Di hadapan pagar SMK TAMAN ROSE .
"Semangat Jessy aku tahu kau kuat "kata Bella iaitu sahabat Jessy . "Aku tak tahu Bella kenapa aku boleh mengambil tindakan yang membuat dia sakit hati ..tapi aku buat semua tu bersebab ,kau pun tahu kan Bell"kata Jessy dengan sayu ."Tak apa Jessy ,kau jangan fikirkan sangat sebab aku tak nak kau bertambah sakit ,kau kena kuat demi aku dan family kau "kata Bella .
Setelah itu ,Jessy dan Bella pun melangkah menuju kelas .Saat tiba dikelas ,Bella dan Jessy terus menuju ke meja yang masih kosong .Saat Jessy melalui meja Khuzairi iaitu bekas kekasih nya ,Jessy terus menunduk lalu berjalan menuju ke meja yang dikatakan oleh Bella .
Khuzairi hanya memandang sekilas wajah bekas pujaan hati nya ."Jessy kenapa kau hancurkan hati aku yang terlalu cinta kan kau "kata Khuzairi dalam hati .
-Flashback -
Ringgg....
Khuzairi terus mengangkat telefon tersebut setelah melihat nama pemanggil
Baby??calling ...
"Selamat malam awak "kata Jessy .
"Selamat malam juga sayangg "balas Khuzairi .
"Saya ada benda nak bagitahu awak dan lepas saya bagitahu ni ,awak jangan benci saya tau?"kata Jessy dengan suara sayu .
"Bagitahu apa?kenapa suara baby macham sayu je ?baby ada problem ke?"kata Khuzairi risau .
"Saya nak kita putus kan hubungan kita yang dah terjalin 4 tahun ni "kata Jessy .
"Saya harap awak tak benci saya .Saya harap awak akan jumpa pengganti yang lebih baik dari saya .Terima kasih untuk semuanya ,terima kasih untuk 4 tahun ni ."kata Jessy .Setelah itu Jessy terus mematikan panggilan dan menyekat no Khuzairi tanpa sempat Khuzairi membalas .
Khuzairi yang masih terkejut pun cuba menghubungi namun no nya telah disekat oleh Jessy .
"Kenapa awak buat saya macham ni Jessy ...awak dah bosan ke dengan saya ? saya sayangkan awak sesangat Jessy tapi kenapa awak lakukan semua ni ?kenapa Jessy "kata Khuzairi .
-end flashback-
Melihat sahabatnya termenung ,Raykal pun menegur Khuzairi ."Zairi ? "kata Raykal sambil menepuk belakang Khuzairi perlahan .Khuzairi pun terus memandang sahabat nya ."Kenapa Kal?"tanya Khuzairi ."Kenapa kau termenung dan Jessy lalu pun kau tak pe duli selalu nya kau tegur dia "tanya Raykal. Khuzairi terus memandang muka Raykal ."Hmm aku dah putus dengan Jessy .Aku tak tahu sebab apa dia putus kan aku ,nombor aku pun disekat oleh Jessy belum sempat aku tanya kenapa "kata Khuzairi .Raykal begitu terkejut mendengar berita yang disampaikan oleh Khuzairi ."Kalau semua tahu korang dah putus mesti jadi gosip weyyy "kata Raykal . Mana taknya ,Khuzairi ketua pengawas dan si Jessy tu penolong ketua pengawas memang jadi gosip dahlah diaorang berdua memegang couple paling hot kat sekolah ni ."Aku sayang kan dia Kall tapi kenapa dia buat aku macham ni ?"tanya Khuzairi .Raykal berasa kesian melihat sahabatnya menjadi seperti suami kehilangan isteri .Patutlah 3 minggu sebelum mula sekolah Khuzairi asyik menyepi je kat group dan si Jessy pula leave group .Tak sangka pula rupanya diaorang dah takde hubungan ."Dahlah jangan sedih okey ,kalau dia jodoh kau dia akan kembali juga pada kau ,kau kena doa banyak banyak dan bersabar kuatkan hati ,dah jom perhimpunan rasmi dah nak mula tu ,hari ni kau kena berucap kan ?"kata Raykal .Khuzairi hanya mengangguk .Semua pelajar telah keluar berpusu pusu selepas mendengar pengumuman dari pengacara majlis yang memang dah bersedia di atas pentas .Begitu juga Jessy dan Bella ."Ingat tau Jessy kau kena tabahkan hati ,sebab kau dengan dia akan duduk bersama atas pentas kan ,korang kena berucap setiap kali perhimpunan sebab tu aku nak kau kuatkan hati buat macham takde apa yang berlaku okey "kata Bella .Jessy hanya mengangguk .Sampai ditapak perhimpunan Jessy pun naik atas pentas lalu duduk ditempat yang dikhaskan untuk ketua pengawas dan penolong ketua pengawas .Khuzairi hanya memandang ke hadapan dengan muka serius manakala Jessy juga melakukan hal yang sama .
Setelah memulakan perhimpunan dan menyanyikan lagu sekolah dan negeri dan negaraku ,semua pelajar pun dikehendaki duduk .Setelah itu pengacara majlis menyambung berucap .
"Yang dihormati ketua guru disiplin iaitu Encik Khairul diminta tampil ke depan bagi memberikan ucapan dan sepatah dua kata kepada kita "kata pengacara majlis .
Setelah itu ,Cikgu Khairul terus tampil kehadapan .
"Selamat pagi semua dan selamat kembali ke sekolah bagi sesi 2020 dan selamat datang juga kepada pelajar tingkatan satu .Saya tidak ingin berucap panjang kerana hari ini merupakan hari pertama sekolah dibuka bagi tahun 2020 .Sebelum itu ,saya juga ingin memperkenalkan ketua pengawas dan penolong ketua pengawas bagi sesi 2020 iaitu Khuzairi Fakhrul Bin Muhammad Najmi sebagai ketua pengawas ,dipersilakan bangun dan tampil ke hadapan .Seterusnya ,Hanny Jessy Binti Muhammad Fakhril selaku penolong ketua pengawas .Dipersilakan tampil kehadapan Jessy "kata Cikgu Khairul .
Semua pelajar memberikan tepukan gemuruh kepada mereka berdua .Setelah itu mereka diminta memberikan sepatah dua kata .Setelah 45 minit berlangsung perhimpunan pun berakhir dan semua pelajar masuk ke kelas mengikut barisan .
Share this novel