BAB 4

Horror & Thriller Completed 970

Masa rehat pun tamat,mereka berdua pun masuk semula ke kelasnya.Dan cikgu Adibah pun masuk ke kelasnya untuk mengajar subjek pendidikan agama islam,Azizul pun menanyakan pada cikgu Adibah dengan soalan yang sama yang ditanyakan pada Aiman masa rehat sekejap tadi.

“Cikgu nak tanya boleh tak?”tanya Azizul.

“Boleh,apa Azizul”kata cikgu Adibah.

“Dekat dunia ni ada hantu wujud ke cikgu?,boleh terang pada saya tak”kata Azizul.

“Hantu ialah syaitan dan iblis yang boleh menukarkan dirinya,supaya boleh menakut-nakutkan kita semua”jelas Cikgu Adibah.

“Terima kasih cikgu”kata Azizul lagi sambil senyum.

Tepat jam pukul dua petang,waktu persekolah pun tamat.Azizul dan Aiman pun balik ke rumah masing-masing,dan bila sampai ke rumahnya dia pun mengambil tuala dan terus mandi.Lepas mandi dia pun memakai baju untuk pergi ke tempat mengaji Al-Quran,Azizul pun pergi ke rumah Aiman untuk pergi ke tempat mengaji bersama dengannya.

“Aiman!...Aiman!”panggil Azizul.

“Ya nanti-nanti”jawab Aiman sambil membuka pintu rumahnya.

“Awak tunggu kejap ya,saya nak pakai baju dulu”kata Aiman.

“Ya baiklah,jangan lama-lama ya”kata Azizul.

“Ok baiklah”jawab Aiman lagi.

Selepas Azizul menunggu,Aiman pun keluar dari rumahnya sambil membawa beg yang berisi Al-Qurannya.Mereka berdua pun pergi ke tempat mengajinya.Selalunya ustazah yang mengajarnya mengaji mesti akan bercerita dulu sebelum balik,ustazah berceritalah tentang syaitan dan iblis yang boleh menukarkan dirinya menjadi haiwan dan manusia.Contohnya ia boleh menjadi anjing,kucing,ular dan lain-lain lagi yang berwarna hitam,ia boleh menjadi semua makluk kecuali nabi Muhammad S.A.W. sahaja yang dia tidak boleh menjelma.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience