ABD 12: RETURN HER KISS

Romance Completed 1572856

HUJUNG minggu itu mereka bertolak ke Port Dickson selepas makan tengah hari. Paginya Adrian ke pejabat terlebih dahulu menyelesaikan beberapa kerja.

“Kita nak pergi mana?” tanya Lora sebaik sahaja kereta dipandu daddynya membelok keluar dari kawasan kondominium mereka.

“You favourite place,” jawab Adrian sambil melirik Lora sekilas melalui cermin pandang belakang. Hujung minggu selalunya dia akan memandu sendiri dan tidak akan mengganggu Akram, kecuali jika perlu menghadiri majlis rasmi.

“Where?” Lora kelihatan berfikir-fikir.

“You don’t remember your favourite place?” tanya Miya. Dipusingkan sedikit badannya memandang Lora di tempat duduk belakang.

“I have no idea,” balas Lora.

“Okay. I’ll give a clue. Wave.” Miya sengaja mahu memancing Lora untuk berbual, supaya dia tidak kekok berada di depan bersama Adrian. Entah kenapa dia masih tidak dapat membuang rasa malu dengan suaminya itu.

“Beach!”

“Yay! Betul!” Miya tepuk tangan membuat Lora teruja dan tersenyum

“I love beach,” ujarnya.

“I know.” Adrian menyampuk. Tersenyum dia melihat wajah ceria Lora dengan mata bersinar menggambarkan keterujaannya. Sudah lama dia tidak melihat Lora begitu.

Matanya beralih melirik Miya pula yang sedang melihat sesuatu di telefonnya. Dia tidak menafikan perubahan Lora itu disebabkan Miya dan dia berterima kasih dengan Miya untuk itu.

“Give me another riddle” ujar Lora.

“Okay, kalau Lora jawab betul, I’ll give you one kiss.”

“Okay.” Lora teruja dan tidak sabar.

“Easy one first.” Miya kelihatan berfikir-fikir.

Lora pula tertunggu-tunggu dan tidak sabar mahu menjawab teka-teki. Dia tidak pernah bosan jika Miya bersamanya. Miya pandai bercerita dan pandai memancingnya untuk bercerita. Dia boleh bercerita apa sahaja dengan Miya. Cerita tentang kawannya yang menangis di sekolah, cerita gurunya tidak hadir kerana anaknya sakit, cerita kawannya tidak menghabiskan makanan. Apa sahaja. Dan Miya akan mendengarnya dengan serius. Miya juga akan bertanya. Kenapa kawan tak habiskan makanan? Makanan tak sedap ke? Siapa yang masak? Miya akan sentiasa melayan dan mendengar ceritanya. Tidak seperti daddy yang kaku dan kadang-kadang memberi respons yang membuat dia hilang minat untuk bercerita.

“Okay, listen carefully, Miss Lora. Where can you find cities, towns, shops, and streets but no people?”

Lora mengerutkan dahinya; berfikir-fikir sambil menggoyang-goyangkan kakinya.

“Is there such a place?” tanyanya.

“Of course,” jawab Miya.

Lora tarik muncung kerana tidak dapat memikirkan jawapannya.

“Daddy, do you know where it is” tanyanya.

“I think I know,” ujar Adrian.

“Hey, mana boleh tanya daddy. You have to think,” ujar Miya sambil telunjuknya mengetuk pelipis.

“Think carefully, until you can’t think,” sambungnya.

“Lora dah tak boleh fikir. Daddy…” Lora sudah berputus asa dan meminta pertolongan daddynya sekali lagi.

Adrian melirik ke arah Miya dan tersenyum. Satu idea nakal tiba-tiba terlintas di kepalanya.

“The answer is map,” ujarnya.

“Auntie, betul ke?” tanya Lora.

“Yes.”

“Wow…daddy, you’re so smart.” Lora tepuk tangan.

“Well..." Adrian papar wajah bongkak sambil tersenyum memandang Lora melalui cermin pandang belakang.

“I should get my reward, right?” Kata-kata Adrian itu membuatkan bulat mata Miya memandangnya.

“Of course.” Cepat sahaja Lora menjawab. "Auntie, kiss daddy."

“Kenapa kens kiss daddy?” Miya memprotes.

“Sebab daddy jawab betul” jawab Lora.

“Daddy is not in the game. So, I won’t kiss him,” tegas Miya.

“You have to keep your promise.” Lora tidak mahu mengalah.

“I didn’t promise to kiss daddy. I promised to kiss you.”

“Tapi daddy yang jawab,” balas Lora.

Adrian hanya tertawa mendengar perdebatan dua orang itu. Dia ingin melihat siapa yang akan mengalah dahulu antara Miya dan Lora.

“Daddy tengah drive. I can’t disturb him.” Miya beralasan.

“It’s just a kiss. Won’t disturb me,” sampuk Adrian.

Miya menjeling tajam. Bibir diketap geram. Dua beranak ini seolah-olah berpakat mahu mengenakannya.

“Come on auntie. Tak baik mungkir janji,” ujar Lora.

“You two…” Miya merengus geram. Tetapi akhirnya, dia mengalah. Disendengkan sedikit tubuhnya ke arah Adrian lantas mencium pipi suaminya itu.

Lora tepuk tangan.
“Yay!” soraknya.

“I don’t want to play anymore.” Miya berpura-pura merajuk.

“It’s just a kiss.” Lora memujuk.

“Daddy rasa auntie marahlah. So, I’ll return her kiss,” ujar Adrian, dan tanpa sempat Miya berkata apa-apa, sebuah ciuman hinggap di pipinya.

“Daddy, you’re so smart.” Lora ketawa melihat tindakan spontan daddynya itu.

“Can we continue the riddle game?”

Miya tidak sampai hati menolak mendengar suara Lora yang teruja. Permainan teka-teki itu berterusan sehingga akhirnya Lora tertidur. Suasana di dalam kereta yang riuh rendah dengan ketawa dan jeritan tidak puas hati Lora jika jawapannya salah, mula bertukar menjadi sunyi sepi.

Canggung dengan kesepian itu, Miya membuang pandang ke luar tingkap. Tiba-tiba dia terfikir, apa yang akan berlaku kepadanya setahun dari sekarang. Ketika itu Adrian mungkin sudah menceraikannya. Dia akan mendapat wang dan rumah. Tetapi adakah dia akan terus bekerja di syarikat itu, di mana Adrian adalah boss dan merangkap bekas suaminya? Bagaimana agaknya dia akan bereaksi apabila melihat Adrian sebagai bekas suaminya nanti? Bolehkah dia berlagak biasa seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku antara mereka? Perlukah dia berhenti kerja, dan mengelak daripada berjumpa dengan Adrian? Ah, dia sayangkan kerjanya sekarang ini. Dia sukakan kerjanya, dia sayangkan rakan-rakan sekumpulannya, dan dia telah berusaha banyak untuk mencapai tahap seperti sekarang ini. Tidak mungkin kerana seorang lelaki, dia mahu berhenti kerja? Jadi, apa yang harus dia lakukan? Berhenti atau terus berada di DayMond Jewels dan berpura-pura tidak ada apa-apa yang berlaku antara dia dan Adrian? Entahlah. Miya bingung dan tidak tahu kenapa dia tiba-tiba terfikir tentang itu.

“Thank you for making her so happy.”

Miya menoleh apabila mendengar Adrian berkata sesuatu.

“What?”

Fikirannya yang jauh menerawang menyebabkan dia tidak begitu mendengar apa yang diperkatakan oleh Adrian.

“I said, thank you for making Lora so happy.” Adrian mengulangi kata-katanya.

Miya tersenyum.

“She deserves to be happy. And don’t have to thank me. Rules between husband and wife, don’t thank each other.” Sebaik sahaja menghabiskan kata-katanya, Miya terasa seperti mahu menampar mulutnya sendiri. Kata-kata terakhir itu seperti satu perangkap kepada dirinya. Adrian tentu akan menggunakan kata-kata itu untuk memalukannya sekali lagi.

“So, there’s another way for me to thank you?” Adrian tersenyum penuh makna.

Tu kan? Dah agak! Miya mengetap bibir.

“No! You’re welcome,” jawab Miya cepat, membuat Adrian tertawa.

SEBAIK sahaja sampai di hotel, Adrian terus ke kaunter untuk mendaftar masuk, manakala Miya dan Lora menunggu di lobi.

“Can I go to daddy?” tanya Lora.

“Okay.”

Kaunter daftar masuk itu boleh dilihat dari tempat mereka duduk, jadi Miya membenarkan Lora pergi ke arah Adrian. Diperhatikan Lora sehingga anak kecil itu sampai kepada daddynya.

Adrian memandang Lora sekilas apabila anaknya itu memaut lengannya, sebelum kembali berurusan di kaunter. Tersenyum Miya memerhatikan gelagat dua beranak itu. Dia akui Adrian bapa yang baik dan penyayang walaupun kadangkala dia agak baran dan gagal mengawal emosi. Jika tidak, masakan dia sanggup berkahwin dengan wanita yang tidak dikenali semata-mata untuk mengekalkan Lora di sisinya.

Membesar dengan bapa angkat yang panas baran, suka berjudi, dan pemabuk membuat dia tidak tahu bagaimana kasih sayang bapa yang sebenar-benarnya. Sepak terajang menjadi makanan harian dia dan ibunya. Ketika ayahnya keluar, dia akan menjadi tempat ibunya melepas geram pula. Pengalaman buruk itulah yang membuat dia takut untuk berkahwin dan berkeluarga.

Tetapi dia tetap perempuan. Walau sekeras mana hatinya, apabila ada lelaki mendekati, dia tetap tersentuh. Semasa di universiti, dia mengenali seorang lelaki, tetapi akhirnya mereka berpisah selepas empat tahun bercinta kerana lelaki itu curang bersama rakan serumahnya. Kemudian, dua tahun lalu dia mengenali Iqmal ketika menghadiri majlis hari jadi teman lelaki Balqis. Dia membuka pintu hatinya sekali lagi. Tetapi putus juga di tengah jalan apabila Iqmal meninggalkannya dan memilih wanita lain. Dia tidak menyalahkan mereka. Salah dia yang terlalu mengikut naluri wanitanya yang ingin disayangi dan dicintai sehingga dia lupa yang di mata lelaki, wanita mungkin hanya objek. Objek untuk berseronok. Mungkin. Setidaknya itu yang dia nampak dari lelaki-lelaki yang pernah dikenalinya.

Adrian juga sama. Tetapi beza Adrian dengan teman-teman lelakinya sebelum ini, lelaki itu begitu setia. Ya, setia kepada isterinya yang sudah meninggal dunia. Adrian juga tidak pernah berjanji bulan bintang atau memberinya harapan. Dari awal Adrian sudah menjelaskan akan ke mana perkahwinan ini dan dia sudah bersedia untuk menjadi janda dalam tempoh kurang dari setahun lagi.

“Miya!”

Lamunan Miya buyar apabila Adrian memanggilnya. Angkat muka, dia melihat Adrian sudah selesai mendaftar masuk. Sebuah buggy menjemput mereka untuk dibawa ke villa.

PETANG itu mereka menghabiskan masa di pantai. Ketika anak-anak lain sibuk bermain air di gigi pantai, Lora lebih suka membina istana pasir.

Acuan berbentuk istana diisi dengan pasir sehingga penuh sebelum dia menekan-nekannya sehingga padat. Kemudian dengan berhati-hati dia menterbalikkan acuan itu dengan harapan dia dapat menghasilkan bentuk istana yang sempurna. Namun hasilnya benar-benar hampa. Mana tidak, sebaik sahaja bekas itu diterbalikkan, pasirnya terburai tidak membentuk istana.

“Owh..My castle…” Lora kelihatan kecewa.

“Jangan sedih. Kita buat lagi sekali, okay?” pujuk Adrian.

“I’ll help you,” ujar Miya lalu mengambil sekop dan memasukkan pasir ke dalam acuan berbentuk istana tadi.

"Dah dua kali buat, tak jadi." Lora merengek dengan wajah menahan tangis.

"Kali ni mesti jadi," ujar Miya yakin. “Nak buat istana pasir pun ada teknik tau."

Lora hanya memerhati tanpa berkata apa-apa. Apa yang dilakukan Miya itu, dia sudah lakukan tadi tetapi hasilnya tetap mengecewakan.

"First, you need to squeeze the sand out and put some water to make it in shape,” ujar Miya.

“I’ll go get some water.” Lora mencapai sebuah baldi kecil dan berlari ke pantai untuk mengambil air. Adrian memerhatikan anaknya itu. Bimbang jika Lora pergi terlalu jauh.

“Lora, don’t go too far,” laungnya.

“Okay, daddy!”

Beberapa minit kemudian dia kembali dengan membawa sebaldi air.

"Now masukkan air sikit-sikit dalam ni," ujar Miya sambil menunjuk acuan istana yang sudah diisi sedikit pasir.

"Then, tekan-tekan sampai padat," ujar Miya.

Lora menurut. Bersungguh-sungguh tangan kecilnya menekan pasir di dalam acuan.

"Repeat the process sampai acuan ni penuh."

Adrian yang sedang memegang telefon, merakam aktiviti dua orang itu. Tersenyum dia menatap wajah teruja Miya melalui skrin telefon. Seronoknya mengalahkan Lora. Malah ini kali pertama sejak mereka bernikah, dia melihat Miya tertawa lepas.

“Daddy, look!”

Suara Lora yang kuat itu mengalihkan fokus Adrian dari wajah Miya.

"Dah ready?" tanyanya apabila melihat Miya dan Lora sudah bersedia untuk menterbalikkan acuan istana itu.

Lora angguk. Dia dan Miya sama-sama memegang acuan itu dan bersedia untuk menterbalikkannya.

"Okay Lora, ready...One..." Miya mengira. "...two...three!!"
Dengan gerakan cepat, mereka menterbalikkan acuan itu.

Miya menekan bekas itu agak lama sambil memandang Lora dengan wajah saspen.

“Okay, let’s take a look,” ujarnya

Lora kelihatan berdebar-debar. Saat Miya mengangkat acuan itu, pantas dia menutup mukanya. Tidak sanggup melihat istana itu hancur lagi.

“Wow!” Miya bersorak girang apabila bentuk istana itu kekal, teguh, dan tidak hancur.

Lora mengalihkan tangan dari mukanya. Spontan dia melompat sambil menjerit suka.

“Yay!”

“Let’s make another three. There must be four,” ujar Miya. Sama-sama teruja seperti Lora.

“Daddy, janganlah tengok je. Please help,” ujar Lora apabila melihat bapanya hanya memandang mereka sambil memegang telefon.

“Okay, dear.” Adrian menekan butang stop untuk menghentikan rakaman lalu menyimpan telefonnya di dalam saku seluar.

Kemudian dia membantu Lora dan Miya membina istana pasir. Selesai membina istana, mereka membina dinding di sekeliling istana dan membuat parit untuk melindungi istana itu.

Miya pula tetap dengan tabiatnya yang suka mengukur semua benda. Luas parit di sekeliling istana diukur dengan ruas jarinya supaya sama besar. Sempat dia merungut kerana tidak membawa pembaris sehingga gagal mendapat ukuran yang tepat, membuat Adrian menggeleng.

“Miya, it’s just a sand castle. No need to measure it,” ujarnya.

“It has to be perfect,” jawab Miya.

“It doesn’t have to be perfect to make it look awesome,” ujar Adrian.

“Maybe you’re right. It’s just a habit. I can’t avoid it,” jawab Miya.

“Of course. Adrian is always right.”

MEREKA selesai ketika hari sudah menjelang senja. Adrian mengeluarkan telefonnya dan merakam beberapa gambar swafoto mereka bersama istana pasir itu.

"Can't believe I could build this beautiful castle," ujar Lora. Setelah beberapa kali gagal, dia benar-benar berpuas hati dengan istana yang dibinanya.

“Are you happy?” tanya Adrian.

“Yeah.” Lora mengangguk sambil tersenyum.

“So, it’s time to leave,” ujar Adrian sebelum mereka beriringan meninggalkan kawasan pantai.

MALAMNYA, mereka hanya memesan makanan ke bilik kerana Lora penat dan tidak mahu keluar makan malam. Bersila di depan kolam, mereka menikmati makan malam sambil menghayati pemandangan laut pada waktu malam.

"Auntie, can I taste yours?" tanya Lora sambil menunjuk nasi goreng di pinggan Miya.

"Nasi goreng ni?" Miya bertanya semula. Setahunya Lora tidak begitu suka nasi goreng.

Lora angguk.

"Pedas sikit ni. Tak apa ke?" Pertanyaan itu Miya tujukan pada Adrian. Bimbang nanti Lora kepedasan, dia pula yang dimarah.

"Let me taste, first," ujar Adrian.

Miya mencedok sedikit nasi goreng di pinggan sebelum menyuakannya kepada Adrian.

Adrian mencecap sedikit nasi goreng itu sebelum mengangguk. "Bolehlah. Tak pedas sangat."

"Okey." Miya cedok nasi gorengnya untuk diletakkan di dalam pinggan Lora.

"Nak auntie suap."

"Eh, selalu makan sendiri je."

"Tadi auntie suap daddy..."

"Sebab hari ni auntie Eryna tak ada. So, auntie terpaksa suap daddy."

Terbantut Adrian yang baru mahu menyuap potongan salmon ke mulutnya. Berkerut mukanya memandang Miya apabila tiba-tiba nama Eryna disebut. Namun Miya hanya pasang wajah tidak peduli.

"Auntie suap sikit dulu okey? Takut awak tak tahan pedas," ujar Miya sambil menyuakan sesudu nasi goreng ke mulut Lora.

"Kenapa tiba-tiba sebut nama Eryna?" tanya Adrian. Nada dibuat sesantai mungkin kerana tidak mahu Lora terganggu jika dia meninggi suara dengan Miya.

"Entah. Tiba-tiba teringat. Awak tak ingat orang kanan awak tu?" balas Miya tanpa memandang Adrian kerana dia sibuk memerhatikan Lora.

"Kenapa nak ingat dia? Sekarang kan saya dengan awak, dengan Lora..."

"Oh..." Miya meleretkan suaranya.

"Awak ni kenapa Miya?"

"Saya okey. Cuma saya hairan kenapa PA awak takde call lagi hari ni..."

"Saya dah pesan jangan ganggu saya."

"Oh...boleh rupanya..."

Adrian berdecit. Nada Miya itu seperti sedang menyindirnya. Apa Miya tidak suka Eryna menelefon atau mengganggunya pada hujung minggu?

"Awak tak puas hati dengan..."

"Daddy, I'm full." Suara Lora itu menyela perkataan Adrian membuat dia melupakan sejenak perdebatannya dengan Miya.

"You finish your food?" tanyanya sambil memandang pinggan Lora yang sudah licin.

"Yes."

"Good girl. Brush your teeth before sleep, okay?"

"Okey daddy."

“CAN I sleep here tonight?” tanya Lora setelah selesai menggosok gigi. Telunjuk kecilnya dihala ke arah katil Miya dan Adrian. Terdapat sebuah lagi katil bersaiz king untuknya, namun dia tidak mahu tidur di katil itu.

Adrian ingin menjawab tidak boleh, tetapi Miya terlebih dahulu bersuara. "Boleh.”

“Yay!” Lora bersorak lalu terus melompat ke atas katil itu

“Lora boleh tidur kat tengah,” ujar Miya tanpa mempedulikan jelingan Adrian.

“No..no. I’m not greedy. You will sleep in the middle so that both me and daddy can hug you.”

“Lora, I think that’s a very good idea,” ujar Adrian sambil mengusap puncak kepala anaknya itu.

“Lora, awak tak boleh tidur tepi, nanti jatuh," tingkah Miya.

“Katil ni kan besar. Mana boleh jatuh,” jawab Lora.

"Yalah...yalah...come here..." Miya mengalah. Tiga bantal disusun di atas katil, sebelum dia memanggil Lora berbaring bersamanya. Tidak sampai berapa minit, mereka berdua akhirnya terlena.

Adrian pula masih duduk di sofa sambil menonton TV berteman secawan kopi. Tiada siaran menarik, dia menghalakan pandangannya ke arah Miya dan Lora yang sudah lena. Dia dapat melihat keikhlasan Miya setiap kali melayan Lora. Tidak berpura-pura dan tetap menjadi dirinya sendiri. Malah Miya sentiasa bersederhana dalam tindakannya.

‘Thanks Miya. But I’ll divorce you no matter what.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience