Series
4508
MATANYA tertancap pada tangan lelaki itu yang kemas menggenggam tangan tok kadi! Perasaannya waktu itu hanya satu.. Kecewa.. kerana lelaki itu bukannlah seseorang yang dia cintai.. hatinya menangis walaupun bibirnya mengukir senyuman indah..
"Muhammad Haikal bin Muhammad...." baru sahaja ayat itu yang terlepas dari bibir tok kadi ada seseorang memberi salam..
"Assalamualaikum!" Suara itu membuatkan dia terkaku! Tak mungkin!!
"Kau nak apa lagi?! Lepas kau dapat apa yang kau nak kau tinggalkan anak aku macam sampah! Sekarang ni kau nak apa lagi?!" Marah Encik Jaafar
"Maaf Pak cik saya takde niat! Maaflah kalau saya menganggu.. saya tak tahu harini ada majlis nikah" balasnya dengan senyuman pahit..
Tubuh dibongkok kan sebelum dia berpaling! Hati lelakinya sedang menagis.. dia tidak mahu kelihatan lemah!
"Irsyad.." langkah kakinya terhenti..
Dia bagaikan terkena renjatan elektrik! Dia tidak berpaling.. dia terkaku disitu..
"Saya minta maaf.." katanya membuatkan Irsyad berpaling..
"Untuk apa awak minta maaf kalau saya yang salah? Saya yang berdosa.. saya la akan tanggung akibatnya" balas Irsyad dengan senyuman indah melakar dibibir.
"Pergilah! Saya doakan awak bahagia dengan dia.. sebab melihat orang yang saya cintai tersenyum.. saya juga turut merasa bahagia.. walaupun saya tersakiti" kata Irsyad dengan setitis air matanya keluar..
Namun cepat-cepat dihapuskan..
"Menangis la Irsyad kalau itu boleh buat awak lega." Kata wanita itu lagi..
"Buat apa menangis Ara sedangkan saya merelainya? Saya terima.. inilah balasan Tuhan terhadap saya.. i just want you to know.. Ti Amo Ara Izminda" katanya lalu berlalu dengan air mata yang mencurah!
Ya mulut mengatakan begitu namun dalam hatinya.. dia tidak sanggup dan tidak akan sesekali merelakan wanita yang dia cintai jatuh dalam pelukan lelaki lain!
"Addio! ti amo!" Katanya sebelum berlalu kearah Nissan GTR miliknya..
Tanpa dia sedari Ara juga sedang meratapi kepergian nya. tubuh itu jatuh melorot keatas lantai tanpa sesiapa sempat menahan..
"salanghae! nal tteonaji ma! nan nega pil-yohae! dowa jwoyo!" (Saya sayangkan awak! Jangan tinggalkan saya! Saya perlukan awak! Tolong saya!) Jeritnya dengan air mata yang mencurah curah!
"Ara Izminda!" Jerkah Encik Jaafar apabila semua tetamu melihatnya apabila anaknya berkeadaan seperti itu..
"Pa tolong Ara pa! Ara nak Irsyad pa! Bukan orang lain.. Ara nak Irsyad Izlan seorang je!!" Rayunya dengan suara yang meninggi..
"Anak tak kenang budi!! Mulai harini kau bukan anak aku!! Berambus kau dari sini!!" Merah muka Encik Jaafar menahan amarah..
"Abang!" Jeritan Puan Hasyimah bergema diseluruh pelusuk rumah!
"Sampai hati abang! Disebabkan lelaki yang kita tak tahu asal usul ni Abang buang anak kita? Ayah jenis apa hah awak ni?! Saya yang penat penat bawa perut! Saya yang sakit melahirkan dan saya yang peritnya menjaga dia sampai sekarang dan harini Awak buang dia macam sampah! Awak dengan Irsyad takde beza la! Dia ada sebab tertentu dan awak! Apa sebab awak?! Awak lagi teruk la Jaafar!!" Puas hati Puan Hasyimah apabila suaminya terdiam mendengar kata katanya...
"Abang.."
"Sudah la Jaafar! Saya dah muak dengan perangai awak! Awak janji yang awak takkan ungkit hal tu lagi.. dan sekarang mana janji awak?!" Suara Puan Hasyimah mencelah
"Mama.. papa.. stop gaduh la.. ramai orang tengok!" Bisik Ara sebelum membuka langkah kearah tangga..
"Kau ingat aku akan senang senang lepaskan kau bila papa kau dah setuju dengan syarat aku?" Suara Haikal kedengaran..
"Apa yang papa aku setuju? Syarat apa?" Tanya Ara tenang!
"Dia tak boleh tarik balik kau sebab dia dah jual kau dekat aku! 1 juta" balas Haikal dengan senyuman sinis dibibir..
Ara terkedu.. sekali lagi dia terjelepok di anak tangga!
"Papa jual Ara?! Semurah itu harga Ara pada Papa?!" Jerkahnya dengan linangan air mata..
"Irsyad pernah cakap.. harga seorang Ara Izminda tidak mampu dibeli dengan wang mahupun longgokan emas! Sebab duit tidak bernilai untuk dibandingkan dengan Ara!" Dia mengulangi kembali kata kata yang pernah Irsyad lafazkan padanya dahulu..
"Dan papa jual Ara dengan hanya satu juta?! Kerja gila apa yang papa buat ni?!" Tanya Ara sebelum menangis teresak-esak...
"Mama.. Ara nak Irsyad!!" Katanya kepada Puan Hasyimah..
"Sabar ya sayang mama call dia" kata Puan Hasyimah lalu mengeluarkan phone bimbit miliknya dan mendail number telefon Irsyad..
"Assalamualaikum.. Irsyad" sapa Puan Hasyimah sebaik sahaja talian bersambung..
"Walaikumsalam maaf ye.. Puan siapa? Ibu kepada Encik Irsyad?" Suara wanita disebelah sana kedengaran.
"Saya bakal mak mertua dia.. dia dimana?" Tanya Puan Hasyimah tenang..
"Begini Puan.. Encik Irsyad dalam bilik pembedahan sekarang kerana terlibat dalam kemalangan" katanya..
"Astaghfirullah!" Ucap Puan Hasyimah lalu menghulurkan telefon itu kepada Ara..
"Maaf Puan.. Dia sekarang berada di hospital Ampang.. keadaannya masih kritikal" membulat mata Ara apabila mendengar berita itu..
"Mama.. Dia bukan Irsyad kan? Mama answer me!" Kata Ara yang tak ubah seperti orang gila..
"Mama.. Ara tak nak hilang dia.. please mama.. bawa Ara jumpa dia!!" Katanya sayu..
"Ya sayang.. jom" kata Puan Hasyimah sambil memegang lengan anaknya walaupun pada hakikatnya dia pun lemah..
"Kau dan aku! Kita tak mungkin bersama! Takdir dah menentukan.. dialah Bidadara Syurga aku!" Kata Ara sebelum berlalu keluar..
Dia tak habis-habis mendoakan keselamatan Irsyad.. Ya Allah bantu aku Ya Allah!! Doanya didalam hati..
Okay!! Hambar prolog is done! Omaigot!! Aku tak percaya doo aku buat story kalini hambar gila.. drop your komen untuk kritik hasil Karya aku!! ????
Share this novel