73 Yard

Spiritual Series 262

Fail penceraian akan diserahkan pada minggu hadapan. Jane Williams perlu mengesahkan fail tersebut yang dikeluarkan oleh suaminya, Andrew Williams. Hubungan keluarga yang regang mengambil masa untuk diperbaiki.

Jane membuat keputusan untuk mengasingkan dirinya dan anak-anaknya daripada Andrew seketika dengan pulang ke rumah maknya, di Utara Sweden. Kawasan yang berkabus dan suhu yang rendah dapat membuatkan Jane tenang daripada dunianya yang dilanda ribut tak berhenti. Andrew masih mempunyai hak sebagai suami untuk menghalang Jane daripada membawa anak-anak mereka bersama. Jane yang tidak mahu memanjangkan bicara menyelesaikan masalahnya itu. Jane akan membawa dua orang anak perempuanya Tania dan Rania yang berumur dua tahun. Manakala Andrew akan menjaga seorang anak lelakinya Paul yang berumur tujuh tahun.

Tidak mahu membuatkan maknya tertunggu, Jane mengemas barang-barang dan terus bergerak tanpa membuang masa. Tentu sukar bagi Paul yang sentiasa merindukan maknya setiap masa. Andrew membawa Paul ke rumah kekasih barunya untuk bermalam bersama dan melakukan pelbagai perkara yang seronok untuk menghilangkan jaluran panahan masyghul di wajahnya. Catheline, kekasih baru Andrew yang sudah pun berkenalan enam bulan lalu.

Hubungan Jane dan Andrew regang bukanlah disebabkan oleh Catheline, tetapi ia disebabkan oleh masa bersama keluarga. Pekerjaan yang dijawat oleh Jane bukanlah perkerjaan yang senang yang hanya perlu duduk dirumah sahaja. Jane perlu berjumpa dengan pelbagai jenis orang diluar negara atas urusan kerja yang diberikan oleh syarikatnya. Andrew risau akan penjagaan anak-anaknya yang tidak terurus.

Jane pernah terlupa untuk mengambil anaknya Paul pulang dari sekolah. Andrew terpaksa membatalkan perjumpaan di pejabatnya untuk mengambil Paul. Perkara sebegini sering berlaku sehingga menyebabkan Andrew mengalami tekanan di tempat kerjanya kerana sering tertinggal semasa perjumpaan yang penting. Hal itu menyebabkan hubungan mereka berlari menerpa kesuraman malam.

Selepas beberapa jam memandu, tibanya Jane di rumah maknya yang betul-betul berada di kawasan berdekatan cenuram yang berkabus. Hanya terdapat tiga buah rumah sahaja di kawasan tersebut termasuklah rumah maknya. Jane berharap tiada apa-apa yang buruk akan berlaku semasa dia tinggal di rumah tersebut.

Seperti biasa, rumah yang didiami oleh orang tua pasti banyak gambar-gambar lama yang disimpan di dalam album atau digantung pada dinding. Jane melihat gambar lama semasa perjumpaan maknya bersama rakan-rakanya di sebuah gereja berdekatan dengan rumah yang ditinggalnya itu. Emma, mak kepada Jane yang sudah pun berumur 70 tahun. Dia sudah tinggal seorang diri di rumah itu selama 30 tahun selepas kematian suaminya yang tidak diketahui sebabnya. Doktor memungkinkan bahawa suaminya meninggal disebabkan serangan jantung. Mayatnya dijumpai di tepi cenuram sambil menggenggam beberapa kelopak bunga ros merah. Emma menganggap ia bukanlah disebabkan oleh serangan jantung, tetapi perkara lain yang membuatkan suaminya jadi begitu.

Kembali kepada gambar yang dilihat oleh Jane. Maknya memberitahu bahawa hanya tujuh daripada lapan rakan-rakanya yang hadir semasa perjumpaan itu. Salah seorang rakanya tidak dapat hadir disebabkan hal tertentu. Mata Jane secara tiba-tiba tertumpu pada wanita yang memakai jubah hitam dan tidak terlihat mukanya. Apabila dikira, didalam gambar tersebut terdapat lapan orang. Tetapi yang hadir hanya tujuh orang. Emma yang dalam hatinya seolah-olah menyelinap suatu perasaan halus yang aneh mengatakan yang dia tidak pernah perasan pun wanita yang berjubah hitam itu di dalam gambar sebelum ini.

Jane yang tidak mahu kepalanya serabut berfikir terus mengabaikan gambar tersebut. Kabus yang tebal mula menghilang apabila matahari sudah memacak di atas kepala. Jane membawa anjing peliharaan maknya berjalan-jalan di kawasan perumahan. Pokok Ceri di tepi cenuram yang lebat daunya menarik perhatian Jane untuk berteduh sebentar daripada cahaya matahari. Secara tidak sengaja, Jane terpijak lingkaran benang. Terdapat beberapa bahan lain lagi seperti Surat lama, tengkorak kepala burung dan bunga ros merah yang dijumpai oleh Jane di dalam lingkaran tersebut.

Lingkaran benang tersebut putus selepas dipijak oleh Jane. Angin bertiup dengan kencang. Cahaya matahari yang rakus memancar ke dasar sungai menjadi cahaya matahari yang menyimbah lemah. Jane tanpa rasa bersalah terus membawa anjingnya itu pulang ke rumah dengan segera. Dalam perjalanan pulang, Jane ternampak seorang wanita tua yang berambut putih memakai jubah hitam yang sedang berbicara menggunakan bahasa isyarat dari jarak yang jauhnya 73 ela. Jane mendekati wanita tua itu untuk bertanya kepadanya jika dia memerlukan bantuan. Semakin dekat Jane berjalan menuju ke arahnya, semakin jauh dia daripada Jane. Jane mungkin mengalami halusinasi disebabkan tekanan yang dialaminya. Jadi, dia membelakangi wanita tua itu dan bingkas berjalan meninggalkan wanita itu dengan kebisuannya.

Setiba Jane di rumah, makan malam sudah terhidang di atas meja. Emma yang risau tentang anaknya itu terus berlari memeluk anaknya. Dengan suara yang tertahan-tahan digagahinya untuk memberitahu yang dia merasakan sudah 8 jam Jane tidak pulang ke rumah. Jane mengerutkan dahinya dan memberitahu maknya yang dia baru sahaja keluar rumah 30 minit yang lepas.

keep unraveling the mystery..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience