BAB 19

Romance Completed 6716

“Zafira Hazwani namanya kalau tak salah aku. Arwah dah lama meninggal disebabkan kemalangan. Yang kau tanya kenapa?” Wajah Adanis dipandang menantikan jawapan. Pelik apabila ditanya mengenai Zafira. Mustahil Mirza tak pernah cerita.

“Eh tak ada apa.”

“Kau tanya aku, bukannya aku tahu sangat. Suami aku cakap arwah rapat dengan suami engkau. Adik kesayangan katanya. Kau tanyalah Mirza.”

“Aku saja je tanya.” Adanis cuba mengukirkan senyuman. Mahu bertanya kepada Mirza ? Lelaki itu sudah mengisytiharkan perang bisu kepadanya. Kalau dulu ramah mulut itu ingin menghemburkan sumpah seranah, sekarang hendak mendengar sepatah perkataan pun susah.

“Mirza kita kena berbincang.” Adanis tidak peduli. Walau apa yang terjadi, semuanya harus menemui titik nokhtah. Sudah penat melayan ‘kebisuan’ lelaki itu. Dan seperti yang dia duga, lelaki itu tanpa perasaan melangkah melewatinya. Gayanya seperti terburu ingin keluar dari rumah.

“Janganlah pentingkan diri Mirza. Semua ni tak akan selesai kalau kau berterusan macam ini.” Tangan Mirza disambar. Terhenti seketika langkah kaki itu.

“Kau nak aku buat apa? Bergelak ketawa dengan engkau macam tak ada apa yang berlaku. Macam itu?” Tanpa nada dia bertanya.

“Kita bincang dulu. Please?” Dia rela melayan sumpah seranah lelaki itu, tetapi dia tidak betah bila mana Mirza berterusan berlakon bagaikan dia tidak wujud. Mereka sekatil, tetapi jauhnya bagaikan tiada daratan.

“Nak bincang apa lagi? Kau pun sudah tahu kan sebab apa aku bencikan kau?” Wajah Adanis dipandang tanpa perasaan.

Terdiam Adanis mendengar kata-kata yang muntah dari bibir Mirza. Dia tahu kehilangan orang yang disayangi memang berat untuk dihadapi. Tapi tahukah lelaki itu apa yang harus dia lalui hanya kerana dendam lelaki itu yang tidak berkesudahan?

“Kita kena selesaikan hal kita hari ini jugak Mirza. Sampai bila kau nak seksa hidup aku?”

“Sampai hati aku puas Adanis. Kau tak tahu sakitnya hati aku. Sebab kebodohan engkau adik aku mati.” Tak pernah sedetik waktu pun dia melupakan kejadian ngeri tersebut. Dulu, hampir setiap malam dia terbangun dari tidur dengan tubuh berpeluh dan air mata yang entah bila mengalir. Kemalangan itu bagaikan bayang-bayang yang mengikut setiap langkahnya. Dia bukan sahaja kehilangan seorang adik, bahkan seorang kawan yang selama ini berkongsi masalah bersama. Bertahun dia mengumpulkan kembali semangat yang menghilang.

Ketika dia kalut melakukan persediaan untuk keluar negara, dia ternampak Adanis di university. Disebabkan dendam lama yang masih menyala dia sangup membatalkan rancangan asal. Puas merayu kepada papa agar membenarkan dia menyambung pelajaran di Malaysia. Sedikit demi sedikit hal mengenai Adanis dikumpul. Lebih membuatkan dendamnya membara bila abangnya kehilangan Wawa. Dia begitu menyukai wanita itu. Saat abangnya memberitahu ingin mengahwini Wawa dialah orang yang paling gembira. Wawa sudah diangap seperti kakak sendiri.

Sejujurnya dia langsung tidak kisah bila Wawa tingalkan Zarif. Dia tahu abangnya memang tak layak untuk Wawa, cuma dia tak betah bila Wawa memilih Gadaffi. Dia benci kerana lelaki itu abang kepada gadis yang dibencinya.

Kerana kehilangan itu jugak berat badannya menyusut dengan banyak, lebih malang dia hidup bagaikan lelaki yang tidak punya perasaan. Hidup bagaikan tidak bernyawa, bernafas seperti tiada udara. ‘Luka’ yang kecil entah bila merebak menjadi nanah yang membusuk. Dan semuanya berpunca dari Adanis.

“Kalau kau nak balas dendam, rasanya sudah lama kau berjaya Mirza. Dendam kau bukan sahaja bunuh abang dengan kak ipar aku, tapi kau bunuh sekali dengan anak aku.” Sedikit menengking kata-kata itu terluah dari bibir Adanis. Dendam lelaki itu telah memusnahkan seluruh kehidupannya. Dia bukan sahaja kehilangan kehormatan diri, bahkan dia juga kehilangan semua orang yang disayanginya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience