MIYA terkebil-kebil memandang siling. Entah mengapa dia tidak dapat melelapkan mata sedangkan jam sudah menunjukkan pukul satu pagi. Adrian di sebelahnya sudah lama hanyut dibuai mimpi.
Puas terlentang, dia memusingkan tubuhnya mengadap Adrian. Lama dia merenung wajah kacak yang kembali menghiasi indera penglihatannya saat dia bangun dari tidur. Ada rasa bahagia, ada juga rasa takut. Takut jika dia benar-benar tidak boleh mengandung lagi kesan pil gugur yang diberikan Eryna. Apa Adrian tidak akan menjadikan itu satu masalah? Apa Adrian tidak kisah jika perkahwinan mereka tidak dikurniakan anak? Adakah Lora seorang sudah memadai baginya? Bagaimana jika suatu hari nanti, TS Alexander, atau Adrian sendiri mahukan seorang anak lelaki untuk mewarisi kekayaan mereka? Jika dia tidak mampu menunaikan permintaan itu, adakah dia perlu mengizinkan Adrian berkahwin lagi?
Sontak Miya merapatkan kelopak matanya apabila membayangkan kemungkinan itu. Lama dia terpejam, berharap dapat mengusir bayangan itu dari kotak fikirannya, namun tidak berhasil. Tetap juga dia terbayang, Adrian menjabat tangan jurunikah dan menikahi wanita lain membuat kepalanya sakit berdenyut-denyut.
Tidak mahu terus menerus memikirkan perkara itu, Miya bangkit. Dicapai kemeja Adrian di lantai lalu disarungkan ke tubuhnya sebelum membutangnya satu persatu. Sepertinya dia perlu melakukan sesuatu untuk mengalihkan fikirannya.
Miya tiba-tiba teringat buku yang dihadiahkan Adrian pada hari lahirnya yang belum sempat dia baca. Segera dibawa langkahnya ke walk-in closet. Kotak berisi buku yang masih tersimpan kemas di dalam bagasi dia keluarkan sebelum dia kembali ke bilik tidur.
Melabuhkan duduk di sofa yang terletak di hujung katil, dia mengusap tajuk buku itu yang menggunakan tinta berwarna emas. WHY I LOVE YOU: A JOURNAL OF US (WHAT I LOVE ABOUT YOU). Ah, membaca tajuknya saja sudah membuat dia tersenyum.
Dia selak muka surat pertama. Terpampang gambar dia bersama Adrian ketika mereka bercuti di PD. Lora yang berkeras mahu dia dan Adrian mengambil gambar berdua. Malah Lora yang sibuk mengatur gaya mereka di depan kamera sehingga akhirnya terhasillah gambar ini. Dia melunjur dengan tubuh disandarkan pada dada Adrian sambil mata saling bertatapan. Sementara Adrian menopang tubuh dengan satu tangan dan satu tangan lagi memeluk pinggangnya.
Masih terlayar jelas di ruang mata setiap momen yang berlaku pada ketika itu. Bagaimana kekoknya dia berada di dalam posisi itu bersama Adrian. Apatah lagi saat diminta Lora supaya dia dan Adrian saling bertatapan. Melihat semula gambar itu, baru dia sedar, tatapan Adrian padanya ketika itu, seperti menggambarkan perasaan sebenar lelaki itu terhadapnya. Tatapan teduh dengan senyum nipis yang sangat jarang dia perlihatkan.
Miya menyelak muka surat kedua.
Sebaris tulisan bertaip berbunyi ‘I love you because’, di bawahnya ada satu tempat kosong yang diisi dengan tulisan tangan Adrian. ‘…you have a nurturing nature and you take care of me and Lora.’
Dibelek pula muka surat ketiga. ‘I love you because, you have a huge and honest heart.’
Satu demi satu muka surat dia selak membaca setiap catatan Adrian dengan senyum yang tidak lekang dari bibirnya.
- I love you because even in the coldest weather you warm me with your love and warmth.-
- I love you because I feel comfortable around you.-
- I love you because you have such a beautiful smile and that smile makes me happy all day.-
Bersama catatan itu ada sekeping gambar Miya sedang tersenyum lebar menerima pingat semasa menyertai acara ibu bapa hari sukan sekolah Lora.
Miya tersenyum. Tidak sangka Adrian curi-curi mengambil gambarnya.
-I love you because I like cuddling with you.- Catatan itu mulanya membuat Miya tersenyum, namun sesaat kemudian senyumnya sirna. Itu kerana Adrian melatakkan sekeping gambar dia sedang tidur di dalam dakapan lelaki itu; posisi yang dia selalu berada setiap kali bangun dari tidur. Ah, hodoh sekali dengan mulut yang ternganga itu.
“Apa ambil gambar macam ni…” rungutnya.
“Ada banyak lagi gambar macam tu dalam phone saya.”
Terjongket bahu Miya membuat dia sontak menoleh. Dilihat Adrian sedang melangkah ke arahnya sambil menguap. Dengan rambut sedikit kusut, wajah mamai, entah kenapa dia merasakan Adrian nampak agak seksi.
Miya beranjak sedikit apabila Adrian melabuhkan duduk di sebelahnya.
“Kenapa tak tidur?” tanya Adrian lalu melingkarkan tangannya ke bahu Miya.
“Tak boleh tidur.”
“Kenapa?”
“Entahlah.” Miya membelek-belek buku yang masih belum habis dibaca. Entah berapa muka surat semuanya kerana buku itu nampak agak tebal.
“Dah habis baca?” tanya Adrian. Tidak dapat dia menahan senyum apabila melihat Miya sudah membaca buku itu.
“Belum. Baru baca separuh sebelum awak datang kacau saya.”
“I can’t sleep without you,” ujar Adrian sambil menarik tubuh Miya rapat ke arahnya.
“Really? Jadi selama kita bercerai tu, awak tak boleh tidurlah?”
“Yeah.” Adrian tidak berbohong. Selama tempoh dia berpisah dengan Miya, dia tidak mendapat tidur yang sempurna. Terasa kosong dan seperti ada sesuatu yang membuatnya selalu terjaga di tengah malam.
“Kesiannya.” Dengan nada memerli dan senyum sinis, Miya mengusap pipi Adrian dengan belakang tangan.
Tidak tersinggung dengan perbuatan Miya, Adrian menangkap pergelangan tangan isterinya itu lantas mengucupnya lembut.
“Jomlah tidur,” ujarnya.
“Saya tak boleh tidur.”
“Sebab ada saya?”
Miya berdecit. “Bukanlah.”
“Then, what’s bothering you? Tell me…”
Miya diam. Tunduk, dia masih berfikir-fikir sama ada mahu memberitahu Adrian atau tidak tentang apa yang merisaukannya.
“What’s in your mind, Miya? Just…tell me.”
“Nothing.” Akhirnya dia memutuskan untuk tidak memberitahu. Biarlah. Masih terlalu awal untuk membincangkan tentang anak.
“Janganlah macam tu. If you…”
“Betul. Tak ada apa-apa.”
“Betul?”
Miya mengangguk.
“Kalau macam tu, jom tidur.” Adrian sudah bangun sambil menarik tangan Miya supaya ikut berdiri. Mahu tidak mahu, terpaksalah Miya menurut.
Saat berbaring di lengan Adrian, mata Miya menancap pada luka di bahu suaminya itu. Kelihatan masih bengkak dengan benang yang nampak jelas. Terhulur tangannya menyentuh bahagian luka itu.
“Mesti sakit kan?”
“Boleh tahan.”
“Itulah hari tu awal sangat awak bukak balutan dia.”
“Tak selesa.”
“Masa mandi ada kena air ke?” tanya Miya. Takut pula dia melihat kesan jahitan itu.
“Sebelum ni saya elakkan bahagian tu. Tapi esok memang tak boleh elak.”
Merah wajah Miya dengan jawapan Adrian, namun dia tidak berkata apa-apa. Telunjuknya masih mengusap sekeliling bahagian luka itu.
“So kita dah fair. Saya ada parut kat belakang. Awak parut kat bahu. Luckily this is not my favourite part.”
“So where is your favourite part, hmmm?” Adrian mengeratkan pelukan pada tubuh Miya.
“I have no favourite part.”
“Are you sure?”
“Yeah.”
“Should we check it?”
“Check what?” Berkerut wajah Miya memandang Adrian dengan tatapan hairan.
“Tadi saya dengan Richard pergi rumah Eryna.”
“And?”
“We were looking for devices that are used to record footage from cameras in our room and other parts of our home.”
“Then? Awak jumpa?” tanya Miya tidak sabar.
Adrian mengangguk. “Dia ada satu bilik khas untuk monitor semua kamera. But don’t worry, saya dah rampas semua device yang ada kat bilik tu. Semua rakaman pun dah selamat ada dalam tangan saya. Tapi kalau dia ada simpan dekat tempat lain macam handphone ke, saya tak tahu. Harap-harap handphone dia dah tenggelam dalam laut hari tu. Saya ada cek drive dia, tapi dia tak ada simpan rakaman kat situ. So, conclusion awal yang saya boleh buat, kita selamat.”
“Gila…”
“Memang gila. Tapi saya tak rasa yang dia nak guna rakaman tu untuk ugut kita. Mungkin dia cuma nak tahu apa yang berlaku antara saya dengan awak.”
“Macam mana awak boleh terjebak dengan perempuan gila macam tu?”
“Dia tak nampak macam orang gila.”
Miya diam. Benar juga. Eryna nampak normal dan tidak seperti perempuan gila atau psiko. Pandai sungguh dia menyembunyikan kegilaannya itu di sebalik sikap professional seorang pembantu peribadi.
“Dekat mana dia letak kamera tu?” tanya Miya.
“Dalam master bedroom tu, dekat bahagian atas cermin solek. Dia letak dalam lampu atas dekat cermin solek tu”
Miya memejamkan mata dengan desahan nafas lega. Cermin solek itu terletak bersebelahan katil. Mungkin katil itu tidak termasuk dalam capaian kamera.
“So, tak nampak katil dalam kamera tu?”
“Tak.”
“Nasib baiklah.”
“Mungkin dia rasa tempat tu yang paling sesuai, yang orang takkan perasan.”
“Bila dia letak kamera tu, dia boleh dengar apa-apa bunyi ke? Kalau macam CCTV, kita cuma boleh nampak imej, tapi tak dengar bunyi kan?”
“Nak cuba dengar rakaman enam bulan lepas?”
“Tak naklah!”
“We can check if you have mentioned your favorite part of my body.”
“Saya takkan mentioned benda-benda macam tu.”
“Kalau awak mentioned pun bukan awak sedar. Mungkin awak meracau ke.”
“Saya tak pernah meracau…”
“Sebab tu kita kena cek…”
“Shut up!” Miya sudah malas mendengar lagi. Sejak dulu, Adrian suka mengusik dan membuatnya malu dengan perkara-perkara seperti itu. Tarik selimut, dia memusingkan tubuhnya membelakangi Adrian.
“How dare you asked me to shut up, huh?”
“Of course. I’m your PA now. I can be more daring than your previous PA. I don’t need cameras to monitor you because my eyes and instinct could do better.”
Adrian tertawa. Satu tangan terhulur memeluk pinggang Miya. “Yeah…Always trust your instinct but not your eyes.”
“Why?”
“Sebab apa yang awak tengok, tak semestinya apa yang awak fikirkan.”
“Really?”
“Ermmm.” Adrian hanya menjawab dengan gumaman. Matanya sudah kembali mengantuk dan hampir terpejam sebelum tiba-tiba Miya bersuara.
“You want to know which part of your body that I like the most?”
“Yeah.” Mata yang mengantuk kembali segar; tidak sabar mendengar jawapan Miya.
“It’s one of your internal organs.”
“What?” Sebanyak-banyak bahagian menarik pada tubuhnya, mengapa organ dalaman juga yang disukai Miya? Organ mana? Limpa, pankreas, usus, buah pinggang?
“Heart. It’s your heart. I love when I can feel your heartbeat on my back. Like this.” Merujuk kepada posisi mereka sekarang ini. Belakangnya yang rapat ke tubuh Adrian membuat dia dapat merasai degup jantung lelaki itu.
Tersenyum Adrian mendengar jawapan Miya sambil terus merapatkan tubuh mereka.
“I love it when my favorite part is close to your favorite part.”
“Saya salah dengar ke? Favourite part or private part?”
“Good night, Adrian.” Miya malas melayan apabila Adrian sudah mula mengusiknya
BEBERAPA hari juga mereka tinggal di hotel kerana Adrian perlu memastikan semua kamera di dalam kondo itu dikeluarkan. Malah segala peranti yang terdapat di rumah Eryna juga sudah dirampas dan dihapuskan. Setelah yakin selamat, barulah Adrian membawa Miya pulang ke kondo mereka itu.
Sebelum itu mereka menjemput Lora terlebih dahulu di rumah Datin Fauziah. Laju Lora berlari menerpa sebaik sahaja melihat Miya keluar dari kereta.
“Omma!”
Miya berjongkok, menyambut Lora ke dalam pelukannya. Erat pelukan Lora sambil berkali-kali mengungkapkan I miss you. Padahal baru beberapa hari mereka berpisah. Pada mulanya Adrian berhajat membawa Lora bersama ke Bahamas, namun disebabkan Lora perlu menjalani peperiksaan, ditangguhkan dahulu niatnya itu.
“Omma, tengok. I got one hundred for English, Maths, OCC, and Moral.” Lora menunjukkan kertas ujiannya kepada Miya
“Wow…Pandainya.” Miya melihat satu persatu kertas ujian Lora.
“Kenapa Bahasa Melayu 98?” Miya membelek kertas ujian Bahasa Melayu mencari soalan yang tidak dijawab dengan batul oleh Lora.
“Lora ingatkan tu gambar anjing. Tapi teacher kata kambing,” ujar Lora.
Miya tertawa apabila melihat Lora melabel gambar kambing sebagai anjing. Dihulurkan kertas itu kepada Adrian yang lantas disambut oleh suaminya itu.
“You two should take her to the farm,” ujar Datin Fauziah.
“Tak apalah. At least lepas ni dia dah kenal kambing,” balas Adrian.
“Daddy cepat. I can’t wait to go home,” ujar Lora.
Datin Fauziah menggeleng. “Dah jemu tinggal dengan atuk mama ke?”
“Bukan. I miss omma.”
Miya tersenyum sambil mengusap lembut puncak kepala Lora.
“Okay ma, kita orang balik dulu.” Adrian meminta diri.
“Yeah. Drive safely. Lora, come here.”
Lora menghampir Datin Fauziah lalu menyalami neneknya itu.
Di dalam kereta, riuh mulutnya bercerita itu dan ini kepada Miya. Hanya sesekali dia menyapa dan bercerita kepada daddynya. Selebihnya hanya Miya, Miya, Miya. Benar-benar Adrian terasa seperti dia bapa tiri dan Miya ibu kandung Lora.
Sesampai di depan pintu kondo, Miya teragak-agak mahu melangkah masuk. Ragu jika masih ada kamera yang tersembunyi di mana-mana.
“Kenapa?” tanya Adrian apabila melihat Miya masih berdiri di luar.
“Sure dah tak ada kamera?”
“Definitely sure. Saya dah panggil pakar cek. Dia ada alat khas untuk kesan kamera tersembunyi. Memang dah clear.”
“Betul ke?” Miya masih ragu.
“Betul.”
Melihat Adrian begitu yakin, Miya akhirnya melangkah masuk. Baru dua minggu, namun entah mengapa terasa sudah lama dia tidak pulang ke rumah ini. Rumah yang terlalu banyak dan sarat dengan kenangan meskipun belum sampai dua tahun didiami. Kenangan manis, pahit, suka, duka, semuanya cukup.
“It’s good to be home…” getusnya.
“Yeah. Me too…” Seiring bisikan halus yang singgah di cuping telinga, dua tangan memeluk pinggangnya erat.
Benar-benar Adrian bahagia dapat kembali semula ke rumah ini. Rumah yang pada awalnya dia berniat mahu menghuninya sementara saja. Justeru sekarang, rumah ini yang amat dirinduinya. Rumah yang dia rasa akan sentiasa hidup dengan adanya Miya.
.
.
.
DUA minggu kemudian, Miya memulakan tugasnya sebagai pembantu peribadi Adrian selepas selesai urusan serah tugas dan perletakan jawatannya sebagai pengurus pamasaran DayMond Jewels.
Agak sukar pada mulanya untuk menjalankan tugas sebagai pembantu peribadi. Banyak perkara baru yang dia perlu belajar. Mujurlah boss itu suaminya sendiri. Jika ada kesalahan pun, dia tidak dimarah. Namun kesukaran itu hanya untuk beberapa hari pertama. Tabiatnya yang sentiasa memastikan semuanya teratur membolehkan dia menjalankan tugas itu dengan baik. Setidaknya, dia tidak mengulangi kesilapan yang sama dan dia cepat belajar. Walaupun bekerja dengan suami, namun dia tidak menggunakan kelebihan itu untuk sambil lewa.
“Saya nak mintak keluar sekejap lepas rehat tengah hari ni,” ujar Miya ketika dia dan Adrian menikmati makan tengah hari di dalam pejabat lelaki itu.
“Nak pergi mana?”
Miya terdiam sejenak sebelum menjawab. Adrian pula tidak mengalihkan tatapannya dari wajah Miya sehingga isterinya itu bersuara.
“Nak jumpa Bee.”
“Nanti saya mintak Akram hantar.”
“Tak apa. Tak apa. Nanti Bee datang jemput saya.”
Berkerut dahi Adrian. “Dia tak kerja ke?”
“Dia ambik cuti setengah hari.”
“What’s your plan?”
“Well…” Miya kelihatan berfikir-fikir. Benar-benar dia bukan sejenis manusia yang pandai berbohong. Terasa kekok dan canggung. “…adalah.”
“Kenapa rahsia?”
“Bukan rahsia. Cuma ni hal berkait dengan perempuan, boss lelaki tak perlu tahu.” Miya terkekeh sambil meneruskan suapan, tidak berani menentang tatapan Adrian.
“Okay.” Adrian akhirnya bersetuju.
“Thank you.” Miya tersenyum sebelum menyuap salmon panggang ke mulut Adrian. “Lepas tu saya terus balik rumah. Sebab saya dah cek jadual awak, lepas lunch hour ni awak free.”
Adrian tidak berkata apa-apa. Dalam hati menaruh sedikit rasa curiga kerana Miya seperti menyembunyikan sesuatu daripadanya.
Habis waktu makan tengah hari dan setelah Miya keluar dari biliknya, Adrian menghubungi Richard, meminta lelaki itu mengekori Miya. Bukan dia meragui atau tidak mempercayai Miya, tetapi tidak biasanya Miya menyembunyikan sesuatu daripadanya.
Dan telahannya betul apabila lebih sejam kemudian, Richard menghubunginya memberitahu Miya ke Klinik Pakar Wanita. Dia tidak bersama Balqis sebaliknya menggunakan perkhidmatan Grab.
Berkerut dahi Adrian. Klinik pakar wanita? Apa Miya sakit? Atau Miya ada masalah berkaitan kesihatan wanita? Masalah apa? Kenapa Miya tidak pernah membincangkannya?
Atau Miya mengandung? Ah, tak mungkin. Setakat ini, Miya tidak pernah terlepas tamu bulanannya. Jadi kenapa Miya berkunjung ke klinik itu?
Ketika dia pulang malam itu, Miya kelihatan biasa saja. Tetap menjalankan rutinnya seperti biasa. Tidak nampak seperti seseorang yang sakit. Malah Miya juga tidak memberitahunya apa-apa. Berkali-kali dia mengajak Miya makan malam di luar bimbang isterinya itu kepenatan, namun Miya menolak dengan alasan yang sama seperti dulu. Makanan yang dimasak di rumah lebih sedap.
Ingin dia bertanya mengapa Miya mengunjungi klinik itu siang tadi, namun melihat Miya sibuk melayan Lora menyiapkan kerja sekolahnya, diurungkan dulu niatnya itu.
Share this novel