Bab 16

Vampire Completed 3335

aku dengan Andi dah masuk dalam dapur..
Andi main phone dia dekat meja makan..
aku ni selalu lah juga sediakan sarapan..
yang makanan ringan2 je aku buat..
aku pun tak suka makan makanan berat untuk sarapan..

"Nard..apa mimpi kau main phone dekat meja makan ni??"

amboi kau Yan..

"kenapa??..tak boleh ke??"

"bukan tak boleh..tapi aku pelik je.."

"saja je..sambil tu nak makan sarapan.."

"oh..si cantik..kau buat sarapan apa??"

"salad dengan roti berjem..kenapa??"

"oh..ok.."

"macam mana dengan Ken??" (Andi)

Ken??
Andi tahu juga ke pasal Ken..

"dia masih dekat sana..mungkin 2,3 tahun lagi dia dekat sana.."

"ok.."

"oh Shimmy.. pasal Ken tu..dia sebenarnya pergi belajar je.."

oh..
pergi belajar..
umur dia berapa ae..

"Shimmy....."

Alice ni..
dah kenapa??

"kau dah kenapa Alice..bukan baru semalam ke kita jumpa??"

"kau ni..aku excited ni"

"excited kenapa??"

"mama aku..nak kita pergi kelas magis.."

"magis??..kenapa pula??"

"untuk ilmu lah..kau ni.."

"perlu ke??."

"alah..kau tak nak ke??..kita balik rumah juga lah..bukannya kita tinggal terus dekat sana"

"cer bagi details.."

"sekolah tu..5 jam je..sekolah pagi.."

sama macam primer and secondary school..

"dekat sana ada manusia dengan vampire je..sekolah tu memang khas magis untuk manusia dengan vampire.."

"then.."

"peraturan sekolah tu senang je..jangan buat hal..hehe.."

"aku fikir2 dulu lah.."

"lah..kenapa nak fikir lagi??..jap,,jangan cakap yang kau macam ni sebab bf kau.."

"eh kau ni..tak de kena mengena dengan bf aku ae..aku nak fikir masak2 dulu,,aku ni,,datang juga malasnya.."

"alah..kalau kau malas,,cuti je lah..apa susah.."

"kau..bagi lah aku masa.."

"isy.. ye lah..salad ni untuk sarapan kan??..dengan roti ni juga.."

"ha'ah..kenapa??"

"tak de..menu diet ni kau buat..kau diet ke??"

"mana ada.."

"ye lah..aku letak makanan buatan tangan kau ni dekat meja makan..kau cepat2 datang tau.."

"ye lah.."

nak pergi sekolah magis..
tak pernah pula aku terfikir..
nak ke aku pergi..
lagipun.. masa siang dekat sini.. aku boring juga..
kan tak ada kawan..
kalau Andi,,mesti dia ada kerja..
Jenny dengan Yan pula,,ada hal sendiri..
aku sendiri tak tahu apa hal diorang..
urusan sulit kot..

~~~~~

aku dalam bilik Andi..
bilik dia memang banyak warna putih..
Alice balik rumah dia..
dia datang balik jam 6 petang nanti..
so..
time ni lah aku bercerita dengan Andi..
yang lain mana nak teman kan aku..
Andi pula,,dia berehat dulu..sebelum dia mula kerja..
dan mengenai bilik Andi juga..
bilik dia ni kedap bunyi..
so orang luar takkan dengar apa benda yang dicakap dari dalam..

"Andi..kau mula pakai topeng sejak 9 tahun ke??"

"tak..aku mula pakai masa 6 tahun.."

"kenapa pula??"

"sebab dulu aku ada sumpahan masa kecil.."

"sumpahan apa pula??"

"muka aku hodoh kalau minum darah..masa kecil2,,aku memang suka minum darah.. susah sikit nak kawal perasaan nak minum darah masa tu..sampai lah adik2 aku tu takut nak dekat dengan aku..mummy aku pakaikan topeng..masa pakai topeng tu,,perasaan aku terkawal untuk hisap darah..bila dah lama,,aku dah terbiasa pakai topeng,, dan dah terbiasa kurang minum darah.. sejak tu juga,,aku boleh jadi macam manusia..sebab aku banyak makan makanan manusia"

''oh..adik2 kau pernah nampak kau buka topeng lagi ke lepas kau pakai topeng masa 6 tahun "

"tak..bila aku mula membesar..aku dah tak buka topeng.. setakat ni,,cuma daddy, mummy dengan kau je rupa aku.."

"wah..tak sangka.."

"yes..kau ada rasa perubahan dekat badan kau tak??"

"perubahan macam mana??"

"kau ada rasa nak minum darah ke??..kau rasa sesuatu yang lain bila tengok benda warna merah.."

"no..aku tak rasa apa2.. masih sama macam dulu.."

"selama aku tak de ni..kau ada makan epal bertenaga??"

"tak de.."

"Jenny atau Yan tak bagi.."

"ha'ah..kenapa??"

"tak ada apa.. tapi,,kalau diorang suruh kau makan,,jangan sesekali cuba untuk makan..nanti kau yang ada masalah.. sebab,,hanya aku dapat selamatkan kau masa tu..kalau aku tak ada dekat sana,,macam mana??''

" bagi effect sangat ke kalau aku makan??"

"ye..aku tak nak kau dalam bahaya.."

"ok..aku akan ingat.. by the way,,kau pernah tak fall in love??"

"mesti lah pernah.."

"dengan siapa??"

"kau.."

"dengan orang lain??"

"tak pernah.."

"kenapa??"

"sebab hati aku tak pilih orang lain.."

"pfft..ayat kau ni..jiwang.."

"khas untuk kau.."

"ye lah..tuan Nard ku..''

" macam mana dengan kau??..pernah fall in love selain aku?"

"tak pernah..lagipun aku tak rapat mana2 lelaki.."

"how about Austin??"

"aku anggap dia sebagai majikan aku je..tak lebih.."

"Yan??"

"Yan...aku anggap dia macam kawan je..kawan baik.."

"how about me??"

"kau..semestinya aku anggap kau bf aku..buah hati aku..raja di hati ku"

"ok..jawapan memuaskan.."

"apa pandangan kau terhadap Alice??"

"kenapa dengan Alice??"

"kau nampak dia,,jenis perempuan macam mana??"

"aku nampak dia baik..rajin.. dan gelaran yang Yan bagi tu,,memang padan dengan dia..tu je.."

"takkan tu je.."

"tu je lah..kau nak aku cakap apa lagi??"

"dia nampak elegan ke??..feminim ke??..sexy ke??.."

"aku nampak dia feminim je.."

"oh.."

"aku dengar aunty Adell nak kau ikut Alice pergi sekolah magis..kau ikut ke??"

"masih fikir.."

"kenapa tak terima je??"

"entahlah.. berat hati je aku nak pergi.."

"kau risau siapa??"

"kau.."

"kenapa dengan aku??"

"aku rasa something will happen.."

"something like what??"

"kau akan tinggalkan aku.."

"tak lah..aku takkan tinggalkan kau..cuma aku mungkin tak dapat sentiasa di sisi kau..tapi masih ada orang lain boleh di sisi kau kan.."

"aku tahu..tapi tetap risau.."

"kau terima..mesti kau ok..seronok tau belajar magis tu..ada juga kemahiran tersembunyi kau.."

"nanti aku confirm kan..apapun,aku fikirkan dulu.."

"ye lah.."

~~~~~

seminggu kemudian..

aku dekat kolam renang sayap kanan..
Jenny yang bawa..
cik Haz dengan cik Deana pun ada..
Alice tidak dilupakan..
Yan pula masih tak siap lagi urusan dia tu..
aku dah fikir masak2 yang aku akan masuk sekolah magis tu..
boleh tambah ilmu kan..
cuma tu lah,, aku nak juga spend time dengan kawan2 aku..and my bf..

"Shimmy nah..dah lama aku tak bagi korang epal bertenaga kan..sorry lah,,aku tak ada masa nak ambil epal ni.. "

oh my gosh..
Andi....
Jenny bagi aku epal ni..
macam mana ni??
nanti Jenny dengan yang lain pelik pula kalau aku tak makan..

"Shimmy.. kenapa kau tak makan epal??'(Alice)

" nantilah,,aku rasa aku kenyang"

"alah Shimmy.. epal tu meresap terus dalam badan..tak ada kena mengena dengan perut,,makan je.." (Haz)

"tak pe..nanti lah..berehat dulu.."

"Shimmy..kau kenapa macam mengelak makan epal ni??..kau ada masalah ke??" (Haz)

alamak cik Haz ni..
kenapa kau perasan aku nak mengelak pula ni..

"takde lah cik Haz.. mana ada nak mengelak.."

"kalau macam tu,,kau makan.."

glupp..
alahai..
tolong lah..
Andi..
selamatkan aku..
aku tengah tersepit ni..
nak makan ke tak..

"Shimmy.. makan"(Haz)

" ok.."

terpaksa lah kau Shimmy..
apa2 yang jadi..
biar kau je yang tanggung..

aku rasa epal ni pahit lah..
bila nak gigit pula,,rasa epal ni dah buruk..

'bupp..'

ada darah keluar daripada mulut aku..

'Shimmy'

tangan aku..
tangan aku yang pegang epal tu,,macam aku pegang bara api..
sakit..

"Shimmy.. kau dah jadi separuh vampire ni..siapa yang hisap darah kau Shimmy.. bagi tahu aku..betul lah tekaan aku..yang kau dah jadi manusia separuh vampire.. "(Haz)

" k-korang rancang semua n-ni.."

"Haz..tengok apa jadi..kan aku dah kata yang dia ada someone yang berdarah Vampire.. tak mustahil orang tu yang hisap darah dia..sekarang kau kena cari orang yang hisap darah Shimmy.. ini semua rancangan kau.."(Jenny)

"cik Haz..rancang semua ni..k-kenapa cik Haz.. kenapa??" (Alice)

kau nak bunuh aku ke Haz..
nak bunuh aku cara halus..

"Haz..aku nak kau selamatkan Shimmy.. semakin lama,,racun tu merebak..bukannya berhenti.."(Deana)

"Shimmy.. bagi tahu aku,,siapa yang hisap darah kau.." (Haz)

tak ada rasa bersalah aku nampak rupa Haz..
dasar bodoh..
kau tak layak aku anggap kawan..
tak layak dianggap kawan yang baik..

aku berpaling..
aku nak pergi bahagian utama rumah..

"Shimmy.. kau nak pergi mana??..kau tak ok ni..''(Alice )

" lepaskan aku Alice..ak-aku tak nak dekat sini.."

"kau nak pergi mana??..racun tu boleh bunuh kau,,kalau kau tak dapat jumpa vampire yang hisap darah kau.."

"tak apa..boleh juga aku mati terus,kan..tak payah nak hadap makhluk yang sukar difahami"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience