Chapter2

Psychological Series 3146

.
. -AUTHOR POV-

Setelah Henry pergi, Envi terus pulang ke rumah kerana penat melayan apa yang terjadi dengan diri dia, Envi tertanya kenapa, apa yang dia lakukan sampai-sampai diri dia di tinggalkan sendirian lagi. Walaupun diri dia mempunyai rumah tetapi tiada yang membuat rumah tu cerah, Envi dari kecil tidak pernah merasa kasih sayang ibu dan ayah apa yang dia rasakan adalah seksaan dari ibu dan ayah dia dan suatu hari.

Ibu ayah, Envi sudah pulang membawa uang yang banyak - Envi

Ibu dan ayah Envi membuka pintu dan memandang arah Envi dengan mata yang tidak berperasaan tetapi setiap Envi membawa uang yang banyak asil dari menjadi pengemis dan menjual Tin, dia akan di sayang dengan membagi makanan yang banyak oleh ibunya, itu berlaku sesama dia berumur 6 tahun tetapi setiap kali ibu dan ayahnya bertengkar yang menjadi mangsa adalah Envi.

Wahh anak yang baik! begitulah anak yang baik masuk, ibu masakkan Envi sesuatu - Ibu Envi

Envi cuma menjawab iya kepada ibu dia dan masuk ke dalam rumah, makanan yang di hidangkan adalah nasi dan Telur sahaja tapi itu cukup daripada tidak di beri makan. Baru saja Envi ingin makan dia terdengar ibu dan ayah dia bertengkar, Envi cuma mengabai dan makan makanannya tiba-tiba ayah dia menendang diri dia tepat di muka dan piring makanan itu sambil mengatakan.

Anak yang menyusahkan! koe dan ibu sama saja - Ayah Envi

Envi yang terbaring kerana tendangan ayah dia terdiam seketika dan mengalirkan air mata, Envi yang masih terbaring, ibunya melihat dan tidak memperdulikan Envi dan terus masuk ke bilik, ayanya yang baru menendang Envi keluar dari rumah.

Kini cuma Envi bersendirian, apa pun yang dia lakukan untuk membuat hati ibu dan ayahnya senang tetap menjadi mangsa walaupun dia tidak ingin melakukan, dia berdiri dan memandang makanan kotoran itu, apa yang dia fikir adalah lari dan dia pun berlari keluar dari pintu.

-Envi POV-

Aku ingin lari, lari dari masalah ini, lari kesensaraan apa yang aku rasa Hikss~~ Hikss~~

Masa itu aku tidak tahu lari kemana bila aku berhenti aku sudah di taman dan aku cuma melihat seorang anak lelaki, aku tidak mengingat siapa dia tetapi dia adalah orang yang pertama mahu berkawan dengan aku walaupun aku busuk dan menjijikkan di mata anak-anak yang lain. Aku cuma mengingat kalau kami duduk di ayunan walaupun hujan sudah mulai turun anak itu tidak mahu pulang ke rumah. Dia bilang kalau aku ini adalah teman pertama dia juga, dia mahu merasa penderitaan yang aku lalui bersama diri dia, aku merasa bahagia untuk pertama kalinya tetapi ibu dari anak lelaki itu datang dan menyuruh dia pulang, sesama dia mahu pergi dia menanyaiku siapa nama aku, aku cuma menjawab Envi dan dia kata besok akan jumpa aku di Taman ini.

Setelah anak itu pergi yang tinggal adalah diri aku sendiri, tanpa aku sedar sudah waktu malam dan aku tahu bila aku pulang akan lebih teruk aku rasa dari tendangan yang aku terima tadi tengah hari, aku tidak ingat jalan mana aku lalui tetapi aku mencuba mengingat dan jalan tanpa alah tuju.

Bersambung~~

Share this novel

AREX_KIM
2021-05-12 20:14:51 

kesian Envi :(.....Next Chapter please ;)!...


NovelPlus Premium

The best ads free experience