajar Nina dan akan menatapi coklat tersebut dengan lama.

" kenapa Adi bagi aku coklat ini? Sedangkan kami baru kenal sehari? Aku bukannya cantik sangat pun boleh buat orang fall in love first sight gitu. Atau maybe aku ni sememangnya cute and cantik and gorgeous gitu. awww. gembiranyalah dapat secret admire ni." Monolog Nina setelah balang coklat itu di bawa ke katil Nina. Balang itu ditutupi Nina dengan penutup berkain yang berwarna belang merah dan merah jambu dan dililit dengan reben yang berwarna hitam.

Nina dengan tidak sabar menahan rasa terliur dengan coklat itu, membuka lilitan reben dan mengalihkan penutupnya dengan pantas.

"Taaaadaaaaaaa! Haaa. Aku dah tak kira lah kau ni disantau ke, kau ni dikangkang ke? Seminggu dah weyy... Ehh? Lelaki mana boleh buat coklat kangkang. Haha. Meh aku try satu. Cicicici" tawa Nina berupa tikus mendapat habuannya.

Balutan coklat pertama yang berwarna merah dibuka. Satu nota kecil terkeluar dari bungkusan coklat itu. Nina terkejut kecil dan meleret matanya ke arah kertas yang jatuh di sebelahnya.

"Kertas apalah yang si Adi ni bagi. Ya Masya Allah. Ko nak bagi aku sakit perut ke ko bungkuskan coklat dengan kertas sekaligus? Urrghhh" Nina mengambil kertas tersebut dengan omelan seorang diri. Nina membuka nota kecil tersebut...

"Awak... saya jatuh hati dengan awak... xoxo, mr.A"....

Nina tergamam....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience