Bab 1

Other Completed 1115

Tak pernah diimpikan atau dihajati oleh mana - mana orang pun yang ada kat atas muka bumi ini untuk dikurniakan pelbagai kesakitan yang cukup perit di dalam diri . Aku kat sini bukannya nak buat lawak atau jenaka sebenarnya sebab aku pun tak tahulah nak kata macam mana . Susah untuk aku ungkapkan semua perkara ni . Bukan aku yang mintak semua benda ni berlaku . Aku pun tak tahulah .

Aku sebenarnya menginginkan sebuah suasana kehidupan yang tenang , harmoni dan bahagia tapi itu malang untuk aku kerana aku takkan boleh dapat semua tu . Bukannya aku nak mereka cerita ataupun mencipta sebuah fenomena baru . Aku hanya menginginkan satu benda . Aku tak tahu bila masanya dan di mana tempatnya . Akankan aku mampu untuk mencarinya dan akankah aku mampu untuk memiliknya . Aku sendiri pun tak tahu . Pada kala ini , aku sendiri tidak pasti apakah punca kepada semua ini dan kenapa aku yang menjadi mangsanya .

Akankah ada seorang manusia di atas muka bumi ini yang sudi menjadi pembimbing aku . Pada masa ini , aku sangat pasti yang tiada orang yang akan mampu untuk menjadinya . Aku berfikir sedalam - dalamnya .

Tanpa aku sedari , air hujan mula turun secara renyai - renyai ke atas mukaku dan badanku. Aku menoleh ke belakang , aku melihat ada satu cahaya yang cukup terang mengelabui mataku . Mataku pun secara tidak semena - mena menjadi kelam dan lama - kelamaan menjadi terpejam .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience