Get the app for full experience
“Kak, Kakak sendiri yang cakap, itu harta dia sebelum berkahwin. Saya tak bayar satu sen pun. Tak logik kalau saya minta dia tambah nama saya dalam geran rumah. Hal ni tak perlu bincangkan lagi.”
Selepas selesai urusan buku nikah, Amzar terus serahkan kunci rumahnya kepada Eleesya. Eleesya boleh terus pindah dan tinggal di situ. Ini sudah cukup membantu dia dalam masalah tempat tinggal. Sudah sangat bagus.
Dia tak akan minta Amzar tambah namanya dalam sijil rumah. Namun, kalau Amzar sendiri yang ambil inisiatif untuk tambah nama dia, dia tak akan tolak. Mereka suami isteri, dan akan hidup bersama seumur hidup.
Aliya sebenarnya hanya sekadar berbual kosong. Dia tahu adiknya seorang yang berdikari dan tidak tamak dengan duit. Jadi, dia pun tak ambil serius tentang hal ini lagi.
Selepas disoal dengan pelbagai soalan, akhirnya Eleesya boleh keluar dari rumah kakaknya.
Kakaknya berhasrat mahu menghantar dia ke Lotus Residence, tetapi kebetulan anak saudaranya sudah bangun. Anak itu terus menangis dan mencari ibunya.
“Kak, Kakak urus Afiq je dulu. Barang-barang saya pun tak banyak. Saya boleh pergi sendiri.”
Aliya masih perlu menyuapkan anaknya makan. Selepas itu, dia perlu sediakan makan tengah hari. Kalau suaminya pulang untuk makan tengah hari dan makanan tak siap lagi, suaminya pasti akan marah dan mengatakan dia tak buat apa-apa di rumah.
Dia hanya mampu berkata, “Kalau macam tu, hati-hati di jalan. Nanti tengah hari nak datang makan sekali, tak? Bawa suami kamu sekali.”
“Kak, El kena pergi kedai tengah hari nanti, jadi saya tak datang makan. Suami El sibuk. Dia kata dia kena pergi business trip petang ni, jadi mungkin kena tunggu beberapa hari baru boleh bawa dia datang jumpa Kakak.”
Eleesya berbohong.
Dia tak kenal Amzar langsung, tapi pernah dengar daripada Nenek Sarah yang lelaki itu sangat sibuk dan setiap hari pasti pergi pagi balik malam. Kadang-kadang lelaki itu perlu buat business trip, dan sekali pergi biasanya boleh belasan hari sampai setengah bulan. Dia sendiri pun tak tahu bila lelaki itu ada masa lapang, jadi dia tak berani janji pada kakaknya, daripada nanti terpaksa mungkir janji.
“Baru urus buku nikah dah kena business trip.” Aliya rasa adik iparnya itu kurang memberi perhatian terhadap adiknya.
“Kami hanya urus sijil nikah je, belum buat majlis. Biarlah dia buat business trip, dapat lebih banyak duit, sebab nanti banyak perkara yang memerlukan duit. Kak, El pergi dulu ya. Kakak suapkan Afiq makan je.”
Eleesya melambai tangan kepada kakak dan anak saudaranya, kemudian mengheret begnya turun ke bawah.
Dia tahu di mana Lotus Residence, tapi dia tak pernah masuk ke sana.
Dia tahan teksi dan terus pergi ke Lotus Residence. Sampai di sana, baru dia teringat yang dia tak tanya pada Amzar rumah lelaki itu di tingkat berapa.
Dia pun terus keluarkan telefon bimbitnya dan telefon lelaki itu.
Amzar sedang mesyuarat dan semua orang dalam bilik mesyuarat telah meletakkan telefon mereka dalam mode senyap. Sepanjang mesyuarat itu berlangsung, semua orang tak dibenarkan membuat panggilan untuk urusan peribadi.
Amzar pun letakkan telefonnya dalam mode senyap, tapi dia letakkannya di atas meja, dan dia nampak ada panggilan daripada Eleesya.
Semasa mereka bertukar nombor WhatsApp, dia tak letak nama pada kontak Eleesya. Jadi, bila wanita itu telefon dia, tak ada nama yang muncul. Dia pun tak fikir panjang dan terus matikan panggilan itu sebab nampak panggilan itu datang daripada nombor yang tak dikenalinya.
Selepas itu, dia juga sekat nombor Eleesya.
Eleesya tak tahu apa-apa tentang semua itu. Bila Amzar tak angkat panggilannya, dia pun menaip mesej untuk lelaki itu.
Tapi selepas dia hantar, dia baru sedar yang mesej tu tak dapat dihantar.
Dia terpegun melihat skrin telefonnya.
“Kenapa pulak ni? Aku salah save nombor dia ke?” gumam Eleesya pada dirinya sendiri, cuba ingat kalau dia salah simpan nombor lelaki itu.
Dia yakin dia tak salah. Kalau dia tak dapat hantar mesej pada lelaki itu, hanya ada satu kemungkinan kenapa, iaitu Amzar telah sekat nombornya.
Lelaki itu lupa kah mereka baru saja berkahwin?
Sejujurnya, kalau dia tak keluar dari rumah kakaknya, dia mungkin juga akan lupa yang dia ada suami bernama Amzar dua hari lagi.
Eleesya pun telefon Nenek Sarah. Bila Nenek Sarah jawab panggilan, dia berkata, “Nek, El sudah ambil barang-barang dari rumah kakak dan El ada di Lotus Residence sekarang. Tapi, El tak tahu rumah Encik Amz… eh, saya tak tahu Amzar tinggal di tingkat berapa. Nenek tahu tak?”
Nenek Sarah, “....”
“Sekejap ya Eleesya. Nenek akan telefon Amzar sekarang.” Sebab Nenek Sarah pun tak tahu.
Untuk uji Eleesya, Amzar sengaja beritahu Eleesya yang rumah dan keretanya baru dibeli. Nenek Sarah juga baru tahu selepas kedua-dua anak ini urus buku nikah, yang cucu sulungnya itu sudah beli rumah di Lotus Residence.
Nenek Sarah tutup telefon dan terus telefon Amzar.
Selepas menolak panggilan Eleesya dan memadam nombor isterinya, Amzar letakkan kembali telefonnya di atas meja dan sambung mesyuaratnya.
Tapi, dalam masa kurang daripada tiga minit, skrin telefonnya kembali menyala. Dia terpaksa jawabnya sebab itu panggilan daripada neneknya.
“Nenek, Am tengah mesyuarat.” Amzar berkata dengan suara rendah, “Kalau ada yang nak dibincangkan, kita bincang kat rumah jelah.”
“Amzar, rumah yang kamu beli di Lotus Residence tu tower yang mana dan tingkat berapa? Eleesya dah sampai sana, tapi tak tahu tingkat berapa. Bukan kamu dah ada nombor dia? Cepat call dia.”
Amzar angkat keningnya. Oh ya, dia baru ingat.
Dia baru kahwin hari ini, kahwin dengan seorang gadis yang belum pernah dia jumpa sebelum ini tapi disukai oleh neneknya. Kalau tak salah namanya Eleesya. Dan dia baru saja padam nombor wanita itu.
“Neknek jelah yang call dia. Beritahu dia Tower B tingkat 8, unit nombor 808.”
“Budak ni. Haa, Yelah. Nenek yang call dia. Kamu kerja jelah.”
Nenek Sarah orangnya tak suka bercakap panjang. Dia terus tutup telefon itu selepas dapat jawapan yang dia mahu, kemudian telefon Eleesya.
Amzar tengok telefonnya dan terdiam sekejap. Dia sepatutnya simpan nombor Eleesya balik.
Walaupun Amzar sekat nombornya, Eleesya tak peduli ataupun marah.
“Maaf, saya tadi lupa awak siapa.” Amzar hantar satu mesej kepada Eleesya, minta maaf pada wanita itu.
Eleesya pernah selamatkan Nenek Sarah dulu dan yang ucap terima kasih terus kepada Eleesya masa itu ialah anak lelaki dan menantunya. Bila cucu-cucunya pergi ke hospital untuk melawatnya, Eleesya sudah tak ada di sana. Disebabkan itu, orang sibuk macam Amzar tak ingat siapa Eleesya.
Padahal neneknya selalu sebut nama Eleesya di depannya, tapi dia tak dengar dan tak peduli, sehingga dia tak ingat nama Eleesya.
Eleesya balas, “Tak apa. Awak sibuk. Saya akan bawa barang saya ke atas.”
“Perlu bantuan?”
“Saya bawa satu beg je. Saya boleh bawa sendiri. Lagipun, kalau saya perlukan bantuan, awak boleh balik ke tolong saya ke?”
Amzar dengan jujur jawab, “Tak.”
Dia sangat sibuk.
Dia mana ada masa untuk balik dan tolong wanita itu pindah.
Eleesya hantar emoji ketawa dan menangis, kemudian tak hantar apa-apa lagi. Dia tak nak ganggu lelaki itu bekerja.
Amzar tak balas lagi. Kedua-duanya tak kenal antara satu sama lain dengan baik, jadi tak ada apa yang perlu dibualkan.
Amzar hanya berharap supaya isterinya ini boleh lebih patuh dan tak selalu menyusahkan dia dalam perkara-perkara kecil. Dia tak ada masa untuk layan wanita itu.
Dia pun letak telefonnya balik di atas meja. Bila dia dongak, dia dapati semua orang sedang pandang dia.
test_account
sambungan page 5 tak boleh buka rouge
sampai bab 4 je..free..