2

Mystery Series 1071

Tepat jam 9...

Anas : assalamualaikum

Aku : waalaikumsalam. Ha, masuklah.

Aku mempersilakan rakanku untuk bertamu. Dorang ni memang selalu datang rumah aku, x kira masa. Kadang2 siang, kadang2 malam. Dah macam adik beradik. Kawan2 abah pun anggap dorang ni anak2 abah. Manakan tidak, nak balik kampung pun kadang2 dorang ikut juga.

Abah pernah warded. Masa tu malam. Arif dengan Anas yang tolong jaga abah, bergilir-gilir dekat ward tu.

Rasa suka tu tak pernah ada pun bagi pihak aku. Aku tak pernah ada rasa suka dekat kawan2 aku. Suka sebagai kawan tu, biasalah. Cuma kadang2 ada je orang usik2. Kononnya sesuai dengan Syurahbil, sesuai dengan Arif, sesuai dengan Anas. Pada aku, dorang ni semua tak ubah macam abg2 aku sendiri.

Aku : sebenarnya apa hal kau datang? X bawak laptop pun. Kata urgent.

Anas : sabar dulu. Tunggu yang lain2 datang.

Abah : laaa ada Anas. Nak makan apa? Order je. Nanti suruh orang cod.

Anas : rasa nak pizza. Boleh ke pizza?

Aku : boleh. Nanti aku order. Guna apps bungkusit la kan? Tu company melayu.

Anas : x kisah la. Asalkan pizza.

Abah : kalau order pizza, order lebih. Aku dengan mak mu nak jugak. Tapi kami taknak yang ada nenas.

Aku : ok noted.

Kawan2 aku semuanya dah biasa dengan mak abah. Abah dengan mak suka meraikan kawan2 aku. Tambahan pula, kawan2 aku baik2 semuanya. Belum pernah lagi ada lawak2 bodoh yang menjurus kepada kelucahan. Nakal2 biasa, main game dan sesekali mencarut tu biasalah. Noob, x pandai main, biasalah kalau kalah tercarut sikit2..

kami memang terkenal sebagai anak muda PAS. Kerja2 pasang bendera setiap kali PRU memang kerja2 kawan aku. Mereka replika jentera tu kerja aku. Kawan2 aku cuma merealisasikan jentera yang aku lukis tu je.

PRU baru ni berapa lama dorang berkampung kat rumah aku. Sebab design untuk replika PRU tahun tu, aku buat robot Optimus Prime, tapi warna hijau putih. Bila dah siap, boleh tahan lawa juga.

Lepas mengundi pun, robot tu masih kekal dekat markas PAS kampung aku. Hahaha. Kelakar pula bila ingat balik. Pakcik2 di kampung ni pun "asal ada replika, ok la" "hasil kerja anak muda" dan sebagainya.

Selang beberapa minit, kawan2 yang lain mula bertandang.

Arif : kau order apa malam ni?

Aku : pizza 2 set, mushroom soup dengan garlic bread. Air korang tapau la. Aku nak nescafe ais.

Raqib mengeluarkan telefonnya.

Raqib : kau dah gerak ke?

Raqib : hah, tapau air.

Raqib : nescafe ais 4, milo ais 4. Cepat sikit. Nak bersidang dah ni.

Oh, dia call Muammar. Muammar biasanya datang lewat sebab dia kena uruskan mak dia dulu. Mak dia stroke full body. Ayah dia pun x berapa sihat.

Aku : call balik, Muammar. Aku nak burger dia. Burger kahwin special, ayam daging tapi x nak sayur.

Raqib : alah, kau ni.

Raqib menelefon Muammar semula dan menyampaikan pesananku.

Muammar tak berpeluang untuk sambung pengajiannya kerana keadaan ibu dan ayahnya. Project ladang ayah dia, semuanya dia yang uruskan. Tapi, Muammar ni bukan sejenis anak mak yang serba serbi ditanggung mak ayah. Gaji felda hampir 2-3 ribu sebulan, semuanya dimasukkan ke dalam akaun ayahnya. Dia pula mengusahakan kedai burger di hadapan rumahnya bagi menampung hidupnya sendiri. Muammar, sangat mandiri. Aku memang respect mamat tu. Lelaki zaman sekarang, ramai yang lembik mengalahkan si pondan sajat. Serba serbi mak ayah support. Elok jadi kucing je la sepatutnya. Memalukan kaum lelaki je bila semua benda mak ayah support.

Aku : dah, cepatlah. Kenapa sebenarnya nak jumpa sangat malam ni? Korang tahu tak, malam ni aku nak layan SpongeBob the movie yang out of water tu.

Raqib : yang mana ek episod tu?

Aku : movie weh. Birthday SpongeBob, tapi Patrick dengan sapa ntah bawak SpongeBob naik ke darat. Cik Krab dengan kawan2 dia yang lain tengah hias rumah dia untuk celebrate birthday dia.

Syurahbil : x sedap episod tu. Tengok yang paling latest tu. Sponge on the run. 3D. Best. Aku tengok dah.

Aku : ye dok? Pasal apa cite tu?

Syurahbil : kena tengok sendirilah. Nanti x best kalau aku dah spoil.

Arif : tak, nak jumpa malam ni sebenarnya sebab Anas nak confess. dia suka kau, Cah.

Aku : eh, gila betul.

Anas : hmm belum apa2 dah kena reject.

Syurahbil : mujur main2 je. Kalau betul2, memang habislah kau Anas. Gitu je dia reject kau.

Kata2 Syurahbil disambut hilai tawa kawan2 yang lain. Aku masih tak tahu, apakah topik yang urgent sangat tu.

Muammar : Assalamualaikum. Korang dah bincang ke?

Aku : waalaikumsalam, belum. Bak burger. Nak makan. Craving burger kau lama dah weh.

Arif ; jodoh la tu.

Aku ; diamlah Arif. Aku tahulah kau stress sebab kena reject dengan Izzati semalam. Ingat aku tak tahu ke?

Syurahbil : serious la?

Aku : aku tipu je.

Aku : ok2 sebenarnya kenapa nak jumpa malam2 yang mengantuk macam ni.

Raqib : perempuan yang kau bawak tadi tu nama apa?

Aku : dia cakap nama dia Sumayyah.

Anas : well said. Rumah dia kat mana?

Aku : rumah dia dekat blok 10. Dekat2 je dengan rumah Saiful dengan Pikah.

Muammar : aku dah agak dah. Kalau boleh kau x payah la kawan dengan dia.

Aku : why? Dia nak belajar berkuda dengan aku. Tapi setiap pagi jumaat je. Hari khamis dia nak pergi hauzah.

Arif ; nak pergi hauzah? Aku rasa betul la dia la orang yang kita bincang siang tadi tu weh.

Aku : hauzah tu isteri kan?

Anas ; apa benda kau ni? Hauzah tu markas syiah. Zaujah tu baru maknanya isteri.

Aku : oh, lepas tu aku nak kena buat apa? Aku dah janji nak ajar dia berkuda.

Syurahbil ; aku rasa setakat ajar berkuda tu takda masalah pun. Ajar je la. Tapi kalau dia dah start ajak kau pergi hauzah ke, pergi mana ke, x payah la ikut. Bahaya la. Aku pun dengar2 je yang family dia tu semuanya syiah.

Muammar : memang family dia syiah. Yazid yang sebaya dengan aku tu pun syiah. Syiah pure. Extreme gila mamat tu. Siap pergi Syria lagi.

Aku : Syria tu ISIS kan.

Muammar : ISIS tu askar yang pergi Syria untuk berperang dengan Syiah Houti pimpinan Bashar Assad. Tapi sebenarnya, ISIS sendiri dah berpecah. Ada sebahagiannya bergabung dengan askar syiah. Sebahagian yang lain, bergabung dengan sayap kanan Al Qaeda dari Afghanistan. Dorang ni duduk bawah FSA. Free Syrian Army.

Raqib : aku pelik, kalau join perang tu memang mati katak je la?

Muammar : tengoklah iktiqad kita macam mana. Kalau join perang sebab nak dapat nama, memang mati katak je la. Join la perang sebab ianya salah satu jalan Allah. Bela agama.

Arif : aku ada tengok video2 syiah kena pancung. Dorang kena pancung tu dengan ISIS ke FSA?

Muammar : mungkin dengan ISIS sebab ISIS ni puak Yazidi pun dia bunuh. ISIS ni banyak cabangnya. Dekat Malaysia pun mungkin ada. Tapi, dekat Indonesia memang confirm ada. Ingat tak, pasangan suami isteri yang bom gereja katedral dekat Bandung kalau tak silap aku.

Aku : haa ingat2. Dorang bom bunuh diri, kan. Bombardir.

Muammar : ya. Dorang ni duduk bawah Jamaah Ansharut Daulah (JAD) yang memang berbaiah dengan Abu Bakar Al Baghdadi.

Syurahbil : haish... Extreme betul.

Aku : jadinya macam mana? Aku boleh ajar Sumayyah ke tak boleh, jumaat ni?

Muammar : kitorang rasa boleh ajar. Tapi, jangan la rapat dengan dia. Bahaya. Bahaya kepada akidah. Fitnah besar tu.

Aku cuma mengangguk faham.

Tapi, aku pun x pasti betul ke Sumayyah tu syiah. Cuma, in shaa Allah aku tak terpesong sebab aku cukup faham untuk membezakan syiah dan ASWJ.

Bunyi hon motor dari luar rumah mengejutkan kami.

Aku : tu pizza kau dah sampai. G ambik. Aku bayar dah. Kalau dia bagi balance, x payah ambik, sebab aku bagi tips dekat dia.

Anas ; ha, kejap.

Raqib : pergh, order pizza lagi, burger lagi. Kau ni bela saka ke Aishah?

Aku : ah, senyap2.

Arif ; badan sekeping, selera makan macam anak harimau. Sekor lembu dia sorang je makan.

Aku : senyap kau Arif.

Kami mula berborak kosong.

Malam tu, aku mula berfikir. Perlu ke aku ajar Sumayyah berkuda? Aku bukan tak kenal perangai syiah, aku kenal... Dorang sangat suka bertaqiyah.

Tapi, kalau tak tolong kesian pulak sebab dia pun nak belajar. Mungkin dia memang betul2 nak belajar tanpa berkira-kira tentang fahaman yang mungkin berbeza.

Haih, tidur je la. Pagi jumaat ni, kalau dia tak datang kira cancel je la. Malas nak pening2. Aku mula rasa x seronok dah nak mengajar dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience