Bab 1 - 1 Jam dari sekarang

Drama Series 1605

"Orang tua!"

"Orang lain dah jadi bapak, kau baru nak bersekolah"

Itulah ungkapan-ungkapan yg selalu aku dengar dari rakan2 sekolej aku untuk menggelar aku disini. Padahal aku baru 25tahun, ada je yg lebih tua sampai hampir 30an. Sengaja la diorg buat macam tu sebab aku ni bersifat 'kereta kebal'. Cakaplah apa saja, aku langsung tak ambil port. Pasif, slow & steady dan kalau tak kena gaya ada jugak yg kena 'tembak' smpai kecoh satu kampus.

Lagipun badan aku agak kecil jugakla, itulah yg membuatkan budak-budak kolej ni berani membahan aku. Well, nama pun budak2, usia awal 20an mcm diorg ni, aku percaya tak banyak yang diorg tahu dan lalui. It's ok!

Kat sini aku hanya fokus study, study dan study. Takde masa nak main-main mcm zaman ambil SPM dulu. Siap pekena ganja sebelum ambil exam. Nakal nak mampus! Taktaula kategori ganja jenis apa, sebab rasa mcm takde effect pun melainkan aku hanya merapu angkat tangan dan terus angkat tangan mintak kertas. Yang kemudiannya kertas jawapan tu kosong semuanya dan diakhiri dengan lukisan sebuah kapal layar serta perkataan,

'Terima Kasih kerana menanda! Semoga selamat sampai ke destinasi!'

Takde effect pun ganja tu!

p/s: Mana-mana cikgu yang pernah menanda kertas aku ni.. Mintak maaf lah ye sbb buang masa cikgu semak hampir 20 muka surat.. Sebab setahu aku, walaupun kosong, kertas tetap akan ditanda. 1 helai ambil masa 1 saat, dan mungkin helaian terakhir membuatkan cikgu rasa mcm nak bersara dan balik kampung. Zzzz..

Berbeza pulak dgn budak-budak sekolej aku yg muda mudi tahap darah manis yg dracula suka gigit ni. Yang dulu masa SPM mesti rajin gila, nerd dan tak puas main. Then, bila sambung belajar, dapat je assignment, macam dapat bala dari tuhan.

'Alamak, assignment lagi ke? Matila mcm ni!'

'Aduhh.. Semak la otak! Kusut! Tak habis-habis!'

'Siapalah pencipta assignment ni? Bodoh betul!'

Begitulah petikan-petikan suara yg akan kedengaran bila assignment diberikan. Sebaliknya akulah orang yg paling gembira. Antara sebabnya, inilah masanya aku nak score full mark. Assignment ni lah antara exam yg membenarkan pelajar menjawab menggunakan rujukan dalam tempoh yg agak lama. Senang kan!

Itulah aku anggap diorg tu budak-budak. Belum matang. So apa yg diorg nak membahan aku, silakan. Asalkan jgn bawak colok kat aku, bahan aku jadi berhala dan sembah sudahlah.

" Man! Kau termenung apa tu? Kira untung ke? Haha.. ", satu suara memecahkan menungan aku. Jabbar rakan sebilik menyapa aku sambil melambai-lambai tangannya didepan mata mengambil perhatian aku.

Biasalah aku kat sini terkenal dgn juga gelaran 'mata duitan'. Lagi-lagi bila musim student start buat assignment, maka makin 'masyuklah' aku. 

" Ehh.. Takdelah.. Aku tengah belajar ilmu terbang-terbang ni.. ", aku menjawab dgn gaya memerli. Sambil menunjuk gaya mahaguru yg sedang bertapa di pinggir katil.

" Eleh.. macam lah aku tak kenal kau.. Dah 3 tahun kita kat sini bro.. Kau kan 'taukey' assignment.. Happy lah kau ye Puan Ariza bagi assignment tadi..? ", ujar Jabbar sambil senyum lebar dan mengenyitkan mata. Ada makna tu.

' Dah tau lagi nak tanya.. ', getus hatiku.

" Assignment siapa kau buat ni? Dah masuk yg keberapa ni? Aku pun nak satu tau.. ", tambahnya lagi menyoal dan meng'order' satu juga untuk dirinya. Macam biasalah, aku dah tau siapa yg tak akan terlepas untuk order sekali.

" Alah.. biasalah budak-budak ni.. Ada la sikit..", jawabku ringkas.

' Hampir 1 batch order assignment dgn aku.. huhu.. ', bisikku sendirian.

" Boleh-boleh.. no problem.. harga macam biasa.. early bird RM10.. seminggu dateline RM50.. Urgent esok pagi nak hantar RM100.. ", tambahku menerangkan tentang harga assignment kali ini. Memandangkan hanya perlu buat rujukan simple2 je. Harganya agak biasa-biasa.

" Itulah Nuqman Hakim.. Nasib baik assignment kau buat semua score A.. kalau tak.. Aku dah ambil dengan Salleh.. ", balas Jabbar sedikit men'jack' dan mengugut aku. Nak diskaun lah tu. Sorry beb, aku bersengkang mata, ulang-alik cybercafe cari bahan, kemudian kau pulak rilek-rilek layan movie dgn kwn2. Kau nak murah? Pegi jahanam!

Salleh ni kira challenger assignment jugakla, tapi so far rank dia agak terkebawah sikitla, assignment tebal2 tapi score paling tinggi so far B- ataupun B je la. Cumanya, khidmat dia 3x ganda lebih murah dari aku. Dan assignment utk diri dia sendiri pulak biasanya dia ambil dgn aku. Ahakz!

Aku bukan apa, disebabkan pengalaman2 aku dengan keputusan SPM yg F9, kerja makan gaji dengan hanya sekitar RM500 sebulan, memaksa aku untuk tekad study secara gila2 dan mengharapkan keputusan AP supaya cita2 aku nk jadi jurutera tercapai satu hari nanti.

So aku jadi tak pernah puas dgn tugasan, kuiz yg diberikan. Ikut cara apa boleh score, aku score maksimum yang boleh. Sepanjang 3 tahun aku study, aku percaya, hanya dengan buat latihan berulang akan membuatkan aku boleh jadi cemerlang dan terbukti, di semester akhir ni CGPA aku sekarang 3.66. Aku nak kekalkan sehingga final ini.

Dan, disebabkan itu, aku buat assignment student lain sambil-sambil cari duit tepi dgn bisnes printing & editing assignment. Sebab keluarga aku orang susah. Apa cara pun aku kena habiskan study ni dgn membawa segulung AP 3 tahun berturut2. Fuh!

' Plink! '

' Plink! '

Laptop aku berbunyi, mesej dari chit-chat di IRC aku masuk. Aku lupa, sambil2 aku buat assignment, aku berchatting dgn gadis yg juga dari fakulti kejuruteraan semster ke-3 kat kolej aku, tak pernah jumpa. Baru seminggu-dua ni je kenal kat IRC ni.

=== IRC CHAT CLIENT ===

' EmyliaNT : Bz ke? Senyap je.. Takpelah sy dah nak offline ni.. '
' NuqmanH : Sorry2.. berbual dgn member tdi.. '
' EmyliaNT : Takpelah.. awk buat kerja awk dulu.. '
' NuqmanH : Ehh.. takpe.. boleh je chat.. '
' EmyliaNT : Takpelah awk.. sy pun ada hal ni.. doakan sy taw.. '
' NuqmanH : Doakan apa? Awak nk pergi umrah ke? '
' EmyliaNT : Hehe.. Awak ni kan.. Cute sgtt.. Kelakar..'
' EmyliaNT : Doakan sy dpt boyfriend sebelum semester depan.. '

' Desperate betul awek ni.. Masanya nak cucuk jarum ni.. hehehe..', bisikku.

' NuqmanH : Erm.. ok2.. Saya doakan semoga Emylia Natasha akan dapat boyfriend yg baik, hensem dan cute.. sejam dari sekarang '
' EmyliaNT : Eh??.. '

Bersambung..

= = = = =

Note : IRC adalah satu cara sosial media ringkas yg popular sejak internet diperkenalkan dan masih digunakan oleh pelbagai lapisan usia sehinggalah ke hari ini. Tiada gambar, video dan sebagainya. Hanya text sahaja semata2 melalui komputer atau handphone. Dan dari sinilah wujudnya konsep "blind-date"..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience