BAB 2

Family Completed 4900

Saat melahirkan pun tiba. Doktor Syamsul menyuruh Rohani meneran.

“Come on Ani. You can do it…one more…one more Ani.”

Kata kata peransang Doktor Syamsul itulah yang membuatkan Rohani begitu bertenaga dan dengan sekali teran sahaja kepala bayinya itu sudah pun keluar. Alhamdulillah. Bisik Rohani apabila dia melihat sahaja bayinya yang selamat dilahirkan itu.

Tiba-tiba Rohani terasa sakit sekali lagi dan dia terus meneran untuk kali keduanya, sejurus itu juga keluar seorang lagi bayi, kembar rupanya.

“Tahniah Rohani, You got twin, boy and girl, putih macam you juga.”

Begitulah kata kata pujian dari Doktor Syamsul.

“Tahniah Zamri, it’s a twin.”

Doktor Syamsul mengucapkan tahniah kepada Zamri pula. Zamri hanya mendiamkan diri sahaja setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya itu, kembar pula. Doktor Syamsul memang sengaja menyuruh Zamri melihat bagaimana keadaan kelahiran anak anaknya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience