“Perhatian kepada para penumpang Malaysia Airlines 104 yang disanjungi, pesawat akan mendarat dalam masa 10 minit sahaja lagi. Anda dinasihatkan untuk memakai tali pinggang kaledar dan berada di tempat duduk anda masing-masing!”
“Attention to all of Malaysia Airlines 104 passengers, the plane will land in just 10 minutes. You are advised to use the seat belt and be in the seat!”
“Ana! Ana! bangun kita dah nak sampai ni!” kata Jessi. Mata Ana yang tertutup rapat membuka secara perlahan-lahan dengan dahinya yang berkerut. Dia menggosok-gosok matanya dan menarik nafas sambil merenggangkan badannya. “Ohhhhh! Kita dah sampai ke?” kata Ana sambil menguap. “Ehhhh! Tak lagilah dalam 10 minit lagi ni!” balas Jessi. “Lahhhhh! Ingatkan dah sampai. Terkejut aku!” kata Ana. “Tak adalah aku kejut tu sebab nak suruh kau get ready nak turun nanti. Tak adalah kalut sangat nanti. Kau kan clumsy sikit orangnya. Dah alang-alang kau bangun ni apa kata kau tolong kejutkan orang sebelah kau tu. Haishhh! Lena sangat nampaknya tu. Nantikan gelabah pula bila dah sampai nanti!” kata Jessi. Ana memandang ke arah Vanita yang sedang hanyut dibuai mimpi. “Ishhh!Ishhh! Dia ni…” Ana menggeleng kepala. “Oiiii! Bangunlah dah nak sampai ni!” kata Ana dengan suara yang serak-serak basah seperti orang baru bangun tidur. Tangannya menggolek-golekkan badan temannya itu supaya cepat tersedar. “Hmmmm! Dah sampai ke?” Tanya Vanita yang berada dalam keadaan separuh sedar sambil menggosok-gosokkan matanya. “Aduhaiii! Korang ni sama jelah. Kalau naik transport tu tak pernah tak tidur. Haishhh!” kata Jessi sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. “Belum lagi, tapi dah nak sampai. Bak kata Jessi get ready sebelum kapal terbang ni mendarat. Nanti tak adalah kalut sangat.” perli Ana sambil melipat selimutnya dan merapikan tempatnya untuk bersiap turun. “Laaa! Ye ke?” jawab Vanita sambil menggeliatkan badannya. “Yelah! Dah cepat ready-ready nak turun.” Balas Ana.
“Perhatian kepada para penumpang Malaysia Airlines 104 yang disanjungi, pesawat telah tiba ke destinasi. Diminta untuk bertenang dan menuruni pesawat ini secara bergili. Terima Kasih.”
“Attention to the esteemed Malaysia Airlines 104 passengers, the plane has arrived at its destination. Asked to calm down and get off the plane in a row. Thank you."
Mereka bertiga mengambil beg tangan mereka masing-masing yang diletakkan di tempat letak beg di atas tempat duduk penumpang menuruni pesawat tersebut. Sesudah menuruni pesawat mereka berkumpul di ‘largage area’ untuk mengambil beg largage masing-masing. kemudian, mereka bergerak untuk ke lobi lapangan terbang tersebut untuk menanyakan tentang tempat yang mereka ingin tuju kepada orang-orang di sekitar itu. Tiba-tiba Ana terasa ingin membuang air kecil dan menyatakan hasratnya itu kepada rakan-rakannya. “Ouchhh! Wehh korang! Aduh! Aku rasa aku kena pergi ke toilet dululah. Dah tak tahan ni. Nak terkucil dah.” Kata Ana dengan badan yang tergedik-gedik tanda ingin ke tandas kepada rakan-rakannya. “Haaa! Pergi jelah! Kami tunggu kat sini!” Balas Jessi. “Okay! Ssssssss! Adoiii! Tolong pegangkan dan tengok-tengokkan beg aku ini dengan barang aku sekali ye!” kata Ana. Ana bergegas berlari mencari tandas. Dia menemui satu tandas berdekatan dengan kedai serbaneka yang diletakkan papan tanda “Out of Service” berwarna kuning di hadapan tandas itu. Tanpa menghiraukan papan tanda tersebut, dia menerobos masuk ke dalam tandas tersebut kerana rasa terkucilnya yang tidak mampu ditahan lagi.
Setelah selesai urusannya di dalam tandas, dia membuka pintu tandas dan pergi ke ruangan mencuci tangan. Sedang asyik dia mencuci tangannya, tiba-tiba dia terdengar bunyi ketukan pintu dari dalam salah satu pintu tandas di situ. Dia menutup pili paip di sinki tempat dia mencuci tangan dan dia cuba mengamati bunyi tersebut untuk mengenalpasti keberadaan suara ketukan tersebut. Bunyi tersebut ternyata datang dari pintu tandas yang pertama. Dia cuba mendekati bunyi tersebut dan membuka pintu tandas itu. Sejurus dia membuka pintu tersebut, sekujur tubuh seorang wanita yang dipenuh dengan darah dibalut dengan plastik lutsinar tiba-tiba jatuh di hadapannya. Kesan tikaman jelas terlihat di serata tubuhnya. Wajahnya juga sudah tidak kelihatan seperti selayaknya seorang manusia. Dia lalu tergamam dan berteriak terkejut melihat keadaan itu. Separuh daripada badannya rebah ke lantai dan tangannya yang tergetar-getar menutup mulutnya. Air mata dan keringat turun beriringan di seluruh wajahnya. Nafasnya menjadi sesak melihat darah yang begitu banyak di tubuh wanita tersebut dan di dalam tandas itu. Dia cuba memberanikan diri untuk memeriksa nadi wanita tersebut dengan meletakkan jari telunjuknya di hujung hidung wanita itu tiba-tiba tangan wanita tersebut menggapai tangannya dan meminta tolong daripadanya. “Ple…ple…please help me! Ple…please save me!” minta wanita tersebut. Dia melarikan tangannya daripada genggaman tangan wanita tersebut kerana terlalu terkaget. Wanita tersebut kelihatan seperti nyawa-nyawa ikan yang tidak lama lagi akan menghembuskan nafas terakhirnya. Dengan dayanya yang terhad, dia mencuba kembali menggapai tangan Ana sambil berkata “Hel..help me! Hel…help me!” Ana yang melihat situasi itu menutup mata sejenak dan menelan air liur. Setelah itu, dia membuka matanya dan berkata dengan tersekat-sekat kepada wanita tersebut sambil menangis “What…what can I help you?” Wanita tersebut menyerahkan satu cip kecil kepadanya. Dia mengambil cip tersebut sambil meneliti cip tersebut dengan dahi berkerut. Sejurus itu, muncul tiga orang lelaki misteri yang masing-masing menutupi wajah mereka dan berpakaian serba hitam. Mata Ana dan wanita tersebut membulat kerana terlalu terkejut dan takut. Wanita tersebut lalu berkata sambil memegang tangan Ana “Run! Run! Run! Faster! You have to….” Ana yang mendengar kata-kata tersebut terus mengambil tindakan untuk melarikan diri dari tempat tersebut. Namun dihalang oleh lelaki-lelaki tersebut. Salah seorang daripada mereka memeluknya dengan lengan yang kekar dari belakang menyebabkan Ana tercekik. Lalu, dia terus menyuntiknya dengan sejenis cecair berwarna cerah yang boleh melemahkan tubuh badan untuk sekian waktu. Ana meronta-ronta untuk melepaskan dirinya, namun dia mendapati dirinya sudah tidak mampu untuk bergerak lagi. Ana langsung rebah ke lantai tandas tersebut. Kemudian, terus tidak sedarkan diri. Setelah melihat keadaan Ana dan wanita itu terkulai di atas lantai, lelaki-lelaki misteri itu terus keluar dari tandas tersebut.
Sementara itu, Jessi dan Vanita mencari tempat duduk setelah mengetahui arah untuk ke destinasi yang mereka ingin tuju sambil menunggu Ana di lobi lapangan terbang itu. Setelah menemui tempat yang ingin diduduki, mereka mengambil tempat masing-masing. “Aduh! Penatnya!” keluh Vanita sambil merenggangkan tubuhnya di atas kerusi yang diduduki. “Aduh! Kau ni, macam tak biasa pula! Ni bukan pertama tau kita bercuti kat luar negara. Hishhh!” kata Jessi sambil menggelengkan kepalanya mendengar keluhan Vanita. “Hishh kau ni! Aku tahu lah!” balas Vanita sambil menjelingkan matanya dan bercemberut. “Dah tu nak mengeluh lagi? Hishhh! Macam-macamlah!” perli Jessi kepada Vanita. “Hisshh! Kau ni‼ Macam mak cik-mak cik dah, membebel pula!” balas Vanita dengan jelingan tajam ke arah Jessi. Jessi memandang sinis ke arah Vanita tanpa berkata apa-apa perkataan pun sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. “A..pa!” cemberut Vanita kepada Jessi mengenai pandangan sinis Jessi terhadapnya. Mendengarkan itu, Jessi memandang terus ke arah Vanita dengan jelingan yang tajam dan berkata “Tak ada apa! Dah lah! Malas nak gaduh dengan engkau. Nanti sampai kesudah tak ada penghabisannya!” kata Jessi dengan menghembuskan nafasnya dengan kuat sambil mengalihkan pandangannya ke hadapan. Vanita hanya menjeling sebentar ke arah Jessi. Kemudian, mengalihkan semula pandangannya ke hadapan melihat orang-orang di situ lalu lalang.
Setelah menunggu beberapa jam tanpa sebarang kata, Jessi gelisah dan cemas tentang keberadaan Ana yang tidak munculkan dirinya semenjak dia pergi ke tandas. Dia cuba melihat di sekelilingnya tapi tidak terlihat kelibat sahabatnya itu. “Aduh! Mana Ana ni? Aishhh! Dah lama ni.” katanya sambil melihat arah jam yang dipakai dipergelangan tangan kirinya. Semakin lama dia menunggu semakin dia berasa gelisah tentang keberadaan Ana. Lalu, dia mengalihkan pandangannya ke arah Vanita yang sedang lena tidur di sebelahnya dengan kepalanya sedikit melentok ke arah bahu kanan Jessi. “Haishh! Dia ni…” rengusnya sambil menjeling kea rah rambut perang Vanita di atas kepala bahu kanannya. “V! V! V!” kejutnya sambil mengenjutkan kepala bahu kanannya. “Hmmmmm!” jawab Vanita yang masih dalam keadaan separuh sedar dan tidak bergerak dari posisi tidurnya. “Bangunlah!” kejut Jessi lagi dengan nada yang tegas sedikit. “Hmmmmm!” jawab Vanita dengan keadaan yang sama. Jessi memusingkan tubuhnya ke arah Vanita lalu menggunakan tangannya untuk menggerak Vanita. “Hissh! V‼ Bangunlah‼‼” katanya dengan geram. “Haaaa! Ye! Ye! Kenapa kau ni, Jess! Kacaulah!” kata Vanita dengan mata yang masih tertutup. Jessi menghembuskan nafas panjangnya dan menolak kepala Vanita dengan perlahan sambil berkata “Hishhh! Kau ni‼! Tahu tak Ana tak muncul-muncul dari tadi lagi!”. Vanita terus terbangun “Haaaaa! Ye, ke?” katanya dengan cuak. “I…ye! Dah dekat lima jam kita tunggu dia tapi… dia tak muncul-muncul pun!” jelas Jessi. “Ehhh! Patutlah aku rasa lama je aku tidur tadi.” kata Vanita. Jessi tidak membalas apa-apa melainkan menunjukkan muka malasnya terhadap kata-kata Vanita. “Tapi…kita buat apa kat sini jomlah kita cari dia!” ajak Vanita dengan tiba-tiba. “Tau pun! Tadi orang kejut balas “hmmmm” je bukannya nak bangun terus! Sekarang ni baru nak gelabah! Hishhh!” bebel Jessi kepada Vanita. “Hissh! Kau ni kuat betullah bebel. Dah lah! Malas nak gaduh dengan kau. Aku nak pergi cari Ana!” kata Vanita sambil berdiri dari kerusi yang didudukinya itu. “Kau nak cari Ana! Kau nak cari kat mana?” kata Jessi yang terpinga-pinga lagi dengan tingkah laku sahabatnya itu. “Nak cari kat tempat yang dia pergi tadilah takkan nak cari kat sini! Kau ni pun….” Balas Vanita sambil memandang ke arah Jessi. “kalau kau nak ikut jom! Kalau tak nak kau duduklah kat sini” katanya sambil melangkah ke arah tandas yang di sekitar situ. “V! Tunggu!” jerit Jessi dari arah belakang Vanita. Jessi terus beredar dari situ dan mengejar Vanita yang sedang berjalan menuju ke arah tandas di situ.
Mereka berdua memeriksa setiap tandas yang ada di berdekatan situ namun, kelibat Ana masih tidak kelihatan. “Aduh! Mana Ana ni? Betul ke dia pergi tandas ni? Tak ada pun! Kelibat dia kat mana-mana tandas yang kita pergi tadi. Aku call pun dia tak angkat. Fon mati ke apa!” keluh Vanita menyandarkan dirinya di dinding berdekatan tandas yang dimasukinya. “V! Mungkin bukan tandas sekitar sini. Mungkin dia pergi tandas lain. Sebab aku rasa ada banyak lagi tandas kat airport ni mungkin ada kat belakang-belakang lagi. Apa kata kita cari kat semua tandas yang ada kat sini! And kita tanya orang-orang kat sini pernah tak nampak Ana” cadang Jessi sambil berdiri di hadapan Vanita. “Hmmmm! Betul juga kan! Tandas kat airport ni mesti banyak! Haaa! Okay! Kalau macam tu, jom kita buat macam yang kau cakapkan tu!” ajak Vanita tanda setuju dengan cadangan sahabatnya itu. “Okay! Jom! Kau cari kat sana! Aku pula cari kat sini!” kata Jessi sambil menunjukkan arah kiri untuk dilalui oleh Vanita dan arah kanan untuk dilalui olehnya. “Okay! Nanti kita jumpa kat sini tau!” jawab Vanita menterbalikkan jari telunjuknya menandakan tempat ini. “Okay!” kata Jessi. Mereka berdua pergi ke arah yang diberitahu sebagaimana perancangan Jessi. Jessi dan Vanita mencari di dalam setiap tandas di haluan masing-masing. Mereka bertanya kepada setiap orang yang lalu lalang di kawasan pencarian mereka masing-masing. Namun, tidak menemukan sebarang maklumat mengenai Ana. Mereka dengan hati yang kecewa kembali ke tempat yang dijanjikan tadi untuk bertemu semula.
Dalam perjalanan ke tempat itu, Vanita sempat terpandang satu tandas yang diletakkan papan tanda “Out of Service” bermakna tandas rosak bersebelahan dengan kedai serbaneka. Dia terhenti seketika dan memerhati tandas tersebut. “Kenapa aku rasa ada sesuatu dengan tandas tu?” soal hatinya. Tiba-tiba, bahunya disentuh oleh tangan seseorang. “V!” panggil orang tersebut. Dia tersentak dan tersedar dari lamunannya. Dia perlahan-lahan memusingkan tubuhnya ke belakang kerana merasakan ada tangan yang memegang kepala bahu kirnya. Dia melihat Jessi yang sedang tercungap-cungap menggenggam kepala bahu kirinya dengan semakin kuat. “V…kau dapat apa-apa info tak pasal Ana?” tanya Jessi dalam keadaan tercungap-cungap. “Tak! Kau?” balas Vanita. “Tak juga! Fuhhh!” jawab Jessi. “Kau…dari mana ni? Tercungap-cungap macam ni?” tanya Vanita kehairanan dengan keadaan Jessi itu. ‘Tadi aku nampak engkau dari jauh. Jadi, aku larilah kat kau!” kata Jessi. “Ohh! Jomlah kita cari tempat duduk untuk discuss pasal Ana!” kata Vanita sambil memandang ke depan. “Okay! Aku pun dah penat ni! Lenguh-lenguh pula kaki ni!” balas Jessi. “Jom!” ajak Vanita. Jessi mengangguk-angguk setuju. Kemudian, mereka berdua melangkah untuk mencari tempat duduk untuk berbincang mengenai Ana. Sebelum melangkah, Jessi memegang tangan Vanita dan mula bersuara. “V! Kenapa tadi kau berdiri lama kat sini? Macam nampak sesuatu? Kau nampak kelibat Ana atau sesuatu yang ada kaitan dengan Ana?”. Vanita pun menghentikan langkahnya lalu memalingkan mukanya ke arah Jessi. “A.. aku nampak satu tandas yang ada papan tanda “Out of Service” kat situ!” kata Vanita sambil menunjukkan ke arah tandas tersebut. Setelah mendengar kata-kata Vanita, Jessi pun memusingkan badannya ke arah yang ditunjukkan oleh Vanita. “Aku rasa ada something dengan tempat tu. Tapi… aku takut nak pergi sana. Sebab aku rasa tak sedap hati!” jelas Vanita lagi. “Ohh! Haah lah! Tempat tu macam something je kan?” kata Jessi sambil memerhatikan tempat itu. “Hmmmm!” balas Vanita sambil menganggukkan kepalanya. “Kau rasa…Ana masuk tandas tu ke?” tanya Jessi menghembuskan sedikit nafas. “Hmmm! Tak kut Jess! Tu ada tanda tandas rosak so tak mungkinlah dia masuk! Kalau aku pun aku tak masuk!” balas Vanita. “Haahkan!” sokong Jessi dengan kenyataan Vanita itu. “Hmmmm! Dah lah! Jom kita cari tempat duduk! Lenguh dah ni kaki aku!” kata Jessi. “Jom!” balas Vanita. Mereka terus memusingkan badan mereka ke hadapan dan terus melangkah mencari tempat duduk di situ.
Dalam masa yang sama, wanita yang terbaring di atas lantai tandas bersama Ana tersedar dan terus membuka matanya perlahan-lahan lalu, dia melihat Ana masih tidak sedarkan diri terbaring di sebelahnya. Kemudian, dia dengan badan yang sangat lemah menggagahkan diri untuk bergerak ke arah Ana. Wanita tersebut menggerakkan badan Ana untuk bangun tanpa bersuara menggunakan tangannya yang dipenuhi darah supaya tidak diketahui oleh lelaki-lelaki tersebut. Ana tersedar namun badannya masih lagi lemah dan hanya mampu untuk membukakan mata sahaja. Namun, gerakkan wanita tersebut terhadap badan Ana membuatnya dapat menggagahkan diri untuk keluar dari tempat tersebut. Ana bangun dengan terhuyung-hayang sambil memegang dinding berdekatannya. Ana menoleh ke arah wanita tersebut dan menghulurkan tangan mengisyaratkan bahawa dia ingin membantu wanita tersebut untuk lari bersamanya. Namun, wanita tersebut menggelengkan kepalanya sambil menggerakkan tangannya ke arah Ana menandakan dia meminta Ana untuk pergi tanpanya. Ana menggelengkan kepalanya menandakan Ana tidak setuju dengan arahan wanita itu. Wanita tersebut menjelingkan matanya ke arah pintu keluar tandas tersebut dan menggerakkan mulutnya dengan perkataan yang membawa maksud “go! go! go!”. Ana sekali lagi menggelengkan kepalanya sambil mengalirkan air matanya. Lalu dia mengambil keputusan untuk pergi ke arah wanita tersebut. Kemudian, pintu keluar tandas tersebut terbuka sedikit demi sedikit. Ketika itu muncul salah seorang daripada orang-orang misteri tersebut. Sekali lagi, mata Ana dan wanita tersebut membulat dan keadaan mereka sangat terkejut menyebabkan badan mereka terkaku ketakutan. Salah seorang daripada mereka berkata kepada Ana sambil menundingkan jari ke arah Ana “Hey! Where do you want to go? Hah!” Wanita tersebut terus berkata kepada Ana dengan suara yang kuat “go! go! go! please go!” untuk mengumpan orang tersebut supaya Ana boleh melarikan diri dari tempat itu. Lelaki tersebut menunding jari ke arah wanita tersebut lalu berkata “Hey you! shout up your mouth!” dan terus pergi ke arah wanita tersebut untuk menutup mulut. Pada waktu yang sama juga, Ana mendengar arahan yang diberikan oleh wanita tersebut dengan mengambil kesempatan melarikan diri daripada tempat itu. Ana meluru ke arah pintu keluar tandas tersebut dalam keadaan yang terhuyung hayang sehingga merempuh segala apa yang ada di hadapannya termasuk papan tanda “Out of Service” yang diletakkan oleh mereka. Setelah melanggar papan tanda tersebut, Ana tersadung jatuh ke lantai. Namun, dia gagahkan dirinya untuk bangun brdiri lagi dan berlari dalam keadaan huyung-hayang. Orang tersebut yang melihat kelakuan Ana terus menjerit “Hey you! Come here! Don’t run! Hey!” Orang tersebut terus memberikan tamparan yang padu ke atas muka wanita tersebut dan melekatkan pelekat hitam ke mulut wanita tersebut. Dalam keadaan terburu-buru orang tersebut menelefon rakan-rakannya yang lain dan memberitahu kejadian tadi. Tidak lama setelah itu, rakan-rakannya mucul dan membantunya mencari Ana. Sementara itu, orang tersebut kekal berada di situ untuk menjaga wanita tersebut supaya wanita tersebut juga tidak melarikan diri. Dalam pada itu, Ana terus melarikan diri tanpa arah dengan terhuyung hayang sambil memegang tiang-tiang yang terdapat di situ.
Setiba di tempat laluan orang-orang ramai, Ana berhenti seketika kerana kepalanya terlalu sakit dan berpusing-pusing serta penglihatannya juga semakin kabur. Sebelum Ana merebahkan dirinya untuk berehat, dia melihat orang-orang misteri tersebut berada di sekitar situ. Ana terus menyorok di sebalik tiang dan mencari peluang untuk pergi ke ruang tengah tempat menunggu. Ana melangkah dengan berhati-hati sambil memandang ke arah belakang tempat keberadaan orang-orang tersebut supaya tidak dilihat oleh orang-orang tersebut. Dalam masa itu, bahu Ana terlanggar dengan dada seseorang yang berpakaian serba hitam dari kepala sehingga ke kaki. Matanya ditutupi dengan kaca mata hitam dan mukanya ditutupi dengan pelitup mulut yang berwarna hitam. Rambutnya juga ditutupi dengan topi hitam bersudu serta memakai kasut dan jaket yang berwarna hitam. Matanya sahaja yang mampu dilihat oleh Ana. Ana sungguh terkejut dan hampir jatuh. Namun, disambut oleh orang itu dan Ana terus berada dalam dakapan orang tersebut. Dalam keadaan itu, Ana sudah tidak berdaya lagi untuk melarikan diri lagi dan terus berkata “Please save me! Save me, sir! Please!”. Nafasnya tercungap-cungap. Semakin lama semakin menghilang bunyi cungap-cungap itu. Matanya terus tertutup dan kegelapan menguasai dirinya. Ana terus tidak sedarkan diri ketika itu.
Share this novel