H.H 7

Drama Completed 13286

Pagi itu selepas menunaikan solat subuh,aku terus bersiap kerana mahu membantu mama di dapur untuk menyediakan sarapan....

Selepas selesai menyiapkan sarapan,aku dan family aku pon menikmati sarapan yang dihidangkan oleh aku dan mama itu.

Kemudian aku membantu mama mengemas apa yang patut.Selepas itu,tiba2 papa memanggil aku untuk ke ruang tamu.Lalu aku pon ke ruang tamu didikuti oleh mamaku...

Hani duduk sayang...papa dengan mama ade benda nak bagi tahu Hani ni.Hani tahukan sebab apa tujuan kita ke rumah keluarga Hanafi semalam....Berkatan papa membuka bicara...

Aku pula ketika itu sudah mula cuak dan terkejut serta cepat2 memimirkan apa yang selalu mama kata itu,tapi takkan aku dah gagal dan kene ikut cakap mereka.Aku masih tak bersedia lagi,takkan aku kene jadi wife dalam usia macam ni....Tak mahu aku tak mahu!!...Aku pon menggelengkan kepala aku beberapa kali sebelum kembali ke dunia nyata sebab mamaku memetik jarinya di depan mata aku itu.

Ha...ye apa dia pa..?
Kekenapa ye sebab kita gi rumah dieorang semalam....Hani tak tahulah...?
Pura2ku sebaik mendengar kata2 papa itu...

Laa Hani ni betul ke tak tahu..?ke pura2 buat tak tahu...Mestilah kita datang rumah dieorang tu sebab nak Hani dengan Han kenal2.Dan kalau takde pape,mama papa dan makayah Han setuju nak satukan kamu berdua dan Insyaallah dieorang kata lagi 2minggu dieorang nak datang meminang kamu.....Balas mama dengan pertanyaan yang membuatkan aku jadi terkaku seketika....

Ha..?
ma...masuk meminang.?...Pa Ma kekenapa awal sangat,kan Hani baru habis exam....Lagipon Hani tak bersedialah nak kahwin awal...Pa pliss Hani taknak lagi kahwin....plis ma pliss pa....Rayu aku pada papa dan mama...

Hani,...Papa dengan mama nak yang terbaik untuk kamu Hani.Papa tahu Hani mesti taknak hampakan perasaan kamikan..?
Jadi papa harap sangat yang Hani terima Han...Balas papa sambil memberi alasannya...

Selama aku hidup,semua yang papa dengan mama suruh buat, aku tak pernah bantah..Tapi bila papa dengan mama sendiri suruh aku kahwin dalam usia yang muda,aku tak pernah terfikir pon dan tak pernah lagi rase nak ade boyfriend ke apa ke.Kawan lelaki pon tak ramai itu pon stakat kawan time sekolah dulu pastu ade 2 ke 3 orang je kat kolej tuh....

Erm...Pa Hani bukan taknak hampakan perasaan papa dengan mama,tapi Hani rase tak bersedia lagi tuje alasan Hani....Jawab aku kepada soalan papa,memang tkde niat pon nak hampakan perasaan mama papa aku pon..gumam aku dalam hati...

Hani sayang....kan sebelum ni mama ade suruh Hani cari calon menantu mama,So sekarang ni kalau Hani tak jumpa,apa kata Hani terima je si Hanafi tu.Kan senang nanti,lagipon kita kan dah tahu kenal keluarga dia,Hani pon tahu Han tu macam manakan....Celah mama sambil tersenyum lebar lagi2 menyebut nama si Han tu...

Erm....Okey2 ma pa,bagi Hani masa boleh,lagipon baru sehari Hani ni jumpa dengan si Han tu....Kalau takde pape lagi,Hani nak naik dulu....Balas aku dan terus menaiki anak tangga...

Tak sempat papa atau mama membalas atau kata apa2,aku terus melangkah ke tangga...Aku tak dapat nak fikir macam2 rase sekrang ni,nak marah,nak nagis nak menjerit pon ade....

Sesampainnya aku di bilik,aku terus mencapai telefone,hajat nak call Reen,tapi mata aku tertancap pada mesej dari aplikasi whatsapp,dan terus menekan mesej yang dihantar oleh Han Jisung itu.....

Mata aku terbeliak seketika semasa membaca mesej itu....Ha,sudah mamat ni takkan dia pon kene paksa dengan parent dia jugak.pikirku dalam hati...

Aku berkira nak balas atau tak,tapi disebabkan ayat dia tu,aku membalas....'okey,nanti awak sent location kat saya,saya pon ade bende penting nak bagi tahu awak'...dan aku pon terus bersiap2 untuk keluar....

Selepas memastikan penampilan aku kemas dan makeup tak terlalu tebal,aku pon turun semula ke ruang tamu,..Sampai di ruang tamu,aku meminta izin pada papa,dan selepas mendapatkan keizinan dari papa,aku pon terus melangkah ke kereta aku dan terus memandu ke tempat yang aku dan Han akan berjumpa sebentar lagi....

Setibanya aku di cafe yang dikatakan...Aku pon mermarkirng kereta di tempat parking yang kosong,dan melangkah keluar dari kereta dan berjalam masuk ke cafe itu...Selepas itu,aku kecilkan mata aku untuk mencari si Han dan apabila aku sudah mengecam aku pon melangkah ke arahnya...

Dalam hati,Ya Allah,kenapa aku rase berdebar tak tentu pasal,dahlah pakaian dan gaya dia tu tak ubah oppa gitu,Hish...Hani2,istightfar key...aku pon segera istighfar dalam hati sambil menuju ke arah Hanafi....

Manakala Hanafi yang duduk di kerusi itu,terperasan si Hani,dan sempat memuji dalam hati...erm,boleh tahan jugak perempuan ni,make up pon natural je,dengan penampilan simple dia,boleh gugur iman aku tengok dia lama2....Dan segera Han menggelengkan kepalanya beberapa kali sebelum Hani duduk di hadapannnya....

Aku pon mula duduk di kerusi berhadapan dengan Han.Dalam hati,rase janggal sangat sebab selalu aku kemana2 pasti dengan Reen,tapi harini,Han pula yang ade depan aku,dahlah baru jumpe samalam,pastu denga pulak pasal meminang tu...Peningnya kepala aku memikirkan hal itu..rase serabut dan terbeban....

Selepas aku duduk,Han pon segera memanggil waiter dan memesan makanan kami..Aku tak sempat buka mulut,Han sudah memasan latte dan roti bakar untuk aku..Dalam hati,macam mana dia tahu aku suka latte,roti tupon...?Manakala dia pula memesan coffee krim......

Selepas selesai memesan minuman....aku dan Han seorang pon tak buka mulut lagi.....masing2 senyap....selepas hampir 3minit...Han pon mula membuka mulutnya....

Kau tahukan kenapa aku suruh kau datang sini.Pastu mesti kau dah tahukan yang parent aku dengan kau plan nak satukan kita..?
Tanya Han berterus terang pada ku...

Aku pula mula terkebil seketika dengan soalan...dan aku pon mula berbicara....Ye,saya tahu...memang plan dieorang...Saya jujur cakap,saya tak setuju dan memang tak bersedia lagi....So,awak macam mana...?
Balasku...

Bagus...kalau macam tu,aku nak kau tak payah terima pinangan tu...Lagipon aku memang tak bersedia lagi nak kahwin...Balas Han jujur...

Erm..baguslah kalau macam tu...Saya akan cuba tolak...Dan kalau takde pape,saya nak balik dulu....balas aku dan ingin mengangkat kaki dari situ....

Good...Wait,kau nak gi mana,order pon tak sampai lagi....takkan kau nak gerak dah...Halang Han padaku dari aku keluar dari situ...

Laa...kan dah takde pape nak cakap,lagipon takde apa yang dicakapkan lagi kan...?

Habistu,makan yang aku order tadi tu sapa nak baiskan...takkan aku nak abiskan sorang....

Dah awak order tak tanya saya,saya ingatkan latte dengan roti tu awak punya...Aku pon tiba2 jadi serbe salah dan termalu....

Baik kau duduk...banyak lagi bende aku nak bagi tahu kau ni....Kata Han padaku dan aku pon terpaksa duduk sekali lagi di depan dia...Dan kemudian makanan pon sampai....

Okey...awak nak tanya apa lagi...?
tanyaku pads Han...

Sekrang ni aku nak tahu,macam mana kau boleh ade semalam...

dah saya kene paksa dengan mama papalah....

Abistu,kau tahu tak dieorang ade plan ni...?

Saya mula dapat rase.. Tapi tak sangka pulak firasat saya ni betul...Tapi saya tak puas hati,kenapa awak tarik lengan saya,dahlah sampai masuk kolam lagi....

Han yang dengar jwapan aku tu,terus tergelak...Dah kau tolak aku,aku pon tak sengajalah terpengang lengan kau....haha...

Aku mula naik geram...Hish,awak tahu tak saya hampir lemas....Awak pon satu,kata suruh tolak,saya pon tolaklah awak sampai masuk kolam tu....balas aku geram...

Hahaha...tulah,nak lawan aku lagi...kan diri sendiri dah kene.....padanlah muka kau....

Aku pon hilang mood,ikutkan hati ingin sahaja menyumbat mulu Han dengan roti itu...Tapi sebab masih segan...so aku hanya mampu banyak tunduk...

Alaaa...malu lah tu...Tapikan aku dah say sorry kat kau...Tu makan roti tu....kang sejuk tak sedap....Balas Han sambil memandang aku yang mula menunduk itu...dalam hatinya...Comel pulak dia buat merajuk macam tu,takkanlah hati aku mudah tercuit....Han oi,sedar okey,jangan mudah termakan dengan perangai dia tuh....

Kami senyap beberapa minit...Kemudian....Hani..panggil Han...

Kau sebelum ni,takde boyfriend ke apa ke?....Bukan apa,aku tengok kau ni nak kata selekeh tu tak,nak kata tak cantik pon tak jugak adelah cantik2 dia tu....

Aku yang sedang menikmati latte itu tersedak,dan hampir sahaja air yang disedut itu tersembur keluar,tapi sempat aku ambil tisu....Haa..kekenapa awak tanya soalan mcam tu...?

Sajeje....sebab selama hidup aku,aku tak pernah lagi tegok lagi perempuan yang tolak aku....Pastu berani balas kata dengan aku...Ni lah first aku jumpa perempuan macam kau....

Mukaku mula membahang sambil menahan malu....Yeke...boleh percaya ke awak ni..Kalau macam tu,sayalah orang pertama tolak awak sampai masuk dalam kolam lagi...Tapi memang saya takde boyfriend pon....Kalau setakan kawan lelaki tu,ade 2 ke 3 orang tapi tak rapat sangat...balas aku jujur...

Han dengar jawapan Hani itu,sedikit terpesona...Yerlah sekarang ni nak jumpa perempuan yang tak bergaul dengan lelaki memang jarang...Lagi2 yang jenis tak bercinta atau bercouple ni....fikirnya dalam hati...

Yeke...boleh percaya ke cakap kau ni..?
Tak sempat aku membalas...Tiba2 seseorang memanggil Han...Aku dan Han pon melihat ke arah pemanggil itu...Dan tiba2 hati aku rase macam sesak.....

Perempuan itu pon menhampiri meja kami sambil tersenyum mesra ke arah Han,dan sempat menjeling aku dengan tajam....

Hai....You buat apa kat sini?...Tak sangka kita boleh jumpa balik....Sapa perempuan itu sebaik sahaja sampai di hadapan meja kami...

Manakala Han pula beriyak biasa....Aku datang nak makan...Kan ini cafe...Kau tak nampak ke papan tanda depan tu....Ouh lupa aku nak kenalkan,ni depan aku ni,my future wife.....Tanpa sedar Han tiba2 kata aku ni bakal wife dia..Dah buang tebiat ke apa....Gumam aku dalam hati....

What...?
Serta merta perempuan tu pandang aku atas bawah....Han you main2kan...Han you dengan I kan dah lama kenal...No,ni mesti you guraukan dengan I....Tanya Perempuan itu tak percaya dan ingin sahaja mencampai tangan Han,tapi Han sempat mengelak....

Lantak lah kau nak percaya ke tak...Balas Han dan terus mengajak aku keluar dari cafe itu tapi sempat mengeluarga not 50 dari dompetnya dan Han tinggalkan di atas meja itu.....

Aku pula tergamam dan turut melangkah jejak Han itu...Aku tak sedar semasa Han menarik tangan aku keluar dari Cafe itu....Dan dia terus menarik tanganku sehingga ke keretanya dan memaksa aku masuk ke keretanya.....

Kau masuk sekrang....Selepas kami berdua masuk ke keretanya.Kereta terus dipandu laju dan terus menghala ke jalan besar....

Aku mula cuak..dalam hati ingin sahaja memarahi si Han itu.Tapi aku tak berani bila melihat berapa berapinya kemarahan dia tu....Dan mula terfikir siapa perempuan tadi.....Takkan kekasih dia...?
Lalu aku biarkan sahaja soalan itu berlegar2 di otakku....

Dan kereta yang laju tadi semakin perlahan dan memasuk kawasan perking tasik...Selepas itu,Han turun dari tempat memandunya,dan keluar terus ke arah tasik...

Aku berkira2 nak turun atau tak...Tapi aku rase cam kesian,aku pon turun jugak...selepas memastikan kereta Han itu berkunci aku pon ke arah Han yang sedang melontarkan pandangannya ke arah tasik yang airnya tenang itu....

Okey ,done update for today..... Harap youguys suka dan terhibur....bye see you next chapter.... loveyou...>_u

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience