Pengenalan

Other Series 488

pada tahun 1993,
Kanak-kanak perempuan yang bernama Nur Husna Zulaika sedang seronok bermain didepan rumah bersama rakannya, Mohd Khuzairi. Mereka bermain dengan sangat gembira dan ceria seperti kanak-kanak yang lain. "Una! Mari makan kuih. Mak buat kuih kegemaran kamu ni. Ajak si Khuzairi tu sekali," laung mak Timah,ibu kepada Husna. Una adalah panggilan yang biasa mak Timah panggil... "baik mak! Nanti kami naik! Airi jom makan nanti kita sambung main lagi," kata Husna. Khuzairi hanya mengangguk kepalanya dan minum petang sekali bersama keluarga Husna. Keluarga Khuzairi amat akrab dengan keluarga Husna. Boleh dikatakan mereka seperti satu keluarga yang besar. Suatu hari, Husna dan Khuzairi berjalan kaki kerana niat mereka hendak ke bendang. Tiba-tiba Husna perasaan kelibat seorang budak lelaki jatuh daripada basikalnya akibat terlangar batu kecil. Mereka bergegas dan membantu budak lelaki tersebut. "terima kasih," kata si budak lelaki itu dengan sedikit perasaan malu. "sama-sama. Lain kali hati-hati tau,"nasihat si comel Husna. Budak tersebut hanya mengangguk kepalanya. "nama saya Husna. Ni kawan saya,Khuzairi,"
"panggil Airi je. awak siapa?" "sya Syafiq," Syafiq seorang pemalu kepada semua orang. lagi-lagi apabila orang tersebut dia tidak kenali. "Syafiq, kenapa saya tak pernah nampak awak sebelum ni? Awak duduk mana dulu?" "saya dulu duduk di Kuala Lumpur. Saya sekarang duduk dengan atok dan opah saya sebab mak ayah saya bercerai," kata Syafiq dengan sedikit sayu. "jangan sedih. Awak ada kami. Jom kami bawak awak jalan-jalan dekat kampung ni," pelawa Husna membuatkan Syafiq sedikit tenang. Sejak itu mereka menjadi kawan baik. Semakin meningkat usia, mereka akan mengambil haluan masing-masing... Husna dapat sambung belajar di France manakala si Khuzairi dapat sambung belajar ke U.S dan Syafiq pula sambung belajar ke London... Sejak mereka ambil haluan masing-masing, mereka tidak dengar berita tentang sesama sendiri... Dengan izin Allah yang telah mentakdirkan mereka berjumpa semula. Disinilah bermulanya kisah 'Love between triangle?' antara Husna,Khuzari dan Syafiq....

Share this novel

Blackheart
2020-03-21 07:30:32 

i hope you guys like it. even tho i'm not a good writer. thank you so much for support my story. i really appreciate it


NovelPlus Premium

The best ads free experience