BAB 7

Romance Completed 1782

Humairah duduk disofa lalu membuka tv “Wey. Tolonglah aku angkat beg ni” pinta Auf. Humairah akhirnya

bangun juga menolong suaminya...

“Ni bilik nak asing ke nak sama-sama?” soal Auf ingin tahu

“Samalah senget! Dah nama pun suami isteri lainlah kalau muhrim” ujar Humairah

“Nak cepat dapat anak tak?” tanya Auf tetiba. Mukanya didekatkan sedikit ke muka Humairah. Berlapis-

lapis dahi Humairah berkerut

“Tepilah!” Humairah menolak muka Auf jauh dari mukanya “Gedik!” Humairah terus masuk ke dalam bilik

“Auf ” panggil Humairah “Nak air tak?” tanya Humairah

“Boleh jugak. Air teh’O satu Puan Humairah ” pinta Auf tersenyum sendiri tanpa Humairah perasan

“Asyik teh’O jer. Cubalah Nescafe ke?” cadang Humairah

“Tak nak! Abang tak suka”

Terkedu Humairah apabila Auf menggelarkan dirinya abang? Hampir dua bulan kami berkahwin tetapi

langsung tidak terfikir mahu menggunakan perkataan ‘abang’ mahupun ‘sayang’ seperti pasangan suami

isteri yang lain

Humairah membawa dua cawan ke ruang tamu “Wey! Nah” Humairah menghulurkan secawan teh’O kepada Auf. Kini cawan sudah bertukar tangan. Auf menghirup air teh’O yang dibuat oleh Humairah. Humairah mengambil tempat disisi Auf

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience