Rate

SHMPH 1

Romance Series 2091

Asha yang duduk bersimpuh di atas sejadah itu mengelap air matanya . Bila terkenang balik peristiwa hitam itu. Dia menangis. Tapi dia juga teringatkan seseorang. Dia seolah-olah dapat merasakan kehadirannya. Serta merta bibirnya menyimpul senyum manis. Namun sepantas itu dia beristighfar.

Sejak dia berubah pelbagai perkara dia pelajari. Dari dahulu tidak bertudung dah bertudung, dahulu pakai pakaian seksi sekarang mula berjubah, jika dahulu aktiviti kegemarannya ialah bersosial diluar, kini lebih banyak menghabiskan masa di atas sejadah memohon ampun padaNya. Tidak di nafikan lagi peristiwa hitam itu banyak mengajarnya dalam berkawan dan kehidupan.

FLASHBACK

"Uii Ara!! " laung seseorang perempuan yang berbaju sekolah ketat itu. Itulah panggilan untuknya disekolah.

"Ha? Apa Bell??! "

"Jom lah ikut kitaorang bercuti kat pulau."

"Kau gilaaa... Kau bawa GENG Paan ngan Zack kan? " gadis itu senyap.

"Conform mak aku tak beri kebenaranlahh.. " ucap Ara berbaur kecewa.

"Alahh kau tipu jelah, macam tak biasa, "ha tengok tu readers sekalian! Ishhhh tak patut!

"Ok aku cuba, " dia mula menapak meninggalkan perkarangan sekolah. Ketika itu muncul beberapa orang perempuan bersama senyuman sinis.

"Macam mana Bella? Dia nak? "

"Just ready for this holiday guys ! "

Tanpa Ara sedar dirinya diperalatkan oleh rakan-rakannya.
.

"Mak Asha pergi dulu." Asha mencium pipi Mamanya kerana dia ingin berangkat untuk bercuti dengan rakan-rakannya. Namun tiba-tiba tangannya dipegang erat.

"Sayang... Jaga diri tau. Sayang tu perempuan hati-hati. Tak payah nak ikut sangat perangai rakan-rakan Asha tu." kata mamanya sambil mengusap lembut pipi anaknya itu. Sejujurnya berat hatinya ingin melepaskan anak tunggalnya itu. Namun kerana desakan Asha dia mengizinkan sahaja.

Asha hanya mengangguk dan berjalan membawa begnya ke garaj. Namun hatinya dipungut sayu kerana telah menipu Mama dan Papanya. Tiba-tiba dia tersepak batu di hadapan rumah. Entah kenapa hatinya tidak berasa terkejut malahan dia berasa tidak enak. Lantas dia membetulkan baju t shirt baby girlnya dan memakai jaket jeans pendek yang sedari tadi berada di bahu.

"Pak Mat, Mari kita bertolak. " dia mula memasukan tubuh kecilnya ke dalam kereta Mewah milik keluarganya. Sepanjang perjalanan itu dia berasa tidak sedap hati.

•••••••

"Heiii babyyy" jerit Bella. Beberapa rakannya Fiona, Emelda, dan Salbella turut berlari mendapatkannya. Dia tergelak kecil.

"Hai Gengg.. "

"Jomlah cepat kitorang tunggu kau ni"

"Ha yelah... Jom.. Ehh mana geng Hans? "
soalku pelik.

"Hai sayanggg.. "Farhan yang tiba-tiba memaut bahuku membuatkan aku berasa terkejut. Geng-gengnya mengambil tempat di sebelah kawan-kawanku. Akuu membalasnya dengan senyuman.

Dan aku bersama geng-gengku berjalan melalui jeti untuk menaiki bot.

Sesampai sahaja di pulau itu dia berasa takjub melihat keindahannya.

"Wowww!!! " kawan-kawannya yang lain terkinja-kinja keseronokan. Namun ketika menempah bilik hanya dia yang tidak mempunyai pasangan. Kata mereka, untuk dirinya yang special. Ya hari jadiku yang berlangsung tidak lama sahaja lagi. Oleh itu kami bercadang ingin menyambutnya.

Tanpa aku sedar sesuatu rancangan sulit sedang di jalankan.

Di sudut lain...

"Pastikan aku dapat Asha malam tu! " semua mereka tergelak-gelak mendengar arahan Farhan. Rakan-rakan perempuannya yang lain berkepit dengan lelaki-lelaki geng Farhan di ruangan kafe peranginan itu.

"Dasar perempuan tidak sedar diri" ujar Bella. Setelah itu tercetuslah gelakan pontianak harum sundal malam mereka.

Tanpa mereka sedari seseorang mendengarnya. Jaket di kepala dinaikkan. Dia mengetap bibir sebelum berlalu pergi.

••••

"Ashaaa!! Turun makan" laungan ibu mematikan lamunanku.

"Ye ibu Asha turun. " aku mengemas sejadah dan telekung lalu memakai tudung sarung di kepala sebelum bersedia untuk turun.

"Ouh ya telefon! " aku bergegas ke meja lalu mengambil telefon itu. Tanpa sengaja tangganku terjatuhkan rantai yang berada di atas meja. Rantai silver yang cantik. Tapi bukan untuk dirinya. Aku tersenyum kelat.



Ha! Amacam readers Best tak? Huhuhu... Baru nak start jadi sebarang typo mohon maafkan yeee~ ?? Sayang readerrss semuaaa..!!

Vote ?
Comment ??

TQVM

hershanas ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience