Rate

bab1

Humor Series 3917

Pinggan yang masih bersih dipenuhkan dengan tiga senduk nasi , lauk ayam masak merah diambil dua ketul ayam bersama satu ketul ayam goreng tambahan.

Dari satu suap ke satu suap,tangannya tak berhenti rasa ingin tambah lagi dan tambah lagi.

Aku,Aina Marissa Harizudin.Aku seorang yang kuat makan,nampak itu ini dah mula lah terliur sana sini.Badan aku gemuk,pendek tapi yang paling aku tahu aku seorang yang comel.Ada yang nak ke?

Penuh bernafsu sungguh dia makan, tiba tiba sahaja dia memberhentikan perbuatannya apabila melihat abang kandungnya berada di hadapan nya.

"engkau nak apa?"soal Aina sambil menyambung kembali nikmat makan itu tadi.

"dah lah tu ,kang tak pasal pasal jiran ingat kau ni mengandung anak luar nikah pulak"

"baik abang diam kang tak pasal pasal lauk ni semua aku kebas,biar kebulur perut kau "gelojoh Aina menyumbat nasi ke dalam mulutnya, sampai tersedak.Cepat cepat aina meneguk air oren yang masih dingin.

"aha padan, tulah orang makan dengan penuh beradab tapi kau makan macam apa je,aku pun keliru kau makan guna tangan ke guna kaki tak sampai berapa saat dah habis"abangnya hanya menggelengkan kepala melihat tingkah laku adiknya itu.

Pantas sahaja Aina menepuk kuat lengan abangnya yang agak keding itu."Aduhhhh!"segera sahaja abangnya menyapu nyapu lengannya yang bagai kena sebat itu.

"eh, kau ni adik kandung aku ke adik tiri aku ni,teruk betul perangai"jelas abangnya yang masih menahan sakit di lengannya.

Aina hanya menjeling,malas mahu layan dengan kerenah abangnya yang agak annoying itu.

"kalau macam ni lah habis lah bakal suami kau nanti rasanya taubat dah kot, taknak jumpa pompuan lain dah"terkekek kekek abangnya gelak.

"ada ke yang nak suka kat aku?"soal adiknya yang masih lagi meneguk air.

"mesti ada punya,cuba kau buat yang macam kat drama tu langgar kereta orang pastu nanti ada seorang jejaka yang tampan keluar dari kereta,dan dia pulak tak pasal pasal jatuh cinta pandang pertama n then mula lah start percintaan"jelas abangnya yang mahir dalam bab bab drama percintaan ni.

"apa lah kau ni,aku rasa lagi dia maki adalah lain lah kalau aku ni kurus,lawa,kaya hm memang semua berebut lah"Aina hanya bertongkatkan dagu,abangnya terus menyambung kembali makan lauk yang masih terhidang di hadapannya.

"esok aku nak pinjam kereta kau tau"jelas Aina yang matanya jelas nampak kuyu sambil menggosok gosok matanya.

"dah guna tu isi minyak balik ,kau tak isi minyak siap kau aku buat grill je lemak kau kasi panggang sampai hangus"abangnya hanya berleter sahaja daripada tadi.

Aina hanya mengangguk ngangguk tanda faham dan terus berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience