Miya meringis sambil mengusap perutnya. Apa yang dibincangkan di meja mesyuarat itu langsung tidak masuk ke kepalanya kerana dia lebih sibuk melayan rasa ngilu pada perutnya. Malah seluruh tubuhnya terasa seram sejuk dengan bahagian pinggangnya ke bawah lenguh-lenguh.
“Miya, are you okay?” Adam di sebelahnya bertanya dengan nada separuh berbisik.
Miya geleng. Bibir diketap menahan rasa sakit yang semakin menyucuk-nyucuk.
“Then, you baliklah. Biar I stay kat sini,” ujar Adam.
Miya angguk. Dia benar-benar sudah tidak betah di bilik mesyuarat ini. Pendingin hawa yang dipasang pada suhu paling rendah membuat tubuhnya mula menggigil.
“You okay ke ni?” tanya Adam apabila melihat wajah Miya sudah berubah pucat.
Miya tidak menjawab. Satu tangan menopang kepala, satu tangan lagi menekan perut. Terasa perutnya seperti diramas dan direnyuk sehingga sakit yang datang itu seperti tiada jeda. Terus menyucuk-nyucuk membuat peluh dingin mula merenik di dahinya.
“Miya, I bawak you keluar sekarang, okay?” Adam tidak sedap hati pula mahu membiarkan Miya keluar sendirian dari bilik mesyuarat itu. Bimbang pitam dan pengsan di mana-mana.
“Tak apa. I boleh keluar sendiri.” Miya cuba berdiri, namun saat dia mengangkat punggungnya dari kerusi, terasa ada sesuatu keluar dari kelangkangnya sebelum mengalir hingga ke betis.
Pandangan mula berbalam-balam. Tubuhnya terasa oleng sebelum akhirnya dia rebah sehingga mengundang kekecohan seisi bilik mesyuarat.
“Miya!” Bangun dari duduknya, Adam panik melihat Miya terbaring dengan darah sudah berlumuran di kakinya.
“Call ambulance!” jeritnya, sementara dia bertiggung di hujung kepala Miya. Menepuk-nepuk pipi Miya untuk menyedarkannya, namun tidak berjaya. Dicapai botol air mineral di atas meja. Tuang sedikit airnya di atas tapak tangan lalu disapu ke muka Miya.
“Wake up, Miya. Wake up…wake up,” gumamnya, namun Miya tetap begitu. Rapat terpejam matanya dengan bibir sedikit terbuka.
“What happened to you?” desisnya berulang kali. Risaunya jangan ditanya, apatah lagi melihat banyaknya darah yang mula membasahi lantai tempat Miya terbaring.
.
.
.
ADAM menunggu di luar bilik rawatan. Sudah beberapa kali dia cuba menghubungi Adrian, namun tiada jawapan. Mungkin abangnya itu sudah dalam penerbangan ke LA. Akhirnya dia menghantar mesej sahaja supaya Adrian segera menghubunginya.
Menarik nafas dan menghembusnya perlahan, dihalakan pandangannya ke arah pintu bilik rawatan. Sudah hampir sejam Miya di dalam sana. Setengah jam tadi seorang doktor yang dia percaya adalah pakar O&G berlari masuk ke bilik itu. Dan sehingga sekarang, masih tiada berita
Resah. Pendarahan yang dialami Miya bukan sedikit. Malah saat di dalam ambulans tadi, kuku dan bibirnya sudah hampir kebiruan. Sejuk tangan dan wajahnya seperti sudah tidak bernyawa. Malah air matanya jatuh tanpa sedar kerana dia benar-benar takut melihat keadaan Miya.
Bunyi dan gegaran telefon dari saku seluarnya mematikan lamunan Adam. Segera dikeluarkan benda pipih itu lantas melihat nama pemanggil.
Balqis.
Geser skrin, telefon dilekapkan ke telinga.
“Hallo Bee.”
“Adam, how’s Miya?” Terdengar cemas suara Balqis di hujung sana,
“Masih kat emergency. Still haven’t got any news.”
Terdengar desahan kasar nafas Balqis.
“Nanti kalau dah dapat berita, I’ll call you.”
“Adam…” Suara Balqis terdengar separuh berbisik.
“Yes?” Pelik pula dia dengan nada Balqis itu.
“Orang dah mula bercakap.”
“About what?”
“Miya keguguran, mengandung anak luar nikah Adrian Liew.”
“What?”
Balqis mendesah kasar. “Aku tak bolehlah Adam. I want you to call your brother and tell him about this.”
“Aku dah call dia, tapi tak dapat. Maybe dia dah dalam flight ke LA. Tapi aku dah tinggalkan mesej supaya call aku balik.”
“Good. Aku letak dulu. Kalau ada apa-apa berita pasal Miya, call aku. Balik dari office nanti aku singgah hospital.”
“Okay.”
Memutuskan panggilan dengan Balqis, Adam bangkit. Mundar-mandir di depan bilik itu mengurangkan rasa gelisahnya. Beberapa orang jururawat keluar dan masuk namun tidak ada seorang pun yang boleh memberikan khabar Miya kepadanya.
Ah, jika diikutkan hati, mahu saja dia menyerbu masuk dan melihat sendiri keadaan Miya, namun dia masih waras. Tidak mungkin dia mengetepikan undang-undang dan bertindak semborono mengikut kehendak hatinya.
KETIKA Adam hampir terlelap menunggu, barulah pintu bilik rawatan dibuka dari dalam dan seorang lelaki yang dia percaya adalah doktor pakar yang berlari masuk tadi, muncul.
“Encik…Suami pesakit kat dalam tu?” tanya doktor itu.
“Bukan. Saya adik ipar dia.” Ah, perit sekali kerana perlu memperkenalkan diri sebagai adik ipar Miya.
“Oh…” Doktor itu memanggut-manggut sambil menggaru keningnya.
“Kenapa doktor?”
“Suami dia?” Bukannya menjawab, doktor itu bertanya tentang suami Miya pula.
“Suami dia masih dalam flight ke LA. Saya tak dapat contact dia lagi. Ada apa doktor? Is she okay?” tanya Adam. Khuatir pula dia melihat reaksi doktor itu. Reaksinya seolah-olah ada Sesuatu yang berat yang perlu disampaikan.
“Pesakit okay, cuma saya perlu dapatkan beberapa pengesahan daripada dia dan suami dia.”
Adam mengangguk-angguk. Ingin sekali dia bertanya, pengesahan tentang apa namun dia takut dikata melampaui batas pula. Miya bukan isterinya. Miya hanya bekas kekasih yang kebetulan menjadi kakak iparnya. Kebetulan? Atau kesalahan? Entahlah.
“Dia dah sedar?” tanya Adam.
“Belum. Masih under anaesthetic. Tak apalah. Saya akan tunggu dia sedar dan kalau boleh saya nak bercakap dengan suami dia,” ujar doktor itu sebelum berlalu.
KOSONG pandangan Miya menatap siling, namun satu tangan meramas perutnya. Sedar, yang ‘dia’ sudah tidak ada di sana. Dia bukan naif untuk tidak dapat meneka apa yang berlaku pada dirinya beberapa jam lalu.
Sakit itu. Darah itu. Dia tahu semuanya. Harapan yang dia andalkan untuk memiliki anak sebelum diceraikan akhirnya berkubur.
Beberapa minit lalu dia tertanya-tanya. Mengapa dia keguguran? Apa yang tidak kena dengan dirinya? Apa dia terlalu tertekan sehingga menjejaskan kandungannya? Atau rahimnya lemah? Atau terlalu banyak berjalan dan bergerak membuat dia keguguran? Berbagai-bagai andaian, bermacam-macam persoalan yang akhirnya terjawab dengan satu pertanyaan daripada doktor.
“Puan ada ambil abortion pill ke?”
Terhenyak dia seketika dengan pertanyaan yang tidak bermaksud menuduh itu. Kaku, hanya ada air mata mengalir dari sudut mata sehingga jatuh ke bantal di bawah kepalanya.
“Kalau tengok pada pendarahan yang puan alami, it looks there was an attempted abortion. Tapi, puan bernasib baik sebab cepat dibawa ke hospital. Jadi, setakat ni tak ada komplikasi serius.” Tidak mahu memaksa pesakitnya menjawab, doktor itu akhirnya menerangkan saja apa yang sepatutnya dia sampaikan. Melihat kepada reaksi Miya, dia yakin andaiannya betul. Pendarahan yang luar biasa banyak berbanding keguguran biasa sememangnya menjurus ke arah penggunaan pil keguguran. Lagipun, daripada pemeriksaan yang dilakukan, Miya tidak ada masalah kesihatan yang lain seperti ketumbuhan atau sebagainya yang boleh menyebabkan dia mengalami pendarahan seteruk itu.
“Saya nak ingatkan puan…” Jeda. Miya yang menatap lurus ke siling dengan tatapan kosong, dipandang. Sejak tadi Miya tidak berkata apa-apa. Tidak bergerak, tidak bersuara. Kalu lurus seperti orang mati. Hanya air mata yang masih mengalir itu saja membuktikan dia masih bernyawa.
“…consuming abortion pill without advice and monitoring from medical experts will cause many complications, and it is against the law.”
Miya masih diam. Dia tahu. Dia sangat tahu. Cuma yang dia tidak tahu ialah pil yang diberikan Eryna itu adalah pil gugur. Pil yang katanya adalah vitamin dan dibeli Adrian untuknya. Naifnya dia kerana percaya pil itu adalah vitamin sedangkan dia tahu Adrian tidak pernah mahukan anak daripadanya. Naifnya dia kerana menyangka Adrian begitu mengambil berat sehingga mengutus Eryna untuk menghantar makanan dan vitamin kepadanya. Naifnya dia kerana menganggap Adrian begitu baik dan mengambil berat tentang dia dan kandungannya sedangkan semua itu dusta. Hanya bualan manis untuk memperdayakannya.
Ya, Adrian berjaya melakukannya. Tidak hanya kandungan, malah Adrian telah merenggut seluruh kepercayaannya.
Tentu Adrian sedang bergembira sekarang ini. Tentu Adrian puas apabila mengetahui kandungannya gugur. Tentu lelaki itu sedang bersenang-lenang menikmati hari-hari yang tersisa sebelum mereka bercerai.
Tangan Miya terkepal menahan asakan rasa di dalam dada. Kuat kepalannya sehingga seluruh jemarinya memutih. Sedih, marah, benci, semuanya berbaur membuat dia seperti mahu menjerit sekuat hati. Menjerit sehingga hilang suara. Menjerit sehingga semua yang terbuku di benaknya terhambur keluar. Namun entah kenapa dia tidak mampu melakukannya. Dia tidak mampu untuk sekadar mengeluarkan suara. Dia tidak mampu untuk sekadar menggerakkan bibir. Dia tidak berdaya. Jadi bagaimana dia mahu menjerit. Bagaimana dia mahu membuat semua orang tahu apa yang dirasakannya saat ini?
“Kalau puan berhasrat nak mengandung lagi lepas ni, puan kena buat pemeriksaan untuk pastikan tahap kesuburan sebab… taking abortion pills without expert advice can pose a risk of infertility.”
Bergetar bibir Miya sebaik apa yang dituturkan doktor itu sampai ke otaknya. Lemah seluruh tubuhnya terasa seperti mahu mati.
Saat bunyi pintu ditutup setelah doktor itu keluar, barulah esakannya lolos. Berdekut suara, bergetar tubuh, namun belum cukup untuk menggambarkan betapa hancurnya dia. Dunia yang dia bayangkan indah dengan kehadiran seorang anak untuk menemani sehingga hari tua, kini menjadi hitam kelam. Tidak nampak walau setitik cahaya. Apatah lagi sepatah kata ‘mandul’ yang keluar daripada mulut doktor.
Walau dia berkahwin dengan orang lain selepas diceraikan Adrian, sudah tidak ada harapan untuk dia memiliki anak. Tidak ada. Semuanya sudah hancur.
Adrian.
Kenapa lelaki itu sanggup menghancurkannya seperti ini?
SESAMPAI di West Hollywood Hotel, Adrian menjatuhkan tubuhnya di sofa. Bersandar sejenak membuang lelah, barulah dia menggagau saku seluarnya mengeluarkan telefon. Berkerut dahinya saat melihat ada 11 panggilan tidak dijawab daripada Adam.
Apa ada kecemasan di rumah sehingga Adam membuat panggilan sebanyak itu? Tidak mungkin Adam menghubunginya untuk sekadar berbual.
Dengan dada berdetak hebat, Adrian menghubungi Adam semula. Hanya beberapa kali deringan, panggilannya bersambut. Seolah-olah Adam sedang menanti panggilannya.
“Hallo Adam…Why did you…”
“Miya miscarried.” Adam menyela walaupun dia belum selesai bicara.
“What?”
“Your wife miscarried with excessive bleeding.” Adam mengulang kata-katanya dengan penuh penekanan.
Kelu Adrian tanpa kata. Bergerak-gerak bibirnya mahu berkata sesuatu namun tidak terluah.
“Dia pengsan dekat bilik mesyuarat. Blood everywhere and people have started spreading rumours.”
Tiada jawapan daripada Adrian, kerana otaknya masih terkejut dengan berita yang baru didengar.
“Miya keguguran, hamil anak luar nikah Adrian Liew. Betullah dia perempuan simpanan Adrian.”
Bersandar pada sofa, Adrian merapatkan kelopak matanya. Satu tanga terangkat mengusap wajah. Kenapa begini, Tuhan? Sesak rasanya sehingga mahu bernafas pun terasa sulit.
“Please do something la, Adrian. Miya dah nampak cukup tertekan dengan keguguran tu. Jangan tambah tekanan dia with the unfounded rumours. You should declare your marriage.” Suara Adam terdengar datar dan letih.
“Are you in the hospital?” tanya Adrian.
“Yeah.”
“Let me talk to Miya,” ujar Adrian.
Jelas dia mendengar derap langkah Adam sebelum bunyi pintu dikuak.
“Miya…”
Sayup-sayup dia mendengar Adam memanggil Miya, namun dia tidak mendengar sebarang sahutan.
“Adrian…”
Masih tidak mendengar suara Miya, membuat Adrian gelisah. Daripada bersandar, kini dia menegakkan tubuhnya sebelum dia menunduk menopang kepala pada tapak tangan.
“Adrian wants to talk to you…” Lagi-lagi dia mendengar suara Adam lembut seperti memujuk. Ah, sekarang dia benar-benar cemburu mendengar nada itu. Apa Adam memang sentiasa berbicara seperti itu dengan Miya?
“Why did you do this to me?”
Akhirnya dia mendengar suara lemah Miya di hujung sana. Tubuh yang menunduk, kembali tegak.
“Miya…”
“Why did you kill him?”
Berkerut dahi Adrian dengan penuturan Miya. Turun naik halkumnya menelan ludah.
“Saya cuma nak lahirkan dia. Saya nak besarkan dia. Saya dah janji takkan tuntut apa-apa, tapi kenapa awak bunuh dia? Why? Why did you do this to me?!” Meninggi suara Miya dengan tangis yang akhirnya pecah.
“Doktor kata saya akan mandul kerana ubat tu! Siapa yang akan kahwin dengan perempuan mandul macam saya?! You tell me, Adrian!” Miya mengongoi dengan tangis yang semakin menjadi-jadi.
“Ubat apa, Miya?”
“Awak jahat!”
“Miya, bagitahu saya. Ubat apa?”
“You’ve killed my baby! You’ve ruined my life! I hate you! I hate you! I hate you!” Miya sudah menjerit seperti orang hilang akal di hujung sana, sebelum dia mendengar suara Adam menenangkannya.
Adrian berdiri, mundar-mandir sambil meramas rambutnya dengan telefon melekap di telinga. Samar-samar dia mendengar suara Adam, dan beberapa orang yang dia agak mungkin doktor atau jururawat. Tidak terdengar lagi suara jeritan Miya. Hanya tangisan dan gumamannya yang tidak jelas menerjah telinga.
“Hallo…” Tiba-tiba dia mendengar suara Adam di hujung talian.
“Adam, let me talk to the doctor,” ujar Adrian cepat sebelum Adam memutuskan panggilan.
“Okay, wait a minute. I letak dulu. Dah sampai bilik dia, I’ll call you back.”
ADAM melangkah keluar dari wad Miya, menuju ke bilik doktor pakar yang merawat Miya semalam.
Mendekati meja penyambut tetamu di depan bilik Doktor Amran, dia menyatakan hasratnya mahu menemui doktor itu.
“Suami pesakit yang Doktor Amran rawat semalam akibat keguguran dengan excessive hemorrhage nak bercakap dengan dia,” ujar Adam apabila ditanya tujuannya mahu bertemu Doktor Amran.
“Doktor Amran tengah ada patient sekarang. Encik boleh duduk dulu ya?”
“Okay. Thanks.”
GELISAH Adrian menunggu panggilan daripada Adam. Empat, lima saat sekali dia memandang skrin walaupun tahu dia tidak perlu melakukannya. Jika Adam menelefon, tentu benda pipih itu akan berbunyi.
Mengusap kedua-dua tapak tangannya, Adrian menunduk. Tergiang-ngiang suara dan tangisan Miya tadi. Tidak pernah. Tidak pernah sekali dia melihat atau mendengar Miya menangis. Tetapi tadi, suara itu terdengar sungguh menyedihkan.
“Doktor kata saya akan mandul kerana ubat tu!”
Teringat dia kata-kata Miya sebentar tadi. Ubat apa yang dimaksudkan Miya? Ubat apa yang akan membuatnya mandul dan siapa yang memberinya ubat itu?
Apa ubat itu yang membuatnya keguguran?
Tegak tubuh Adrian apabila andaian itu tiba-tiba muncul di benaknya.
Pil gugur?
Tetapi kenapa Miya mengambil pil itu? Bukankah dua hari lepas Miya beria-ia merayu mahu melahirkan anak itu? Mengapa dia menelan pil gugur pula?
Adrian menggeleng, menafikan andaian itu. Miya tidak akan melakukan itu. Tidak mungkin.
Jadi ubat apa?
Ketika dia masih bersoal-jawab dengan otaknya sendiri, telefonnya yang tergeletak di atas meja berbunyi.
Pantas dicapai telefon itu sebelum dilekapkan ke telinga apabila melihat nama Adam muncul di skrin.
“Hallo Adam.”
“Adrian…Talk to Doktor Amran.”
“Okay.”
“Hallo Mr Adrian.”
“Yes, doc. Please explain my wife's condition.”
Doktor Amran berdehem sekali, sebelum menjawab. “Macam ni Encik Adrian…Daripada diagnosis dan pemeriksaan saya,, saya syak Puan Miya ambil abortion pills.”
Terhenyak Adrian dengan kata-kata yang keluar dari mulut Doktor Amran. Jadi benar andaiannya tadi. Tetapi mengapa? Mengapa Miya mengambil pil gugur? Apa Miya menganggap dia tidak mahukan anak itu lantas dia mengambil keputusan menggugurkannya?
“I don’t understand.”
“Puan Miya mengalami pendarahan yang luar biasa banyak compared tu keguguran biasa. Tapi dia bernasib baik sebab cepat dibawa ke hospital, jadi tak ada komplikasi serius. For your…”
“Doktor…” Adrian menyela. Dia tahu, yang bercakap dengannya adalah doktor pakar yang tentunya sangat arif dalam bidangnya. Namun dia tidak dapat menerima jika Miya dikatakan mengambl pil keguguran. Tidak mungkin! Miya tidak akan bertindak sebodoh itu. Dan jika benar, tentu ada kesilapan. Ya, kesilapan yang dia tidak tahu apa.
“…I know my wife very well. Only I know how much she wants the baby. Only I know, how much she wants to give birth and raise the baby. Jadi, saya tak setuju kalau doktor kata dia ambil abortion pills. Tak mungkin. Just a few days ago she told me she was pregnant and she was very happy about it.”
“Tak ada sebab untuk dia gugurkan kandungan because she has a husband. Adrian Liew Zhang Wei is her husband. And I am not happy with such accusation against my wife.” Sengaja dia menyebut nama penuhnya supaya doktor itu tahu siapa suami Miya dan tidak membuat laporan yang akan menyabitkan Miya dengan kesalahan menggugurkan kandungan tanpa sebab.
“Encik Adrian…”
“Isteri saya takkan buat tindakan yang bertentangan dengan undang-undang. There must be another reason that caused her to miscarry. But she would never take abortion pills.” Lagi-lagi Adrian menyela perkataan Doktor Amran.
“Saya harap doktor tak bertanya tentang tu lagi pada isteri saya.” Terdengar tegas nadanya membuat Doktor Amran akhirnya akur sahaja.
MEMUTUSKAN panggilan dengan Doktor Amran, Adrian membuka galeri foto dalam telefonnya. Gambar sijil nikahnya dengan Miya dicari. Gambar pernikahan langsung tidak ada kerana semua tetamu dilarang membawa telefon semasa majlis itu.
Setelah ditemui, gambar itu dihantar kepada pegawai media Acasia Villa untuk dihebahkan.
‘Mark, I want an article about my marriage with Miya Liany to be published today,’ tulisnya bersama gambar yang dihantar.
Ya, tidak ada jalan lain untuk menghentikan khabar angin tidak baik tentang Miya kecuali dengan mengumumkan pernikahan mereka.
Menghembus nafas lelah, Adrian bersandar pada sofa lantas menengadah. Mengingat kata-kata Doktor Amran yang memberitahu Miya mengambil pil keguguran, membuat dia berbelah bahagi antara percaya dengan tidak. Lebih kepada tidak percaya, tetapi pada masa yang sama dia yakin diagnosis dan pemerhatian doktor tidak pernah silap. Dan pastinya juga sudah dibuat pemeriksaan yang teliti.
Yang menjadi tanda tanyannya sekarang ialah mengapa?
Mengapa Miya mengambil pil keguguran dan mengapa Miya menuduhnya membunuh kandungan itu? Apa Miya menyalah tafsir kemarahannya dua hari lalu dan menganggapnya tidak mahukan anak itu?
Tuhan! Bukan begitu niatnya. Bukan.
Dan jika ya sekali pun, tidak mungkin Miya akan bertindak sebodoh itu.
Melihat nekadnya Miya mahu mengandung dan melahirkan anak itu, rasanya Miya lebih memilih cerai dan menghilangkan diri daripada mengambil pil gugur.
Apa sebenarnya yang berlaku, Miya?
Adrian benar-benar buntu. Mahu bertanya Miya, tidak mungkin. Dia tidak mahu mengganggu emosi Miya dengan pertanyaan itu. Mendengar tangisan Miya saja sudah cukup membuat hatinya sakit.
Kalaulah LA dengan Kuala Lumpur jaraknya seperti Kajang dengan Bangi, sudah lama dia berlari pulang. Tetapi ini bukan Kajang, bukan juga Bangi. Dia sekarang berada di Los Angeles yang mengambil masa 15 jam penerbangan dari Kuala Lumpur untuk sampai. Tidak mungkinlah dia berpatah balik setelah baru dua jam mendarat. Banyak prosedur perlu dilalui, bukan sesuka hati boleh menghidupkan enjin pesawat dan terbang pulang.
Mahu tidak mahu, terpaksa dia menyelesaikan juga urusannya di LA secepat mungkin sebelum pulang dan menyelesaikan urusannya dengan Miya pula.
.
.
.
MIYA memandang skrin telefon Adam dan hanya membaca sepintas lalu kenyataan rasmi yang dikeluarkan Acasia Villa tentang pernikahannya dengan Adrian. Pengakuan Adrian itu sudah tidak memberi apa-apa makna lagi. Apa pun yang dilakukan Adrian sudah tidak mampu mencantumkan semula hatinya yang sudah hancur tidak terbentuk.
Apa tujuan Adrian mengumumkan pernikahan itu sedangkan dalam hitungan minggu saja lagi lelaki itu akan menceraikannya? Mahu memalukannya sekali lagi? Diceraikan suami setelah keguguran?
“This statement will dispel all bad rumors about your miscarriage,” ujar Adam sebelum menyimpan semula telefon itu ke dalam saku seluarnya.
“The damage is done. That statement no longer means anything,” balas Miya perlahan.
Share this novel
jahat betul PA adrian tu. sabar miya semua akan terukap tk lma lgi
and aku harap adrian bls dendam blikkk
aku dah agak...eryna mesti smthing...sbb aku suspek dia yg sebarkan gmbar mjlis sblm ni..patu ni dia x puas ati la miya ngandung..aaah...sgguh cibai ko eryna...tggu la adtian bls dendam...