Bab 2

Romance Series 1274

Tiga tahun kemudian....

Zahra melihat jam di dinding.. Waktu sudahpun menginjak jam 10 malam.. Hadhari masih belum pulang..Zahra sudah merasa gelisah..

"Laki aku ni tak reti nak balik ke.. dah pukul berapa ni.." kata Zahra perlahan.. Zahra yang seharian penat membuat kerja rumah, memasak, membasuh baju semua termasuk untuk keluarga mentuanya sekali. Inilah padahnya jika duduk dengan mentua, semua kerja dia sahaja yang lakukan.. Adik iparnya baik lelaki mahupun perempuan semuanya malas, tak mahu buat kerja rumah.

Sudah puas dia berbincang dengan Hadhari untuk mencari rumah, biar mereka berdikari. Tetapi sejak dari hari pertama berkahwin sampai sekarang, dia masih duduk dengan mentua. Bukan dia tidak suka, namun dia juga ada hati untuk merasa bebas. Bukan setiap masa pergerakannya dikongkong. Namun semuanya disimpan rapi dari pengetahuan ahli keluarganya.

...........

"Zahra, meh sini kejap mak nak minta tolong ni."

"Ya mak. Sekejap."

"Ni tolong buatkan teh untuk Hana, dia nak study tu, dia perlukan teh untuk mata dia segar."

'Dia tak leh buat sendiri ke' bisik Zahra dalam hati.

"Dia nak exam, mak yang tak bagi dia buat. Dia na buat cuma mak kata tak payahlah. Zahra tolong ya, mak nak teman abah keluar jap. Nanti lepas dia dah habis minum, Zahra tolong cuci ya. Pastikan dapur tak berserak tau. Mak tak suka."

"Baik mak."

Puan Hanisah berlalu pergi dengan senang hati. 'Kau ingat, kau duduk sini free, memang tak lah.' bisik hati Puan Hanisah.

Zahra hanya menuruti arahan ibu mentuanya, dalam diam dia bertahan untuk berapa lama lagi dia sendiri tak pasti. Ibu mentuanya termasuk adik iparnya sangat hipokrit. Layan dia seumpama dia tak ada hati. Dalam angin hembusan malam, dia menyiapkan teh untuk adik iparnya sebelum menghantarnya masuk ke bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience