Bunga Raudhah aka doremi

Drama Series 2706

Sayup terdengar azan dari masjid annur. Bunga masih betah memeluk beruang besar hadiah tok mumynya.." Bunga bangun sayang,harini bunga kerja kan,nanti tak sempat macam semalam,kalau angah bising tok mumy tak boleh nak backup dah...sebab dah dua kali bunga lewat ni" bebel tok mumy. Bunga mendengus dan bangun,terkelip- kelip mata melihat jam,dah 6.30 bergegas bunga bangun dari katil...kelmarin bunga lewat subuh berjemaah bersama keluarganya..sejak papa dan bonda tinggal bersama tok mumy mereka akan berjemaah bersama,pergi ke masjid annur...yang terletak tak jauh dari rumah tok mumy.
Bunga Raudhah dibesarkan oleh tok ayah zubir dan tok mumy,kerana bondanya tidak mampu untuk menjaganya diatas faktor kesihatan yang agak serius.selama enam bulan mengambil masa untuk bondanya pulih,selama itu juga bunga hanya minum susu yang diperah dari ibunya melalui botol..tubuh yang lemah menyebab bondanya tk mampu untuk menguruskan bunga...sebab itulah papanya mengizinkan bunga dibawa tinggal bersama tok mumy.Bunga hanya sempat merasai pelukan bondanya sehingga umur setahun,selepas itu dia dan ketiga saudaranya beserta dua sepupu kembarnya tinggal bersama tok mumy,kerana papa membawa bonda berubat di luar negeri.Dua tahun kemudian bonda kembali,tubuh bonda kembali sihat...dan bonda papa mula tinggal bersama tok ayah dan tok mumy.Papa agak tegas,tetapi bonda amat lembut...Bunga lebih rapat dengan tok mumy...sebab tok mumy selalu bagi bunga duit belanja lebih...hehe he...
Bunga melangkah cepat ke meja makan,tubuh gempalnya dilabuhkan disebelahtok mumy,semua mata melihat kearah bunga,merenung bunga keatas dan kebawah...namun bunga buat bodoh jer,tangannya laju mencedok mee goreng,baru nak menyuap masuk kemulut,suara garau berbunyi" Bungaaa...tak baca doa dulu ka?dah tk boleh tunggu orang lain,sama-sama sarapan,haih la budak ni"!!!bunyi suara garau yang paling bunga kecut perut siapa lagi kalau bukan sang papa.Mengeleng-geleng kepala ain melihat kelakuan anak daranya yang satu...semua orang dimeja makan tersenyum,satu- satunya bunga dalam rumah ni yang kalau bab makan memang tak pernah ada kompromi...hailah...bungaaa..oh bunga berbeza sungguh dengan melur sang kakak.
Harini bunga mula praktikal,bunga pilih praktikal kat syarikat atoknya,syed zubir aka tok ayah zubir.Dekat sini kakak bunga yang sulong aka along atau nama sebenarnya Melur mardhiah..hehehe,Kembar nombor dua pula angah aka umar uwais,yang paling rare bin jahil ,alang aka Ali hamzah,kesemuanya kerja dengan atok kat sini,papa pula buka syarikat sendiri bersama bunda.sekali sekala papa datang juga tengokkan syarikat atok.Papa cakap dia dah puas hati cara anak- anak dia urus syarikat atok,dan dia nk berehat sambil menguruskan syarikatnya yang tidak terlalu besar seperti syarikat atok,yang berbeza syarikat papa adalah syarikat yang mengambil kontrak pengubahsuaian atau landscape,Syarikat atok pula dalam bidang pembinaan atau properties...hmmm tk jau beza tapi tetap tk sama.

Bunga mengetuk pintu bilik kakaknya," assalamuialaikum along.." ucap bunga setelah kakak nya menyuruh masuk.
" Eh adik,tak cakap nak datang harini," ucap melur,kemudian melur bangun dari kerusinya,membawa tubuhnya yang sedang sarat mengandung anak pertama.Bunga tersenyum berjalan menghampiri kakaknya," akak duduk lah,tak yah bangun kesian baby," jawab bunga sambil mengusap- usap perut melur.Bunga terasa pergerakan baby dalam perut sikakak..tersenyum bunga..tak lama dia akan ada anak buah." Adik dah jumpa angah?nak akak call suruh angah dan alang datang sini,kot- kot adik rindu,kan lama tk jumpa" ujar melur sambil merenung wajah adik bongsunya comellll...
" Nanti lah along,adik datang nak lapor diri,kena praktikal kat sini," adik minta syarikat lain,tapi syarikat tu bagi adik kat sini,frust adik tau" ujar bunga dengan nada sedih." ehh takkan camtu,setahu along papa tk campur kalau pasal praktikal adik ni,along rasa mesti angah dengan alang,sebab adik kan tunang orang,mesti atas arahan dia,walaupun dok jauh nun kat negeri omputih kaki tangan bahkan mata- mata bersepah...along rasa la hmmm" ujar along sambil melepaskan sedikit keluhan...susah kalau dapat bakal suami possessive...payahhh.

Bunga sudah ditunangkan sejak kecil dengan sepupunya syed Muqris,bukan paksaan tapi atas permintaan syed Muqris sendiri sebelum menyambung pelajarannya ke Russia dalam bidang perubatan.Kalau ikutkan hati syed muqris nak nikah terus,tapi bunga masatu baru 13 tahun dan syed muqris 23 tahun,10 tahun jarak mereka,jadi dia simpan bunga dulu demi meneruskan cita- citanya,lagipun biarlah bunga merasa kehidupan seperti remaja yang lain.Biarpun dia jauh di Russia,apa jua tentang bunga dia sentiasa tahu,video dan gambar sering dihantar setiap hari,itulah cara ia melepaskan rindu pada puteri kecil bapa saudaranya.Gadis yang berbadan chubby tapi comel,bibir kecil berdagu terbelah...mata yang sepet seperti dirinya juga.Dia jatuh kasih pada bunga semasa bunga masih kecil lagi,sama - sama tinggal dengan tok mumy...sewaktu bunga dibawa tok mumy,bunga masih kecil amat kecil,sering menangis.Muqris sering mengendong bunga,sambil bersalawat,bunga yang tidak dapat bersama bondanya kerana masalah kesihatan,menjadi gadis kecil yang cukup manja dengan Muqris dan airis.Dari situ lah semua bermula.Kasih dan sayangnya pada bunga bukan main- main.Airis adiknya sudah berkeluarga,dan tinggal Australia mengikut suaminya yang bekerja dengan syarikat perkapalan disana,namun sering menghubungi bunga.

Bunga mengeluh...Muqris seperti papanya,tegas...Muqris pernah memarahi bunga hanya sebab bunga malas belajar,bila bunga berkawan dengan budak lelaki Muqris sering bagi warning kaw- kaw dekat bunga...bunga malas nk dengar muqris membebel,bunga ikutkan saja.sampai sekarang bunga tk lupa ,angah pernah cakap Muqris tu garang,angah pun takut,garang macam papa,tapi kalau depan papa muqris jadi macam tikus...pijak semut pun tak mati...hahaha..

Harini semua orang sibuk,semalam bunga lapor diri kat syarikat atok,harini pula hari sabtu...pejabat memang tutup.Bunga tak kemana- mana,papa tak izinkan bunga keluar katanya orang jauh sampai harini,bunga tahu abang Muqris balik, angah bagitau bunga semalam,kata angah best friend dia tu dah habis belajar flight malam nanti...Bunga tak rasa teruja sebab bila Muqris dah balik dari sana, bunga tahu bunga kena bersedia untuk menghadapi si garang yang mengalahkan singa liar kat at Afrika...upppsss...hahaha..nasib bunga la...bunga redha jaa...sebab bunga tahu dia adalah doremi boleh lari ikut mana-mana pintu...oppsss

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience