"Andwae! Kenapa dia mesti mati?! Huhuhuhu," Hani mengelap air matanya menggunakan tapak tangan.
"Haah kan weyh...huhu," Aira menghulurkan beberapa helai tisu kepada Hani.
Drama 'Hwarang' yang telah mereka tonton sudah beberapa kali menjadi santapan mata pada hari cuti. Entah dah membazir berapa gelen air mata pun tak tahu.
"Tap,tap,tap"
"Kau dengar tak Aira. Apa bende tu weyh?" Hani merapatkan jaraknya dengan Aira.
"BAA! Nape tak tidur lagi ni ha?"
"YA ALLAH! OMO-OMO OTOKKE!" jerit Hani. Bantal kusyen dibaling tepat ke muka Nur.
"Kau ni kan Nur....kalau aku arwah tadi macam mana?" jantungnya dah macam baru lepas maraton dah ni ha. Terkejut punya pasal.
"Alah kau ni...macam tak biase pulak," Nur bercakap sambil menuju ke arah pintu rumah.
"Kau nak ke mana tu?" soalan tipikal yang selalu didengar Nur.
Nur yang berpakaian lengkap seperti hendak pergi bersukan menjadi tumpuan Aira dan Hani.
"Ade la...sekejap je aku pergi.Tata~" pintu itu ditutup rapat. Seketika kemudian, pintu kembali terbuka.
"Eh.....kau asal?" tanya Hani yang baru berura-ura mahu naik tidur di bilik.
"Ni ha...terlupa kunci kereta. Hehe," pintu itu ditutup rapat sekali lagi.
Bunyi enjin Mitubishi Lancer Nur mengaum kuat diluar.
Maaf sbb dh lama Haifa tak update. Cuma tak dpt cari masa yg hilang tu...hehe. Btw...hope you guys enjoy this! Kalau boleh...share lah link ke? Lepas tu...kalau ada idea yg rasa gempark tu...silalah tulis diruangan komenn!! Thanks for you all for supporting meee!
Share this novel