Di suatu pagi yang indah Inspektor Hassan dikejutkan dengan satu panggilan telefon yang memaklumkan ada satu pembunuhan yang berlaku di sekitar rumahnya . Apabila mendengar berita tersebut ,Inspektor Hassan bergegas ke lokasi kejadian. Rakan sekerja Inspektor Hassan iaitu Inspektor Khairi memberikan maklumat tentang kejadian di tempat tersebut mangsa yang bernama Sofian telah dibunuh dengan 3 tembakan di dada, masa kejadian dianggarkan terjadi pada jam 2 pagi sewaktu mangsa tidur .Alangkah terkejutnya Inspektor Hassan kerana mangsa ialah antara rakan karibnya di sekolah menengah. Inspektor Hassan bersama Inspektor Khairi telah ditugaskan untuk menyiasat pembunuhan tersebut.
Hassan telah menghubungi rakan-rakan lamanya untuk memberitahu kejadian tersebut antaranya Omar,Ahmad,Zarul dan Kamal. Mereka begitu terkejut apabila mendengar berita tentang kematian Sofian . Hassan juga mengatakan pembunuhan tersebut terjadi di kawasan rumah mereka .Selepas itu , Zarul menanyakan satu soalan kepada Hassan "adakah sofian mati ditembak" tanya Zarul , dan Hassan menjawab "iya Sofian mati ditembak ,macam mana kau tahu Sofian mati ditembak?" tanya Hassan semula,"Aku dengar la ada orang cakap dia mati ditembak" jawab Zarul dengan penuh yakin,"eh macam mana orang luar tahu padahal kes tu tkde siapa yang tahu termasuk jiran sebelah " jawab Hassan . " macam mana kau tahu mat " Kamal mencelah ," dah ah korang aku nak balik ah mengantuk ni " potong Omar .
Seminggu selepas kematian Sofian ,Inspektor Hassan dan Inspektor Khairi tiada sebarang petunjuk berkaitan pembunuhan tersebut. Tetapi mereka percaya pembunuhan itu adalah dirancang.Apabila mereka sedang menyiasat , mereka didatangi oleh seseorang yang misteri bernama Rayyan . "pada hari kejadian saya nampak seseorang yang keluar dari rumah itu ,orang tersebut memakai jaket berwarna hitam dan muka tidak jelas kelihatan kerana kawasannya yang gelap" Rayyan memberi penyataan tersebut kepada Inspektor Hassan dan Inspektor Khairi , "jam berapakah kamu melihat suspek tersebut" tanya Inspektor Hassan kepada Rayyan, "kalau tak silap sekitar jam 2:15 dan 2:30.
Pada keesokan harinya , Inspektor Hassan dan Inspektor Khairi dikejutkan dengan kematian Rayyan , Rayyan mati ditembak di bahagian kepala sebanyak 1 kali dan di bahagian perut sebanyak 2 kali . Tempat kejadian tidak jauh dengan tempat Sofian mati dibunuh , tetapi Inspektor Hassan dan Inspektor Khairi percaya pembunuhan ini ada kaitan dengan kes pembunuhan Sofian, Inspektor Hassan dan Inspektor Khairi pergi ke rumah Syifa iaitu teman wanita Rayyan , "kemanakah Rayyan malam semalam" tanya Inspektor Khairi ,"saya tidak tahu kerana saya baru pulang dari Singapore" jawab Syifa sambil menangis teresak-resak.
Pada keesokan harinya Inspektor Hassan sekali lagi dikejutkan oleh satu panggilan telefon ketika Hassan sedang berehat di rumahnya , " hi Hassan lagi 10 minit lagi pukul 2 pagi dan mungkin salah satu saksi kau mati nama dia Syifa yang kau harapkan sangat jawapan dari dia untuk memberkas suspek pembunuhan berkait ni kan , mulai saat ini kau tak ada dah nak harapkan dia sebab dia akan mati dalam masa 10 minit dari sekarang " kata orang yang tidak dikenali itu ,"hah macam mana kau tahu Syifa tu banyak bukti !?" tanya Hassan dalam keadaan marah . "aku tau lah aku dh selangkah kedepan Hassan dan mungkin kau tak dapat nk berkas aku" jawab orang yang tidak dikenali itu, Hassan tidak menyangkakan yang Syifa itu memperoleh banyak bukti tentang pembunuhan berkait tersebut . Hassan mungkin menyangkakan maklumat itu ialah dari kekasihnya Rayyan dan Rayyan tidak memberitahu keseluruhan bukti kepada kedua - dua inspektor itu atas sebab tertentu . Hassan bergegas ke rumah Syifa untuk melindunginya tetapi tidak sempat , Syifa sudah mati ditembak sebanyak 1 kali di kepala
B E R S A M B U N G.... (Chapter 2 : Perangkap)
Share this novel