Rate

Diri Kami

Other Series 1677

Kehidupan sebagai seorang pelajar amat mencabar terutamanya bagi mereka yang berasal daripada golongan orang kurang berada, namun tidak bagi 6 orang sahabat karib yang mempunyai pendirian masing-masing. Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu 2 yang terletak di Daerah Kota Marudu, Sabah merupakan tempat kelahiran 6 orang sahabat tersebut, mereka dibesarkan dalam keadaan yang serba kekurangan. Bagi mereka tiada apa dan siapa yang dapat menghalang mereka daripada mengecapi kejayaan yang mereka inginkan, mereka juga merupakan pelajar yang paling nakal di sekolah mereka. Setiap minggu pasti ada sahaja kes yang menyebabkan mereka dipanggil menghadap guru kaunseling tapi mereka tidak kisah kerana bagi mereka nakal itu lebih baik daripada jahat, mereka juga selalu mengatakan biar nakal asal berakal, itu tidak syak lagi kerana mereka sememangnya tergolong dalam kalangan budak-budak pintar di sekolah mereka. Bermula tingkatan satu mereka mula mengenali antara satu dengan yang lain, berkongsi segala suka dan duka, tiada rahsia yang disembunyikan sesama mereka, dan tiada perkataan yang dapat menjelaskan keakraban mereka. Kini mereka berada di tingkatan enam atas dan ini merupakan tahun terakhir mereka bersekolah. Jue, Shem, Sampap, Moyok, Chiiip dan Muimui enam sekawan yang nakal dan suka bergurau. Jue seorang yang periang dan kuat makan, Shem pula seorang gedik dan sekepala dengan Jue, Sampap bersikap lebih lemah lembut dan ayu manakala Moyok pula playgirl yang menjadi idaman pelajar lelaki di sekolah dan agak manja, Chiiip si muka garang, matang dan agak serius orangnya, seorang yang sangat sayangkan kawan-kawannya. Dan yang terakhir Muimui, kacukan cina yang bersifat manja, agak lasak dan comel. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan, namun tidak menghalang mereka daripada melakukan apa yang mereka ingin lakukan, dan mereka paling pantang kalau ada orang yang berani mencari pasal dengan salah seorang daripada mereka, dan orang itu tidak akan dapat hidup dengan aman....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience