Rate

Prolog

Romance Series 4213

Kosong. Sudah satu jam dia termenung. Berkelip-kelip matanya memandang dinding kayu padahal fikirannya merawang mengingatkan perihal lain. Alangkah bagusnya kalau dinding tu boleh beri jawapan yang aku inginkan.

"Haihhh.." Mulutnya mengeluh. Badan dipusingkan menghadap tingkap. Mata mula mencari jawapan pada langit yang redup. Tiada tanda-tanda mahu hujan ataupun panas terik. Cuaca yang bagus untuk mengambil angin petang. Dan suasana yang baik untuk tidur petang.

Pintu bilik diketuk sebelum dibuka dari luar. Mak Ngah melangkah masuk. "Ira tidur ke?" Soal Mak Ngah. Dia menghampiri katil bujang tempat Ira berbaring.

"Tak.." Jawab Ira sepatah. Dia hanya memandang sekilas wajah Mak Ngah sebelum kembali merenung ke luar jendela.

"Mari keluar. Mak Ngah masak cucur bilis. Kita makan sama-sama." Ajak Mak Ngah.

Diam.

"Ira dengar tak?" Tanya Mak Ngah lembut. Rambut Ira itu diusap perlahan.

"Ira?" Panggil Mak Ngah lagi.

"Nanti Ira keluar." Tangan tua Mak Ngah yang membelai rambutnya dipegang.

Mak Ngah membalas pegangan tangan wanita muda itu.

"Mak Ngah keluar dulu ya?"

Dia mengangguk sambil melemparkan senyuman tawar kepada Mak Ngah.

Pintu kayu kembali ditutup. Sekali lagi keluhan dilepaskan. Mata dipejam perlahan. Ada titisan jernih mengalir di pipinya. Dia hanya membiarkan. Biarlah ia mengalir supaya dapat menenangkan perasaanku. Biarlah ia mengalir agar dapat melepaskan beban yang ditanggung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience