Dalam kalangan werewolf dia ada 5 ranking (ni dalam version author ye..jangan bandingkan dengan mana2 werewolf lain )
Ranking (kedudukan)
* setiap serigala tidak kira alpha, beta, omega, delta sekalipun akan memiliki suara serigala diaorang tersendiri. serigala ini akan muncul ketika mana situasi Ruts atau mereka mengesan kedudukan mate (pasangan) diaorang yang berada berdekatan.
* Ranking paling bawah adalah omega. Omega ni sejenis werewolf yang paling lemah, tenaga dia tak sama macam alpha, beta dan delta.dia jauh lebih lembut.omega ni juga dia lain sedikit sebab Omega dia jarang berinteraksi dengan serigala dalam dirinya.jenis werewolf ini juga jarang ditemui dan boleh dikatakan hampir pupus juga.kalau ditemui dan dimatekan memang alpha atau beta tersebut sangat bertuah.
*Rangking kedua terakhir adalah Werewolf Delta.Delta ni dia tak macam alpha dan omega yang setia pada pasangan mereka.Delta gemar bertukar-tukar pasangan.dia boleh lakukan apa sahaja.Delta tidak terikat pada ikatan yang dinamakan mate..hanya suka-suka sahaja.Kekuatannya sedikit kuat daripada Omega.Kebanyakkan delta adalah kaum lelaki sahaja.
* Seterusnya adalah Beta.werewolf berangking beta boleh dikatakan Werewolf species yang chill dan relax sahaja.ada sesetengah daripada mereka terikat dengan mate dan ada diantaranya tidak.beta boleh dikatakan setia pada orang yang dia lindunginya.dia boleh hidup tanpa pasangannya.tetapi delta adalah musuhnya..werewolf berangking beta tidak gemarkan werewolf berangking delta begitu juga dengan delta.
*Alpha, Alpha ni kebanyakkan attitude mereka memang macam setan.dengan kombinasi belagak dan keyakinan yang tinggi kerana ranking mereka yang tinggi kebanyakkan alpha gemar mengutuk werewolf yang ranking lagi bawah daripada mereka.alpha tidak mampu hidup tanpa omega, jika mereka terbau aroma omega ketika heat..confirm mereka akan menggila.tapi x semestinya semua alpha tak guna ada diantara mereka berlembut hati seperti jimin dan hoseok.
*namun begitu, setinggi-tinggi alpha tinggi lagi Alpha True-Blood..kombinasi campuran ibu dan ayahnya seorang alpha akan lahirkan werewolf alpha yang berangking sejati yang jarang ditemui.lagi tinggi ranking werewolf makin besar kepala+belagak+sombong+yakin+tak gunanya perangai seorang werewolf.
Alpha yang beranking biasa akan tertumpas pada true blood alpha kerana kekuatan true blood 2 kali ganda lebih kuat daripada alpha biasa.
Lain2 informasi?
Heats / Heat : heat ni dimana suatu fenomena dimana omega yang akan mengalaminya, situasi dimana hasrat seksual mereka perlu dilunaskan..dan ia sangat menyakitkan bagi omega..
Ruts / Rut : fenomena yang dialami oleh Alpha / true blood dimana hasrat seksualnya perlu dilunaskan.alpha yang dalam keadaan rut sangat berbahaya dan perlu dielakkan..dan ia sangat menyakitkan bagi alpha .mereka boleh bertukar menjadi dua kali ganda lebih agresif daripada biasa.
Suara Alpha : mesti pelik kan?suara alpha ni boleh dikatakan kombinasi diantara suara serigalanya dan suara si pemilik tubuh.lebih kasar, garau dan seksi(lol) pada telinga omega..beta, delta dan omega automatik akan tertunduk.alpha yang gunakan suara ini mahu tunjukkan dominasi mereka kepada werewolf yang ranking bawah.
Mate : pasangan..pasangan yang telah ditetapkan ' Sang Bulan ' untuk setiap alpha, omega dan beta.Jika omega ditolak/disingkirkan dia akan mati..jika dia tidak sentuh dia boleh dirampas dalam masa beberapa bulan sahaja oleh mana-mana alpha.
Nest : sarang..dimana omega seolah olah membina sarang yang dipenuhi oleh barangan alpha tidak kira matenya atau orang lain disekelilingnya untuk melindunginya..seolah olah ia berasa tenang.jika omega mula membuat sarang.jangan ambil barang daripada sarangnya jika tidak habis..nest adalah merupakan permulaan bagi omega bakal menghadapi heat.
Kesan pada alpha?jika alpha tersebut menolak omeganya dia diumpama serigala tanpa taring, diketepikan oleh kawanan sendiri.jika alpha tersebut bermain cinta selain daripada matenya..omega akan rasai kesakitannya begitu juga dengan alpha.
Share this novel