BAB 3 - SERANGAN JIN BELAAN

True Story Series 1626

Munah adalah anak kelahiran Johor. Asal Munah mengikut susur galur nenek moyangnya adalah dari Tanah Jawa yang dulunya berhijrah ke Malaysia menaiki kapal. Munah adalah generasi ke empat dari sebelah bapanya. Susur galur sebelah Ibu Munah juga sama dari Tanah Jawa tapi di daerah lain. Hubungan Munah dan ibunya tidaklah serapat Munah dengan bapanya. Bapanya telah pun kembali kepada Allah. Hanya tinggal Munah dan Ibunya sahaja. Ibunya mempunyai jin belaan seperti pontianak, pocong, penanggal dan gendorowo. Kata ibunya kepada Munah jin peliharaannya itu makanannya adalah darah. Darah sehingga mengorbankan nyawa sesiapa sahaja. Munah seperti menerima apa sahaja yang diberitahu oleh ibunya tanpa ada sekelumit perasaan takut. Jin itu adalah sebahagian dari ahli keluarganya anggapan Ibu Munah. Munah tidak boleh marah kerana sesiapa yang buat Munah marah akan diserang oleh Jin keturunannya. Jika ada orang lebih darinya pun akan diserang sehingga tumbang. Akhirnya Munah sendiri tiada siapa yang berani dekat dengannya kerana tak sanggup menahan kesakitan ketika diserang jin Munah.

BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience