Mencari sinar

Drama Completed 4519

Tiga hari sakinah menghabiskan masa bersama suami juga anak nya.mereka holiday di melaka sahaja. Bagi sakinah tak keluar negara pun tak apa, asalkan dia, suami dan anak happy bila bersama. Bila bercuti hazim paling seronok dia lupa semua masalah kerja nya.hazim ni pelik sikit. Suka berkeluarga, tapi.. Tu lah sikap baran dia saja yang membuatkan isteri nya jadi hilang sabar.

Selesai bercuti,mereka pun mulakan tugas masing-masing. Sakinah dan hazim kedua-duanya memang rajin bekerja, bertanggungjawab dalam melakukan tugas masing-masing.
Sakinah selalu dapat pujian di tempat kerja. Ramai pelanggan tetap suka dengan sikap dan layanan sakinah terhadap mereka.

Sakinah memang comel, cute je.. Muka pun boleh tahan cun jugak.Dia selalu jadi usikan nakal lelaki - lelaki miang. Tapi sakinah pandai bawa diri nya. Semua tu pada sakinah tidak penting, kecuali suami dan anak nya sahaja.

PLING! Mesej misteri.

"SAKINAH, AWAK TAK RINDU DEKAT SAYA KE.."

"GILA!" balas sakinah.

"YER, SAYA GILAKAN AWAK.. :)".
Si misteri ni suka sangat buat gangguan.

"JANGAN SAMPAI AKU BAGITAHU DENGAN LAKI AKU YER..". "GILA!"

hangin dah sakinah ni. Dia pun baran juga sebenarnya. Cuma tak la sebaran hazim. Perempuan memang suka cakap main lepas je. Nampak macam berani sebenarnya penakut.. Huhu..

"SAKINAH, NANTI AWAK BALIK NAIK APA..?"
"NAK SAYA HANTAR BALIK KE RUMAH.."?
"AWAK HABIS KERJA JAM 10 MALAM NI KAN..? “

" WHAT!!!.. " " AKU TAK HINGIN LA.. KAU TAK PAYAH SIBUK DENGAN HIDUP AKU BOLEH TAK..? "

" KAU PUN AKU TAK KENAL.. TIBA-TIBA PULAK KAU NAK HANTAR AKU BALIK.. “ "GILA BETUL..!"

hahahaha..

Sakinah ketawa sambil tu marah sebenarnya, sakit je hati sakinah bila di ganggu.

Share this novel

Norazyah Hamid
2020-02-15 12:53:48 

siapa sbnrnya pemanggil misteri ni. x sbr nak tahu


NovelPlus Premium

The best ads free experience